Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Senator pembangkang gagal sekat Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman

Ahli Dewan Negara yang mewakili pihak pembangkang hari ini gagal menyekat Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 apabila ia diluluskan menerusi undi belah bahagian. 

Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 39 ahli Dewan Negara menyokong manakala hanya lapan yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.



Undian belah bahagian dibuat selepas Senator Saiful Izham Ramli mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang, yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan lapan ahli Dewan Negara.
Terdahulu, ketika membentangkan rang undang-undang itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata ia bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan, ketenteraman dan keselamatan awam.

"Sesungguhnya penggubalan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 adalah suatu langkah ke arah memperkukuhkan kedaulatan undang-undang dan memartabatkan kebebasan asasi di Malaysia khususnya hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. 

"Ia dilihat akan dapat membantu mencapai matlamat untuk pelaksanaan dan pentadbiran sistem perundangan yang lebih adil di samping memelihara kebebasan asasi individu sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya. 

Pada 29 November lalu, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu dengan enam pindaan dibuat membabitkan Fasal 9(1) untuk meminda tempoh yang ditetapkan kepada penganjur untuk memberikan notis mengadakan perhimpunan kepada polis dari 30 kepada 10 hari. 
Selain itu, Fasal 12(1) rang undang-undang itu turut dipinda bagi memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan berkenaan dari 48 jam kepada 24 jam. 

Turut dipinda adalah membabitkan Fasal 12(2) bagi tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan dari lima hari kepada 24 jam. 

Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan dari 12 hari kepada lima hari seperti yang dinyatakan pada pindaan ke atas Fasal 14. 

Pindaan terhadap Fasal 15, membolehkan polis mengenakan sekatan ke atas pelbagai aspek perhimpunan termasuk masa dan tempat demi keselamatan atau ketenteraman awam bagi melindungi hak dan kebebasan orang lain. 

Pindaan ke atas Fasal 16 pula memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri. 

Terdahulu, ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan, Liew menempelak Senator Syed Husin Ali yang mengatakan kononnya ada peniaga yang mengaut keuntungan perhimpunan BERSIH pada 7 Julai lalu. 

"Ini adalah tidak benar kerana saya sendiri telah menerima aduan daripada pekedai di Jalan TAR dan pihak Sogo di mana saya telah dimaklumkan bahawa itu adalah tempat jadi tumpuan perhimpunan atau tunjuk perasaan sejak tahun 1999. 

"Dan pihak Sogo serta pekedai-pekdai di situ telah pun rugi dengan jutaan ringgit dan kehilangan keuntungan. Jadi siapa yang bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami mereka. Itulah persoalan yang selalu ditanya oleh peniaga yang terpaksa tutup kedai jika berlaku demonstrasi di sekitar Kuala Lumpur ini," katanya. 

Selain itu, Liew turut menegaskan bahawa rang undang-undang itu memberi nafas baru kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan elemen-elemen pelaksanaan berkaitan pelaksanaan perhimpunan secara aman. 

"Keselamatan negara atau persekutuan adalah pertimbangan utama dalam perkara ini dan kerajaan tidak ada kompromi dalam keselamatan negara dengan apa-apa saja kerana ini melibatkan keselamatan semua warga di negara ini," katanya






Lebih banyak produk, perkhidmatan 1Malaysia diwujudkan


Lebih banyak produk dan perkhidmatan bersifat 1Malaysia akan dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk rakyat sebagai membuktikan bahawa gagasan itu bukan satu falsafah semata-mata, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, rakyat pada hari ini menghargai sumbangan kerajaan dan ini diluahkan melalui pelbagai medium.
“Kita boleh senaraikan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (sebagai perkhidmatan yang disediakan),” katanya semasa berucap pada majlis pemberian dekoder Astro secara percuma untuk pakej “njoi”, di Projek Perumahan Rakyat Cochrane Perkasa di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.
Menyentuh pemberian dekoder Astro itu, Najib berkata: “Kita akan perbanyakkan lagi produk seperti ini. Biarlah kita gunakan perkhidmatan ini untuk kebaikan kita semoga rakyat Malaysia akan terhibur selain mendapat maklumat terkini.”
Najib menarik perhatian bahawa dunia kini memihak kepada golongan yang mempunyai akses kepada maklumat.
“Mana-mana kumpulan masyarakat yang terpinggir daripada akses pengetahuan
“real time”, mereka berada dalam keadaan “disadvantaged” dan akan gagal bersaing dalam dunia hari ini,” jelas Perdana Menteri.
Beliau berkata kerajaan tidak mahu rakyat kurang berkemampuan terus tertinggal dalam memperoleh pengetahuan, dan siaran “njoi” itu direka untuk memberi pengetahuan, hiburan dan pendidikan kepada 50,000 keluarga termasuk penduduk di Sarawak dan Sabah.
“Yang saya amat tertarik hati dengan langkah Astro ini ialah kerana dalam memberi akses kepada 37 saluran televisyen dan radio, pihak pengguna akan dapat saluran yang menyediakan program bersifat hiburan dan di samping itu, ada beberapa saluran yang menyediakan kandungan bercorak pendidikan, terutama sekali kepada anak-anak di bangku sekolah,” katanya.







USTAZ NASHA AKHIRNYA BONGKAR


Buat pertama kalinya bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengkritik kepimpinan Parti secara terbuka setelah sekian lama bersabar diherdik, difitnah dan dicaci maki musuh dalam selimut PAS.

Ustaz Nasha dalam kenyataannya memberi amaran kepada segelintir Pemimpin PAS Pusat yang cuba membelakangi keputusan yang dibuat Presiden Parti berkenaan soal calon.

Malah Ustaz Nasha telah menghubungi Dato' Hasan Ali memberi sokongan tidak berbelah bagi atas perjuangannya menegakkan syiar Islam sepertimana yang termaktub dalam Perjuangan PAS.

Ahli Parlimen Bachok itu juga sempat memerli senario dalam Kepimpinan PAS yang kini dikuasai puak Pro Sekular.

“Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS. Dulu banyak pihak, terutama rakan media kata cukup susah nak dapatkan maklumat mengenai PAS sebab yang bercakap biasanya cuma presiden atau setiausaha agung,” katanya lagi.








Dr Hassan Ali Tolak Negara Berkebajikan


Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dalam sidang media di kediamannya di Pinggir Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur hari ini menyatakan sikap sebenarnya bahawa beliau menolak konsep Negara Berkebajikan, sebaliknya mendesak PAS kembali ke matlamat asal parti itu bagi menubuhkan sebuah negara Islam.
Katanya, tidak salah PAS menjalankan kerjasama dengan mana-mana pihak, tetapi prinsip perjuangan haruslah diberikan keutamaan iaitu berpaksikan kepentingan Islam.
“Siapa saja di luar PAS ataupun dalam PAS mesti letakkan parti dipancang asalnya. Perjuangan asas itu tidak boleh dipertikaikan…itu prinsip sebenar kita yang telah berpuluh-puluh tahun dipertahankan,”
Beliau secara terbuka turut mendakwa pakatan dengan DAP dan PKR telah mennyumbang kepada perubahan PAS.
Katanya, beliau ada bukti dan fakta yang ramai kalangan ahli dan penyokong PAS kini merasa kecewa melihat perjuangan asas PAS sudah berganjak dari asal.







Nik Abduh bidas kartun Harakah


Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini membidas kartun drnot yang disiarkan di dalam Harakah keluaran terbaru kerana menghina bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.
Beliau berkata, Harakah sepatutnya perlu lebih beretika, berakhlak serta tahu cara untuk membina serta mendamaikan dan bukan bertindak memecah atau meruntuhkan.
Pada masa sama, beliau turut membidas kritikan serta tuduhan secara terbuka oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terhadap dua pejuang Islam iaitu Nasharuddin dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti itu.
‘‘Saya menolak (bidas) kartun drnot dalam Harakah cetakan terbaru yang menghina kekanda saya, Ustaz Nasharuddin. Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh.
‘‘Saya turut menolak (bidas) temuramah Setiausaha Agung Pas yang mengkritik dan menuduh secara terbuka dua pejuang Islam ini yang telah berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti. Tunggulah dulu dua pejuang itu masuk UMNO jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga Pas. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam status terbaru laman sosial Facebooknya hari ini.
Isu membabitkan kedua-dua pemimpin Pas itu mula tercetus apabila tersiarnya kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib di dalam beberapa blog yang menyatakan kemungkinan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu akan digugurkan.
Ekoran daripada itu Hasan membuat kenyataan bahawa beliau sedia bekerjasama dengan pihak di luar Pas jika diminta demi kepentingan Islam dan Melayu serta tidak kisah jika tidak dicalonkan pada PRU Ke-13 akan datang.
Nasharuddin dalam satu kenyataan baru-baru ini pula mengatakan beliau hairan dengan perjalanan politik Pas yang didakwanya semakin pelik ekoran tindakan Saari yang mendahului parti berhubung kedudukan Hasan yang tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk mempertahankan DUN Gombak Setia.
Mustafa kemudian mendakwa Nasharuddin dan Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor terperangkap dalam agenda UMNO.
Dalam perkembangan berkaitan, Nik Abduh turut mempersoalkan sebab-sebab kenyataan Saari yang sengaja diperkecilkan sedangkan ADUN Hulu Kelang itu telah memulakan isu yang sudah sedia membara dalam sekam.
‘‘Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda Pas menjunjung akhlak berjemaah yang tinggi,’’ katanya lagi.








Turun Bendera Najib : Adam Hampir Ditumbuk


Adam Adli dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd. Razab diturunkan dan diganti dengan ‘Flag of Academic Freedom’, pada 17 Disember sebagai pukul paku tearkhir kepada PKR.
Kenyataan blogger itu tepat kerana di kalangan ahli twitter MahasiswaMsia milik SMM bercanggah pendapat berkenaan tindakan Adam itu yang dianggap satu tidakan kurang bijak sehingga mendatangkan kesan negatif kepada seluruh mahasiswa.Adam dilaporkan menerima pelbagai ugutan daripada orang ramai, sehingga memaksanya membuat laporan di balai polis Bukit Aman.
Tangan PKR
Dalam sebenar yang menghasut gerakan pelajar mula terserlah, apabila Chegubard, aktivis PKR terpaksa muncul untuk membela dan menjadi jurucakap gerakan mahasiswa itu.
Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin adalah aktivis PKR yang tewas bertanding Ketua AMK PKR yang kini bergiat aktif dalam NGO pro-PKR, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Asalkan Bukan UMNO (ABU).
Chegubard adalah anak saudara kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang pelajarnya yang didakwa biadab menurunkan dan menggantikan bendera tertera gambar Perdana Menteri di PWTC kelmarin.
Naib Canselor UPSI, Datuk Dr. Zakaria Kasa berkata, pelajar itu dikenal pasti sebagai Adam Adli, 22, yang sedang mengikuti pengajian kursus Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di universiti tersebut.
Beliau menegaskan, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat tindakan pelajar tersebut yang mencetuskan kemarahan pelbagai pihak sekali gus mencemarkan imej universiti pendidikan tertua negara itu.
“Saya ingin menyatakan dengan tegas bahawa pihak universiti tidak merestui sama sekali perbuatan Adam yang tidak mencerminkan sikap seorang pelajar yang bertanggungjawab.
“Sebagai seorang bakal pendidik, tindakannya itu amat mengecewakan kami. Jawatankuasa penyiasat sudah ditubuhkan dan tindakan paling tegas akan diambil jika dia didapati bersalah,” katanya.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Norhidayah Harun berkata, tindakan Adam itu jelas mencemarkan nama baik universiti yang sebelum ini melahirkan ramai negarawan serta tokoh pendidik.
“Ia tidak ubah seperti kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Sebagai pelajar UPSI, kami amat malu dengan tindakannya yang tidak mencerminkan sikap seorang yang berpendidikan,” tegasnya.








Azwan Canang Abangnya Azmin Ali Bakal MB Selangor


 INI kes syok sendiri, pengacara Azwan Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tweet kata dia dapat sumber sah, abangnya bila-bila masa akan jadi Menteri Besar Selangor yang baru.
Di laman sosial twitternya @azwanNur pada Ahad tulis begini  “Slm. Ko MEROYAN lah 30 hari sebulan pun! Yg ptg (penting) ? AA dah dapat SUMBER SAH! @Azminali anytime New MB SGR! Yeayyyyyyyy! Ko hado?,”
Tweet tersebut bertarikh 18 Disember jam 8.24 malam.
Kok ya pun nak sokong abang sendiri, tak payahlah guna bahasa bukan-bukan sampai menjatuhkan martabat sendiri sampai naik geli geleman orang membacanya.
Contoh tweetnya begini “Slm. MEDIA SOSIAL! Kata PM? IN DEMAND! Hellooo? Demand Satu Hal? Budaya BIADAP MAKI OWANG Direct mana mana Laman Owang? Ko buat Apa?”
Banyak lagi contoh, termasuk yang bahasanya kurang sopan.
Seorang kawan yang mulut lazer sikit kata mungkin Azwan dah ‘miang politik’ kot akhir-akhirnya pasal namanya sebagai pengacara makin tenggelam.
Ikut cakapnya dia cukup naik senak perut kalau tengok Azwan tampil di televisyen sebagai pengacara.
“Tah apa-apa melalut…,” katanya.
Yang peliknya, abang dia tak malu ke tengok gelagat adik macam itu? atau abang pun syok juga sebab dicanang bakal MB baru oleh adik sendiri…
Tentu Tan Sri Khalid Ibrahim geli kena geletek.