Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, mengesahkan MIC akan menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang kepada UMNO dalam satu proses pertukaran kerusi.
"Ini sudah dipersetujui MIC," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO, di sini hari ini.
Zambry, bagaimanapun, enggan mendedahkan kerusi yang akan diserahkan UMNO kepada MIC sebagai ganti.
Sebelum ini, ada desakan daripada pemimpin akar umbi agar kedua-dua parti itu bertukar kerusi kerana kawasan Pasir Panjang didominasi pengundi Melayu.
Pada pilihan raya umum 2008, calon MIC, Dr S Vasan, tewas kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS dengan majoriti 4,474 undi.
Mengulas perkara berbeza, Zambry berkata Barisan Nasional (BN) Perak mula mengenal pasti calon berpotensi bagi pilihan raya umum ke-13 dan proses itu akan dilakukan secara berterusan.
"Kami sudah mengenal pasti sebahagiannya dan akan meneruskan proses untuk yang selebihnya. Kita juga sudah menggerakkan calon berpotensi di akar umbi. Saya rasa penduduk kawasan terbabit telah merasai kehadiran mereka ini," katanya.
Mengenai isu anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang bertindak menurunkan bendera dengan gambar Perdana Menteri kerana membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti baru-baru ini, Zambry berkata pergerakan itu perlu minta maaf kepada Datuk Seri Najib Razak.
Beliau juga menyifatkan perbuatan tersebut tidak beradab dan bertentangan dengan prinsip kenegaraan.
"Walaupun saya berpendirian kebebasan bersuara mahasiswa tidak boleh disekat, namun saya percaya ia perlu dilakukan dalam lingkungan adab.
"Kalau dia jadi mahasiswa konstruktif yang berpegang kepada nilai-nilai budaya dan semangat mahasiswa yang sentiasa ada adab, maka dia perlu mohon maaf," katanya.
Kenapa Anwar Arahkan ABIM Sisihkan Dr Yusri, Dr Sidek Baba ?
Bolehkah Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kritikan secara berlapang dada atau beliau akan bertindak balas terhadap pengkritiknya sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Apa yang berlaku kepada Senator Ezam Mohd Nor, Senator Datuk Nallakarupan, YB Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, YB Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Zaid Ibrahim, Prof. Dr. Chandra Muzaffar, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak, YB Tan Tee Beng (sekadar menyebut beberapa nama), barangkali boleh menjawab persoalan di atas.
Mereka yang disenaraikan di atas bukan kecil anak, malah mereka pernah menjadi salah seorang inner circle Anwar, mahupun isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Maka, dapat dibuat kesimpulan, sesiapa yang mengkritik Anwar, tiada pilihan lain, kecuali KELUAR.
Terbaru, tindakan yang sama terus menjalar ke dalam benteng terakhir Anwar, ABIM. Dari ABIM, Anwar membina tapak, merekrut pengikut dan mara ke dalam UMNO, seterusnya dikeluarkan dan mara kembali ke dalam PKR dan menghulurkan tangan-tangannya ke dalam PAS.
“WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) menegaskan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh bekas Presiden Abim, Dr Yusri Muhammad dan bekas Naib Presiden Abim, Profesor Datuk Dr Sidek Baba, termasuk yang berkaitan dengan isu ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah.
“Setiausaha Agung Wadah, Abdul Halim Ismail berkata, perkara ini perlu dijelaskan sebagai reaksi kepada beberapa persoalan berbangkit serta kekeliruan di kalangan masyarakat ekoran beberapa kenyataan oleh mantan pimpinan Abim mengenai isu tuduhan tuduhan liwat dan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim“, lapor akhbar itu.
Akhbar itu turut melaporkan kenyataan WADAH itu dibuat secara bersama dengan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia) berkenaan dengan isu jenayah Qazaf.
Qazaf Benteng Anwar
Kesimpulan dari kenyataan bersama itu (WADAH, ABIM & PKPIM) adalah mereka menolak pertuduhan liwat dan zina ke atas Anwar.
Jika WADAH, ABIM dan PKPIM menolak pertuduhan liwat dan zina ke atas Anwar, kenapa mereka turut mengumumkan pandangan Dr Yusri dan Dr Sidek Baba bukan mewakili pandangan keluarga mereka, sedangkan kedua-duanya adalah bekas Presiden dan Naib Presiden ABIM ?
Kenapa perlu buat sidang media khas, declare dan mentionnama kedua tokoh ABIM itu, adakah kedua tokoh itu mempunyai pandangan yang berbeza ?
Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan di sini.
Pemimpin Pas perlu berjiwa besar perbetul sikap pengikut - Idris
Pemimpin Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu berjiwa besar bagi memperbetulkan sikap pengikut yang terus berpegang kepada amanatnya yang mengkafirkan UMNO lebih dua dekad lalu.
Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah merupakan sisa kepada kempen melampau untuk mendapatkan sokongan umat Islam ketika itu.
''Datuk Seri Abdul Hadi merupakan individu yang mengeluarkan fatwa di Banggol Peradong pada tahun 1986 perlu memikul tanggungjawab untuk memperjelaskan kepada pengikutnya agar perpecahan sekian lama tidak berlarutan.
"Sebagai pemimpin Islam berjiwa besar apa salahnya memberitahu pengikut bahawa pegangan selama ini adalah tidak betul apatah lagi Pas juga sudah menjalin bekerjasama dengan parti bukan Islam, " ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Gerakan Membaja Risda Peringkat Daerah Besut di Kampung Bukit Bunga dekat sini hari ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad dan Timbalan Pengarah Risda negeri, Faridah Haryati Mohamad Yusof.
Idris berkata, Abdul Hadi tidak boleh lepas tangan dalam menyelesaikan kemelut yang berlarutan sejak sekian lama dan mendapat perhatian Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Aibdin baru-baru ini.
Katanya, pemimpin Pas juga perlu memberitahu pengikutnya bahawa fatwa tersebut tidak lagi relevan memandangkan Pas kini sudah bekerjasama rapat parti bukan Islam terutama DAP manakala perjuangan menegak negara Islam telah mereka sisihkan.
Menurutnya, sebelum ini Pas menggunakan isu kerjasama dengan parti bukan Islam untuk menolak UMNO dan kerana itu imam dari kalangan orang UMNO dianggap tidak boleh mengimamkan solat di masjid kerajaan.
Keadaan itu, menurut beliau, boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat terutama di Besut sehingga mendorong ramai pengikut Pas dan pemimpin mereka mendirikan solat Jumaat di surau dan markas parti.
Idris berkata, semasa beliau menjadi Menteri Besar, usaha pernah dilakukan dengan memanggil pemimpin Pas untuk berbincang bagi mengatasi masalah tersebut tetapi usaha yang dibuat menerusi pejabat agama dipandang sepi.
Anwar tiada asas moral pemimpin
Kegagalan serta keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyahut pelbagai cabaran bersumpah bagi membuktikan siri dakwaannya jelas menunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mempunyai asas moral sebagai seorang pemimpin.
Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Nor berkata, tindakan terbaru Anwar yang enggan menyahut cabaran bersumpah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menunjukkan Anwar seorang pemimpin yang bankrap modal serta sudah melepasi tarikh luput sebagai ahli politik.
"Ini bukan cabaran bersumpah pertama ke atas Anwar, sebelum ini cabaran Datuk Nallakaruppan, Datuk Shazryl Eskay, Ummi Hafilda Ali dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan semuanya tidak disahut oleh Anwar malah beliau tidak berani jawab atau saman mereka.
"Ini menunjukkan Anwar tidak ada asas moral untuk menyahut sebarang cabaran bersumpah," katanya.
Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR mengulas helah terbaru Anwar yang enggan bersumpah selepas dicabar Dr. Mahathir ekoran dakwaan Anwar bahawa Dr. Mahathir pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.
Bagaimanapun Dr. Mahathir menafikan tuduhan itu mencabar Anwar supaya bersumpah menjunjung al-Quran bagi membuktikan dakwaannya.
Anwar dalam reaksinya selepas itu sekadar memberitahu beliau tidak perlu bersumpah kerana dakwaan yang dibuatnya adalah berdasarkan fakta dan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia sendiri.
Ezam menambah, Dr. Mahathir yang berstatus negarawan sebenarnya tidak perlu melayan kerenah Anwar yang dilihat sebagai seorang desperado politik.
"Ia hanya helah Anwar untuk mengalih perhatian rakyat daripada kes liwatnya berikutan kegagalan menampilkan alibi seperti diuar-uarkan di awal kes," katanya.
P/S nasib cepat sedar....hihihihi
P/S nasib cepat sedar....hihihihi
Umno Kedah Harap dana bantu syarikat bas henti-henti disalurkan segera
UMNO Kedah berharap dana RM400 juta untuk membantu syarikat bas henti-henti di seluruh negara dapat disalurkan segera bagi membolehkan perkhidmatan di beberapa laluan di negeri itu disambung kembali.
Sambil mengalu-lakukan pemberian dana itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, tindakan segera kerajaan pusat tersebut membawa kelegaan kepada penduduk Kedah.
"Rakyat mengadu betapa susahnya kehidupan seharian mereka apabila bas tidak beroperasi, mereka yang hendak ke hospital sukar dan apabila sekolah dibuka bulan depan anak-anak menghadapi kesukaran berulang-alik ke sekolah.
"Diharap dana itu dapat disalurkan segera bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada rakyat negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Fitnah Anwar: Mahkamah Tinggi tolak permohonan Khairy
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bagi membatalkan saman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya atas dakwaan memfitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai kira-kira tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu di kamar beliau.
Ahli Parlimen Rembau itu diwakili peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah manakala Anwar pula diwakili peguam J. Leela.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy yang ketika itu merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa memfitnah beliau dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari tahun yang sama.
Ekoran ceramah tersebut, plaintif mendakwa defendan telah mengucapkan dan menyebabkan penerbitan satu rakaman klip video dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com yang menerbitkan sebuah artikel bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ yang didakwa mengandungi kata-kata fitnah.
MAHASISWA GAY & SYIAH PENYOKONG ANWAR YG SAMA FAHAMAN CYBER FORENSIC !! ADA KETUA PELAJAR ALIRAN SYIAH
Kes Adam Adli dan rakan-rakannya yang berarak ke PWTC boleh dijadikan contoh yang sangat baik apa akan jadi jika AUKU dimansuhkan...Kita boleh nampak kenapa Anwar beria-ia sangat menghasut mahasiswa-mahasiswa ini untuk mengadakan DEMO memansuhkan AUKU..
Sebabnya anak-anak muda yang sedang menuntut berdarah panas, suka memberontak. Jadi lebih mudah untuk termakan hasutan dan dipengarui untuk melakukan perkara-perkara diluar jangkaan berbanding dengan orang yang sudah berkerjaya ataupun yang sudah berkahwin..mereka lebih memikirkan keluarga, kerjaya, duit dan masa depan mereka jika berlaku sesuatu yang tidak diingini...tak ramai yang nak menyusahkan diri berdemo sana sini sebab sibuk dengan kerja atau keluarga masing-masing.
Jadi sanggupkah kita sebagai orang Melayu/Islam terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak di universiti melihat masa depan anak-anak muda ini tergadai.?? Nasihat EP belajarlah dulu bagi habis..bukannya lama pun..3 atau 4 tahu saja..Selepas itu tiada siapa pun nak menghalang sekiranya nak berpolitik...info dari http://nadirakyatmalaysia.blogspot.com/2011/12/mahasiswa-gay-syiah-penyokong-anwar-yg.html
Anwar dan Pocong Kantoi & Nampak ‘Bodoh Sangat’ – Penjelasan Dr M
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR tentu gigit jari dan akan terasa ‘bodoh sangat’ apabila membaca blog bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang jawab terperinci berhubung polemik pinjaman Bank Dunia yang mereka cuba dakwa beliau berbohong.
Dalam tulisan terbaharu di blog peribadinya, www.chedet.cc Selasa Dr Mahathir menjelaskan isu pinjaman tersebut bersama-fakta-faktanya sekali.
Anwar sebelum ini berhempas pulas cuba nak ‘spin’ isu kononnya Dr Mahathir ada tulis surat kepada Bank Dunia minta pinjaman ketika negara menghadapi krisis ekonomi .
Untuk menguatkan dakwaan, mereka tunjuk kepada wartawan beberapa dokumen yang mereka anggap bukti bekas Perdana Menteri meminta pinjaman
Dr Mahathir sebaliknya menerangkan satu persatu berdasarkan fakta dan di akhir tulisannya beliau menegaskan tidak pernah menulis surat meminta pinjaman seperti yang didakwa Anwar dan mencabar ketua pembangkang itu untuk bersumpah junjung Al Quran di masjid bagi membuktikan kata-katanya benar.
Serentak dengan itu beliau tegaskan; “Saya bersedia untuk bersumpah yang saya tidak pernah minta pinjaman Bank Dunia.”
Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyentuh isu dakwaan Anwar itu dalam ucapan beliau pada Majlis Makan Malam Gala ‘Tun Dr Mahathir: Legasi Tersohor’ serta pelancaran Program Kepimpinan Ulung Mahathir (MDIP) di PWTC Selasa malam.
Najib berkata Dr Mahathir juga telah menjadi penyelamat ekonomi negara ketika dunia dilanda krisis kewangan apabila menolak untuk menyerahkan Malaysia kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
“… dan saya boleh menyokong apa yang Tun (Mahathir) sebut bahawa dia tentu sekali tidak akan menyerahkan negara kita kepada penguasaan IMF dalam apa jua keadaan.
“Sebaliknya kalau ada orang nak tuduh dia (Tun) menulis surat itu, saya fikir itu mengarut belaka,” katanya.
Berikut adalah terjemahan tulisan Dr Mahathir tersebut.
1. Tuduhan bahawa saya menulis kepada Bank Dunia meminta pinjaman adalah tidak berasas. Tetapi Malaysia telah meminjam ‘project loan’ dari Bank Dunia sejak 1958.
2. Rundingan terakhir untuk pinjaman yang dibuat pada tahun 1997. Ini adalah untuk projek-projek berikut:
a) Sektor Pendidikan USD244 juta
b) Sektor Sosial USD60 juta
c) Sektor Teknikal USD100 juta
3. Krisis mata wang juga bermula pada tahun 1997. Seperti kebiasaannya, pinjaman tidak diluluskan sehingga 1999 setelah krisis tamat. Urutan biasa untuk permohonan pinjaman yang dibuat, diikuti dengan rundingan. Kelulusan akan diberikan oleh pihak bank kemudian.
4. Bank Dunia mahu Malaysia meminta pinjaman bagi menyelesaikan krisis seperti negara-negara lain yang terjejas oleh perdagangan mata wang. Memang diketahui Malaysia enggan untuk mendapatkan bantuan IMF atau Bank Dunia kerana. Sebaliknya, pada tahun 1998 Malaysia memperkenalkan kawalan mata wang Malaysia yang membantu pemulihan ekonomi.
5. Pada bulan Jun 1998 (sebelum kawalan mata wang dan Anwar masih Menteri Kewangan) pinjaman bagi USD 300 juta telah ditandatangani dengan Bank Dunia untuk;
a) Kumpulan Wang Program Makanan
b) Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi
c) Program Mikro Kredit
6. Pada 31 Mac 1999 pinjaman sebanyak USD 100 juta telah ditandatangani bagi Bantuan Teknikal dan untuk mengatasi masalah Y2K. Walau bagaimanapun, pinjaman ini telah dihentikan selepas dikeluarkan sebanyak USD 11,94 juta.
7. Daripada USD 244 juta Projek Pendidikan yang telah diluluskan pada bulan Mac 1999, pembayaran telah diperintahkan supaya berhenti selepas USD 216.7 telah dikeluarkan.
8. Pinjaman Sektor Sosial USD 60 juta, yang diluluskan pada bulan Mac 1999, hanya USD 600,000 telah dikeluarkan sebelum ia berhenti.
9. Oleh kerana seluruh dunia tahu Anwar seperti laporan di dalam akhbar dan majalah asing berhasrat melaksanakan dasar IMF tanpa pinjaman IMF. Beliau menaikkan kadar faedah, mengurangkan tempoh untuk mengisytiharkan pinjaman tidak berbayar dari 6 bulan hingga 3 bulan, peruntukan bajet dikurangkan kepada kementerian untuk mencapai lebihan belanjawan dan sebagainya.
10. Walaupun beliau tidak menentang (dasar) kawalan mata wang, Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara yang dilantik olehnya enggan untuk melaksanakan dasar dan meletak jawatan. Tan Sri Zeti kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.
11. Seperti yang dinyatakan di atas, Malaysia berhenti berunding mengeluarkan pinjaman dengan Bank Dunia pada tahun 1997 dan Jun 1998. Ini tidak menghalang Malaysia pulih daripada krisis.
12. Saya tidak pernah menulis surat atau secara (mengemukakan) permintaan lisan untuk pinjaman dari Bank Dunia. Jika Anwar boleh menunjukkan bukti bahawa saya telah lakukan, maka hendaklah dia (tunjukkan bukti itu). Gagal (berbuat demikian) dia perlu bersumpah Al-Quran di dalam masjid bahawa dia tahu apa yang dikatakannya itu adalah benar. Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman dari Bank Dunia.
Aziz Bari Tinggalkan UIA 31 Disember Ini
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan meninggalkan universiti tersebut pada 31 Disember ini.“Ia hari terakhir saya berkhidmat di UIA. Saya tidak dipecat tetapi yakin mereka tidak ada alasan kukuh untuk berbuat demikian,” katanya.
Awal bulan ini, beliau tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan universiti itu kerana merasakan dirinya tidak lagi sesuai berkhidmat di UIA.
Malah, beliau turut kecewa kerana masih belum mendapat maklum balas daripada pihak pengurusan universiti mengenai statusnya di sana.
Adul Aziz menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut pada 19 Oktober lalu ekoran kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Sehingga hari ini, beliau berkata, hasil siasatan UIA masih belum diketahui
P/S dah dapat watikah untuk jadi calon pru13 la tu......
Perkasa Tolak Penggunaan Dakwat Kekal
Perkasa memberi amaran, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang akan menyebabkan orang Melayu tidak keluar mengundi.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali juga berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.
Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.
Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.
“Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.
“Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan,” kata Setiausaha Perkasa itu.
Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.
“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.
“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.
Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.
Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, dakwat kekal ‘silver nitrate’ akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan ia berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008.
Beliau berkata, dakwat kekal yang mengandungi ‘silver nitrate’ itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam.
Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum.
Menurut Aziz, dakwat ini mengandungi logam silver nitrate apabila dicalit pada kuku jari dan akan diserap dalam kuku kulit.
Dakwat kekal silver nitrate tujuh peratus digunakan untuk pengundian awal iaitu hari pembuangan undi khas untuk anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am manakala dakwat kekal siver nitrate empat peratus bagi pengundian biasa.
P/S Anjoi Binjai tetap mengundi...rugiiiii tuuuuuu
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali juga berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.
Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.
Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.
“Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.
“Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan,” kata Setiausaha Perkasa itu.
Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.
“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.
“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.
Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.
Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, dakwat kekal ‘silver nitrate’ akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan ia berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008.
Beliau berkata, dakwat kekal yang mengandungi ‘silver nitrate’ itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam.
Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum.
Menurut Aziz, dakwat ini mengandungi logam silver nitrate apabila dicalit pada kuku jari dan akan diserap dalam kuku kulit.
Dakwat kekal silver nitrate tujuh peratus digunakan untuk pengundian awal iaitu hari pembuangan undi khas untuk anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am manakala dakwat kekal siver nitrate empat peratus bagi pengundian biasa.
P/S Anjoi Binjai tetap mengundi...rugiiiii tuuuuuu
Langgan:
Catatan (Atom)