UMNO akan mula hilang kuasa di PRU 13
Hebat betul ramalan katastrophi cina bernama Ong Kian Ming . BN yang diterajui UMNO akan hilang banyak kerusi lagi Parlimen di PRU 13 menurut hasil ramalannya . Yang hilang banyak pulak iaitu di kubu kuat BN iaitu Johor , Sabah dan Sarawak !!
Apa justifikasi dari kajiannya ini menunjukkan Fuckatan mampu menang lebih banyak kerusi di Johor ?
Apa hebatnya atau ramuan Anwar hingga mampu menarik sokongan majoriti Melayu di negeri kelahiran UMNO ini untuk undi DAP , PAS dan PKR ??
Apakah kerajaan BN yang menjadi pemerintah di negeri terbabit tak buat kerja membantu rakyat ? Wang BR1m , baucer buku , KR1M , duit RM100 itu apa kejadahnya ??
Mungkin Ong Kian Ming ini lupa bahawa undi orang Melayu Johor lah yang membolehkan menteri2 Cina dari MCA boleh hebat sekarang duduk di kerusi empuk Putrajaya . Semasa itu walaupun berlaku tsunami politik 2008 tapi undi Melayu tetap memihak kepada BN .
Jadi , jangan memandang rendah keupayaan BN di Johor serta Sabah dan Sarawak . Mungkin Ong ini tak pernah turun akar umbi di negeri terbabit melihat sendiri sokongan rakyat terhadap kerajaan ditadbir Najib ,sebaliknya beliau hanya membuat ramalan umpama menulis no ekor di kertas ramalan .
Cuma yang GPB nak tergelak lagi ialah bagaimana Cina ini dapat ilham bila Muhyiddin jadi PM , BN akan menjadi lebih "eksklusif daripada inklusif" ... Memang kuat sangat rekayasanya hingga mampu ramal apa nak jadi di masa hadapan .
Macam ini jadi penganalisis politik ...patut masuk bakul SAMPAH je ......
Azmin Ali keluar parti jika Zaid Ibrahim dibawa masuk semula ke dalam PKR.
Ibrahim Baba
– Bang! Meja dihentak oleh Azmin Ali selepas mengatakan bahawa beliau
akan keluar parti jika Zaid Ibrahim dibawa masuk semula ke dalam PKR.
Ini sebagai membantah ucapan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Biro Politik parti baru-baru ini.
Sebelum 901, Zaid dilaporkan telah memohon maaf dengan Anwar dan
menyatakan hasratnya untuk sedia kembali ke pangkuan PKR. Zaid dikatakan
menyatakan sendiri hasratnya kepada Anwar ketika 901.
Maka dalam mesyuarat biro politik parti Anwar memaklumkan kepada
semua yang hadir dalam mesyuarat akan hasrat Zaid. Azmin yang duduk
sebelah Anwar bingkas membantah Anwar sambil menghentak meja. Dalam
ketakutan, Anwar terus mengalih kepada perbincangan lain bagi mengelak
suasana menjadi keruh.
Ada cakap-cakap di kalangan pimpinan PKR bahawa, Zaid ingin “mereka”
[IB mungkin dedahkan siapa "mereka" ini] bawa masuk kembali ke dalam PKR
bagi mengimbangi pengaruh Azmin yang melampau dalam parti dan
terutamanya terhadap Ketua Umum parti sendiri.
Tanggapan ini telah terbukti dengan apa yang berlaku di hadapan mata mereka semua dalam mesyuarat tersebut.
Dan terbukti Anwar amat takut dengan Azmin.
PERKASA nak jumpa pekerja KFC I-City mencari kebenaran
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan menemui kakitangan restoran Kentucky Friend Chicken i-City, Shah Alam untuk mendapatkan penjelasan berhubung insiden kekasaran yang berlaku di premis berkenaan Isnin lalu.
Setiausaha agung pertubuhan itu, Syed Hassan Syed Ali berkata, PERKASA akan berbuat demikian memandangkan pelanggan yang mendakwa diserang dalam insiden tersebut telah mendapat perhatian media.
"Nampaknya pihak yang didakwa diserang oleh pekerja KFC sahaja yang dapat perhatian media. PERKASA rasa mereka (staf KFC yang terlibat) perlu diberi peluang menjelaskan kepada orang ramai apa sebenarnya berlaku.
"PERKASA akan berjumpa dengan staf KFC terbabit dalam masa terdekat ini untuk mendapat penjelasan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga memerhatikan bahawa komen yang timbul berhubung isu berkenaan "sangat tidak adil kepada staf KFC tersebut."
Katanya lagi, pelanggan yang tampil dalam sidang media semalam – Danny Ng – tidak sepatutnya bertindak memarahi kakitangan resoran berkenaan.
"Pastinya ada cara nak luahkan kehampaan bila apa yang kita hendak sudah habis. Mengapa pula lebih suka menjerit-jerit marah dalam premis yang bukan dia punya? Dia hanya seorang pelanggan sahaja, apa hak dia nak marah-marah pekerja KFC," soalnya lagi.
Syed Hassan turut melahirkan keprihatinannya ke atas kakitangan terlibat yang menurutnya perlu "berdiri sepanjang hari dan bergerak ke sana sini dalam dapur" dan perlu melayani pelanggan yang ramai.
Laluan Ke Tabika Kemas 'Disekat'!!!!
Ibu bapa membantu pelajar mendaki tebing kerana jalan utama menghala ke tabika berkenaan ‘disekat’ di Kampung Jaya Setia, Badang, Kota Bharu, kelmarin
Hampir 20 murid Tabika Kemas Kampung Jaya Setia, Badang dekat sini berdepan kesukaran untuk berulang-alik ke premis itu selepas laluan ke tabika tersebut ‘disekat’ oleh pemilik tanah berkenaan sejak Jumaat lalu. Guru tabika berkenaan, Zainab Idris, 53, berkata, pemilik berkenaan menimbun tanah di laluan berkenaan sehingga menyukarkan ibu bapa untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka.
“Saya
tidak mengetahui punca sebenar mengapa jalan ke tabika ini ditutup,
namun saya kesal dengan tindakan yang dipercayai dilakukan oleh pemilik
tanah. “Saya dimaklumkan perkara ini oleh pembantu guru pada malam
Jumaat lalu. Sebelum ini tiada sebarang notis amaran diberi dan sekatan
ini diadakan secara tiba-tiba,” dakwanya ketika ditemui pemberita di
sini semalam.
Zainab yang kecewa dengan tindakan pemilik tanah berkenaan yang tidak memberi sebarang notis memberitahu,
beliau telah menghubungi penghulu dan penggawa kawasan berkenaan untuk
memaklumkan perkara tersebut. Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia
mendapati, ibu bapa yang menggunakan kenderaan menghantar dan mengambil
anak-anak mereka kini terpaksa meninggalkan kenderaan sejauh kira-kira
10 meter.
Seorang
ibu, Zalina Ismail, 29, yang mempunyai dua anak belajar di tabika
berkenaan menyuarakan rasa terkejut dan hairan apabila mendapati
timbunan tanah di kawasan jalan tersebut kerana ia seolah-olah menutup
laluan ke tabika berkenaan. “Kami ibu bapa meminta jasa baik pemilik
tanah supaya tidak bertindak sedemikian. Walaupun jaraknya tidak jauh
tetapi nyata ia menyusahkan kami semua,” katanya.
Sementara
itu, Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (Mayang)
Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin memberitahu, pihaknya telah mengadakan
laluan sementara untuk kemudahan ibu bapa terlibat. “Atas rasa prihatin
terhadap masalah yang dihadapi Tabika Kemas Setia Jaya, sebanyak
RM5,000 diperuntukkan bagi membina jalan dari rizab Jabatan Pengairan
dan Saliran (JPS) bagi membolehkan kenderaan memasuki kawasan tabika
itu,” katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)