Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

AWAS: Jangan Buat Laporan Polis!!!



Ibrahim Baba – Peringatan kepada para mangsa jenayah terutama jika anda dirogol atau anda diliwat
Peringatan ini adalah kepada sesiapa sahaja yang menjadi mangsa rogol atau liwat agar tidak nanti dituduh bersalah atas kesalahan QAZAF.
Tetapi jangan bimbang, ianya hanya akan dilaksanakan jika berlaku perubahan pemerintahan kerajaan negara, yakni apabila Pakatan Rakyat memerintah.
Ini yang IB rasa akan berlaku dan menjadi antara agenda utama yang bakal berubah bagi membebaskan Anwar dan menghumbankan Saiful kerana membuat laporan Anwar liwat beliau.
Pada ketika itu nanti, kenalah kita banyak berdoa agar ahli keluarga kita, sahabat handai dan orang-orang yang kita sayangi serta masyarakat umum sekalian dilindungi dari menjadi mangsa jenayah rogol atau liwat. KERANA jika ianya berlaku (nauzubillah) kita tidak boleh lagi membuat laporan polis dan hanya menerima sahaja nasib kita sebagai mangsa jenayah. Dan penjenayah bakal dianugerah sebagai imam Mahdi.
Sama-sama kita doakan agenda perubahan sebegiini tidak berlaku.
Sekian, IB

NGO persoal tiada tindakan terhadap Ariffahmi




 Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mempersoalkan kenapa sehingga sekarang tiada tindakan diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
Mereka mendesak SPRM agar memaklumkan kepada umum sekiranya Abdul Ariffahmi yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bersalah atau tidak berhubung dakwaan berlaku penyelewengan ketika beliau menjawat jawatan tersebut.
SPRM diminta memaklumkan hasil siasatan untuk memastikan integriti suruhanjaya itu sentiasa terjaga kerana sikap berdiam diri SPRM berhubung isu itu boleh menimbulkan persepsi bahawa ada 'tangan' yang cuba menyelamatkan seseorang daripada didakwa atas kesalahan rasuah.
Timbalan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, tempoh sehingga lebih dua tahun yang diambil SPRM untuk menyelesaikan siasatan sangat lama, menyebabkan timbul banyak persepsi negatif mengenainya.
"Ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi termasuk adakah SPRM cuba melindungi sesetengah pihak apabila laporan hasil siasatan masih tidak dimaklumkan.
"Sikap mendiamkan diri itu juga sebenarnya menimbulkan persepsi negatif kepada yang dituduh dan kepada badan yang menjalankan siasatan itu sendiri," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini, hari ini.
Siasatan SPRM terhadap Ariffahmi bermula pada 2009 apabila timbul dakwaan yang disiarkan di beberapa blog bahawa beliau melakukan penyelewengan di dalam PMBK selain kontroversi mengenai pelantikannya ke jawatan tersebut memandangkan Nik Aziz adalah bapa mertuanya.
Hasil siasatan itu, bagaimanapun masih belum diketahui kecuali kenyataan bekas Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd. Nor yang dilaporkan Utusan Malaysia pada 31 Julai lalu bahawa siasatan sudah selesai dan dihantar ke ibu pejabat suruhanjaya di Putrajaya untuk tindakan lanjut.
Ia adalah kenyataan terakhir yang dikeluarkan SPRM Kelantan manakala ibu pejabat SPRM di Putrajaya juga masih belum mendedahkan sebarang laporan mengenai siasatan tersebut.
Wan Khairul Ikhsan menegaskan, ada dua perkara asas yang tidak boleh dipolitikkan di negara ini iaitu agama dan perbuatan rasuah justeru sesiapa sahaja yang didapati melakukan kesalahan itu perlu dihukum.
Sementara itu, Presiden Gerakan Selamatkan Kelantan (Gasak), Norazli Ahmad berkata, dakwaan mengenai penyelewengan itu sangat penting untuk diketahui umum kerana ia membabitkan sebuah kerajaan yang memerintah negeri.
"Pandangan saya kalau salah, dakwa dan kalau tidak, bebaskan. Cuma masalahnya sekarang, SPRM tidak berkata apa-apa selain kenyataan suruhanjaya itu bahawa laporan siasatan sudah dihantar ke Putrajaya.
"Rakyat mempunyai hak untuk tahu, justeru kita desak agar SPRM keluarkan hasil laporan siasatan dan bukannya terus berdiam diri kerana kita mahu tahu dan tidak akan lupa mengenai dakwaan penyelewengan itu," katanya.

AZMIN ALI TIDAK LAYAK SEBAB BUKAN AHLI KELUARGA



Pembangkang akan menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang baru jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Mendedahkan perkara tersebut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, itu adalah taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.
“Perkara ini telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai oleh semua pemimpin tertinggi dari DAP, Pas dan PKR.
“Taktik baru ini mereka tonjolkan seolah-olah mereka sudah yakin Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa Nurul Izzah akan didapati bersalah dalam perbicaraan kes liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini.
“Dengan mencalonkan Nurul Izzah, pembangkang yakin rakyat terutama golongan muda pasti akan simpati terhadap bapanya yang kini menghadapi kes liwat,” katanya.
Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas menghadiri majlis perjumpaan Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Yayasan Melaka hari ini.
Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pemimpin pembangkang melihat penampilan Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat tidak memungkinkan mereka untuk meraih sokongan rakyat seterusnya memenangi pilihan raya kali ini.
“Saya diberitahu pemimpin tertinggi pembangkang tidak bersetuju untuk menyandarkan harapan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail begitu juga Timbalan Presiden, Azmin Ali,” ujarnya.
Justeru katanya, pemilihan Nurul Izzah dilihat adalah pilihan tepat untuk meraih simpati rakyat bagi memastikan pembangkang menang pada pilihan raya nanti.

SEBELUM INI BISING SEKARANG SENYAP



Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali enggan mengulas mengapa beliau tidak ikut serta dalam pertemuan 'mahabbah' anjuran presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertujuan mencari penyelesaian berhubung kemelut 'perang' terbuka dalam parti itu.
Sambil menyifatkan segala kemelut antara beliau dengan bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa serta bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali telah selesai, Mustafa berkata, dia tidak mahu lagi memberi sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.
"Tiada ada lagi yang perlu saya cakap, saya sudah tutup mulut. Kalau membabitkan isu ini, saya tidak mahu lagi bercakap. Saya hanya akan bercakap atas kapasiti sebagai Setiausaha Agung Pas dalam isu yang lain," katanya
Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemelut yang melanda parti itu membabitkan Nasharuddin, Hasan dan Mustafa sudah berakhir selepas satu pertemuan bersama pucuk pimpinan parti diadakan di Kelantan dengan Hasan dikatakan memohon maaf.
Sebelum ini, Mustafa menuduh Nasharuddin dan Hasan terperangkap dalam agenda politik UMNO selepas bekas Timbalan Presiden dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu mengkritik dasar serta perjalanan parti tersebut secara terbuka tetapi tuduhan berkenaan dinafikan.
Setiausaha Agung Pas itu kemudian mendakwa pula Hasan pernah mengadakan pertemuan dengan tiga individu lain yang dikaitkan dengan UMNO di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ramadan lalu, tetapi sekali lagi ia dinafikan Hasan dengan beliau membuat dakwaan balas.
Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan komen Nasharuddin dan Hasan gagal.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pemimpin Pas perlu menjadi pejuang Islam yang berakhlak mulia dengan mencintai perdamaian, menghargai persahabatan, memohon maaf jika tersalah serta memaafkan kesilapan orang lain.
"Apabila bertelagah melampau-lampau, tiada jiwa kemanusiaan, tiada semangat bertolak ansur untuk memohon maaf atau memberi kemaafan, apa yang dicari dalam hidup ini? Nak jadi tuhan tak mungkin. Nak jadi nabi mustahil. Berlapang dada dan jauhkan buruk sangka," katanya.

Bebaskan Anwar 901: Sikap Majlis Peguam dipersoal



Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Majlis Peguam terhadap rancangan pembangkang mahu mengheret rakyat menjadi pelindung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi pertuduhan mahkamah, melalui kempen “Bebas Anwar 901”.
"Kepada Bar Council (Majlis Peguam), mereka perlu ada pendirian. Adakah semua kes yang diheret ke mahkamah seperti kes rogol dan bunuh, tertuduh akan buat perkara seumpamanya (buat perhimpunan sedangkan mahkamah belum membuat keputusan),” katanya kepada Bernama hari ini.
Kempen “Bebas Anwar 901” dilihat sebagai satu bentuk provokasi terhadap kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebagai tertuduh.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan berhubung kes liwat itu pada 9 Januari ini.
Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga meminta pihak berkuasa keselamatan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang perhimpunan seumpama itu daripada berlaku. - BERNAMA

SMM didakwa cuba 'tumpang' program UPSI



Gerakan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dipercayai merancang untuk 'menumpang' program sambutan tahun baru anjuran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Perak yang akan dihadiri oleh 1,500 mahasiswa pada Sabtu ini untuk mengadakan perhimpunan haram.
Gerakan itu didakwa cuba mengaitkan pengunjung sambutan tersebut sebagai penyokong mereka bagi menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan.
Perkara tersebut didedahkan oleh mahasiswa UPSI yang bimbang perhimpunan bermotifkan politik itu akan menganggu sambutan tahun baru anjuran universiti tersebut yang kebiasaannya dipenuhi dengan acara sukan.
Sumber berkata, tindakan SMM untuk 'menumpang' program tersebut adalah bagi mendapat sokongan daripada mahasiswa lain.
"Berdasarkan maklumat yang diperolehi, SMM bersama tidak lebih 50 ahlinya dengan berbekalkan beberapa kain rentang akan mengadakan perhimpunan pada program berkenaan.
"Selain meraih sokongan, mereka juga dijangka akan mendakwa kononnya pengunjung seramai 1,500 yang hadir menyokong tindakan mereka yang mahu AUKU dimansuhkan.
"SMM sebenarnya hanya ingin 'menumpang' program tersebut bagi melunaskan tuntutan berbaur politik yang dipercayai didalangi pihak-pihak tertentu," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini hari ini.
Baru-baru ini, kira-kira 200 ahli SMM berkumpul dan berarak untuk menggesa AUKU dimansuhkan kerana didakwa menyekat kebebasan akademik.
Sebelum menyerahkan memorandum bantahan itu, beberapa ahli SMM ketika berpiket di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertindak menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.