Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Kes culik: 3 termasuk polis ditahan


Seorang anggota polis yang digantung perkhidmatan ditahan bersama dua lelaki lain bagi membantu siasatan kes culik seorang lelaki di Kuala Muda, Sungai Petani, Jumaat lepas.
Ketiga-tiga lelaki berusia antara 28 dan 50 tahun itu ditahan di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi semalam selepas keluarga mangsa menyerahkan wang tebusan sebanyak RM40,000.
"Mangsa yang berusia 23 tahun berada dalam keadaan selamat," kata Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim di sini hari ini.
Beliau berkata, polis merampas wang tunai RM40,000, empat telefon bimbit, satu gari dan sebuah kereta jenis Honda Civic yang dilapor hilang di Lembah Klang serta menemui semula kereta Proton Gen2 milik mangsa.
Beliau berkata, mangsa dilaporkan diculik di hadapan sebuah hotel di Bedong dekat Sungai Petani kira-kira pukul 11 pagi Jumaat lepas ketika dia baru keluar dari hotel dan ingin masuk ke dalam keretanya.
"Mangsa ditarik masuk ke dalam kereta oleh suspek sebelum dibawa ke Kuala Lumpur," ujarnya.
Katanya lagi, keluarga mangsa dihubungi suspek yang meminta wang tebusan sebanyak RM60,000 tetapi selepas berbincang, suspek bersetuju menerima RM40,000.
Ahmad berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki yang ditahan itu positif dadah dan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

Terima Kasih Kerajaan Negeri Terengganu dan BN

                              Ibarat dapat durian runtuh

 Berkat kesungguhan dan ketekunan, seorang ibu kepada lima anak menjaja pelbagai jenis makanan dengan sebuah motosikal menarik perhatian Kerajaan Negeri untuk menyumbangkan sebuah motosikal roda tiga kepadanya.
Wanita berkenaan, Noriani Deraman, 40, berkata, sumbangan itu ibarat mendapat durian runtuh kerana bukan sahaja memperoleh kenderaan tersebut malah, mendapat bantuan pelbagai jenis peralatan pertanian oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
Menurutnya, sudah enam tahun dia menjaja pelbagai jenis kuih muih, lauk pauk dan sayur-sayuran dengan motosikal di kampung sekitar rumah di sini dekat Renek, Jabi.
“Saya bersyukur amat sangat kerana memperoleh motosikal roda tiga ini kerana sebelum ini saya berdepan kesukaran menjaja menggunakan motosikal biasa memandangkan banyak barang jualan yang saya bawa.
“Menjaja menggunakan motosikal dahulu bukan sahaja berbahaya, kerana di bahagian belakangnya lebih 20 jenis kuih muih tergantung menyebabkan saya sukar melihat kenderaan di belakang,” katanya.
Dia berkata demikian ketika menerima motosikal tersebut yang diserahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali dan Pegawai Daerah Besut, Ab Rahim Jusoh di rumahnya di sini.
Noriani berkata, motosikal baru bernilai RM7,000 itu sudah pasti dapat memuatkan lebih banyak barangan berbanding sebelum ini.
Sementara itu, Fama menyumbangkan pelbagai kelengkapan pertanian bernilai RM10,000 bagi memastikan suaminya dapat mengusahakan tanaman timun di tanah seluas 0.6 hektar di belakang rumahnya.
Pejabat Pertanian Daerah turut membantu membuat persediaan tanah dan khidmat nasihat kepada suaminya, Mohd Tridi Ahmad, 43, yang sebelum ini tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Menurut Ab Rahim, Kerajaan Negeri memberi bantuan tersebut dengan harapan Noriani dapat memasarkan sendiri hasil pertanian yang diusahakan suami serta dapat mempelbagaikan barangan jualan seterusnya meningkatkan ekonomi mereka sekeluarga.

Nak Menyalak macam Anjing,Kami Tunggu je.....

Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut bahawa Adun dan Ahli Parlimen di negeri ini diberi tanah seluas satu hektar setiap seorang.

Sehubungan itu, beliau meminta agar pemimpin pembangkang itu mengemukakan pendedahan segera dan tidak hanya perlu menunggu pilihan raya semata-mata.

Jelasnya lagi, wakil rakyat di negeri ini sememangnya dibenarkan untuk membuat permohonan untuk memiliki tanah seperti mana yang dinikmati rakyat lain dan kelulusan akan dibuat sekiranya menepati syarat yang ditetapkan.

“Hendak dedah pun dedahlah..kita tiada masalah kerana wakil rakyat pun layak untuk meminta tanah seperti rakyat biasa dan kita buat ikut peraturan dan bukannya dia (wakil rakyat) dapat secara haram.

“Kita bermesyuarat sebelum ini dan pemberian tanah bukan baru..dia (Wahid Endut) tidak faham pemberian dan anugerah kerana mereka (wakil rakyat) juga berjasa dan kita buat ikut syarat,” katanya kepada pemberita sebaik selesai menyempurnakan Penyerahan e-Book Tahun Empat Dun Wakaf Mmepelam di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, di sini, hari ini.

Menurut Ahmad lagi, tindakan pembangkang yang cuba untuk mencipta kontroversi terutamanya menjelang pilihan raya yang dijangka bila-bila masa ini tidak sesekali mengundang kebimbangan, sebaliknya sedia menanti pendedahan yang kononnya akan dibuat nanti.