Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Halalkan Seks Luar Tabii Jijis


Desakan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) supaya kerajaan menghalalkan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dengan cara meminda undang-undang sedia ada adalah gesaan yang jijik, tidak bertamadun dan melanggar norma hidup masyarakat negara ini.


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, rakyat Malaysia tidak akan menerima apatah lagi bersetuju untuk menghalalkan amalan seks songsang.


“Setiap negara mempunyai latar belakang sosial serta nilai budaya sendiri dan sebagai negara Timur, budaya songsang tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat negara ini.


“Ia (menghalalkan LGBT) tidak sesuai di Malaysia biarpun pilihan seks itu kita anggap hak dan kebebasan individu, tetapi budaya ini tidak harus digalakkan,” katanya selepas merasmikan Majlis 1Azam Niaga dan sambutan Tahun Baru Cina 2012 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pu Nan, Bukit Bakri, di sini hari ini.

AMBIGA,ANWAR dan RAKAN PAKATAN menghalalkan seks luar tabii...

Dia Seorang Gay ?



Garam Manis- Kalau kita masih ingat gambar diatas adalah footage video Brader Lan mahu tempeleng budak kurang ajar bernama Adam Adli semasa dia mahu buat laporan polis pasal kena ugut. Bagaimanapun, tangan kasar brader Lan tak sempat usap pipi gebu Adam adli.
Anak panah merah menunjukkan pada seorang budak ranggi yang back up Adam Adli. Gaya dia serupa taiko besaq dan buat semua orang takut sama dia. Ini budak nama dia Ehsan Bukhari. Mamat ini selalu bersama Adam Adli tak kira kemana dia pergi. Memang tengok gaya spek uptown dan rambut spike dia boleh jadi idola mahasiswa.
Tengok pula gambar di bawah. Macam ada elemen kecemburuan bila Fadiah Nadwa [Lawyer PKR] menyendeng dengan Adam Adli.


Ini pula ialah footage Facebook Ehsan Bukhari yang bermatian pertahankan Adam Adli. Lihat pula statusnya. Moden konon, kepala bapak dia kalau dah tayang satu dunia emotional seksual yang songsang ini.



Tang yang ini best kalau nak spin tahap maksima. Apahal bikin gambar dengan icon love yang fancy dan daring kalau bukan nak kasi tahu ekspress feeling songsang. Mula-mula tengok gaya macam samseng taik minyak rupanya pewaris kaum Luth.


Bersama Dewa Caligula kesayangan PAS


Itulah bila sudah terlebih pandai dan masuk universiti kau orang terlebih stim dengan ideologi kebebasan yang tak bermakna. Orang tua suruh belajar cari ilmu bukan jadi rebel dan songsang macam tak ada agama. Ikut lagi idola Caligula yang terlepas dari hukum dunia. Ini dunia hanya sementara bukan boleh bergembira sangat.

GELARAN HASAN AKIDAH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA TOK GURU PECACAI DAJAL!!!


Keputusan telah dibuat. Hasan Ali enggan membuat rayuan kepada PAS berkenaan hukuman pemecatannya dari parti itu. Kata Hasan Ali, untuk apa dia merayu kalau sekadar rayuan itu untuk membesar-besarkan ego PAS tentang tindakan mereka.
Kata Hasan Ali, dia tidak menyesal kerana dipecat dari PAS, malah sebenarnya pemecatan itu jelas menunjukkan tali di hidung PAS dipegang oleh DAP dan PKR, sekalipun dari semasa ke semasa PAS cuba menyatakan bahawa ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu tidak pernah dikeldai-keldaikan sesama sendiri sebaliknya semuanya sedang bertahaluf siyasi!
Sebenarnya cakap-cakap orang merajuk ni, jangan diambil kira sangat. Hati tengah panas, memang akan keluar macam-macam cerita. Macam Anwar Ibrahim juga dulu. Bezanya, Hasan Ali tidaklah menggerakkan rakyat Malaysia dan berceramah dari satu tempat ke satu tempat menghasut orang ramai agar menjadi pengikutnya macam yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Adab dan tatacara Hasan Ali jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim.

Cuma yang menariknya, para pecacai Pakatan Rakyat telah mengenakan satu label baru kepada Hasan Ali iaitu HASAN AKIDAH.
Konon-kononnya HINA SUNGGUH HASAN ALI kerana memperjuangkan AKIDAH umat Islam. Hasan Ali bagi mereka, cuba mendapatkan sokongan dan perhatian menerusi perjuangan AKIDAH sehingga mewajarkan label tersebut dilekatkan di hujung namanya.

HASAN AKIDAH.. itu gelaran baru kepada Hasan Ali.

Dan kalaulah itu yang terus diamalkan oleh para pecacai Pakatan, sokongan sebenar perlu diberikan kepada Hasan Ali kerana menjaga dan memperjuangkan akidah umat Islam adalah perkara paling pokok mengatasi segala perjuangan yang lain... jauh mengatasi memperjuangkan kelestarian UMNO, PAS apatah lagi DAP-PKR.
Yang mereka tidak sedar, mereka sendiri telah berterus-terang bahawa mereka adalah musuh umat Islam kerana cuba menyengutukan dan memperemehkan Islam dengan nilai-nilai politik kepartian dan pilihanraya umum semata-mata!
Tahniah Hasan Ali kerana gelaran HASAN AKIDAH jauh lebih baik daripada gelaran TOK GURU tetapi sebenarnya menjadi tentera-tentera Dajal Al-Masih!!!

BUKAN SALAH NIK AZIZ DAN PAS KELANTAN, BAS TAK JALAN SALAH UMNO!!!


Kejahatan UMNO sudah sampai ke kemuncaknya. Kekejaman UMNO telah mengakibatkan ribuan rakyat biasa yang bergantung kepada perkhidmatan bas henti-henti untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, merana. Kezaliman UMNO dan Kerajaan Pusat telah menyebabkan SKMK yang memiliki bas CITYLINER di Kelantan menggendalakan 31 daripada 37 laluan di seluruh negeri itu.

Walaupun Menteri Besar sebelum ini MENJUAL air liur kononnya akan memberikan bantuan RM400,000 untuk syarikat pengangkutan berkenaan menampung kerugian sekaligus meneruskan perkhidmatan bas, namun SALAH UMNO dan Kerajan Pusat kerana kegagalan Menteri Besar yang merupakan keramat hidup untuk menunaikan janji.

Satu lagi kezaliman UMNO dan Kerajaan Pusat ialah kerana telah menahan royalti minyak RM2 BILION. Kalaulah UMNO dan Kerajaan Pusat memberikan wang royalti tesebut, tentunya masalah sebegini tidak akan berlaku.

Agak aneh juga kerana ketika doa dan upacara munajat memohon pecah perut diadakan, tidak pula terfikir di otak sekalian pemimpin PAS di Kelantan untuk memimpin munajat agar menurunkan dari langit bagi menunjukkan bukti kepada UMNO betapa pemerintahan PAS di Kelantan mendapat bantuan dari langit. Hairan juga dengan alasan yang diberikan oleh PAS Kelantan kerana kegagalan Menteri Besar menunaikan janji diistinbathkan kepada PUSAT. (BACA DI SINI)

Nampaknya kekejaman UMNO dan Kerajaan Pusat telah menyebabkan ribuan pengguna bas henti-henti terkandas dan mengalami kesukaran. Sepatutnya Putrajaya telah mengatasi masalah tersebut memandangkan setiap segala masalah yang berlaku, termasuklah di halaman rumah Nik Aziz yang di depannya rumah kampung, di belakangnya banglo besar, adalah tanggungjawab UMNO.

UMNO perlu belajar dan perlu sedar bahawa tanggungjawab kerajaan negeri hanyalah berceramah, menabur janji, mendabik dada dan mengeluarkan cadangan yang bernas-bernas sepertimana yang dilakukan oleh Exco Kanan Kelantan, Husam Musa. Memang itulah tanggungjawab mereka!!!

Semuanya salah UMNO!!!