Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Nasihat Pas tentang Islam perlu mendapat perkenan MB



Penglibatan Pas dalam urusan hal ehwal Islam di Selangor hanya boleh dilakukan jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini memegang portfolio berkenaan membenarkannya berbuat demikian.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abdul Rani Osman menafikan kedudukan parti itu dalam soal perjuangan Islam terjejas berikutan tiada lagi pemimpin mereka diberikan tanggungjawab menjaga hal ehwal Islam ekoran rombakan portfolio tersebut baru-baru ini.
Kata beliau, situasi sedemikian tidak timbul sama sekali kerana pihaknya masih boleh terlibat dalam urusan hal ehwal Islam di negeri ini daripada segi memberi nasihat atau pun pandangan.
"Tidak ada masalah Menteri Besar memegang jawatan Exco agama. Saya masih ingat kenyataan Abdul Khalid sebelum ini yang menyatakan akan merujuk kepada Pas sekiranya beliau mahu mendapatkan nasihat tertentu.
"Soal sokongan orang Melayu terhadap Pas terjejas, ia tidak timbul kerana keputusan rombakan portfolio itu bukan keputusan Menteri Besar, ia mendapat persetujuan daripada pimpinan Pas pusat," katanya.
Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu yang menyatakan Pas telah kehilangan keyakinan dan sokongan khususnya daripada orang Melayu apabila tiada lagi pemimpinnya memegang pentadbiran hal ehwal agama Islam di negeri ini.
Ia berikutan pengguguran Dr. Hasan Ali daripada Exco Kerajaan Negeri selepas dipecat keahliannya sebagai ahli Pas.
Ekoran itu ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi menggantikan Hasan tetapi tidak lagi memegang portfolio Hal Ehwal Islam.Beliau hanya diberikan portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri.Sebaliknya, tanggungjawab melibatkan Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri diambil alih oleh Abdul Khalid yang ketika ini turut memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah, Kewangan dan Majlis Tindakan Ekonomi negeri.
Dalam pada itu, mengulas tindakan Hasan yang ketika ini aktif mengadakan ceramah umum mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor setelah dipecat daripada Pas, Abdul Rani berkata, ia juga tidak memberi kesan kepada kedudukan Pas di negeri ini.
"Contohnya apabila Hasan buat ceramah di Meru pada 21 Januari lalu, yang datang dekat 1,000 orang. Tetapi kebanyakan yang datang adalah penyokong kita yang nak dengar sendiri apa Hasan cakap dan tidak semestinya mereka menyokong beliau," katanya yang juga ADUN Meru.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Mohd. Ridzwan ketika membaca kenyataan rasmi pada sidang akhbar itu mengecam tindakan Hasan yang didakwanya berpunca selepas ADUN Gombak Setia itu tidak berpuas hati apabila hilang jawatan dan kedudukan dalam Pas.
Beliau mendakwa, oleh kerana tidak mendapat tempat di dalam parti itu, termasuk tidak dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang, Hasan sanggup menidakkan segala yang pernah disokongnya sebelum ini, termasuk membuat tuduhan tidak berasas kepada Pas.

Agenda DAP Tarik Orang Melayu Untuk Bergerak Tanpa Pas, PKR


DAP dilihat cuba berdiri sendiri tanpa bantuan rakan-rakan lain dalam pakatan pembangkang dalam usaha mereka mendominasi senario politik di negara ini.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata jika itu bukan alasannya, kenapakah DAP begitu beriya-iya cuba menarik orang Melayu  untuk menyertai parti berkenaan.
Menurut beliau DAP semestinya akan menggunakan apa sahaja cara untuk mereka menguasai politik negara ini walaupun pada dasarnya mereka bernaung di bawah satu gabungan pembangkang dan menjulang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Percayalah mereka hanya bermain gula-gula politik dengan gabungan mereka sendiri. Jika mereka tidak mempunyai niat sedemikian rupa, kenapakah mereka membuka dan menerima keahlian dari kalangan orang Melayu.
“Bukankah sekutu mereka iaitu Pas majoritinya kaum Melayu dan sebahagiannya menerusi PKR. Apakah mereka tidak mempercayai kedua-dua parti berkenaan. Cumanya apa yang saya nampak dis ini, DAP cuba melengkapkan kaum Melayu di dalam parti mereka  untuk memastikan mereka dapat bergerak tanpa bantuan PKR dan Pas kelak,” katanya.
Tegas beliau pada satu hari nanti, jika budaya itu berterusan dan DAP dibarisi ramai kaum Melayu, percayalah pada saat dan ketika itu tidak mustahil mereka akan bergerak sendiri dan Pas serta PKR akan berputih mata.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecenderungan DAP menarik kaum Melayu di negara ini untuk menyertai mereka khususnya menjelangnya pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Mengulas lebih lanjut, Megat Firdouz yang yang juga Timbalan Ketua UMNO Subang seterusnya menambah, orang Melayu perlu sedar dan tahu tipu muslihat parti berkenaan kerana mereka bijak bermain dengan kata-kata.
“Tembelang DAP nampaknya dah pecah awal dan hakikat berkenaan perlu disedari oleh orang Melayu di negara ini. Kehadiran mereka bersama pembangkang yang lain hanyalah sekadar sandiwara semata-mata.
“Apabila dah kuat dan mampu bergerak tanpa PKR dan Pas, DAP akan muncul dengan wajah baru mereka mendominasi politik negara dan meninggalkankan rakan sektunya yang pernah tidur sebantal apda satu ketika,” katanya.

DAP dilihat cuba berdiri sendiri tanpa bantuan rakan-rakan lain dalam pakatan pembangkang dalam usaha mereka mendominasi senario politik di negara ini.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata jika itu bukan alasannya, kenapakah DAP begitu beriya-iya cuba menarik orang Melayu  untuk menyertai parti berkenaan.
Menurut beliau DAP semestinya akan menggunakan apa sahaja cara untuk mereka menguasai politik negara ini walaupun pada dasarnya mereka bernaung di bawah satu gabungan pembangkang dan menjulang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Percayalah mereka hanya bermain gula-gula politik dengan gabungan mereka sendiri. Jika mereka tidak mempunyai niat sedemikian rupa, kenapakah mereka membuka dan menerima keahlian dari kalangan orang Melayu.
“Bukankah sekutu mereka iaitu Pas majoritinya kaum Melayu dan sebahagiannya menerusi PKR. Apakah mereka tidak mempercayai kedua-dua parti berkenaan. Cumanya apa yang saya nampak dis ini, DAP cuba melengkapkan kaum Melayu di dalam parti mereka  untuk memastikan mereka dapat bergerak tanpa bantuan PKR dan Pas kelak,” katanya.
Tegas beliau pada satu hari nanti, jika budaya itu berterusan dan DAP dibarisi ramai kaum Melayu, percayalah pada saat dan ketika itu tidak mustahil mereka akan bergerak sendiri dan Pas serta PKR akan berputih mata.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecenderungan DAP menarik kaum Melayu di negara ini untuk menyertai mereka khususnya menjelangnya pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Mengulas lebih lanjut, Megat Firdouz yang yang juga Timbalan Ketua UMNO Subang seterusnya menambah, orang Melayu perlu sedar dan tahu tipu muslihat parti berkenaan kerana mereka bijak bermain dengan kata-kata.
“Tembelang DAP nampaknya dah pecah awal dan hakikat berkenaan perlu disedari oleh orang Melayu di negara ini. Kehadiran mereka bersama pembangkang yang lain hanyalah sekadar sandiwara semata-mata.
“Apabila dah kuat dan mampu bergerak tanpa PKR dan Pas, DAP akan muncul dengan wajah baru mereka mendominasi politik negara dan meninggalkankan rakan sektunya yang pernah tidur sebantal apda satu ketika,” katanya

Melayu Kristian Di Selangor Semakin Takut



Kenyataan Media
Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang telah menurunkan 10 banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.
Roadshow itu dijangka akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9 mlm di Balai Pahlawan, Padang Sekysen 2 Bandar Baru Bangi kini sedang disabotaj oleh regim Exco MB Khalid Ibrahim.
Hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh MB. Sekatan ini dibuat berpilih-pilih. Kalau iklan banner pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshows anjuran bersama SMU, mereka telah turunkan.
Dimanakah keadilan untuk Rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik extreme kepartian? SMU melihat lonjakan kebangkitan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) yang dibawa oleh Datuk Dr Hasan Ali kini semakin mengancam masadepan politik seks bebas yang diperjuangkan pakatan selangor sekarang.
Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai rm1500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut.
IMR penyelamat rakyat.
Norman Toha
Pengerusi
Sekretariat Mobilisasi Umat
27 Jan 2012