Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

GEMPAR : ANWAR SUDAH HILANG KEPERCAYAAN PADA AMBIGA UNTUK MENGETUAI BERSIH...

Nampaknya Anwar sudah hilang kepercayaan pada Ambiga untuk mengetuai Bersih dan terpaksa melantik sasterawan tak laku A Samad Said untuk jadi pengerusi bersama. EP merasakan perkara ini terjadi disebabkan Ambiga mempunyai "track record" yang buruk terutamanya bagi puak-puak PAS. Semua orang tahu perhimpunan haram Bersih 2.0 gagal kerana kurang mendapat sambutan terutamanya dari pakar-pakar demo jalanan parti PAS disebabkan oleh Ambiga. Dengan sokongan yang ditunjukan Ambiga secara terbuka terhadap Seksualiti Merdeka  akan membuatkan lebih ramai orang puak-puak PAS takut untuk menyertai Bersih kerana secara tidak langsung dengan menyertai apa-apa perhimpunan yang dianjurkan oleh Ambiga, kiranya mereka menyokong perjuangan songsang Ambiga.Untuk mengatasi masalah ini, Nama A Samad Said muncul untuk mendapatkan sokongan kembali..Alasannya, puak-puak PAS tak perlu sokong Ambiga tetapi menyokong A Samad Said..Jadi tak perlulah mereka mendewakan Ambiga.. Bagi EP, pada dasarnya sama saja..sokong Ambiga ke atau sokong A Samad Said ke...kerana percaturan untuk Bersih dirancang oleh Anwar dan mendapat nasihat Ambiga. A Samad Said hanya boneka untuk mengaburi mata penyokong-penyokong PAS...



Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dilihat akan memberi tekanan dalam menuntut transformasi pilihan raya negara.Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengesahkan pelantikan itu kepada The Malaysian Insider, menambah satu pengumuman rasmi akan dibuat hari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH). “Ya. Saya sahkan mengenainya tetapi kami juga akan mengumuman lain,” katanya apabila ditanya sama ada pelantikan Samad sudah dibuat secara rasmi atau tidak.Samad, Sasterawan Negara berusia 76 tahun ini yang mencipta fenomena baru semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu bagaimanapun enggan menjawab persoalan itu, sebaliknya mengulas sedang sibuk dengan “rancangan utama” Bersih.“Saya tidak boleh hendak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu tetapi akan ada satu pengumuman.

Kompleks PKNS: BN Selangor biaya kos injunksi peniaga



Barisan Nasional (BN) Selangor akan membiayai kos guaman berjumlah RM50,000 dalam kes mahkamah yang difailkan oleh 100 peniaga di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam terhadap kerajaan negeri berhubung kenaikan kadar sewa premis perniagaan itu.
Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan menaikkan kadar sewa premis perniagaan di PKNS sehingga 100 peratus adalah tidak munasabah dan membebankan penyewa di bangunan yang menjadi identiti negeri ini.
"Kita akan bantu biaya kos guaman yang terpaksa ditanggung oleh peniaga, saya dimaklumkan kerajaan Selangor sedang berusaha mengetepikan injuksi kenaikan kadar sewa berkenaan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan baucar tunai sempena pelancaran Program Bantuan Rakyat 1Malasyia (BR1M) Selangor Fasa pertama di sini, hari ini.
Beliau turut membidas kerajaan Selangor kerana gagal menunaikan janji mereka untuk mewujudkan lebih banyak premis perniagaan selepas mentadbir negeri berkenaan.
"Inilah sikap mereka, janji macam-macam, konon mahu sediakan premis perniagaan yang lebih banyak. Sedangkan apa yang mereka tahu naikkan sewa, jual bangunan," katanya.
Pada 14 Disember lalu, seramai 100 peniaga di PKNS Shah Alam mendapat perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghalang cadangan PKNS menaikkan kadar sewa ruang niaga di kompleks itu bermula tahun ini.
Persatuan peniaga Kompleks PKNS memfailkan injunksi  berkenaan bagi menghalang kenaikan kadar sewa premis perniagaan sebanyak 70 hingga 100 peratus di kompleks itu.
Noh berkata kerajaan BN berjanji tidak akan menaikkan kadar sewa di premis berkenaan sekiranya berjaya memerintah semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Samad Said dilantik pengerusi bersama Bersih

samad said

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang muncul 'ikon politik' ketika perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, hari ini dilantik sebagai pengerusi bersama gabungan itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Razab pula dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasanya.

"Bersih 2.0 mahu mengambil peluang ini untuk mengumumkan dua ahli jawatankuasa pemandu yang baru, Datuk A. Samad Said dan Ahmad Shukri Abdul Razab," kata kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Samad yang mesra dikenali sebagai "Pak Samad" bukan orang asing dalam pergerakan Bersih 2.0, kata kenyataan itu.

Beliau muncul sebagai antara personaliti utama menggerakkan perhimpunan 9 Julai lalu, menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini.

Bersih 2.0 meletakkan lapan perkara dalam tuntutannya.

Perhimpunan 9 Julai tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa manakala Bersih 2.0 pula diharamkan.

Bagaimanapun laporan media menyebut sekitar 50,000 orang menyertai perhimpunan itu.

Susulan perhimpunan itu, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi mengkaji sistem pilihan raya negara ini.

Sebelum ini Bersih 2.0 diketuai oleh Datuk S Ambiga.
Ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 yang lain ialah Andrew Khoo, Arul Prakkash, K Arumugam, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Datuk Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

Mahfuz seperti terasa pulak......


Kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali wujudnya parasit dalam Pas, seolah memberi gambaran menghina keputusan kepimpinan Pas dalam isu pemecatannya, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, tindakannya itu memberi gambaran keputusan pemecatannya yang diputuskan dalam mesyuarat bulanan parti dalam parti didorong dan dipengaruhi oleh parasit.

“Ia juga seperti menafikan keputusan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Hasan, mendakwa wujudnya parasit dalam Pas yang semakin menguasai hala parti termasuk dalam isu pemecatannya.

Enggan mengulas panjang, Mahfuz berkata, terpulang kepada Hasan mengenai parasit yang didakwanya berlaku dalam parti.

“Kami tidak tahu, ada atau tidak parasit. Itu terpulang padanya. Kami tiada masalah,” katanya.

Mahfuz berkata, beliau mengalu-alukan keputusan Hasan Ali yang tidak berhasrat untuk membuat rayuan berhubung pemecatannya.

“Saya hormati keputusannya itu untuk kebaikan dirinya dan meneruskan perjuangan yang kini berbeza dengan parti,” katanya.

Berhubung siri ceramahnya, Mahfuz memberi jaminan, ia berjalan lancar.

“Ahli Pas tidak akan ganggu ceramahnya. Itu saya jamin. Tidak seperti sesi ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sering diganggu,” katanya.

Hak Gay : Rais Hairan Sikap Anwar…



Noor Hasilah Ismail – Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melabel sebahagian undang-undang negara Malaysia terutama yang babitkan hak golongan gay sebagai lapuk kerana dia mungkin menjadikan isu itu sebagai asas peribadinya.
“Saya kira beliau ingin jadikannya sebagai asas peribadinya. Seksyen 377b di bawah Kanun Keseksaan telah ujud sejak dunia terbentang. Islam mencegahnya. Agama Kristian pun begitu, Judaism pun begitu. Jadi tidak ada sebab kenapa Anwar harus memberi satu penilaian baru terhadap diri beliau ataupun undang-undang negara,” katanya.
Rais berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan geran Dana Pembangunan Industri Kreatif (DPIK) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada 19 buah syarikat animasi dan pembekal kandungan tempatan di Cyberjaya, Isnin.
“Kanun Keseksaan itu sudah cukup untuk mencerminkan apa yang dikatakan sebagai undang-undang negara. Kalau situpun tidak cukup, kita bersandar kepada Islam yang juga menyatakan bahawa liwat itu adalah dosa yang tak dapat diampun dan ditegah oleh agama sendiri.”
Mengulas artikel yang disiarkan dalam majalah antarabangsa, The Economist, Sabtu lalu yang melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai, Rais berkata, berikutan komen itu kini penilaian antarabangsa terhadap Anwar yang sebelum ini positif pasti akan beralih kepada negatif.
“Komen itu adalah komen yang objektif kerana The Economist telah mengikuti gerak kerja dan gerak laku Anwar sekian lama. Dengan pandangan mereka itu, sekaligus, nilai antarabangsa berhubung dgn Anwar Ibrahim tentunya beralih daripada yang kononnya positif sebelum ini kepada yang negatif.
“Jarang sekali sesebuah majalah yang bereputasi seperti The Economist sanggup menyatakan secara objektif pendapat seperti itu,” katanya.
Rais berkata Anwar tidak akan dapat mengetepikan pandangan itu dengan begitu mudah kerana ianya sudah pasti akan menjejaskan masa depan politiknya.

"SAYA HANYA SUKA-SUKA NAK LETUP HELIKOPTER DATO' SERI NAJIB"



Polis melepaskan dengan jaminan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kenyataan berbaur ugutan di laman sosialnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan tetapi boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

“Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini,” katanya kepada pemberita.

Pelajar berusia 24 tahun itu dikatakan telah membuat kenyataan untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri dalam lawatannya ke USM minggu depan.

Dia ditahan pada 1.30 petang semalam selepas polis mendapat maklumat mengenai kenyataannya itu. 

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperutukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ayub berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu mengakui kenyataan itu dibuat dengan kehendaknya sendiri dengan niat bergurau dan hanya suka-suka. Bapa pelajar itu yang juga bekas anggota keselamatan meminta maaf kepada polis.

“Kita bukan hendak menyekat kebebasan bersuara tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepatutnya dia tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dan penggunaan Internet sehingga boleh menimbulkan kekecohan dan kemarahan pihak lain.
“Perkara seperti ini sesuatu yang serius dan tidak boleh dianggap main-main, ia melibatkan keselamatan pemimpin negara dan secara tidak langsung orang awam yang lain juga,” katanya.
Ayub berkata, polis masih meneruskan siasatan mengenai latar belakang pelajar itu serta hubungannya kerana dikhuatiri mempunyai kaitan dengan anasir-anasir subversif.

Setakat ini terdapat tiga laporan polis dibuat ol
eh pihak-pihak yang membantah tindakan pelajar itu

PENDEDAHAN MODUS OPERANDI PAS SEBAGAI 'JEMAAH MAHDI'!!!


Setiap kali berlaku perdebatan dengan golongan muda yang menyokong PAS, mereka akan segera menyatakan bahawa tindak tanduk PAS pada masa lalu hanyalah fitnah UMNO semata-mata. Golongan yang baru menyertai PAS dan takjub dengan deklarasi Negara Islam yang kemudiannya menjadi Negara Berkebajikan PAS, tidak pernah percaya bahawa solat dua imam berlaku pada tahun-tahun 1970-an sehingga 1990-an. Ia bukannya kes-kes terpencil, sebaliknya ia berlaku dalam skala yang sangat besar.

Pelbagai alasan dan hipotesis diberikan apabila fakta tersebut diberikan kepada mereka. Kesukaran mereka untuk menerima hakikat bahawa parti yang mereka sanjungi dengan nama Nik Aziz selaku Keramat Hidup menjadi tonggaknya, dari awal kewujudannya lagi telah membawa satu aliran kefahaman agama yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam sendiri, bahkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang diajarkan oleh agama lain!!!

Pendedahan yang dibuat oleh BLOGGER HIDUP TUAH ini sememangnya wajar diteliti dan diperhalusi memandangkan PAS sehingga sekarang, masih belum dapat BERTAUBAT dan masih belum mampu membetulkan kesilapan besar yang telah mereka lakukan sepanjang kewujudannya dari tahun 1951 sehingga sekarang!!!

IMAM UMNO TAK SAH SEMBAHYANG
Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.
HUKUM MENGIKUT RASA
PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAPmenerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).
Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, “orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik… siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik”. (Disambut beramai-ramai “UMNO”)… Ha… UMNO… Apa hukum orang ni?.. (Pendengar jawab “Munafik”) dan disambung dengan “Munafik”
Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP dalam pilihan raya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.
PERPECAHAN UMMAH
Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.
MEROSAKKAN AMAL IBADAT
Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.
MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM
Program-program Islam bagi melaksanakan Institusi Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam,Universiti Islam dan Institusi Islam yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang menyifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak memberi apa-apa erti pun kepada umat Islam di negara ini. “Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam”. (Harakah – 26 Januari 1983).
AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN
Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa di kalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).
PENYELEWENGAN ZAKAT
PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.
DERMA JIHAD YANG JAHAT
PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut “Derma kita adalah Jihad”.
PULAU MEMULAU
Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orangorang UMNO, tanpa menghiraukan hukum- hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).
PEMBOHONGAN PAS
PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.
BERGADUH SURUHAN ALLAH
Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata: “Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini.” Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).
MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH
PAS telah mempersendakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata “Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang”. Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?
Haji Hadi juga berkata :” Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam”. Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini di perkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000). Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusi oleh Haji Hadi sendiri.
PAS HINA WANITA
PAS menghina kedudukan wanita dengan menolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.
“Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga,” kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.
Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita “kurang rupawan” kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja, ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.
PAS MENGGADAIKAN NEGARA ISLAM
Selepas memeluk PKR dan mendakap DAP, PAS sanggup mengadaikan perjuangan, kononnya, untuk menegakkan Negara Islam di Malaysia dan menggantikannya dengan konsep Negara Kebajikan dengan harapan untuk menjadi PM. Maka sahlah bahawa PAS diwujudkan bukan untuk menegakkan Islam tetapi kerana kerakusan pemimpin sulungnya untuk terus menjadi ketua setelah kecewa tidak dapat memimpin UMNO sebab kalah kepada TYT Tunku Abdul Rahman. Samalah kes tertubuhnya S46!
PAS UTAMAKAN LIWAT, BUKAN MURTAD
PAS menyuruh ahli-ahlinya menghadhiri demonstrasi 901 untuk menyokong DSAI yang dituduh meliwat tetapi menegah ahlinya menyertai Perhimpunan Sejuta Umat yang menentang usaha memurtadkan umat Islam.
PAS sanggup memecat Dato’ Dr Hasan Ali, pemimpinnya yang kuat dan komited memperjuangkan Islam dan menentang usaha puak tertentu memurtadkan umat Islam, semata-mata kerana tidak setuju dengan cara Anwar mengheret rakyat dalam kes pribadinya. Ia dibuat atas arahan Azmin tetapi Azmin tidak pula berani mendesak DAP memecat Karpal Singh yang dengan marah menyuruh “Anwar Ibrahim harus bertaubat”kerana pembohongan 16 September (8 Februari 2009).

Dajal Di Pentas Politik



Fathul Bari Mat Jahya – SABDA Nabi Muhammad SAW, “Wahai manusia sesungguhnya sejak Allah menciptakan Adam sampai hari kiamat, tidak ada makhluk di muka bumi ini yang fitnahnya lebih besar daripada Dajal.” (riwayat Muslim, no: 2946)
Terdapat banyak hadis Nabi SAW tentang sifat-sifat dajal antaranya;
Nabi SAW bersabda: Dia ialah seorang lelaki yang gemuk, berkulit merah, berambut kerinting, matanya buta sebelah dan mata tersebut seperti buah anggur yang masak -tidak bersinar-. ” (riwayat al-Bukhari, no: 3441)
Sabda baginda lagi: “Di antara dua matanya termaktub tulisan “kafir”. (riwayat al-Bukhari, no: 7131)
Dan dalam satu riwayat:
“Dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, baik ia tahu tulis baca mahu puntidak,” (riwayat Muslim, no: 2934).
Sifat-sifat Dajal
Dr. Yusuf ‘Abdillah al-Wabil membuat kesimpulan ringkas tentang sifat Dajal berasaskan hadis-hadis yang sahih bahawa: Dajal ialah seorang pemuda yang berkulit merah, pendek, berambut kerinting, dahinya lebar, bidangnya lebar, matanya buta di sebelah kanan, dan mata tersebut tidak menonjol keluar juga tidak tenggelam, seolah-olah buah anggur yang masak -tidak bersinar dan matanya sebelah kiri ditumbuhi daging yang tebal pada sudutnya. Di antara kedua matanya terdapat tulisan huruf kaf, fa’, ra’, secara terpisah, atau tulisan “kafir” secara bersambung yang dapat dibaca oleh setiap muslim sama ada yang tahu menulis mahupun yang tidak tahu menulis. Di antara tandanya lagi adalah mandul serta tidak mempunyai anak,”. (lihat: Ashraathu al-Saa‘ah, oleh Dr. Yusuf al-Wabil, hal. 277-278, cet. Dar Ibnu al-Jauzi, Riyadh, cet.5, 1995M).
Pengertian “Dajal” dalam bahasa Arab adalah: Segala bentuk pendustaan. Ia juga bermaksud menutup kebenaran dengan kebatilan. (lihat: Syarh Shahih Muslim, oleh Yahya bin Syarf al-Nawawi (w.676H), 1/72, Dar al-Khair, Kaherah, 1996M)
Dusta
Daripada penjelasan di atas, dapatkita fahami bahawa branding yang dibawa oleh Dajal adalah “Dusta”. Perkataannya dusta, perbuatannya dusta, dan segala-galanya ditegakkan dengan pendustaan.
Sabda Nabi SAW: “Tidak ada seorang nabi pun kecuali beliau akan memperingatkan umatnya daripada Dajal. Matanya buta sebelah dan pendusta.” (riwayat Muslim, no:2933)
Bahkan Dajal membuat tawaran dusta syurga dan neraka. Sedangkan syurga Dajal adalah neraka Allah, manakala neraka Dajal adalah syurga Allah. Si Dajal akan ke sana kemari membawa tawaran tersebut untuk mempengaruhi manusia.
Sabda Nabi SAW “Mahukah aku sampaikan kepada kalian tentang Dajal seperti yang telah disampaikan oleh para nabi kepada kaumnya? Dia buta sebelah matanya, membawa sesuatu seperti syurga dan neraka. Yang dia katakansyurga pada hakikatnya adalah neraka.” (riwayat Muslim, no:2936)
Disebabkan pengaruh dajal yang berasaskan dusta sangat berbahaya, Nabi SAW mengarahkan umatnya agar menghalang para isteri dan anak-anak perempuan keluar rumah ketika Dajal muncul.
Sabda Nabi SAW: “Orang yang paling banyak mengikuti dajal adalah para wanita. Maka akan ada seseorang yang akan pulang ke rumahnya, lalu menasihati mertuanya, ibunya, anak perempuannya, saudara perempuannya dan ibu saudaranya kerana khuatir merekaakan keluar menyertai dajal.” (riwayat Ahmad, no:5353)
Kemunculan Dajajilah
Walaupun Dajal yang disifatkan oleh Nabi SAW belum muncul, tetapi branding Dajal iaitu “Dusta” telah bertebaran di atas muka bumi. Pendusta-pendusta ini layak digelar “Dajajilah”. Dajajilah merupakan kata jamak bagi Dajal. Ia merujuk kepada manusia yang bersifat dengan sifat dajal iaitu berdusta.
Mungkin ada pihak yang berkata: perkataan “Dajal” agak keterlaluan untuk diguna pakai. Saya kata: Manusia yang paling mulia iaitu Nabi SAW sendiri menggunakannya untuk menggelar para pendusta. Sabda Nabi SAW: “Akan datang di akhir zaman, dajal-dajal, pendusta-pendusta membawa kepada kalian hadis-hadis yang tidak pernah didengari oleh generasi terdahulu. Hati-hatilah dengan mereka, agar mereka tidak menyesatkan kamu atau melakukan fitnah ke atas kamu”. (riwayat Muslim, no:11)
Hari ini, dajajilah berada di mana-mana. Dalam politik dajajilah beraksi di pentas-pentas ceramah. Menuduh, memfitnah, berdusta, mengumpat, mengaibkan orang lain adalah portfolio dajajilah kini. Perkataan seperti, “dia rompak wang rakyat”, “dia makan duit zakat”, “dia penzina dan peliwat”, “dia kafir dan sesat”, “dia ahli neraka kita ahli syurga”, “mereka ulama upahan kita ulama Tuhan” dan lain-lain lagi mewarnai politik Malaysia. Hanya kerana berbeza ideologi politik, umat Islam bercakaran sesama sendiri.
Mana bukti? Mana saksi? Tuduhan, fitnah dan menyebarkan aib musuh dilakukan hanyalah untuk merosakkankarier politik seseorang.
Lebih menyedihkan sebahagian agamawan turut melibatkan diri dengan agenda dajajilah. Mereka tidak segansilu menuduh, memfitnah orang yang dilihat tidak sealiran. “Bodoh, bengong, beruk bahkan kafir sesat, kekal di neraka” menjadi perkataan yang sangat ringan diucapkan dan disandarkan kepada musuh-musuh mereka. Mereka teruja dengan tepukan, mereka berbangga dengan sorakan dan pujian.
Isunya adalah sikap tidak meneliti dan menganalisis sebelum menghukum. Jika tidak mampu atau tidak mahu menganalisis, maka jangan menghukum. Mana mungkin seorang ilmuan berbicara tanpa fakta. Jika pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak kerana keraguan pada bukti, maka lebih-lebih lagi dalam hal-hal agama.
Maka tolaklah mana-mana pendapat yang tidak bersandarkan bukti. Bagi yang menghadiri kelas-kelas pengajian ilmu sesiapapun, maka mintalah bukti dan fakta atas setiap hukum yang disebutkan. Kadang kala kecuaian kita menyebabkan dajajilah bermaharajalela.
Takutilah Muflis Akhirat
Takutilah kita semua dengan ancaman muflis di akhirat. Muflis di dunia mungkin ada pembantunya, tetapi muflis di akhirat pasti merana selamanya.
Sabda Nabi SAW: “Tahukah kamusiapakah itu orang yang muflis?”, Para sahabat menjawab, “Orang yang muflis ialah orang yang tidak ada dirham atau tidak ada harta benda”.
Sabda baginda: “Sesungguhnya yang muflis daripada umatku, dia akan datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat. Dan dia datang dengan dosanya mengutuk sifulan, dan dosa dia menuduh sifulan berzina, dan dosa dia telah makan harta sifulan, dan dia telah menumpahkan darah sifulan, dan dia telah memukul sifulan. Makadiberikan kepada fulan-fulan yang dia zalimi daripada kebaikannya. Jika habis kebaikannya sebelum diselesaikan segala kezalimannya, maka diambil daripada kesalahan-kesalahan orang yang dizaliminya dan dicampakkan ke atasnya. Kemudian dia dicampakkan ke neraka” (riwayat Muslim, no: 2581)
Bagi yang telah terlanjur, pintu taubat masih terbuka. Bagi yang menjadi mangsa, kemaafan dan kesabaran adalah pengubat jiwa.