Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Jangan Ada Perbuatan Memburukkan Pemimpin Dalam UMNO, Kata Hishammuddin

                                     


Ahli UMNO diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan memburukkan pemimpin UMNO semua peringkat bagi memastikan parti itu kekal utuh memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata parti itu tidak akan bertoleransi terhadap anggota Umno yang melakukan apa sahaja untuk menjejaskan parti itu terutama mereka yang bersifat ‘musuh dalam selimut’.
“Kita telah kaji dua tahun sebelum ini apabila pembangkang serang peribadi individu pemimpin kadangkala kita sendiri yang ‘mengipasnya’, kita tidak akan mempertahankannya. Benda ini berlaku kadang-kadang masa kita marah.
“Anggota Umno yang menaikkan pemimpin, jadi mengapa mereka sendiri (anggota Umno) hendak cantas (pemimpin Umno). Jangan kita mengiyakan sesuatu yang tidak betul mengenai pemimpin kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menteri Dalam Negeri itu berkata demikian selepas menutup Majlis Pemukiman Kepimpinan Umno Terengganu di Janda Baik, dekat sini.
Hadir sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu. Kursus tiga hari itu disertai 421 anggota Umno dari negeri Terengganu.
Hishammuddin berkata beliau gembira dengan persediaan yang dibuat Badan Perhubungan Umno Terengganu dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
“Gembira tengok mereka sudah rapatkan barisan, yang penting jentera sudah dikerah, sumpah bai’ah yang mereka lafazkan dalam majlis dapat diterjemahkan kepada tindakan bila calon (pilihan raya BN) diumumkan nanti,” katanya.

Pulangkan’ Bandar Tun Razak


                                        

Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di sini supaya memilih semula kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti itu meneruskan pembangunan di kawasan tersebut.
Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan BN sejak dahulu telah terbukti berjaya melaksanakan pembangunan dan pemodenan dalam negara.
Sebagai contoh, kata beliau, kawasan Bandar Tun Razak yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Congo pada mulanya serba kekurangan tetapi kini telah melalui pembangunan pesat dan moden.
“Cuma politiknya tidak kena pada tempatnya, sudahlah nama Tun Razak tapi tidak jadi milik BN.
“Ini tidak betul tuan-tuan, ini silap hitung, mudah-mudahan masa akan tiba tidak lama lagi, jadi tuan-tuan boleh perbetulkan.
“Kalau nak ingat balik pada Tun Razak, bumi Bandar Tun Razak ini pulangkan balik kepada BN dan inilah yang perlu kita lakukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini, hari ini.
Program itu merupakan sebahagian daripada acara turun padang Perdana Menteri di sekitar ibu kota, hari ini.
Nama Bandar Tun Razak diambil sempena nama Perdana Menteri kedua yang juga bapa Najib, pada asalnya dikenali sebagai Kampung Congo berikutan pembukaannya dikhaskan untuk penempatan bekas tentera yang berkhidmat di Congo pada 1960-an.
Ia merupakan kawasan kubu kuat BN sehingga dirampas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2008.

ADA KONGKANG BUTA MARAH SHAHRIZAT JALIL SAMAN RAFIZI DAN ZURAIDAH!!!



Rupa-rupanya ada kongkang buta yang tidak berpuas hati kerana Shahrizat Jalil menyaman Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin. Alasannya, NFC masih dalam siasatan pihak berkuasa, apatah lagi Perdana Menteri telah mengumumkan pembekuan semua aset NFC, maka Shahrizat Jalil tidak boleh membuat saman kepada pendedah-pendedah 'penyelewengan' dalam NFC.

Dan yang paling menarik bila KONGKANG BUTA itu sekali lagi mengulangi CUBAAN MEMBOHONG kononnya kegagalan NFC disahkan sendiri oleh Ketua Audit Negara!!!

Kalau dikatakan bodoh, nanti marah pula. Nanti kopiah atas kepala dihempuk ke lantai pulak. Tapi kalau dibiarkan, buat malu imej Islam sahaja sebab sesiapa sahaja yang beragama Islam, mereka tidak bodoh kerana mereka dibekalkan akal, dipandu oleh wahyu dan hadis Rasul serta sentiasa dibimbing oleh ijma' dan qiyas ulama muktabar.

Secara jelasnya, KONGKANG BUTA yang mengeluarkan kenyataan kononnya, Shahrizat Jalil tidak boleh menyaman Rafizi dan Zuraidah Kamaruddin memang jenis PEMAKAN TAHIK SENDIRI!

Shahrizat menyaman kedua-dua ekor lembu itu atas kapasitinya selaku individu yang tidak ada kena-mengena dengan NFC. Kedua-dua ekor lembu itu pula yang didalangi oleh Saifuddin Nasution si pengecut itu, sentiasa berusaha untuk menjadikan Shahrizat Jalil sebagai sebahagian daripada NFC.

Temberang yang cuba mengaitkan Shahrizat dengan NFC nampak murahan sangat ler, KONGKANG!

Media Barat Mula Hentam Anwar


Yusof Haron – Sekiranya Rudyard Kipling masih hidup, penulis British lahir dan dibesarkan di India dan menghabiskan sebahagian usia lanjutnya di England itu mungkin akan menulis sebuah lagi puisi sebagai lanjutan kepada puisi asal beliau berbunyi: “Oh, East is East, and West is West, and never the twain shall meet…”
Kipling mungkin memahami pertembungan budaya Timur-Barat, namun sekadar tidak menyedari bagaimana Barat cuba memaksa Timur menurut acuan mereka, setidak-tidaknya dalam percaturan di antara kedua-dua bahagian muka bumi ini.
Justeru, dicelah-celah hipokrasi media Barat, ada mata dari sudut bertentangan. Maksudnya dipercayai dulu kini bukan lagi tidak dipercayai, tetapi dipersembahkan dalam perspektif berbeza dan berlawanan.
Inilah yang berlaku kepada majalah The Economist yang diterbitkan di England mengenai seorang tokoh dipersiapkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Menurut percaturan dan atas sebab yang hanya diketahui mereka, Anwar Ibrahim adalah tokoh paling berkarisma dan layak. Malah ketika itu media Barat menggambarkan tanpa Anwar, Malaysia tak mungkin dapat ditadbirkan dengan sepatutnya.
Sejak sebelum 1998, sebelum dipecat dari Umno dan disingkir dari kerajaan sehingga dibebaskan dari penjara kerana Anwar adalah buah hati Barat.
Barat nampaknya berjaya memerangkap pemimpin macam Anwar, Muammar Ghadafi, Aung San Su Kyi dan puluhan lain yang dipilih dan dididik serta diberi pendedahan sebagai wakil dalam melaksanakan agenda tertentu untuk kepentingan mereka.
Tokoh politik seperti ini dianggap sebagai Kuda Trojan atau ciptaan Barat sebagai persiapan meneruskan penjajahan baru.
Tidak berpuas hati dengan penyingkiran Anwar seolah-olah beliau adalah proksi Barat, kalau tidak di seluruh Nusantara sekalipun setidak-tidaknya di Malaysia, dia dilihat pula sebagai tokoh reformis oleh Amerika Syarikat di era Al Gore sebagai Naib Presidennya.
Sejak kenyataan Al Gore yang menyokong kumpulan reformasi diketuai Anwar untuk menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, semacam ada satu pakatan bagi menjadikan Anwar idola . Anwar dijaja di Barat sebagai suara keadilan dan tokoh baru bagi Malaysia.
Semasa dalam tahanan, media Barat menyiarkan rencana dan analisis termasuk siaran surat Anwar dari penjara. Imej Malaysia dan populariti Dr Mahathir merudum serta Perdana Menteri ke-4 itu menjadi tokoh paling dibenci oleh Barat.
Tapi kini nampaknya segala sokongan Barat terhadap Anwar sudah menampakkan petanda akan segera berakhir.
Sebuah tulisan dalam majalah The Economist jika dilihat dari sudut bertentangan, meletakkan tokoh utama pembangkang itu sebagai calon tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Selain diberi tafsiran reputasi tidak baik, Anwar digambarkan sebagai “seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysian.” Maknanya Anwar kini kurang dipercayai oleh golongan muda.
Majalah itu juga berpendapat Anwar “has failed to nuture a new generation of opposition leaders,” atau gagal mempersiapkan generasi baru pemimpin pembangkang, khususnya dalam PKR.
Anwar dibidas kerana membenar PKR ditadbir ahli keluarga serta parti itu pula mempunyai banyak masalah dalaman dan perebutan kuasa. Bukankah ada ramalan seandainya Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri, anak gadisnya (Puteri Reformasi) mungkin dipilih sebagai penggantinya—sekadar buat sementara sehingga Anwar bebas dari penjara.
Anwar dulunya relevan kepada Barat kini menjadi tidak relevan—mengikut majalah berkenaan.
Bagi pengikut Anwar, pendapat Economist itu bukan mencerminkan persepsi Barat secara keseluruhan. Anwar masih relevan dan bakal menjadi perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam mempertahankan Anwar, pengikutnya terlupa apa diperkatakan the Economist telah lama disedari rakyat negara ini. Sebahagian besar pemimpin pembuat dasar PKR kini adalah muka baru yang langsung tiada pengalaman zaman reformasi. PKR kini lebih dikuasai Azmin Ali sebagai timbalan presiden dan alat mempertahankan Anwar.
Barat bukan bodoh macam disangka banyak pihak. Kesetiaannya pada satu atau dua orang dicipta sebagai “wakil” mereka ada tempoh lupus. Ia juga bukan copyright pihak tertentu untuk berada di bawah mereka.
Kita lihat perkembangan ini sebagai merugikan Anwar, kita harus mengambil sikap berhati-hati terhadap apa disogokkan media Barat mengenai politik dan tokoh politik Malaysia. Barangkali hari ini, Barat menaja Anwar yang selama ini sudah menemui keserasian dengan pemimpin Malaysia kini, justeru pemimpin pembangkang itu kini sudah tidak lagi relevan dan berguna untuk agenda mereka.
Tapi apakah ini untuk selama-lamanya dan apakah agenda Barat sebenarnya?