Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Khalid Samad tidak suka disebut MELAYU,Hasan Melayu saya tidak sama Melayu Umno.



Semenjak dipecat dari Pas hampir tiga minggu yang lepas tidak pernah sesekali Dr Hasan Ali menyebut nama sesiapa atau menyalahkan sesiapa.
Beliau hanya menggunakan perkataan parasit-parasit, tetapi tidak pernah sesekali beliau menyatakan kepada siapa perkataaan itu dirujuk.
Manakala orang yang paling banyak menyalak dan membabi gila menyerang Hasan Ali adalah Khalid Samad.
Kenapa dia panas semacam ?
Termamah cilikah ?
Seingat kami tidak pernah sekali pun Dr Hasan menyebut nama dia atau menyerang dia.
Terbaru adalah melalui laporan malaysiakini hari ini. Khalid Samad dilihat memperleceh dan menggambarkan Hasan Ali sudah tidak relevan dan tidak mendapat sokongan ahli-ahli Pas. Jika dalam istilah kedai kopi dipanggil tidak laku.
Jika Dr Hasan Ali seorang yang tidak laku , kenapa perlu Khalid Samad dan rakan sekonco-konconya terus menerus menyerang Dr Hasan. ? Tidakkah bodoh namanya itu apabila menyerang orang yang tidak laku ? Lebih kurang dengan anjing menyalak bayang-bayang sendiri.
Semenjak belum dipecat sehinggalah hari ini entah sudah berapa puluh kali Khalid menyerang Hasan. Manakala Hasan pula tidak pernah sesekali menyerang dia atau menyebut namanya.
Maknanya Hasan seorang yang masih relevan dan mampu membuatkan Khalid serta Pas goyah di Selangor. Yang tidak relevan dan tidak laku adalah Khalid Samad, kerana orang yang dipecat pun tidak mahu menyebut namanya atau menyerang dia.
Khalid Samad takut dan mula rasa goyah , sebab itu dia sedaya upaya cuba untuk memusnahkan kredibilti Hasan. Dia cuba kaitkan Hasan dengan Umno dan sebagainya.  Tambahan pula menjelang ceramah Hasan di Shah Alam pada 30.Januari.2012.   Dia nak supaya orang-orang Pas benci kepada Hasan dan memulaukannya. Tetapi nampaknya setakat ini belum berjaya lagi. Tindakan Hasan tidak melayan budak hingusan yang bernama Khalid Samad amat tepat sekali. Orang yang cerdik tidak akan melayan orang yang bodoh.  Jika orang cerdik melayan orang bodoh akhir sekali dia pun turut sama akan jadi bodoh.
Antara salah satu sebab utama Khalid Samad memusuhi Hasan adalah kerana dia gagal mendapat tauliah dari JAIS untuk menjadi khatib bagi membaca khutbah jumaat. Dalam bab tauliah Hasan tiada kuasa penuh untuk memberi tauliah. Ianya ditentukan oleh pegawai-pegawai JAIS.
Khalid pernah diberi tauliah sementara untuk tempoh tertentu bagi membolehkan dia membaca khutbah. JAIS tidak boleh menyambung tauliahnya selepas itu kerana Khalid didapati gagal membaca khutbah dengan baik dan baca doa pun tak betul. Pihak JAIS meminta dia perbaiki yang tidak betul dan belajar membaca doa. Tetapi dia enggan dan berperang dengan JAIS. Khutbah dan doa bukan perkara yang boleh dibuat main-main kerana jika silap langkah boleh batal sembahyang jumaat semua orang. Jika itu berlaku maka JAIS yang akan menanggung dosanya.
Dia punya gebang kononnya dia tidak diberi tauliah untuk berkhutbah seolah-olah tahap keupayaannya menyamai iman Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Sedangkan dia punya keupayaan hanya paras buku lali Dr Hasan Ali.
Bukan niat kami di selangordaily.com untuk menghina atau merendahkan martabat orang. Tetapi kami nak ajak anda berfikir dengan minda yang terbuka.
Kata orang tua-tua, jika kita berkunjung ke rumah orang dan kita nak tahu tahap kebersihan tuan rumah tersebut , rajin-rajinlah jengok ke tandas rumah tersebut. Janganlah pula masuk rumah orang terus tuju ke tandas. Itu sudah dikira biadab namanya. Buat-buatlah alasan nak tumpang tandas. Jika tandasnya bersih bermakna tuan rumah itu seorang yang pembersih dan cukup prihatin dengan kebersihan. Jika tandasnya membuat anda geli geleman , maka anda faham-fahamlah bagaimana keperibadian tuan rumah tersebut.
Begitu juga manusia, jika kita nak menilai perangai,sikap, hati budi serta iman mereka , kita boleh lihat melalui penampilan serta air muka mereka.
Jika air mukanya kotor, janggut dan misai berserabut , bulu hidung terjulur keluar, pakaian selekeh dan badan berbau kurang menyenangkan maka anda faham-faham sendirilah bagaimana perangai, sikap, budi dan iman individu tersebut.
Jika janggut, misai dan bulu hidung yang berada di muka pun berserabut dan berserabai, bagaimana pula dengan bulu-bulu di bahagian lain yang kita tak nampak ?
Sifirnya mudah sahaja, jika seseorang itu tidak mampu untuk menguruskan badan sendiri,  janggut, misai dan bulu hidungnya , jangan haraplah dia mampu menguruskan masalah-masalah lain yang lebih besar termasuklah masalah rakyat. Orang yang seperti itu dia berperangai kebudak-budakkan dan otaknya tidak mampu berfikir serta bercakap ikut suka keluar dari mulutnya. Orang seperti itu jika dia ada pengikut atau penyokong, bermakna pengikut dan penyokongnya terdiri dari orang-orang bodoh yang tidak mampu menilai keperibadian serta perangai seseorang. Orang yang cerdik dan ada akal tidak akan menjadi pengikut orang bodoh.
Jika anda nak tahu antara Dr Hasan Ali dengan Khalid Samad siapa yang mempunyai keperibadian,dan akhlak yang mulia serta yang mana satu diantara mereka orang yang beriman, anda ambillah gambar mereka berdua dan letak sebelah-menyebelah dan bandingkan.

Bangsat-Bangsat dalam PR takut dengan Hasan Ali


Tanggal 8 Januari 2012 merupakan hari hitam bagi golongan ulama, mahupun pro ulama di dalam PAS, kerana menyaksikan bagaimana satu penghinaan total dilontarkan oleh “parasit” parti.
Dalam kenyataan pertamanya, Pesuruhjaya PAS Selangor bersama Timbalannya, menyatakan bahawa pemecatan Hasan Ali tidak akan ada kesan kepada PAS itu sendiri.
Apakah ini benar?
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, bahawa Hasan Ali telah memulakan langkah pertamanya dalam usaha memurnikan akidah ummah di Gombak selepas pemecatannya.  Apa yang berlaku ialah terdapat unsur sabotaj dalam program pertamanya itu.  Kain rentang hanya dipasang 2 hari menjelang tarikh program, sedangkan ia telah diserahkan lebih awal di pusat khidmat masyarakatnya di Gombak Setia.  Dan tidak dapat dipastikan, samada risalah promosi program yang berjumlah sekitar 3 ribu diedarkan atau pun tidak.  Yg pasti, amat sukar untuk melihat risalah berkenaan di kawasan itu.
Dan hasilnya, hanya kira-kira 100 orang yang hadir pada malam program berkenaan.  Amat mustahil untuk seorang yang berpengaruh seperti Hasan Ali gagal menarik rakyat turun mendengar ceramahnya.  Seperti ada sesuatu yang tidak kena.  Dan ini adalah satu kejayaan, jika strategi pensabotajan benar-benar berlaku.
Kejayaan program keduanya di Meru yang menarik kira-kira 1500 hadirin adalah petanda usaha tangga kejayaan, sungguh pun ada maklumat yang mengatakan terdapat usaha untuk menggagalkan program ini.  Difahamkan, PAS Meru telah menganjurkan satu program pada tarikh dan masa yang sama denga serta merta, sengaja untuk mengalihkan tumpuan ahli PAS dari hadir ke ceramah Hasan Ali.  Dan program di Meru telah didukung oleh NGO, dan bukannya jentera PAS, yang memungkinkan terjadinya perkara yang sama berlaku di Gombak Setia sebelum ini.
Jika dilihat dari unsur-unsur sabotaj yang ada, jelas Hasan Ali telah menggusarkan PAS.  Kenyataan awal Pesuruhjaya PAS dan Timbalannya hanyalah pembohongan politik semata, bagi tidak menggoncangkan kesetiaan ahli mereka terhadap parti.  PAS tahu bahawa Hasan Ali adalah “ayam laga” terbaiknya di Selangor dan mempunyai pengikut yang ramai.
Menariknya gerakan oleh Hasan Ali ini disertai oleh kebanyakkan NGO dari pelbagai latarbelakang seperti akademik, persilatan, kebudayaan dan keagamaan.  Ini dapat dilihat secara jelas pada programnya di Meru.  Hadirin yang datang mengenakan pakaian seragam persatuan masing-masing.
Paling penting, gerakan ini turut disertai oleh golongan atas pagar, dan golongan yang dikenali sebagai kurang berminat kepada politik semasa.  Kehadiran ramai golongan muda menceritakan sikap keterbukaan golongan berkenaan terhadap gerakan ini. Ini satu indikasi yang sihat, kerana golongan muda sering menjauhkan diri dari politik, yang mengakibatkan kerugian kepada negara.  Waima atas dasar perjuangan bebas politik, gerakan dari Hasan Ali ini juga akan mengheret sekelian yang terbabit mengikut perkembangan politik semasa.  Cuma, pendekatannya yang berbeza.  Pengakhirannya, diharap, golongan-golongan seperti yang disebut akan menzahirkan apa yang mereka cernakan melalui pemikiran hasil dari gerakan ini di kertas undi.
Tidak hairanlah jika PAS cukup gerun dengan perkembangan semasa gerakan dari Dato’ Dr. Hasan Ali.
Ibarat riak-riak di air yang berkocak kecil, lama kelamaan sering dikocak, dan kocakan itu berpadu, menjadi satu gelombang, yang Insyaallah akan memberi tamparan hebat kepada Pakatan Pembangkang pada PRU ke 13 nanti.

Sokong Israel, Ezam Jawab Anwar


 “Sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel ? Malah setiap hari hak rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Israel. Apa Anwar tidak tahu semua ini ?”kata Senator Ezam Mohd Nor ketika diminta mengulas jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin diputar belit bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Kata Anwar seperti dilaporkan portal Malaysiakini wawancaranya dengan media antarabangsa Khamis lalu, beliau menegaskan kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.
Menurut Ezam, Anwar memang sengaja mengeluarkan kenyataan yang bersifat pro-Israel bertujuan untuk mengembalikan imejnya di peringkat antarabangsa yang semakin tercalar.
“Dia (Anwar) tahu tetapi yang penting bagi Anwar adalah (kepentingan) dirinya sendiri dan satu-satunya cara untuk dilihat sebagai kawan Yahudi selepas menghentam APCO tempoh hari adalah buat kenyataan pertahankan hak Israel seperti yang dinyatakan dalam Wall Street Journal tempohari”, katanya.
Anwar seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians
Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.
Berdasarkan kenyataan Anwar di atas, pemerhati politik berpendapat walau apa pun alasannya, kenyataan yang bersifat pro Israel tidak perlu diucapkan oleh individu yang mendakwa mahu menjadi bakal Perdana Menteri Malaysia.
Apatah lagi bila Anwar berkata mahu mempertahankan negara Israel dan memberi bayangan akan mengkaji hubungan diplomatik Malaysia – Israel apabila beliau berkuasa.
“Dengan kata lain, mana-mana pemimpin sekalipun tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hasrat ini walaupun ia sekadar menyentuh isu keselamatan Israel,” kata Dr. Azmi Hassan, GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

'Sudah lama jadi YB', Hadi tawar tak tanding


             Hadi tidak mahu bertanding
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul  Hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.
“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila, Marang, di sini.

“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya.

Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.

Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini.

“Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13.

“Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini,” katanya.

Sokong Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah


 Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) menyokong penubuhan Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah bagi mempertingkatkan penguatkuasaan enakmen berhubung penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam.
Timbalan Pengerusi Himpun Kebangsaan, Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, jawatankuasa itu penting bagi membendung gejala penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam yang kian berleluasa dewasa ini.
"Himpun menyokong usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk melaksanakan jawatankuasa itu di setiap negeri. Setakat ini Himpun belum buat sebarang tindakan tetapi kami sangat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pidatonya di Perhimpunan Sejuta Umat 'Selamatkan Akidah' di Dewan Budi Penyayang di sini hari ini.
Lebih 3,000 orang menghadiri perhimpunan yang memasuki siri keempat itu.
Katanya, setakat ini, undang-undang syariah yang sedia ada hanyalah untuk orang Islam, menangani orang Islam yang murtad tetapi bukan untuk orang yang memurtadkan orang Islam.
Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Jamil Khir dan dianggotai pengarah jabatan agama Islam negeri, wakil Kementerian Dalam Negeri, wakil Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.
Abdullah Zaik berkata, Himpun juga akan menyerahkan memorandum yang mengandungi akta murtad kepada Majlis Raja-Raja dalam usaha membendung gejala itu daripada terus berleluasa di negara ini.
"Memorandum itu telah sedia tetapi belum ada masa yang sesuai untuk menghantarnya, tetapi akan dihantar dalam tempoh terdekat ini," katanya. 

Ketua Audit Negara perlu beri penjelasan segera


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang supaya lebih cepat memberi penjelasan sekiranya timbul masalah daripada laporan tahunan agensi tersebut supaya isu seperti Pusat Fidlot Nasional (NFC) dapat dielakkan pada masa depan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya amat menghargai penjelasan yang diberikan oleh Ambrin, tetapi sewajarnya ia dibuat lebih cepat bagi meleraikan semua kekeliruan yang diputar belitkan oleh pihak tertentu.
"Saya amat menghargai penjelasan yang diberikan oleh Ambrin dalam merungkai semua masalah yang timbul tetapi saya mencadang dan menasihatkan beliau agar lebih cepat memberi penjelasan apabila timbul kontroversi daripada Laporan Ketua Audit Negara bagi mengelak salah tafsir.
"Penjelasan itu sudah meleraikan beberapa perkara yang menjadi kekeliruan selepas diputar belitkan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagaimanapun siasatan yang dijalankan oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diteruskan dan tidak boleh diganggu gugat," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada penjelasan yang dibuat Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang semalam bahawa perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dibuat jabatan itu adalah pencapaian NFC sejak ditubuhkan pada 2006 dan bukannya NFCorp sebagai sebuah syarikat.
Ambrin dalam kenyataan itu juga berkata, laporan jabatan tersebut tidak ada menyebut perkataan seperti kucar-kacir, in a mess atau penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.
Kenyataan itu dibuat selepas Ibrahim mendesak Ambrin mendedahkan keterangan yang diberikan oleh National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) menerusi surat jawapan yang dihantar kepadanya berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan oleh syarikat berkenaan.

Nasrudin tolak pihak bersekutu dengan Israel

                 
 Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan hari ini menolak mana-mana usaha untuk menyokong Israel apatah lagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang disifatkan beliau dilaknat oleh Allah.
Kata Nasrudin, sokongan terhadap Israel itu juga tidak layak dan tidak wajar diberikan sekali pun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat (AS).
"Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam seakidah dengan kita meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu.
"Sekalipun atas nama untuk ambil hati Amerika (AS), demi masa depan kita yang bakal mengambil alih Putrajaya, tidak sekali-kali wajar dan layak kita menyokong Israel apalagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang dilaknat oleh Allah SWT," katanya menerusi salah satu status terbaru di laman sosial Facebooknya hari ini.
Meskipun kenyataan Nasrudin menerusi laman sosial Facebook itu tidak merujuk kepada mana-mana individu, namun ia dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.
Kenyataan Anwar itu disiarkan menerusi satu temuramah dengan The Wall Street Journal yang diterbitkan kelmarin.

Kit Siang sepatutnya minta tubuh Suruhanjaya Diraja siasat video seks Anwar


 Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim berkata, penubuhan suruhanjaya itu penting kerana ia membabitkan individu yang bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri.
Katanya, jika Kit Siang beranggapan isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) memerlukan penubuhan suruhanjaya diraja, maka isu video seks membabitkan Anwar itu juga patut menjadi keutamaan untuk disiasat oleh suruhanjaya berkenaan.
"Kenapa Kit Siang tidak cadang tubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat kes video itu? Sedangkan jelas ia lebih penting berbanding isu NFC kerana membabitkan individu yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
"Jelas sekali beliau hanya memilih isu yang memberi keuntungan kepada partinya dan menjadikan suruhanjaya diraja sebagai alat mainan politik semata-mata," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan Kit Siang supaya kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu berkaitan NFC.
Menurut Zahrain, Kit Siang harus sedar bahawa rentak politiknya sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi digunakan pada masa kini.
"Tiada guna tubuhkan suruhanjaya diraja sekiranya keputusan siasatan pada akhirnya langsung tidak diterima oleh Kit Siang seperti kes membabitkan Teoh Beng Hock. Ia hanya membazirkan masa, wang dan tumpuan rakyat sahaja," jelasnya.
Sementara itu, Zahrain menyifatkan Anwar sebagai individu yang tersepit dengan permainan politik kotor sendiri berikutan kenyataannya dalam The Wall Street Journal, kelmarin yang antara lain menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.
"Saya tidak hairan. Anwar cuba memperbetulkan balik hubungannya dengan Israel selepas mengaitkan Apco Worldwide dengan kerajaan Malaysia, tetapi beliau sendiri tersepit dengan permainan politiknya itu.
"Menerusi tindak-tanduknya kebelakangan ini seperti mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual yang diamalkan negara dan terbaru mengenai sokongan terhadap Israel, kita dapat lihat dengan jelas 'topeng' sebenar Anwar," ujarnya.

Skim pinjaman khas diperkenal


Masalah warga kota berpendapatan rendah sukar memperoleh pinjaman perumahan untuk membeli rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang disewa mereka dijangka diatasi melalui skim pinjaman khas yang diperkenalkan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Skim Pembiayaan Khas Penjualan Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan Perumahan Awam DBKL itu akan beroperasi mulai 1 Mac ini.
Beliau berkata, skim pembiayaan khas itu diwujudkan kerajaan bagi menghadapi peningkatan harga rumah di ibu kota dan bermanfaat buat bakal pembeli yang berminat memiliki rumah yang ditawarkan kepada mereka.
Beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, skim itu akan dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan, dengan dana pembiayaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Melalui skim khas ini, masalah memperoleh pinjaman diyakini dapat diatasi dan membantu keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.
"Suka saya umumkan bahawa Jemaah Menteri pada 18 Januari 2012 bersetuju dengan skim ini yang dicadangkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar," katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan mempunyai pelan jangka panjang dalam membangunkan ketiga-tiga kawasan Wilayah Persekutuan demi memastikan pembangunan tempat tersebut sentiasa makmur dan harmoni selari dengan peranan masing-masing.
Sebagai contoh, katanya, hala tuju pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan telah ditetapkan berasaskan tiga teras utama iaitu sebagai hab perdagangan industri minyak dan gas, pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa serta sebagai destinasi pelancongan tersohor.
Kata beliau, Wilayah Persekutuan Putrajaya pula ia akan terus mengekalkan ciri-ciri sebuah bandar pintar hijau, terurus dan tersusun dengan sistem perbandaran yang moden dan efisien, selain sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
"Kita sesungguhnya mendambakan Wilayah Persekutuan sama ada Kuala Lumpur, Labuan atau Putrajaya yang bukan sebagai 'pulau batu yang nyah jiwa atau roh,' sebaliknya merupakan oasis hijau yang bugar, tempat terbaik untuk bekerja, berniaga, melabur, melancong dan berlibur," katanya.
Sementara itu, sambutan Hari Wilayah Persekutuan Kelapan pada kali ini menyaksikan perbarisan membabitkan 94 kontinjen pelbagai kategori dengan penyertaan 8,000 orang.

Dr Hasan Ali Dedahkan Sikap Melampau Pemimpin PAS!


                     



 Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).
Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, mereka itu disifatkannya sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana murtad.
Menurutnya, adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.
''Bila pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, saya pergi juga. Majlis berhimpun untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes liwat Anwar Ibrahim), dia suruh datang tapi majlis mengesakan Allah, mentauhidkan Allah, dia kata, jangan pergi...jangan pergi, di mana logiknya?
"Kalau teman daripada PKR, saya tidak terasa sangat sebab mereka parti campur. Ada orang Cina, India dan Melayu, saya boleh faham.
"Tetapi saya tidak faham jika bekas parti saya tidak membenarkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis akidah dan menghalang mereka pergi program akidah.
"Saya bukan nak bawa irama politik tetapi inilah realiti," katanya ketika berpidato pada Himpun peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.
Kira-kira 5,000 hadir pada program bertemakan Selamatkan Akidah itu.
Hadir sama Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid; Pengarah Urus Setia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.
Hasan menambah, meskipun berdepan pelbagai halangan dan rintangan, Himpun tetap diteruskan pada masa depan dengan menjelajah ke setiap negeri.
Jelasnya, ia penting kerana ramai masyarakat Islam termasuk pemimpin Pas sendiri tidak percaya tentang gejala murtad yang semakin serius dan perlu dibendung segera.
Malah, katanya, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat.





BN sponsor Pelacuran di KL...


Timbalan Ketua Penerangan PAS dikatakan bersama Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasharudin Tantawi telah bertemu Persatuan Pelacur.

Entah wujud atau tidak persatuan pelacur ni,yang menariknya,dakwa pemimpin PAS ini telah bertemu dengan pengerusi persatuan pelacur bukannya untuk berdakwah,sebaliknya untuk meraih sokongan politik.

Kenapa tidak diambil peluang untuk memanggil kesemua pelacur yang bernaung dibawah persatuan mereka untuk didakwah.Bukankah PAS menuduh pelbagai macam fitnah terhadap Umno dan BN yang tidak Islamik,Peluang didepan mata,sokongan politik didahulukan?Dakwah ditongsampahkan?

Dalam masa berbohong difitnahnya BN kononnya selama ini menyuburkan pelacuran dengan membantu persatuan pelacur yang siap dengan ahli jawatankuasa,bendahari,ketua penerangan.

Muhyiddin Mahu Anwar Jelaskan Kenyataannya Tentang Israel


Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ).
Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bermakna beliau (Anwar) mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.
“Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Kampung Kebun Baru, Jementah.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata masyarakat Palestin ketika ini dianggap sebagai rakyat terbuang, tanpa mempunyai tempat tinggal dan pada masa sama berhadapan dengan kezaliman tentera Israel.
Muhyiddin ditanya tentang kenyataan pemimpin pembangkang itu ketika ditemuramah oleh WSJ semalam, di mana Anwar secara terbuka menyatakan ia akan mempertahankan keselamatan Israel.
“Barisan Nasional berasa amat kecewa (dengan kenyataan Anwar itu),” katanya.
Kerajaan, kata beliau, turut berasa amat kecewa dengan proses damai Israel dan Palestin yang telah berlangsung lama tetapi sehingga kini gagal mencapai objektifnya untuk mewujudkan perdamaian di antara kedua-dua pihak – Bernama