Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Pejabat Mufti Perlis diceroboh pengikut Qadiani

 Pejabat Mufti Perlis yang terletak di Bangunan Datuk Mahmud Mat di sini diceroboh sekumpulan lelaki tengah hari semalam namun tiada petugas pejabat itu yang dicederakan.
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, kumpulan seramai antara enam dan tujuh orang berumur bawah 40 tahun itu dipercayai anggota kumpulan sesat yang tidak berpuas hati terhadap kenyataannya berkaitan
kumpulan Qadiani.Katanya, semasa kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, beliau tiada di pejabat kerana menghadiri Konvensyen Pendidikan Islam peringkat kebangsaan yang berlangsung di Dewan 2020 dekat sini."Lima kakitangan pejabat itu cemas apabila kumpulan lelaki itu menceroboh bahagian pentadbiran dan bahagian fatwa sambil mengambil gambar dan membuat rakaman video tanpa kebenaran," katanya.


Tiada rakaman Badrulamin dipukul kumpulan samseng



Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.
Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.
Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.
"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.
"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya.