Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Kes Liwat II Anwar : RPK, HRW, LGBT Senada…



Dalam mengulas isu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pendapat Raja Petra Kamaruddin (RPK), Human Rights Watch (HRW) dan kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT) hampir senada.
RPK : Anwar Mungkin Gay
RPK yang merupakan sahabat Anwar sejak dari MCKK (Malay College of Kuala Kangsar) berpendirian lebih terbuka ketika ditanya berkenaan kes liwat II.
“Kita ada bigger fish to fry. Agenda untuk perubahan perjuangan bukan sebagai personaliti. Sekarang kita patut kurangkan perjuangan untuk Anwar”katanya ketika ditanya tentang keputusan mahkamah terhadap kes liwat II, 9 Jan.
“Walaupun Mandela dipenjarakan selama 27 tahun, tak ada kempen pembebasan untuknya. Walaupun ada Kumpulan Free Mandela, tetapi ia merupakan kempen untuk menamatkan Apartheid, bukan untuk bebaskan Mandela. Mandela hanyalah pencetusnya (catalyst). Saya pasti Mandela adalah figura yang jauh lebih besar berbanding Anwar terutamanya dalam kepentingan sejarah”, katanya lagi.
Kenyataan RPK yang merupakan Pengerusi Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) seperti di atas mempunyai nilainya yang tersendiri kerana dalam menghadapi kes liwat I, RPK berdiri teguh di belakang Anwar, malah turut menggerakkan FAC (Free Anwar Campaign).
Kata-kata di atas sudah menunjukkan perubahan pegangan RPK terhadap kes liwat Anwar yang sudah kontras.
Ketika ditanya kemungkinan Anwar akan menjadi Perdana Menteri (PM) dengan isu moral yang membelengguinya, RPK berkata dalam konteks negara Malaysia, Anwar tidak mampu capai kedua-duanya. Beliau perlu memilih salah satu.
“Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Anda boleh jadi menteri dan gay sekali gus. Di Malaysia, anda kena pilihlah.
“Anda nak jadi gay, teruskan. Saya tak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tak boleh.
“Walaupun bukan gay, tapi kalau anda tinggal dengan wanita lain bukan isteri, ia juga tidak diterima. Kalau nak jadi Perdana Menteri, anda tidak boleh begitu. Kena pilih salah satu”, katanya.
RPK memberitahu, ada yang bertanya kepadanya, benarkah Anwar seorang gay ? Beliau menjawab “Mungkin”.
“Saya kata mungkin. Tapi tak boleh jadi Perdana Menteri. Itu realitinya”, katanya.
HRW – Suka Sama Suka
HRW, sebuah badan hak asasi antarangsa berpendapat tuduhan meliwat yang dikenakan ke atas Anwar sepatutnya digugurkan kerana aktiviti itu berlaku di atas faktor suka sama suka.
“Undang-undang yang menghukum perlakuan seksual suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi”, kata Phil Robertson, timbalan pengarah HRW bagi rantau Asia.
Tambahnya, “Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi diskriminasi dan penyalahgunaan kuasa dibenarkan berlaku”
HRW tidak berhujah mempertahankan Anwar dengan hujah-hujah yang membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak melakukan perbuatan terkutuk itu, sebaliknya badan hak asasi antarabangsa lebih cenderung untuk mempercayai aktiviti itu berlaku apabila mereka mengalih kritikan terhadap aspek undang-undang.
“Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka (consensual sodomy) atau tidak, ia tidak relevan sama sekali.
“Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain”, katanya.
Secara umum HRW berhujah undang-undang anti-liwat yang diguna pakai di Malaysia sudah ketinggalan zaman kerana undang-undang itu bertentangan dengan hak asasi manusia.
Oleh itu, badan hak asasi antarabangsa itu menggesa Malaysia membuang undang-undang anti-liwat yang melanggar hak privasi dan berbentuk diskriminasi serta menganti dengan undang-undang baru yang membenarkan aktiviti liwat.
Menurutnya, undang-undang baru itu mestilah selaras dengan Prinsip-prinsip Yogyakarta (Yogyakarta Principles), laporan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Vienna yang mengiktiraf hak-hak asasi manusia termasuk melakukan aktiviti seks luar tabie atas dasar suka sama suka.
LGBT – Pencabulan Hak Asasi Seksual Minoriti
Ketika Anwar dituduh melakukan aktiviti liwat II, kumpulan LGBT Malaysia merupakan kumpulan pertama yang berkempen membela Ketua Pembangkang.
Pada 1 Julai 2008, kira-kira hampir seminggu kes liwat II terbongkar, kumpulan LGBT Malaysia menggerakkan satu kempen mendapatkan sokongan tanda tangan untuk menyokong Anwar Ibrahim
Agak luar biasa tindakan LGBT itu kerana mereka bertindak membela pemangsa dan bukannya mangsa.
Dalam hujah-hujah mereka membela Anwar mereka berpendapat kes liwat II sebagai ‘satu pembantaian untuk menjatuhkan ahli politik dan pencabulan hak asasi ke atas golongan seksual minoriti di Malaysia‘.
Menurutnya, mereka tidak mempedulikan apakah jenis orientasi seks Anwar kerana amalan seks merupakan hak setiap individu yang perlu dihormati.
Seperti pendapat HRW, LGBT juga mempertikaikan soal perundangan terutamanya Seksyen 377a dan 377b yang melarang setiap individu melakukan aktiviti seks di luar tabie.
Menurutnya, undang-undang seumpama ini bersifat mendiskriminasi dan melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyatakan bahawa tiada siapa yang harus didiskriminasi di atas apa-apa pun alasan.
Pada bulan Ogos 2003, mereka telah mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Suhakam) mendesak agar ditamatkan diskriminasi dan keganasan terhadap LGBT dan menuntut agar dipenuhi tiga perkara:
Pertama; menuntut agar menghormati hak asasi manusia semua rakyat, termasuk LGBT, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
Kedua, menuntut agar dimansuhkan semua undang-undang jenayah berkaitan tingkah laku seksual di kalangan saling dewasa yang bersetuju atau melakukan aktiviti seks atas dasar suka sama suka.
Ketiga, melarang media daripada memaparkan isu-isu LGBT secara tidak adil yang disifatkan sebagai mendiskriminasi kelompok tersebut.

Kenapa NGO Lesbian, Gay & Biseksual Sokong Anwar ?


                        
Grace Poore dalam satu rencananya kepada NGO IGLHRC menyeru kepada kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) Malaysia agar menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya, Parti Keadilan Rakyat demi untuk menjamin kebebasan kumpulan tersebut di negara ini.
Sebagai seorang lesbian yang lahir dan membesar di Malaysia, Grace Poore juga turut aktif sebagai Penyelaras Serantau Asia dan Kepulauan Pasifik IGLHRC (The International Gay and Lesbian Human Rights Commission), sebuah NGO LGBT yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).
IGLHRC adalah badan yang menjadi jurucakap kepada lesbian, lelaki gay, biseksual, intersexual, transgender dan juga pengidap HIV/AIDS yang telah dicabuli atau didiskriminasi hak-hak asasi mereka.
Homophobia juga termasuk dalam mencabuli hak-hak asasi kumpulan homoseksual.
Homophobia bermaksud perasaan atau kata-kata negatif, menghina dan mendiskriminasi terhadap kumpulan homoseksual yakni kumpulan yang memiliki orientasi seks yang berbeza dengan kumpulan heterosexual (kumpulan seks normal).
Bagi mereka homophobia atau gerakan anti-gay seperti perkauman (rasis) dan anti-Semitisme dan lain-lain bentuk ketaksuban kerana ia bertujuan menafikan kemanusiaan mereka.
“Walaupun seseorang boleh pertikai sama ada wujud atau tidak gerakan anti-Gay di Malaysia, (tetapi) ia tidak mencukupi untuk semata-mata berpuas hati dengan hakikat bahawa ‘tiada gerakan anti-gay’ di sana.
“Lebih penting lagi, di sana (Malaysia) perlu ada satu persekitaran penerimaan dan memperakui hak untuk gay, lesbian, transgender atau biseksual”, katanya.
Menurutnya, kumpulan gay perlu diiktiraf hak-hak mereka dan sebarang gerakan anti-gay adalah satu ‘jenayah’ yang bertentangan dengan polisi hak asasi manusia.
Untuk mendapatkan hak-hak tersebut, kumpulan LGBT perlu menyokong tokoh dan parti yang sealiran dengan matlamat kumpulan mereka.
“Parti Anwar dipanggil sebagai Parti Keadilan Rakyat.
“Sebagai seorang lesbian yang dilahir dan dibesarkan di Malaysia adalah menjadi harapan saya supaya kumpulan gay, lesbian, transgender dan biseksual termasuk dalam kumpulan yang diperjuangkan (PKR)”, katanya.
Katanya parti yang berslogan reformasi dan demokrasi bermaksud parti itu mempunyai dasar untuk memperjuangkan hak-hak yang sama terhadap kepelbagaian seks dan jantina terutamanya kumpulan LGBT.
“Menggalakkan reformasi dan demokrasi adalah bermaksud menggalakkan kepelbagaian warganegara yang perlu termasuk menggalakkan hak kepada kumpulan seks dan jantina berbeza.
“Matlamat dan keuntungan politik, reformasi undang-undang dan persekitaran yang demokrasi perlu diterjemahkan kepada semua kelompok manusia, tanpa mengira dari kelompok kumpulan manusia (sama ada heterosexual atau homoseksual).
“Tidak kurang pentingnya kepada kumpulan LGBT untuk melibatkan diri dalam proses politik ke arah pendemokrasian dan menjadikan kehadiran mereka dirasai oleh kepimpinan parti serta kepimpinan (parti) mengiktiraf peranan mereka”, katanya.
Menurutnya, membantu Anwar untuk memperkasakan partinya adalah penting untuk mencapai matlamat LGBT.
Jika parti Anwar berjaya memenangi pilihanraya, maka sebarang bentuk penambahan, pindaan dan menghapuskan undang-undang boleh dilakukan.
Katanya, sekatan undang-undang hak-hak asasi terhadap kumpulan homoseksual seperti Seksyen 377 yakni pertuduhan ke atas Anwar meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan perlu dihapuskan kerana ia adalah bentuk diskriminasi yang menjadi salah satu matlamat utama perjuangan IGLHRC.
Menurutnya membantu kejayaan kemenangan kepada Anwar bermakna membantu kemenangan untuk kumpulan LGBT dalam menikmati kehidupan yang bebas.
“Politik memerlukan tenaga yang banyak, strategi dan jiwa perlu diarahkan dalam mempertahankan reputasi Anwar dan haknya dalam mengungkap perbezaan pendapat politik tanpa penganiayaan.
“Menghapuskan undang-undang seperti Seksyen 377 juga memerlukan komitmen ini.
“Ia akan menjadi satu langkah ke arah mempertahankan integriti ‘rakyat’ LGBT dan hak mereka untuk hidup secara maruah, tanpa diminta untuk bersembunyi (atau dibenci)” katanya.
Persoalannya, kenapa kumpulan NGO LGBT seperti IGLHRC berkempen untuk Anwar Ibrahim, sedangkan matlamat IGLHRC adalah membantu mana-mana ahli atau individu yang sealiran daripada didiskriminasi?
Kenapa IGLHRC tidak berjuang membantu Mohd Saiful Bukhari Azlan, individu yang telah mengadu menjadi mangsa hubungan seks luar biasa oleh pemaksa, yakni Anwar Ibrahim?
Adakah ini bermakna IGLHRC secara rasmi telah mengiktiraf Anwar Ibrahim adalah salah seorang ‘ahli LGBT’ yang ‘teraniaya’, sealiran dengan mereka dan Mohd Saiful adalah dari kelompok manusia normal (heterosekual) ?
Persoalan kedua, apakah Anwar juga bersalah melanggar hak asasi manusia kerana melakukan aktiviti homoseksual ke atas kumpulan yang bukan sejenisnya, iaitu ke atas Mohd Saiful dari kumpulan heteroseksual dan bukannya ke atas kumpulan yang sama seperti, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja, seorang lelaki berstatus ‘adik angkat’ yang telah dihalau oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari rumahnya ? Klik di sinisinisinisini sini, dan sini
Sebelum ini, Anwar juga turut mendapat sokongan daripada Al Gore, George Soros, Paul Martin, Michael Danby, Carl Gershman, Desmond Tutu, Marry Robinson, Madeline Albright, Musdah Mulia yang kesemuanya menyokong prinsip kebebasan dan demokrasi khususnya kebebasan kumpulan LGBT tidak diganggu dalam menjalani kehidupan sonsang mereka.
Daripada senarai nama di atas, George Soros mengungguli sebagai dalang penyokong utama aktiviti homoseksual di seluruh negara.
“George Soros, adalah manusia paling jahat di dunia kerana menjadi dalang kepada gerakan homoseksual” kata Calvina Fay dari Yayasan Bebas Dari Dadah, sebuah organisasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat
Menurut laman aim.org, Soros berpengaruh di kalangan kumpulan minoriti kerana penyangak mata wang Yahudi itu telah membelanjakan kira-kira $7 bilion dari wang kekayaannya kepada kumpulan pejuang hak gay (homoseksual), pengguguran bayi, penyalahgunaan dadah secara haram dan hak untuk pelacur.
Menurut Discover The Networks, Soros melalui yayasannya ‘Open Society Institute’ (OSI) telah menaja lebih daripada 50 NGO dan badan-badan yang berkaitan dengan hak asasi manusia, antaranya; Amnesty International, Human Rights First, Human Right Watch (HRW), Brooking Isntitutions, Free Press, Independet Media Center, Media Fund, dan International Crisis Group (ICG).
Turut disebut-sebut, Soros juga dalang utama yang berada di belakang Anwar Ibrahim. Klik di sinisinisini,sinisini dan sini

Kod Rahsia : Anwar ‘Orang Macam Kita’


Berbalas Twitter antara Anwar & Amir
AIDCNews – 10/11/11 – Komunikasi twitter di antara seorang aktivis Seksualiti Merdeka, Amir Muhammad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahimberkenaan topik ‘Orang Macam Kita’ membuka satu lagi polemik baru yang turut mengesahkan Ketua Umum PKR itu termasuk dalam salah seorang lingkaran LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).
“Laman Anti-Anwar menyerang ORANG MACAM KITA. Tetapi (lebih terkejut mereka) salah eja nama saya!”, kata @amirmu twitter milik Amir Muhammad kepada Anwar.
“Bukan baru – komplot Umno sejak 12 tahun!”, jawab Anwar.
Amir Muhammad seorang pengarah filem dan pemilik syarikat Matahari Books dipilih mewakili LGBT Malaysia menghadiri Festival Filem Q (Festivel Filem Gay) di Jakarta tahun lalu.
Kehadiran Amir dalam Festival Filem Q dengan membawa naskah buku bertajuk “Orang Macam Kita” yang diterbitkan oleh syarikatnya telah dikritik oleh blogger-blogger anti-Anwar, lalu Amir menghantar twitter mengadu kepada Ketua Umum PKR itu.
Anwar seolah-olah sudah memahami kod rahsia : ‘Orang Macam Kita’, tidak bertanya lanjut makna di sebalik kod itu, lalu menasihati Amir supaya tidak gelabah, dan mendakwa kritikan itu sekadar konspirasi UMNO sejak 12 tahun lalu.
Orang Macam Kita
‘Orang Macam Kita’ adalah judul buku berkenaan kehidupan LGBT di Malaysia yang diterbitkan oleh Matahari Books, salah satu organisasi yang disenaraikan wikipedia sebagai LGBT Malaysia.
Amir Muhammad : Orang Macam Kita
Buku ‘Orang Macam Kita’ disunting oleh Azwan Ismail, lelaki Melayu-Islam yang membuat pengakuan secara terbuka sebagai seorang gay di channelyoutube seksualitimerdeka.
Pemilihan tajuk ‘Orang Macam Kita’ bukannya satu kebetulan, mungkin telah dirancang secara teliti supaya membawa maksud yang mendalam dan jelas.
Di Singapura, ‘People Like Us’ (PLU) atau ‘Orang Macam Kita’ adalah satu organisasi Gay.
Menurut wikipedia, ‘People Like Us (PLU) adalah satu kumpulan pelobi utama gay di Singapura yang dua kali nama organisasi itu (PLU) ditolak pendaftarannya oleh kerajaan negara itu.
Disebut bahawa istilah “PLU” atau ‘Orang Macam Kita’ termasuk dalam konotasi “homoseksual” di kalangan gay di Singapura dan Malaysia.
Wikipedia Seksualiti Merdeka menyebut pada tahun 2008, Clarence Singham, pengasas bersama Pride Festival IndigNation, satu acara tahun LGBT Singapura telah menjemput empat orang wakil aktivis LGBT Malaysia menyertai program tahunan mereka.
Empat aktivis LGBT itu adalah Pang Khee Teik, Jerome Kugan,Jac SM Kee dan Dr Farish Noor.
Pengalaman di Singapura itu telah memberi ilham kepada Pang dan Kugan, yang kedua-dua pemilik Galeri Annexe, untuk menganjurkan program tahunan LGBT Malaysia yang diberi nama Seksualiti Merdeka.
Dari situlah bertapaknya Seksualiti Merdeka di Annexe Gallery dengan acara sambutan pertama pada 29 Ogos – 31 Ogos 2008.
Acara sambutan dimulakan dengan tayangan filem berunsur LGBT iaitu “Pangyau” (Amir Muhammad), “Comolot” (Mohd Ikram Ismail), dan “Arisan” (Nia Dinata).
Dari kanan; Shanon Shah, Dr Teh Yik Koon, Nisha (PT Foundation), Dr Wan Halim Othman dan Sivarasa Rasiah (ketika itu Naib Presiden PKR) dalam forum Seksualiti Merdeka 2008
Pada tahun 2009, Annexe Gallery menganugerahiANNEXE HEROES 2009– Honouring Our Champions of Freedom of Expressionkepada empat individu dan dua organisasi iaitu Amir Muhammad, Steven Gan dan Wong Chin Huat serta Popteevee dan Sisters In Islam.
Setahun sebelumnya,ANNEXE HEROES 2008diberikan kepada lima individu iaitu; Irene Fernandez, Kee Thuan Chye, Shanon Shah Mohd. Sidik, Yati Kaprawi (Sisters In Islam) dan Hafidz Baharom.
Pada tahun 2010 pula, ANNEXE HEROES 2010 dianugerahi kepada lima individu iaitu; Dr Azmi Sharom, Edmund Bon, Fahmi Reza, Dr Farish Noor dan Shelah.
Lingkaran Orang Macam Kita
Sebaik sahaja Ketua Umum PKR dilaporkan meliwat sekali lagi terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 1 Julai 2008, kumpulan-kumpulan NGO hak asasi manusia menggerakkan satu kempen mendapatkan sokongan tanda tangan untuk menyokong Anwar Ibrahim.
“Kami yang bertanda tangan di bawah, tidak peduli Anwar Ibrahim atau mana-mana ahli politik terlibat dalam aktiviti seksual.
“Apa yang kami prihatin, orientasi seks setiap individu adalah perkara peribadi. Tambahan pula, setiap ‘ruang peribadi’ seorang individu mesti dihormati”, katanya.
Menurut mereka penggunaan Seksyen 377A and 377B ke atas pelaku seks luar tabie bukan sahaja mendiskriminasi Anwar, malah keseluruhan LGBT.
“Apa yang lebih membimbangkan Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk mendiamkan tokoh politik yang berbeza pendapat, berkenaan tafsiran ‘seks di luar tabie’.
“Pada hakikatnya, undang-undang ini dan pihak kerajaan ulangi dikenakan ke atasnya, (akan) menzalimi seluruh sektor dan kumpulan lesbian, gay, bisexual dan transsexual (LGBTS).
“Mereka mewujudkan persekitaran yang bukan sahaja membenarkan, tetapi menggalakkan, diskriminasi dan keganasan terhadap LGBT”, katanya.
Kempen mendapatkan sokongan tanda tangan itu dikendalikan oleh Shanon Shah bin Mohd. Sidik yang juga merupakan Pengarah Eksekutif, Amnesty International Malaysia (AIM).
Turut menyokong kempen tandatangan itu adalah AWAM (All Women’s Action Society) dan the PT Foundation yang kedua-duanya dikenali sebagai NGO hak asasi manusia penyokong LGBT Malaysia.

SPR gagal beri justifikasi tolak permohonan pengundi tidak hadir: Peguam


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal menyatakan sebarang alasan atau asas untuk menjustifikasikan keputusan tidak mendaftarkan enam rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di luar negara, sebagai pengundi tidak hadir pada pilihan raya umum akan datang, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini. 
Peguam Edmund Bon yang mewakili keenam-enam mereka, berkata SPR menolak permohonan mereka atas alasan mereka tidak layak didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir di bawah definisi "pengundi tidak hadir" mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
"Tetapi SPR tidak memberi justifikasi bagi keputusannya itu dan objektif Peraturan itu yang membenarkan sesetengah warganegara dan sesetengahnya tidak," hujahnya dalam permohonan semakan kehakiman difailkan enam warga Malaysia itu yang menetap dan bekerja di United Kingdom untuk mendesak SPR mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir.Edmund berkata keputusan untuk tidak mendaftarkan keenam-enam mereka sebagai pengundi tidak hadir adalah jelas tidak adil dan merupakan layanan diskriminasi terhadap semua warganegara. 
"Pemohon menetap di luar negara, dan oleh yang demikian, sepatutnya boleh mengundi sebagai pengundi tidak hadir mengikut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak asasi untuk mengundi," katanya. 
Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh yang mewakili SPR pula berhujah SPR mendapati keenam-enam pemohon tidak layak didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir mengikut Peraturan 2, Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, kerana mereka menetap dan bekerja dengan sektor swasta di luar negara. 
Beliau berkata SPR memutuskan keenam-enam mereka tidak termasuk dalam kategori orang yang berhak menjadi pengundi tidak hadir dan SPR menolak permohonan mereka secara sah mengikut undang-undang. 
Amarjeet berkata keenam-enam mereka boleh pulang ke Malaysia pada hari pengundian kerana mereka menetap dan bekerja di sana atas pilihan sendiri. 
Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 6 Januari ini untuk menyampaikan keputusan. 
Enam pemohon itu ialah Teo Hoon Seong seorang doktor, 43; V.Vinesh seorang jurutera elektrik, 32; Paramjeet Singh seorang usahawan, 54; Yolanda Sydney Agustin seorang doktor, 31; Sim Tze Wei seorang penterjemah, 28, dan arkitek perisian Leong See See, 41. 
Mereka memohon satu deklarasi bahawa mereka sebagai warganegara Malaysia yang menetap di luar negara adalah berhak didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir yang bermakna mereka layak menjadi pengundi pos. 
Mereka juga memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan SPR melalui surat bertarikh 9 September, 2011, yang tidak mendaftarkan mereka sebagai pemilih tidak hadir. - BERNAMA 

Azmin cabar undang-undang



Tindakan Azmin Ali untuk meneruskan perhimpunan haram Kempen Bebas Anwar 901 menunjukkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana mencabar kedaulatan undang-undang secara terbuka.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Azmin itu jelas menghasut dan menghina mahkamah.
"Kenyataan Azmin amat biadab serta angkuh tanpa mempedulikan 'rule of law' dan mencabar undang-undang negara. Perisytiharan seumpama itu boleh ditafsirkan sebagai menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, mencabar serta menghina hakim serta negara,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Azmin yang bertekad mengumpulkan seramai 100,000 penyokong di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bagi menyatakan sokongan kepada Anwar.
Jelas Ibrahim, polis wajar bertindak mencegah perhimpunan tersebut sebelum negara huru-hara dan keselamatan rakyat tergugat atas kenyataan Azmin itu.
Justeru, tegas beliau, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih berkuatkuasa dan belum dimansuhkan secara rasmi merupakan alat pencegahan yang paling berkesan bagi membendung perhimpunan tersebut.
"Majoriti rakyat mahukan keamanan dan saya yakin mereka akan memberi sokongan sepenuhnya," kata beliau.
Sementara itu, Ibrahim menyeru semua ahli Perkasa mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan daripada angkara individu tidak bertanggungjawab yang ingin mengganggu-gugat kesejahteraan negara.
Katanya, Pengerusi serta Yang Dipertua Perkasa di 99 daerah seluruh negara perlu memainkan peranan mengumpul kesemua ahli untuk bersama-sama mengadakan solat hajat tersebut.
"Solat hajat ini hendaklah dilaksanakan di masjid, surau atau madrasah bermula hari ini sehingga 9 Januari depan.
"Untuk makluman, 12 daripada 99 daerah seluruh negara telah mengadakan aktiviti tersebut. Kita memohon kepada Allah agar Malaysia terpelihara daripada sebarang ancaman dan sifat khianat individu yang tidak bermoral," katanya.

Zambry pelik sikap Koo Ham



Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pelik apabila Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham terlalu 'bimbang' apabila beliau mula mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zambry mengakui Koo Ham berhak untuk bersuara tetapi katanya, beliau tidak seharusnya mengkritik tindakannya kerana ia tiada kena-mengena dengan pemimpin DAP itu.
"Kenapa dia perlu takut apabila saya buka mulut dan bercakap mengenai Anwar, itu bukan halnya," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas nota ringkas Koo Ham dalam Twitter hari ini yang membidas tindakan Zambry menggambarkan Anwar mengalami 'sindrom hebat' sehingga terdesak melakukan apa sahaja untuk kekal dalam politik negara.
Dalam notanya itu, Koo Ham berkata, Zambry tidak layak mengeluarkan kenyataan tersebut kerana beliau pernah menjadi rakan Ketua Pembangkang itu dan meninggalkannya apabila Anwar dipecat.
"Lebih baik dia selesaikan pertikaian yang berlaku dalam parti sendiri dahulu dan jangan ingat saya tidak tahu apa yang berlaku dalam DAP termasuk di Perak," kata Zambry.

Afdlin, Harun sertai UMNO



Artis terkenal tanah air, Afdlin Shauki, 40, dan Harun Salim Bachik, 52, menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Pasangan kumpulan lawak Boboi pada siri pertandingan Maharaja Lawak Mega itu menyerahkan borang keahlian mereka kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Raof Yusoh.
Mereka berdua menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.
Menurut Afdlin, perjuangan UMNO yang membela nasib semua golongan rakyat serta cara kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa transformasi kepada negara menarik minatnya serta perlu disokong.
"Saya sudah lama jadi pemerhati politik iaitu sejak menceburi bidang hiburan dan menyokong UMNO sejak layak menjadi pengundi.
"Kini sudah tiba masanya untuk aktif dengan apa yang saya percaya. Perjuangan harus bermula dengan langkah menyertai UMNO," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian tersebut.
Sementara itu, menurut Harun, penyertaan itu akan merapatkan lagi hubungan golongan artis dengan pemimpin negara bagi memajukan industri tersebut.
"Saya berharap perkara ini tidak dipolitikkan kerana kami ikhlas untuk menjadi ahli UMNO. Apa yang kami lakukan hari ini adalah atas kesedaran tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia.
"Kami akan menerangkan kepada peminat dan orang ramai tentang perjuangan UMNO dan berharap dapat bersama-sama membantu negara memajukan industri hiburan," katanya yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Ketika ditanya sama ada mereka berasa bimbang jika kehilangan peminat daripada parti lain, kedua-duanya menyatakan, tidak perlu mencampur-aduk urusan kerja mereka dalam bidang seni dengan politik.
"Kami bukan buat salah atau tidak jadi warga Malaysia lagi. Kami masih kami yang mempunyai harapan agar rakyat Malaysia terus menjadi warga yang baik," ujar Afdlin yang turut dipersetujui oleh Harun.

Empat ciri perlu dilihat - Noh Gadot



Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadot menasihatkan orang ramai supaya berpandukan kepada empat ciri yang ditetapkan dalam surah Al-Asr sebelum melakukan sesuatu tindakan termasuk menyertai perhimpunan haram.
Empat ciri berkenaan kata beliau, pertama, sebelum berbuat apa-apa tanya iman terlebih dahulu, boleh atau tidak ia dilakukan dan kedua, mengerjakan amal soleh yang mana ia mesti sesuatu perkara yang baik dan tidak merugikan semua orang.
Ciri ketiga pula jelas Noh ialah berpesan dan menasihati kepada yang hak serta kebenaran bermaksud mengambil pandangan majoriti masyarakat secara keseluruhannya.
''Keempat, berpesan dengan kesabaran yang mana tindakan kita tidak boleh mengikut hawa nafsu, perasaan, kepentingan individu dan politik sempit," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu perhimpunan haram yang akan menyusahkan rakyat dan menimbulkan huru-hara kepada negara di sini hari ini.
Menurut Noh, adalah jelas keempat-empat ciri tersebut tidak terdapat dalam perhimpunan haram.
''Oleh itu, umat Islam perlu tolak perkara yang berlawanan dengan al-Quran dan hadis. Mereka juga perlu mengikut undang-undang sedia ada.
"Nasihat saya bertindaklah mengikut iman, budaya yang betul kerana ia bukan budaya Islam dan Melayu yang hanya menunjukkan tidak bertamadun serta mengikut perasaan, jangan terjebak kerana Allah SWT melihat segala-galanya," jelas beliau.
Sementara itu, pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, sekiranya sesuatu tindakan yang akan mengganggu orang lain, mewujudkan pergaduhan dan merosakkan harta-benda, ia tidak wajar dilakukan.
"Kita tidak boleh melakukan tindakan seperti perhimpunan yang akan menimbulkan huru-hara kepada negara dan orang lain. Selain itu, perlu melihat dari segi tujuan perhimpunan dibuat dan sama ada ia mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan," ujarnya.

Anwar kini sangat terdesak – Nallakarupan



 Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakarupan yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melakukan apa sahaja pada 9 Januari nanti kerana Ketua Pembangkang itu kini berada dalam keadaan sangat terdesak.
Malah bekas rakan karib Anwar selama 30 tahun itu berkata, tidak mustahil Ketua Umum PKR tersebut yang kini ‘tidak lena tidur’ menunggu keputusan mahkamah pada Isnin depan, bersumpah depan al-Quran, kononnya beliau tidak bersalah demi membangkitkan sentimen rakyat.
Sehubungan itu beliau menyeru pihak polis serta Kementerian Dalam Negeri supaya bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang menganjur dan menyertai ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ kerana jika tidak dibendung segera, tidak mustahil bakal berlaku pertumpahan darah.
“Bagi saya apa pun keputusan mahkamah pada Isnin depan, sama ada Anwar akan didapati bersalah meliwat atau tidak, dia bukan seorang pemimpin yang layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri. Selama 30 tahun bersahabat, saya tahu moral dia terlalu rendah.
“Saya menyaksikan segalanya, dia boleh menjadi imam pada malam hari tetapi keesokan pagi melakukan maksiat yang dilaknat agama Islam. Dia bukan seorang muslim baik yang layak untuk diangkat menjadi pemimpin kerana saya tahu segala aktiviti gelapnya.
“Apa yang berlaku ke atas diri dia sekarang (dakwaan liwat) bukan konspirasi politik sebagaimana didakwa pembangkang tetapi hukum karma daripada tuhan kerana sikap buas dan rakus beliau dalam melayani nafsu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Justeru, Nallakarupan menyeru kepada seluruh rakyat khususnya golongan mahasiswa yang terpesona dengan pembohongan ketua pembangkang, agar jangan mengulangi kebodohan beliau dan bekas orang-orang rapat Anwar seperti yang berlaku pada 1998.
Katanya, dia dan beberapa bekas pemimpin PKR seperti Senator Ezam Mohd. Nor sanggup meringkuk dalam penjara demi Anwar tetapi akhirnya membuat keputusan meninggalkan Ketua Umum PKR tersebut selepas tersedar siapa sebenarnya ketua pembangkang itu.

Pakatan tetap berdegil



 Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertekad mengumpulkan seramai 100,000 penyokong di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, kempen Bebaskan Anwar 901 itu tetap diteruskan walaupun menerima tekanan pelbagai pihak termasuk amaran polis untuk menangkap mana-mana individu yang menyertai perhimpunan haram itu.
"Kami beri taklimat kepada pimpinan pusat dari seluruh negara untuk membawa pesanan ini ke peringkat cabang masing-masing. Atur strategi secara aman dan kita telah maklumkan kepada semua dengan terperinci," katanya seperti yang dipetik menerusi portal beritahttp://www.freemalaysiatoday.com hari ini.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan menghasut orang ramai untuk berhimpun di kawasan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur boleh menggugat ketenteraman awam selain menghina pentadbiran sistem keadilan negara.
Malah, beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan hasutan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin membawa masalah mereka ke jalanan dan seterusnya menghuru-harakan negara.
Sementara itu kata Azmin, kempen itu juga mendapat sokongan daripada DAP dan Pas yang memberi jaminan akan membantu dengan menggerakkan ahli masing-masing.
"Kita percaya Anwar tidak bersalah dan percaya beliau tidak sepatutnya dihadapkan ke mahkamah dari awal lagi. Pakatan sepakat bahawa Anwar adalah Perdana Menteri Malaysia ke-7," katanya.
Azmin turut dilaporkan berkata, perhimpunan di Pulau Pinang pada hari yang sama juga tetap akan diadakan sama ada Anwar dibebaskan atau sebaliknya.
Sementara itu, Pas Selangor menyokong 'Kempen Bebaskan Anwar 901' dan mengajak ahlinya menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Januari ini.
Pesuruhjayanya, Dr. Abd. Rani Osman berkata, pendirian itu dibuat dengan alasan perhimpunan tersebut merupakan hak asasi mereka melibatkan kebebasan berhimpun yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Arahan Terbaru Azmin Ali Terbongkar



Setiap cabang PKR di seluruh negara telah dikerahkan dan diarahkan oleh Azmin Ali agar menghantar sekurang-kurangnya 100 orang ahli pada 9 Januari 2012 ke Kuala Lumpur. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN bagi menunjukkan solidariti serta kasih sayang kepada Anwar Ibrahim yang akan mengetahui nasibnya setelah perbicaraan liwat yang paling panjang dalam sejarah Malaysia diketahui keputusannya pada hari itu.
Pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan agar penganjur demonstrasi Gerakan Bebaskan Anwar 901 (FAC) agar menarik semula hasrat mereka untuk menghimpunkan orang ramai di pekarangan Mahkamah Tinggi dan di tengah-tengah Kuala Lumpur bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Agak menarik apabila modus operandi PKR yang diketuai oleh Azmin Ali, tidak lagi menggunakan blog mahupun Facebook, sebaliknya menggunakan Twitter dan BBM.
Dalam arahannya, Azmin Ali meminta agar ahli-ahli PKR yang hadir untuk menggemparkan pihak berkuasa dan menggertak hakim Mahkamah Tinggi agar datang secara bersendirian sama ada menggunakan kenderaan sendiri mahupun kenderaan awam. Mereka tidak digalakkan berkonvoi bagi mengelakkan pihak berkuasa mudah mengesan serta menangkap atau menghalang kemasukan ke Kuala Lumpur.
Tempat pertemuan adalah di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012, jam 7.00 pagi. Kesemua PKR Negeri turut diarahkan agar mendapatkan sokongan daripada PAS dan DAP untuk menghantar ahli-ahli mereka seramai mungkin ke pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari itu.

Ada Kesan Pendedahan Terbaru Raja Petra Kamaruddin



 Ada kesan serta merta pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK), rakan sekolej Datuk Seri Anwar Ibrahim di Singapura baru-baru ini.
Kesan pertama, Haris Ibrahim meletak jawatan serta merta sebagai Presiden Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM).
RPK adalah Pengerusi MCLM, manakala Haris adalah Presidennya.
Peletakan jawatannya itu diumumkan dalam blognya pada Isnin, dua hari selepas Pengerusi MCLM dan editor laman Malaysia-Today, RPK mengadakan temu bual dengan media di Singapura mengkritik Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Dalam temu bual itu RPK mengkritik ABU (Asal Bukan UMNO) yang dianggotai Haris.
“Pada 2008, pengundi berdasarkan Asal Bukan UMNO (ABU). Mereka tak kisah sama ada monyet atau keldai. Apa yang mereka tahu bukan UMNO.
“Pada pilihan raya akan datang, kami beritahu Anwar, keadaan itu tidak akan berlaku lagi. Tak ada ABU lagi. Ia menjurus kepada siapa yang bertanding. Kalau tidak suka calon, saya tak kisah dia daripada parti mana pun. BN menerima perkara ini dan mereka tahu. Kalau letak salah calon, anda akan karam. Tetapi Pakatan masih berfikiran begitu, selagi calon daripada Pas, DAP atau PKR, rakyat akan tutup mata dan pangkah mereka.
“Asal benci UMNO, Asal bukan UMNO… kalau masih guna strategi sama, apa terjadi kalau rakyat tidak lagi membenci UMNO? Kita tidak boleh menjalin hubungan dengan rakyat berdasarkan kebencian. Perkahwinan berdasarkan kebencian tidak akan kekal lama. Asas kepada perkahwinan yang kekal dan berpanjangan adalah berasaskan cinta. Kalau pengundi tak cinta kepada kamu dan kalau mereka bersama kerana benci pihak yang satu lagi dan apabila perasaan benci mereka sudah tiada, tiada ada apa-apa lagi untuk kamu. Itu sahaja. Ia asas yang rapuh. Pembangkang tidak mahu mendengar”, kata RPK.

Haris kecewa dengan kenyataan RPK itu, terutama berkaitan dengan pengundi Cina yang tidak mahu perubahan seperti yang berlaku di Dataran Tahrir.
“Kita selalu dengar tentang evolusi dan revolusi. Dalam negara tertentu perubahan evolusi perlu diketepikan demi revolusi. Kita harus bersikap praktikal. Pendapat saya, perubahan revolusi tak akan berlaku kerana delicate racial balance. Kita boleh bercakap tentang ini di Mesir kerana di sana semua mereka adalah orang Mesir. Setiap orang di jalanan adalah orang Mesir. Di Malaysia bukan semua orang di jalanan adalah orang Melayu. Keadaan ini lebih delicate.
“Jadi saya kira negara yang tidak berbilang kaum adalah lebih mudah untuk kita capai perubahan yang lebih militan. Tapi jika anda bercakap tentang evolusi, selepas pasca revolusi, saya tahu ramai yang bercakap dengan saya bahawa mereka takut berlaku huru-hara. Mereka takut pertumpahan darah.
“Mereka tidak mahu perubahan seperti ‘Tahrir Square’. Mereka nyatakan dengan jelas”, kata RPK.
Anwar Tidak Relevan
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali seperti dilaporkan Sinar Harian mencabar RPK, yang mempertikaikan kredibiliti Anwar Ibrahim agar berhadapan dengan ahli parti itu dan tidak hanya ‘menyorok’ di belakang media jika beliau benar-benar berani.
Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Raja Petra menerusi tiga akhbar edisi Ahad keluaran Kumpulan Utusan dan New Straits Times tidak relevan.
“Siapa dia (Raja Petra) untuk menentukan hala tuju parti? dia bukan ahli PKR dan dia bukan siapa-siapa. Kalau dia berani, datang dan berhadapan dengan kami.
“Bukan dia yang menentukan (hala tuju parti), tetapi rakyat,” katanya.
Dalam wawancara itu, RPK berkata perjuangan Anwar berasaskan personaliti silap dan tidak boleh bertahan lama.
“Kita ada bigger fish to fry. Agenda untuk perubahan perjuangan bukan sebagai personaliti. Sekarang kita patut kurangkan perjuangan untuk Anwar. Walaupun Mandela dipenjarakan selama 27 tahun, tak ada kempen pembebasan untuknya. Walaupun ada Kumpulan Free Mandela, tetapi ia merupakan kempen untuk menamatkan Apartheid, bukan untuk bebaskan Mandela. Mandela hanyalah pencetusnya (catalyst). Saya pasti Mandela adalah figura yang jauh lebih besar berbanding Anwar terutamanya dalam kepentingan sejarah.
“Apa yang saya bimbangkan, kita akan kurangkan perjuangan ‘Anwarista’ dan jangan lupa Anwarista adalah perkataan yang saya cipta pada 1999. Anwarista adalah perjuangan untuk Anwar. Kita tak nak Anwarista. Sekarang ini jika Anwar masuk jel dan kita tak nak dia masuk jel sebagai tahanan politik. Itu satu isu lain.
“Saya dah periksa dengan kawan-kawan rapat dan mereka kata: “Pet, dia (pendakwa) adalah seorang yang boleh dipercayai. Kalau Anwar tak bersalah, dia tak akan fix up Anwar. Itu yang saya dapat dari sumber saya.
“Saya tak tahu Anwar bersalah atau tidak. Pada saya isu Anwar tak penting, sama ada dia bersalah kerana liwat. Soalnya, adakah dia calon terbaik untuk mentadbir negara? Kalau anda seorang yang baik di dunia ini, anda tentu ‘bersih’. Tapi kalau anda tak boleh mentadbir negara, maknanya anda tak boleh. Itu sahaja”, katanya.
Pilih Jadi Gay Atau PM
rockybru pula tertarik dengan kenyataan RPK yang memberitahu Anwar perlu membuat pilihan sama ada untuk meneruskan aktiviti gay atau menjadi PM dan tidak boleh dilakukan kedua-duanya dalam masa sama.
“Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Anda boleh jadi menteri dan gay sekali gus. Di Malaysia, anda kena pilihlah. Anda nak jadi gay, teruskan. Saya tak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tak boleh.
“Walaupun bukan gay, tapi kalau anda tinggal dengan wanita lain bukan isteri, ia juga tidak diterima. Kalau nak jadi Perdana Menteri, anda tidak boleh begitu. Kena pilih salah satu.
“Saya tidak peduli. Kalau anda kata: “Adakah Anwar seorang gay?” Saya kata mungkin. Tapi tak boleh jadi Perdana Menteri. Itu realitinya”, katanya.
Korupsi Selangor
Azmin Ali turut menafikan dakwaan berlakunya korupsi di Selangor seperti dibangkitkan RPK.
Dalam wawancara itu RPK berkata Anwar gagal sebagai penasihat ekonomi di Selangor sehingga berlakunya korupsi di negeri itu.
“Bercakap tentang permata di atas crown, tentunya Selangor. Adakah banyak perubahan drastik di Selangor? Tentu tidak. Maklum balas yang kita terima jadi kayu pengukur iaitu rasuah masih berada di tahap sama, tiada pengurangan.
“Rakyat masih perlu bayar di bawah meja untuk selesaikan sesuatu hal. Itu yang perlu kita perangi sekarang. Kita gagal di bahagian ini. Kita mengadu kepada Anwar bahawa rakyat tak gembira. Jangan harap untuk kekalkan Selangor kerana peluang untuk BN kembali lebih cerah kerana rakyat tak gembira.
“Kata Anwar: ‘Semasa mesyuarat Khalid ego dan tak mahu dengar cakap. Tak boleh kawal dia.” Saya kata anda yang lantik dia sebagai MB (Menteri Besar) dan tak perform.
“Adakah anda ada masalah dengan dia (Khalid). Masalahnya dia ego, tak dengar cakap. Apa nak buat, anda yang cipta monster itu. Apa yang kamu nak buat? Jangan mengadu tentang Khalid. Selangor tak ada sebarang prestasi. Ego, tak dengar cakap. Kami tak mahu tahu tentang itu”, katanya.
Menurutnya, sejak Anwar dilantik Penasihat ekonomi Selangor tiada perubahan dilakukan kecuali 60 kali siri lawatan ke luar negara dalam masa tiga tahun.
“Dia pula lantik diri sebagai penasihat ekonomi negeri. Apa nasihat anda (Anwar)? Sejak tiga tahun lalu anda dilantik sebagai penasihat ekonomi. Pergi luar negara lebih 60 kali dalam masa tiga tahun. Patutnya duduk mentadbir negeri, jalankan tugas parti, mentadbir Pakatan. Pakatan huru-hara. Rakyat bergaduh sesama sendiri. Apa komennya? No comment, senyap sahaja.
“Kita beritahu dia, duduk dalam negara dan jalankan tugas dalam Pakatan. Lebih 60 perjalanan ke luar negara memang agak melampau. Apa yang anda buat di luar negara. Bagi ceramah di universiti sana sini, tak payahlah. Adakah dengan bercakap di universiti orang akan undi anda? Penuntut ini pun belum berdaftar.
“Apa yang anda kisah dengan universiti ini. Dia seolah-olah melarikan diri kerana tak tahu apa nak buat. Tak perlu ceramah di universiti di luar negara. Dia perlu fokus pada pilihan raya”, katanya.