Banner ni dari seorang penyokong umno di Bandar Tun Razak yang agak kecewa dengan beberapa pemimpin umno bahagian yang semakin meroyan untuk mendekati rakyat hasil usaha kerajaan dan bukan hasil dari mereka sendiri dan cara mereka sendiri untuk berdamping dengan rakyat,kekalutan ini hanya akan memberikan ruang dan peluang bagi pakatan rakyat terutama PKR yang mana Khalid adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak,untuk terus memainkan isu kekalutan ini bagi menunjukkan pada rakyat di Bandar Tun Razak ini tidak ada pemimpin umno yang boleh menyatukan mereka(umno) walaupun beberapa kali PM dan TPM turun ke Bandar Tun Razak.sekiranya calon BN di Bandar Tun Razak ini masih dikekalkan untuk MCA,adakah pemimpin-pemimpin ini akan menyokong calon yang akan diletakkan oleh MCA nanti atau mereka tidak akan melaksanakan tugas masa PRU nanti atau calon dari PPP dan Gerakan yang akan mengambil tempat selepas ini,sebab kalau PPP dan Gerakan yang menjadi calon baru isi borang je dah tau kalah.....hahahahaha.....tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan namun cara penyelesaian perlu dicari segera kerana PRU13 semakin hampir
Anjoi Binjai cadangkan agar Hasan Ali bertanding di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak bagi PRU13