Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Pejabat Mufti Perlis diceroboh pengikut Qadiani

 Pejabat Mufti Perlis yang terletak di Bangunan Datuk Mahmud Mat di sini diceroboh sekumpulan lelaki tengah hari semalam namun tiada petugas pejabat itu yang dicederakan.
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, kumpulan seramai antara enam dan tujuh orang berumur bawah 40 tahun itu dipercayai anggota kumpulan sesat yang tidak berpuas hati terhadap kenyataannya berkaitan
kumpulan Qadiani.Katanya, semasa kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, beliau tiada di pejabat kerana menghadiri Konvensyen Pendidikan Islam peringkat kebangsaan yang berlangsung di Dewan 2020 dekat sini."Lima kakitangan pejabat itu cemas apabila kumpulan lelaki itu menceroboh bahagian pentadbiran dan bahagian fatwa sambil mengambil gambar dan membuat rakaman video tanpa kebenaran," katanya.


Tiada rakaman Badrulamin dipukul kumpulan samseng



Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.
Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.
Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.
"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.
"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya.

Perkasa minta Zulkifli jelas kenyataan Abdul Kadir

                                         

 Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) mahu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menjelaskan tentang isu pengundi di kawasan tersebut yang didakwa mata duitan seperti dinyatakan oleh bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, langkah itu perlu memandangkan kenyataan Abdul Kadir baru-baru ini seperti memberi tanggapan bahawa pengundi di kawasan Parlimen itu boleh dibeli bagi mendapatkan undi mereka.

“Kita minta Zulkifli memberi penjelasan sama ada benar atau tidak beliau memenangi kerusi Parlimen itu pada 2008 dengan membayar RM200 hingga RM1,000 kepada setiap pengundi untuk mengundi beliau,’’ katanya mengulas kenyataan Abdul Kadir yang mendakwa pernah diberi peruntukan untuk membeli undi di dalam pilihan raya sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh beberapa laman blog.

Sehubungan itu, Ruslan menegaskan, kenyataan Abdul Kadir yang juga pernah menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan boleh dianggap sebagai menghina para pengundi di Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Beliau turut menasihatkan bekas menteri berkenaan supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau pandangan agar ia tidak memakan diri sendiri.

MB nasihat Badrolamin cuti satu bulan


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrolamin Bahron bercuti sebulan sehingga siasatan dakwaan khalwat beliau selesai.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Abdul Khalid melalui e-mel telah menyampaikan cadangan tersebut agar Badrolamin dapat menumpukan perhatian kepada kes tersebut.

“Menteri Besar kini berada di Pahang, hanya berhubung dengan saya melalui e-mel, beliau memaklumkan kepada saya agar Dr Badrolamin mengambil cuti sebulan sementara beliau dapat mengendalikan kes ini dengan baik.

“Kita akan bincang Isnin ini (esok) bila beliau akan mula bercuti. Pejabat Menteri Besar akan membuat satu mesyuarat ringkas untuk bincangkannya tetapi kita akan minta beliau bercuti selama sebulan,” katanya.

Faekah berkata, Kerajaan Negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat kes tersebut secara adil kerana bukan sahaja melibatkan pentadbiran cekap, tetapi juga melibatkan maruah individu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga meminta Badrolamin memberikan sepenuhnya kerjasama kepada Jabatan Agama Islam Pahang bagi membersihkan nama beliau.

“Kita perlu berhati-hati dalam kes sebegini, kalau maruah seseorang tentu ia melibatkan keluarga, anak-anak dan masa depan mereka. Sebab itu Kerajaan Negeri memberikan kelapangan kepada beliau,” katanya.

Dalam pada itu katanya, masih terlalu awal untuk Kerajaan Negeri membuat telahan berhubung isu ini kerana ia masih baru, malah Badrolamin mendakwa ketika beliau ditangkap, wanita berkenaan tiada dalam bilik tersebut.

“Perkara itu berlaku di Pahang, ia di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor untuk campur tangan secara dekat.

“Kalau berlaku di Selangor, paling tidak kita boleh bertanya kepada beliau apakah SOP yang dilakukan pada kejadian tersebut. Tetapi (ia berlaku) di Pahang walaupun ia melibatkan kakitangan awam Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau juga difahamkan, sepanjang Badrolamin bercuti kelak, portfolionya akan dipegang Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa’eza Abdul Aziz.

Semalam, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan seorang pemimpin PKR Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama wanita berstatus isteri orang dalam sebuah bilik hotel di Balok, Pahang kira-kira jam 3 pagi.

Beliau yang enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut.

Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR lain selama tiga hari berakhir hari ini.

KITA Lantik Zamil Presiden Baru Ganti Zaid


                                               Post Pic 
Ahli Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) sebulat suara menolak kepimpinan Datuk Zaid Ibrahim selaku ketua parti itu berkuatkuasa hari ini dan mengumumkan pelantikan Pengerusi Kita Negeri Kedah, Zamil Ibrahim sebagai presiden yang baru.

Pengerusi Perhubungan Parti Kita Kelantan Abdullah Sani Musa berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu yang diadakan di sini, semalam.

"Kami juga menolak serta tidak mengiktiraf pemecatan dua pemimpin parti Kita iaitu Pengerusi Parti Kita Kedah, Zamil Ibrahim dan Pengerusi Kita Pulau Pinang Tan Tee Beng yang juga Anggota Parlimen Nibong Tebal kerana jawatankuasa terbabit menipu dan melanggar perlembagaan parti.

Kami sebulat suara memilih Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan ketua parti yang kini dinamakan sebagai Presiden dan beliau akan dibantu Pengerusi Kita Sabah Datuk Pangeran Othman Rauf dan bekas presiden AKIM, Zakaria Salleh," katanya pada satu sidang media selepas mesyuarat itu.

Sementara itu, Zamil berkata parti berkenaan akan melakukan satu rombakan jawatankuasa di peringkat pusat dan negeri dalam masa terdekat di samping memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13.

"Kita akan bertanding di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang difikirkan sesuai untuk Kita bertanding," katanya.

Zamil berkata beliau akan menghantar laporan kepada beberapa pihak, termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung apa yang berlaku dalam Kita sejak sebulan lalu.

Katanya keahlian parti itu akan dikemas kini dan semua urusan parti itu kini beroperasi di Sungai Petani, Kedah.

Zaid , pada 2 Februari lalu, dilaporkan membuat kenyataan mahu membubarkan parti itu serta mendakwa penubuhan Kita adalah satu kesilapan.

Hasan: Tolak Cubaan Ubah Undang-Undang Tangani Gay


                                            Post Pic
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mendakwa  desakan pembangkang untuk mengkaji semula undang-undang bersabit hubungan sejenis sebagai risiko besar kepada akidah umat Islam negara ini.
Berucap di siri jelajah Himpunan Sejuta Umat Islam (HIMPUN) di sini, Hasan berkata tuduhan bahawa Malaysia masih menggunakan undang-undang lama untuk mengekang hubungan sejenis tidak boleh dipandang ringan.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Majlis Peguam Negara menjadi sasaran kritikan beberapa pihak apabila berkata undang-undang itu sudah lapuk, malah di salah gunakan oleh polis.
Bagaimanapun Hasan melihat penentangan itu sebagai sebahagian daripada agenda melunturkan akidah umat Islam.
Beliau berkata di Amerika Syarikat, perkahwinan sejenis sudah pun dibenarkan di lapan negeri dan tidak mustahil untuk parti pembangkang di Malaysia mengambil langkah sama.
"Di Amerika ada 50 negeri yang bergabung di bawah nama Amerika Syarikat, daripada 50 negeri itu, lapan negeri sudah meluluskan rang undang-undang boleh berkahwin lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan,” kata beliau.
"Kalau  orang yang mintak supaya undang-undang yang sedia ada dikaji semula..tidak sampai 10 tahun lagi, sudah ada nanti rang undang-undang yang diluluskan oleh parlimen untuk mereka kalau ditakdirkan  mereka berjaya menawan parlimen,” kata beliau.
Hasan yang merupakan Presiden Jalur Ketiga (JATI) selain itu berkata sekiranya tindakan mengukuhkan akidah umat Islam lambat dilaksanakan, berkemungkinan pelbagai lagi perkara yang tidak diingini akan berlaku.
"Saudara redha atau tidak redha, sebab itu kita jerit 'akidah' ... pokoknya akidah," katanya.
Pada 12 Januari lalu, dalam temu bual dengan BBC, Anwar berkata, terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan tidak relevan.
.
‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.

Polis syor pengarah NFCorp didakwa CBT


                   nfc
Polis mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFC Corporation atas tuduhan pecah amanah.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan hari ini.

Skandal NFC ini terdedah susulan  Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada bulan Oktober lalu.
Suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail merupakan Pengerusi Eksekutifnya/
Syed Ismail berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi
menyiasat beberapa perkara lain.
"Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat," katanya dipetik Bernama,
Dua anaknua Salleh juga merupakan pengarah syarikat itu.
Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Azmin nak masuk PERKASA.....





HAHAHA....jgn terkejut geng sbb tak ada apa-apa pun,tapi kalau 






benar pun apa salahnya.....sentiasa dialu-alukan........cayo....cayo....




bukit antarabangsa dengan bandar tun razak pun bukannya jauh....

ANWAR PUN DAH NYANYUK MACAM NIK AZIZ JUGAK !!! ANWAR BELAYAR DENGAN KAPAL ISRAEL ?!!


khairikj

Memanglah luka hati dibuatnya kalau tidak tahu latar belakang ceritanya.Macam mana ini di satu pihak kata tentang Israel tetapi kapal negara itu masuk pelabuhan Malaysia?

Itu yang sedang hangat dimainkan oleh pembangkang sekarang dalam usaha untuk cover line kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersepit dengan isu kenyataannya mengenai keselamatan Israel dalam akhbar Wall Street Journal.

Bukan sahaja Anwar sendirn...malah Datuk Nik Aziz Nik Mat pun turut persoalkan.Hajat dihati tidak lain tidak bukan untuk gambarkan kerajaan Malaysia lidah bercabang dalam bab Israel.

Ini kisah Kehadiran dua buah kapal dagang milik rejim Israel, Zim Atlantic dan Zim USA ke Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari.

Rupanya...ada sandiwara hipokrit kelas pertama bab ini.

Sebab itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin nampak relaks saja ketika mengulas isu terbaru ini selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di Bangunan UMNO Parit Selasa.

Beliau meminta semua pihak menyingkap balik siapakah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1996.

Katanya orang itu,yakni Anwar yang kini buat-buat tidak tahu itulah yang bagi lampu hijau.

“Sebelum 1996 kita tidak boleh berdagang dengan Israel…. Jadi pada 1996 siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

"Jadi kalau dia kata hari ini kerajaan ada hubungan dagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, beliau sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini.

“Jadi saya harap perkara ini diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi. Kalau Anwar terus serang dengan “point” itu, dia sendirilah yang sebenarnya meluluskan pindaan tersebut.

Khairy menjelaskan walaupun ada perdagangan antara kedua-dua negara tetapi perdagangan itu adalah antara syarikat antarabangsa dan Malaysia mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan politik dan diplomatik dengan negara Israel.

“Contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang perlukan bahan mentah yang tidak boleh diperolehi daripada negara-negara lain, mereka terpaksa import daripada Israel sebab ada syarikat yang mungkin tidak dimiliki oleh rakyat Israel di negara tersebut.

“Contohnya Intel ada kilang di Israel menyediakan bahan untuk membuat mikrocip atau bahan untuk semikonduktor atau untuk peralatan komputer. Intel di sini atau syarikat pekilang di Malaysia terpaksa import daripada Intel.

“Kelonggaran ini telah diberikan pada 1996 dan saya ingin ingatkan Anwar bahawa beliau jangan hipokrit atau buat-buat tidak tahu dalam soal hubungan dagang ini kerana pada 1996 Anwar pada waktu itu sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Menurut beliau kawalan terhadap dagangan dengan Israel dikawal di bawah Akta Kastam dan agensi berkenaan adalah dibawah Kementerian Kewangan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir juga dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.
Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.      



                           .
Memanglah luka hati dibuatnya kalau tidak tahu latar belakang ceritanya.Macam mana ini di satu pihak kata tentang Israel tetapi kapal negara itu masuk pelabuhan Malaysia?

Itu yang sedang hangat dimainkan oleh pembangkang sekarang dalam usaha untuk cover line kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersepit dengan isu kenyataannya mengenai keselamatan Israel dalam akhbar Wall Street Journal.

Bukan sahaja Anwar sendirn...malah Datuk Nik Aziz Nik Mat pun turut persoalkan.Hajat dihati tidak lain tidak bukan untuk gambarkan kerajaan Malaysia lidah bercabang dalam bab Israel.

Ini kisah Kehadiran dua buah kapal dagang milik rejim Israel, Zim Atlantic dan Zim USA ke Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari.

Rupanya...ada sandiwara hipokrit kelas pertama bab ini.

Sebab itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin nampak relaks saja ketika mengulas isu terbaru ini selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di Bangunan UMNO Parit Selasa.

Beliau meminta semua pihak menyingkap balik siapakah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1996.

Katanya orang itu,yakni Anwar yang kini buat-buat tidak tahu itulah yang bagi lampu hijau.

“Sebelum 1996 kita tidak boleh berdagang dengan Israel…. Jadi pada 1996 siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

"Jadi kalau dia kata hari ini kerajaan ada hubungan dagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, beliau sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini.

“Jadi saya harap perkara ini diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi. Kalau Anwar terus serang dengan “point” itu, dia sendirilah yang sebenarnya meluluskan pindaan tersebut.

Khairy menjelaskan walaupun ada perdagangan antara kedua-dua negara tetapi perdagangan itu adalah antara syarikat antarabangsa dan Malaysia mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan politik dan diplomatik dengan negara Israel.

“Contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang perlukan bahan mentah yang tidak boleh diperolehi daripada negara-negara lain, mereka terpaksa import daripada Israel sebab ada syarikat yang mungkin tidak dimiliki oleh rakyat Israel di negara tersebut.

“Contohnya Intel ada kilang di Israel menyediakan bahan untuk membuat mikrocip atau bahan untuk semikonduktor atau untuk peralatan komputer. Intel di sini atau syarikat pekilang di Malaysia terpaksa import daripada Intel.

“Kelonggaran ini telah diberikan pada 1996 dan saya ingin ingatkan Anwar bahawa beliau jangan hipokrit atau buat-buat tidak tahu dalam soal hubungan dagang ini kerana pada 1996 Anwar pada waktu itu sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Menurut beliau kawalan terhadap dagangan dengan Israel dikawal di bawah Akta Kastam dan agensi berkenaan adalah dibawah Kementerian Kewangan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir juga dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.

Permohonan Mat Sabu Ketepikan Kes Fitnah Ditolak


                                Post Pic
Mahkamah Tinggi Georgetown  hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk mengetepikan kes fitnah mengenai isu komunis Bukit Kepong terhadapnya.

Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka di Bukit Kepong, dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah dalam membuat keputusan itu juga menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kes bicara itu sehingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Rayuan. 

Hakim itu memerintahkan perbicaraan kes itu diteruskan di Mahkamah Sesyen, Butterworth. Mohamad Sabu, 57, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memohon mengetepikan pertuduhan itu pada Januari lepas.

Pada 21 September tahun lepas, Mohamad Sabu dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Butterworth dan meminta dibicarakan.

Pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan
merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad Sabu didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 23 Ogos tahun lepas di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Sementara itu, peguam yang mewakili Mat Sabu, Muhammed Hanipa Maidin ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim dan Yusaini Amer Abd Karim. 

FGVH Tetap Disenaraikan, Kata Isa Samad


 
Felda Global Ventures Holdings tetap akan disenaraikan di Bursa Malaysia meskipun Mahkamah Tinggi Kuantan meluluskan injuksi melarang Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) membahaskan penyenaraian itu, kata Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.
Satu mekanisma baru akan digubal dan siap dilaksanakan antara Mei dan Jun bagi membolehkan penyenaraian FGVH dilaksanakan, kata Isa. 

"Itu kita kena rombak balik, seperti yang kita sudah bincang memang kita telah jangka apa yang berlaku. Bila perkara ini terbantut disebabkan hal mahkamah (tidak) bermakna kita perlu mula (kembali) daripada A, itu tidak akan berlaku. Saya yakin kita telah mula dan kini sedang distruktur semula alternatif pilihan kita."kata  beliau.  
Isa kesal dengan tindakan lima ahli KPF mendapatkan perintah injunksi dari Mahkamah Tinggi Kuantan minggu lalu susulan proses Tawaran Permulaan Awam, (IPO) yang diadakan sebelum ini  berjalan dengan baik. 

Beliau membidas pembangkang kerana sanggup menyebar pelbagai pembohongan demi mencari keuntungan politik walaupun tindakan itu jelas merugikan peneroka sendiri.    

"Disebabkan pembangkang nak mendapat keuntungan (politik), perbuatan mereka ini akhirnya merugikan (peneroka felda). Mereka ini tak faham dari sudut ekonomi tapi bantah kerana ada (kepentingan) politik. Kalau (orang) yang faham ekonomi dia takkan buat begitu." katanya pada sidang media, di Anjung Felda, Dewan Perdana Felda, di sini, hari ini.

Isa memberi jaminan walaupun FGV tidak di senaraikan buat masa ini, kepentingan peneroka tidak akan terjejas dan mereka akan mendapat imbuhan sama seperti yang dinikmati sebelum ini. 

"(Kepentingan peneroka) akan terus terjamin. Bagi pihak FGVH kita akan terus bantu peneroka, yang 15% (dividen) tu hak KPF, dia akan teruslah sebab itu akan jadi amalan kepada KPF."

Pada 17 Febuari lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan meluluskan injunksi melarang KPF daripada membincangkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.
Injuksi itu memaksa KPF membatalkan mesyuarat agung luar biasanya (EGM) yang dijadualkan hari ini

Seramai 1,200 perwakilan KPF sepatutnya mengundi cadangan penjualan 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings Bhd dan di 10 subsidiari yang membabitkan FGVH pada mesyuarat ini.

Sementara itu Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Pas berkata ia akan melantik sebuah panel perundangan untuk menghalang Felda daripada mengambil alih 55 ribu ekar tanah di negeri berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Exco Hal Ehwal Ekonominya,  Husam Musa berkata, kerajaan negeri tidak akan menandatangani  sebarang perjanjian yang memberikan hak milik tanah kepada FGVH. 

Sultan Selangor Terima Anugerah Tertinggi Perancis


Post Pic

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dianugerahi pingat "Commandeur de la Legion d'Honneur" oleh Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Anugerah itu yang mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Sultan Sharafuddin sebagai Sultan Selangor dan Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera Perancis Edouard Guillaud di French Residence, di sini.

Sultan Sharafuddin diiringi anakanda baginda Tengku Zatashah, pada majlispenyampaian anugerah itu.

Turut hadir Duta Besar Perancis ke Malaysia,Martine Dorance.

Dalam ucapan baginda, Sultan Selangor bertitah baginda amat berbesar hati untuk menerima anugerah berprestij itu dan melahirkan harapan hubungan antara Malaysia, bukan Selangor sahaja dan Perancis akan terus berkembang.

"Sebagai Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia, beta amat bangga dengan kerjasama antara Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Laut Perancis.

Dua buah kapal selam Scorpene kami (Malaysia) dikagumi oleh banyak pihak dirantau ini.

"Dan latihan anggota tentera laut kami, kebanyakannya di Brest, di mana mereka turut belajar bahasa Perancis, memperkukuhkan lagi hubungan kami," titahbaginda.

Guillaud, dalam ucapannya berkata, anugerah tertinggi Perancis itu dianugerahkan pada pemimpin penting dan warganegara negara yang menjalin hubungan dua hala baik dengan negara itu.

"Inilah bagaimana Presiden Republik Perancis memberikan merit kepada baginda(Sultan Sharafuddin) dalam perkhidmatan di Malaysia, angkatan tenteranya, angkatan tentera lautnya dan juga dalam perkhidmatan kepada rakyat di Selangor," katanya.

Beliau juga melahirkan penghargaan atas bantuan Sultan Sharafuddin dalam membantu mereka membina program kapal selam antara TLDM dan Tentera Laut Perancis.

"Bagi kedua-dua negara kita, program ini dari awal lagi merupakan tanggungjawab besar. Tentera laut Malaysia dan Perancis memilih jenis kapal selam yang terbaik dan melaksanakan program yang paling mencabar dan dengan berani membuka laluan bagi pasukan strategik Malaysian di hari muka," katanya.