Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Prestasi Felda Global: Pas beri Ahmad Maslan 3 hari

                                              salahudin-ayub
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub memberi tempoh tiga hari kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk memberi penjelasan terperinci berhubung prestasi pelaburan Felda Global Venture Holdings (FGVH) dalam dan luar negara.

Salahuddin yang juga Naib Presiden Pas berkata, Ahmad tidak memberi jawapan yang khusus berhubung soalan dikemukakan di Dewan Rakyat minggu lalu.

"Saya meminta beliau memperincikan  prestasi semasa pelaburan FGVH di dalam dan luar negara dan kajian mendalam baik buruknya penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

"Bagaimanapun, beliau (Ahmad) cuba mengaburi rakyat dengan memberi angka-angka keuntungan sedangkan kita tahu pelaburan FGVH di luar negara adalah pelaburan yang rugi," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut Salahuddin, beliau akan memberi satu notis kepada Ahmad untuk memberikan jawapan bertulis dan hadir di Parlimen untuk memberikan penjelasan yang lebih khusus.

"Saya beri tempoh tiga hari kepada Ahmad Maslan untuk butirkan prestasi pelaburan FGVH di luar negara.

"Beliau cuma nyatakan pada 2009 hingga 2010, keuntungan FGVH berjumlah RM203 juta di dalam negara dan RM366 juta di luar negara. Rakyat mahu tahu syarikat mana yang terlibat dalam pelaburan itu dan tahap prestasi semasa," katanya.

Salahuddin berkata, Pas menunggu jawapan daripada Ahmad dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan mendedahkan maklumat yang sebenar.

"Kita meragui jawapan beliau kerana kita mempunyai maklumat mengenai angka-angka yang sebenar, jika beliau tidak menjelaskan secara terperinci... ada dokumen yang akan kita dedahkan nanti," katanya.

Sebelum ini, pelaburan-pelaburan yang dijalankan anak-anak syarikat FGVH seperti Felda Iffco Sdn Bhd, Felda Global Technologies melalui Twin Rivers Technolgies US (TRT) mencatatkan kerugian terkumpul hampir RM500 juta setakat 2010.

PKR dakwa PM campur tangan kes saman peneroka Felda



PKR hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam kes-kes saman peneroka terhadap pengurusan Felda, yang menurut parti itu pihaknya bimbang tentang ketelusan kehakiman.Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya mempunyai maklumat minit mesyuarat bersama pengurusan Felda yang dipengerusikan Najib sendiri pada 27 Jun 2011 di bangunan Parlimen."Dalam mesyuarat tersebut, Najib meminta hakim dan peguam diberikan kefahaman mengenai kes saman peneroka Felda Serting terhadap Felda berhubung isu kadar perahan minyak kelapa sawit."Ayat beliau (Najib) merupakan ayat yang tercatat dalam dokumen rasmi mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang menyebut dengan terang bahawa dalam kes kadar perahan minyak yang belum ditentukan tarikh perbicaraan penuh, pastikan hakim dan peguam faham berkenaan isu ini, pastikan Felda menang supaya tidak menjejaskan kes lain."Secara terang menunjukkan berlakunya manipulasi kehakiman," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada sidang media itu Saifuddin turut menunjukkan kepada wartawan satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu.Dalam perenggan minit tersebut tertulis ayat seperti berikut:
"Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (OER), di mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh, pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER."Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya."
Menurut Saifuddin, ada 20 kes yang melibatkan Felda dan pihaknya mahu Najib memberikan penjelasan berhubung perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut."Saya minta tadi sewaktu perbahasan dalam dewan Perdana Menteri dalam jawapannya mesti tampil menjelaskan apakah ini menjadi amalan dalam kes peneroka lawan Felda ini," katanya.Setiausaha Agung PKR itu berkata, kes yang dirujuk tersebut membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Mereka mendakwa Felda telah menipu mereka dan menyebabkan mereka menanggung kerugian yang besar.
Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka dari Felda Serting dan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa wujud penipuan atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit.



sumber

Saya berniat kotakan janji - Najib

                                         

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sentiasa berniat untuk mengotakan janjinya bahawa di bawah pentadbirannya, rakyat akan mendapat layanan yang adil daripada kerajaan.
"Apabila saya memegang jawatan (Perdana Menteri) hampir tiga tahun lalu, saya berjanji kepada negara bahawa anda akan dilayan secara adil daripada kerajaan dan saya berniat untuk menunaikan janji itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan (SMC) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJK (T)) Vivekananda di sini.
Najib menjelaskan bahawa pelan transformasinya dan inisiatif yang lain adalah bagi kesejahteraan hidup rakyat dan bukan mengenai pilihan raya umum yang akan datang.
Sambil menyatakan keikhlasan kerajaan dalam membantu rakyat termasuk masyarakat India, Najib berkata, beliau tidak akan berjanji sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan.

Lagi padang bola Selangor bakal jadi pusat komersial

                                   
                                               INILAH padang Sungai Way yang bakal dibangunkan dengan projek komersial



Belum pun reda isu projek pembinaan pangsapuri dan pusat komersial di kawasan padang di SS7, Kelana Jaya di sini, kini timbul pula isu serupa di Sungai Way apabila padang bola sepak di kawasan itu didakwa bakal berhadapan nasib sama.
Padang seluas 1.6 hektar yang selama ini digunakan penduduk Sungai Way untuk melakukan aktiviti riadah dan kemasyarakatan itu dikhabarkan akan dibina dengan sebuah pusat komersial oleh satu syarikat pemaju yang beralamat di Klang.
Berang dengan perkembangan tersebut, beberapa penduduk Sungai Way bertindak mengadakan perhimpunan aman bagi membantah projek yang didakwa bakal menyebabkan kesesakan lalu lintas dan memusnahkan kawasan hijau di tempat mereka.
Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Kelvin Chong Seng Foo yang mengetuai bantahan itu berkata, padang bernilai kira-kira RM75 juta itu amat penting untuk kesejahteraan hidup masyarakat Sungai Way.
"Padang ini digunakan oleh kira-kira 35,000 penduduk Sungai Way termasuk oleh pelajar sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina untuk pelbagai aktiviti kerana padang itu terletak berhadapan sekolah mereka.
"Jika projek ini diteruskan, pasti menyebabkan kesesakan, pencemaran dan menenggelamkan gaya hidup sihat masyarakat setempat apabila tempat riadah mereka dimusnahkan untuk tujuan komersial," katanya.

"Jaga Tanah Rizab Melayu", Titah Sultan Selangor

                                              
 Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar tanah rizab Melayu di negeri ini dijaga dengan baik dan tidak disalahgunakan.

"Kita akan ambil perhatian. Kita sudah ada pengkalan data (tanah rizab). Tuaku titah supaya kita perlu ketahui di mana tanah- tanah rizab lain.

"Kita mesti memberikan tumpuan bahawa kalau apa pun yang berlaku kepada tanah rizab Melayu, ia mesti dapat perhatian masyarakat," katanya pada sidang media selepas perasmian Dewan Undangan Negeri pagi tadi.

Sultan Sharafuddin semasa merasmikan sidang dewan tersebut menitahkan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Khalid supaya memastikan pemilikan Tanah Rizab Melayu di Selangor tidak ditukarkan kepada individu atau syarikat bukan Melayu.

"Perlembagaan untuk Tanah Rizab Melayu mesti dipatuhi. Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan Tanah Rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu.

"Beta percaya Datuk Menteri Besar, Kerajaan Negeri Selangor dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah sentiasa berwaspada mempertahankan Tanah Rizab Melayu dengan memastikan tidak ada yang bertukar status," katanya tadi.

Tanah rizab Melayu ialah kawasan tanah yang telah diisytiharkan sebagai tanah yang diperuntukkan kepada Melayu melalui gazet seperti yang termaktub dalam Seksyen 2 Enakmen Rizab Melayu (Selangor).