Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Akar Umbi PR Sudah Amat Yakin, Anwar Benar-Benar ‘Bersih’ ?



 Keputusan Mahkamah Tinggi semalam berkenaan kes liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan satu tanda tanya besar bukan setakat pro-kerajaan malah di kalangan pro Pakatan Rakyat (PR).
Penulis pro PR, Azman Ariffin sekali lagi tampil menyemarakkan satu lagi peluru persoalan iaitu kenapa hakim mengambil masa kurang 5 minit untuk membuat keputusan lisan penghakiman.
Persoalan ini sama dengan pendirian laman ini yang menyebut “Ada ‘Benda’ Dalam Keputusan Hakim..”
Statement hakim mudah sahaja..’mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik’…[baca : hakim tidak menolak secara total bukti DNA]..’Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful. Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. [baca : Oleh kerana bukti sokongan DNA kurang diyakini, maka mahkamah hanya bergantung kepada keterangan Saiful. Persoalannya kenapakah keterangan Saiful juga menjadi kurang kredibel, sedangkan sebelum ini hakim sama berkata keterangan saksi utama amat kredibel].
Dan ini keputusan paling penting hakim : ‘Tertuduh (yakni Anwar Ibrahim) oleh itu dibebas dandilepaskan‘[baca : tidak timbul soal meliwat atau tidak, tetapi dilepaskan kerana tidak cukup bukti].
Inilah keputusan yang dibacakan hakim secara lisan, tidak sampai 5 minit. Tidak ada keputusan lengkap. Tidak ada keputusan bertulis.
Sebagai perbandingan, elok dirujuk precedent case, kes liwat I yang dibuat keputusan lisan pada 8 Ogos 2000 dan keputusan bertulis pada 14 Jun 2001.
Keputusan bertulis diberikan pada 30 April 2001 tetapi dibacakan di mahkamah pada 14 Jun 2001. Laporan bertulis itu setebal 206 halaman, dengan penyenaraian 10 sebab kenapa beliau menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar dan enam tahun ke atas Sukma.
Dalam kes liwat I, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar. Hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan, apabila Anwar merayu. Namun, apabila Anwar merayu lagi ke peringkat paling akhir, yakni Mahkamah Persekutuan, Anwar dibebaskan dan dilepaskan dengan majoriti 2-1.
Ada ‘benda’ dalam keputusan hakim Mahkamah Persekutuan melepas dan membebaskan Anwar pada 2 September 2004 itu. Klik di sini dan sini
Laman ini yakin tidak lama lagi akan terbongkar ‘apakah isi kandungan sebenar’ keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semalam.
Sebelum itu disertakan tulisan lengkap penyokong PR, Azman Ariffin yang disiarkan dalam dua laman,malaysiatimes.my dan suarapakatanrakyat.com
Kemenangan Anwar, Kekalahan Pakatan Rakyat?
MAAF, bukan niat penulis nak menyuramkan suasana kegembiraan yang sedang berlangsung berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi semalam.
Tapi berdasarkan analisa penulis dari laman-laman web pro UMNO sepanjang malam, penulis rasa perkara ini perlu disebut dan dibincangkan kerana tidak mahu semua kita terpedaya dengan agenda sebenar di sebalik pembebasan ini.
Kebanyakannya blog pro UMNO yang penulis lihat menjadikan sikap hakim dalam menyampaikan keputusan pagi semalam sebagai alasan kenapa mereka percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan membebaskan Anwar itu.
Dalam keadaan biasa hakim akan membaca penghakimannya terlebih dahulu sebelum membacakan keputusan, tapi pagi tadi hakim mengambil masa kurang 5 minit untuk membacakan keputusan dan memberi alasan ringkas, sebelum meninggalkan kamar mahkamah.
Perbicaraan ini berlangsung selama lebih 3 tahun tapi alasan ringkas hakim mencetus lebih banyak tanda tanya, seolah ada agenda lain di sebalik pembebasan tersebut.
Hasil dari analisa penulis, banyak pihak dalam UMNO merasakan bahawa pembebasan Anwar adalah sebahagian daripada strategi licik Perdana Menteri Najib untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.
Semua orang tahu yang Najib adalah seorang yang cukup berhati-hati dalam permainan politik. Najib sudah melihat bahawa dengan menghantar Anwar ke penjara hanya akan memberi kesan yang teruk kepada prestasi BN dalam pilihan raya akan datang.
Jangkaan ini adalah berdasarkan fakta bahawa undi Cina tidak akan lagi menyebelahi BN seperti mana Anwar pertama kali dipenjara pada 1999. Keadaan itu ditambah pula dengan undi simpati orang Melayu ke atas Anwar, akan menjurus kepada keadaan yang tidak diingini Najib.
Pada Najib setiap undi adalah penting, maka itu keputusan terbaik ialah dengan membebaskan Anwar.
Dengan membebaskan Anwar, Najib sebenarnya beroleh 2 keuntungan. Pertama, pada firasatnya imej Anwar akan semakin merosot kerana galak menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik konspirasi ke atasnya dan kedua UMNO sendiri sudah ‘membersihkan’ dirinya dari tuduhan mengawal kebebasan badan kehakiman.
Dengan pembebasan ini juga, Pakatan Rakyat sebenarnya sudah kehilangan antara isu penting yang boleh diketengahkan untuk menyerang pentadbiran Najib dan parti pimpinannya dalam keadaan sekarang dan dalam kempen pilihan raya umum akan datang.
Tanpa sedar, isu konspirasi politik dan badan kehakiman yang tidak bebas ini memberi banyak kelebihan kepada Pakatan Rakyat dan tekanan kepada BN.
Walaupun masih ada lagi isu berkaitan National Fedlot Corporation (NFC) yang boleh diketengahkan tapi penulis lihat isu itu mudah sahaja diredakan kalau Najib tidak mencalonkan Shahrizat dalam pilihan raya akan datang.
Penulis berpandangan, adalah sangat berbaloi untuk kepimpinan Pakatan Rakyat melihat semula agenda tersembunyi di sebalik pembebasan ini dari segenap sudut dan merencanakan strategi tindak balas yang sepatutnya.
Nota : Baca juga tulisan paklongonline.blogspot.com dan adukataruna.blogspot.com;