Sambil menafikan dakwaan Setiausaha Agung parti yang mendakwa beliau termasuk dalam agenda UMNO satu pertemuan dengan individu-individu terbabit di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lalu, Datuk Dr Hasan Ali sebaliknya mendakwa Datuk Mustafa Ali adalah individu dari PAS yang sering berjumpa dengan pemimpin-pemimpin UMNO.
“Malah terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini setakat saya maklum belum dapat diadakan” Dr Hassan dalam sidang media di kediamannya, Sabtu.
Enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan itu, Hasan berkata kepimpinan tertinggi PAS sepatutnya menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
“Saya hendak berhenti setakat itu seperti mana Datuk Mustafa a Ali berhenti dari menuduh saya bertemu dengan pemimpin Umno di Hotel Meridien dan ‘stop-short’ di situ.
“Kalau misalnya, nak tanya lebih lanjut, saya pulangkan kepada pimpinan (PAS) untuk buat siasatan lanjut. Kalau nak siasat pertemuan saya, siasatan sama juga harus dilakukan kepada pertemuan setiausaha agung dan pemimpin Umno,” katanya.
Dalam sidang media hari ini, bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Setiausaha Agung PAS bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno.
Katanya dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan fitnah dan palsu.
Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana dakwaan itu dibuat oleh setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka (Umno) sama ada pimpinan Umno peringkat bawahan, pertengahan atau atasan seperti yang dinyatakan.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka (Umno) sama ada pimpinan Umno peringkat bawahan, pertengahan atau atasan seperti yang dinyatakan.
“Sekali lagi Mustafa Ali terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim. Sebagai setiausaha agung sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang setiausaha agung yang berwibawa, katanya.
Harakah Tidak Adil
Dr Hassan juga menjawab isu kemunculannya di Utusan Malaysia dan TV3, katanya tidak timbul isu media musuh kerana akhbar rasmi milik parti Islam juga bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.
Beliau turut mendedahkan Harakah melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti dan meminggirkan golongan yang lain.
Hasan mengambil contoh wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu.
“Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun Din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Haron Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hasan Ali? katanya
HAHAHAHA.....SENDIRI BUAT KE BRO...JGN TUDUH ORANG LAIN......
Tweet