Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

DAP mencorakkan ideologi politik pakatan


Siri melayu rasis kali ini membicarakan bagaimana pengaruh DAP mencorakkan ideologi politik pakatan. Penafian para penyokong pakatan yang mereka bukanlah tunggangan dan alat kepada DAP sebenarnya ditutup oleh kurangnya pengetahuan mengenai sejarah.


Pisau melihat penyokong pakatan secara semborono,atas dasar marah dan emosi hinggakan mereka sendiri tidak nampak apa yang diperjuangkan oleh mereka.Pelbagai jenis bentuk kebencian ditanam didalam pemikiran orang melayu agar membenci kepada parti nasionalis Melayu.Kenapa?


Baru baru ini Pisau menulis artikel mengenai Umno adalah musuh utama DAP. Parti chauvanis ultrakiasu yang rasis ini terang terangan mengistiharkan parti nasionalis orang melayu sebagai musuh yang harus dihapuskan.Entri itu mahukan pendapat para pembaca kenapa DAP begitu memusuhi Umno.:klik sini
Pelbagai macam pendapat,tetapi tidak menjuruskan sebab dan kenapa DAP begitu memusuhi Umno dan sejarah perjuangan DAP yang konsisten memperjuangkan Malaysian Malaysia.

Kemudian perkembangan terkini apabila gerembolan PKR pula melancarkan ABU(Asal bukan Umno) ,menariknya golongan seperti CheguBard dan gerembolannya sama ada sedar atau tidak telah dijadikan sebagai tunggangan DAP untuk melaksanakan grand design menakluk negara.

Perancang strategik PAP berpendapat parti nasionalis Umno hanya mampu dihapuskan jika melayu sendiri yang menyerang institusi itu sendiri.Maka kempen membenci Umno dilaksanakan dan DAP sejak sekian lama telah memasukkan jarum dan makin menampakkan hasil semasa kempen PRU12.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-oRdGd7qgT2MH8wK3SiNv3gGVgTWaTwObIj5ccHE2TUr67eZkT31DuP9_E1rwVIE_4xFsRKi-Ki4m9Tj9Zmh_9xUT6_RB9m0Aq8ZSd6EdIdHferqojrvcenGkbpesDQ2n-ToksH0bEAs/s1600/ABU+N9.jpg

Orang melayu Islam PAS atau pun PKR sebenarnya tenggelam didalam ideologi politik pakatan tanpa mengambil kira apakah perjuangan DAP sebenarnya,sama ada sedar atau tidak perjuangan pakatan bukanlah perjuangan 3 parti tetapi lebih kepada perjuangan DAP.

Kalangan mereka yang menyokong membuta tuli kempen ABU tak lebih kepada menjadi alat DAP meluaskan pengaruh mereka.

Amat lemah dalam pengetahuan sejarah menjadi punca yang membarah kenapa orang melayu sanggup menyokong ideologi DAP .Hinggakan ada juak pakatan menyalahkan Umno kononnya menjadi punca kehilangan Singapura.

Hujah dangkal tanpa usul periksa ini membuktikan betapa pemalasnya melayu hingga terus menyalahkan parti yang memperjuangkan bangsa dan agama sendiri tanpa mengetahui sejarah disebalik perpisahan Malaysia dan Singapura.

Kenyataan Lim Kuan Yew yang mahukan Singapura bergabung kembali bersama Malaysia sejak 1997.

Dan pada 2004 Lim Kuan Yew didalam satu wawancara TV di Shanghai pernah berkata Singapura akan menyertai Malaysia semula tetapi dengan syarat Umno harus dihapuskan,setiap orang harus diberi kesaksamaan dan keadilan berdasarkan meritokrasi.
Dan sekali lagi 3 tahun kemudian ,2007 Lim Kuan Yew menyatakan hal yang sama

SINGAPORE, Oct 11 (Bernama) -- Some 10 years after remarking that Singapore might rejoin Malaysia if the island state's economy faltered and if Malaysia pursued meritocracy, Minister Mentor Lee Kuan Yew has again spoken on the subject.
Jika anda perhatikan,setiap kali kenyataan Lim Kuan Yew bercakap mengenai meritokrasi sama rata dan pengabungan adalah hampir kepada setiap pilihanraya umum dinegara kita.Adakah Lim Kuan Yew bercakap bagi pihak DAP?

Kenapa Kuan Yew begitu memusuhi Umno?Jika Kuan Yew memusuhi Umno maka PAP juga memusuhi Umno begitu juga DAP. Di sini anda sudah nampak kaitan yang amat kukuh mereka bermusuh dengan Umno atas sebab yang sama.Ini bukan satu kebetulan kerana sejak dari dulu lagi tertubuhnya DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia sebenarnya adalah perjuangan PAP.


Rahsia disebalik kempen ABU(Asal Bukan Umno) dan mengapa DAP begitu memusuhi dan dendam kepada Umno,kita harus kembali melihat sejarah :



Negara kita dibentuk pada 16 September 1963 ,dari segi aspek keselamatan ancaman domestik dan serantau maka tertubuhnya Persekutuan Malaysia melalui penyatuan Tanah Melayu wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak ,Brunei Darussalam serta Singapura.Namun Brunei atas perkiraan politik menarik diri kerana ingin menentukan hala tuju sendiri dengan tidak menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Sebaliknya penyertaan Singapura ke persekutuan Malaysia sebenarnya lebih kepada mahu memperluaskan pengaruh politik berbanding daripada aspek keselamatan yang ketika itu kita semua tahu ancaman komunis amat kuat.


Permusuhan dan dendam PAP terhadap Umno apabila Lim Kuan Yew gagal untuk memperluaskan pengaruh politik beliau di semenanjung Tanah Melayu selepas pengabungan Singapura bersama Malaysia.



Masalah bermula dalam masa beberapa minggu penggabungan apabila BN pada waktu itu dikenali sebagai parti Perikatan berganding bahu dengan parti-parti kecil di Singapura untuk membentuk satu kelompok baru dan menentang PAP dalam pilihan raya Singapura pada bulan September 1963.


Dalam memperluaskan hagemoni dan ideologi politik PAP,Lim Kuan Yew begitu agresif sebaik saja Singapura menyertai Malaysia,beliau terus memulakan kempen memperluaskan pengaruh politik . Kuan Yew melihat pengabungan ini adalah peluang buat beliau dan etnik cina untuk menguasai pucuk pimpinan negara memandangkan jumlah majoriti kaum cina secara langsung telah mengatasi dan menjadi lebih majoriti daripada kaum melayu.


Tunku khuatir bahawa PAP akan menggalakkan para pengundi Cina di tanah besar untuk menyokong mereka dan membolehkan PAP untuk mengambil tempat MCA sebagai parti Cina dalam Perikatan.Berdasarkan fakta jika Tunku membenarkan para pengundi dari Singapura boleh mengundi di seluruh semenangjung sudah semestinya pada waktu itu PAP akan menguasai seluruh semenanjung tanah melayu dalam sekelip mata.Apakah ini yang dimahukan oleh juak pakatan hingga menyalahkan Umno kononnya kehilangan Singapura?


Berdasarkan senario ini bukankah pada waktu sekarang ini kita dapat melihat bagaimana peranan MCA dan Gerakan sudah diambil alih DAP?Kita dapat melihat melalui kempen propaganda DAP yang menyemai kebencian kaum kononnya parti MCA dikatakan sebagai tunduk kepada Umno.

DAP berperanan menghasut kaum cina kononnya MCA tidak ada langsung berjasa kepada kaum cina dinegara ini.Kesemua jasa dan sejarah MCA cuba dipadam oleh DAP.



On 16 September 1963, Singapore became part of Malaysia. However, the union was short-lived. The Malaysian Central Government, ruled by the United Malays National Organisation (UMNO), became worried by the inclusion of Singapore's Chinese majority and the political challenge of the PAP in Malaysia. Lee openly opposed the bumiputrapolicy and used the Malaysian Solidarity Convention's famous cry of "Malaysian Malaysia!", a nation serving the Malaysian nationality, as opposed to the Malay race.


Sekurang-kurangnya tiga kejadian yang merosakkan hubungan Singapura-Malaysia, antara tahun 1964 dan 1965.

Terdapat rusuhan-rusuhan kesan dari konflik-konflik bersifat perkauman di antara orang melayu dan pelampau perkauman di kalangan chauvanis cina PAP di Singapura.Ia menyumbang kepada hubungan yang tidak baik di antara kerajaan Cina di Singapura dan kerajaan pusat yang diketuai oleh orang Melayu di Kuala Lumpur.


Usaha oleh Lee untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam pilihan raya 1964 di Tanah besar telah diterjemahkan oleh ahli politik Melayu sebagai satu usaha oleh Lee untuk merebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.


Pada bulan Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Sarawak untuk menyertai PAP dalam konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang mendokong konsep‘Malaysian Malaysia’.


Sekali lagi, ini telah dianggap oleh Perikatan(BN), khususnya UMNO, sebagai satu manifestasi cita-cita Lee untuk menjadi Perdana Menteri- pada ketika ini bukan sahaja dengan menarik sokongan masyarakat Cina tetapi kesemua golongan masyarakat.


Perbezaan-perbezaan politik di antara Perikatan yang diketuai oleh UMNO dan PAP, memuncak sepanjang tahun 1964. Selepas PAP memenangi pilihan raya Singapura 1963, PAP mendesak Tunku untuk mencalonkan satu daripada dua Senator Persekutuan dari Singapura, yang Tunku bersetuju untuk melakukannya.


Pada ketika itu strategi PAP nampak seperti cuba untuk memecah belahkan antara UMNO dan MCA dengan menunjukkan yang MCA tidak berharga sebagai satu rakan kongsi dalam Perikatan dan dengan cuba menggantikan MCA dalam Perikatan. Ini adalah harapan yang dikejar oleh PAP semasa pilihanraya 1964 apabila ia bertanding di kawasan yang ditandingi oleh MCA dan bukan terhadap UMNO.


Namun usaha memecahkan MCA dari UMNO gagal. Hasil dari langkah radikal PAP terhadap Perikatan, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu merancang untuk menangkap Lee. Keadaan keselamatan dalam negeri semasa agak tegang, memandangkan terdapat kemungkinan rusuhan-rusuhan yang sukar ditangani berbanding peristiwa-peristiwa yang serupa sebelumnya. Jika Lee tidak ditahan, ia bukan berkemungkinan bahawa beliau akan mengecam perjanjian Malaysia.


Matlamatnya adalah untuk memprovokasi Perikatan hingga sampai satu keadaan yang mana mereka dianggap dengan jelas salah, sebagai contoh dengan cara menahan Lee.


Selain daripada pengaruh komunis, Tunku melihat ideologi PAP ‘Malaysian Malaysia’ sebagai berpotensi mendatangkan ancaman terhadap Malaysia. Dengan cara ini PAP telah cuba untuk menguasai beberapa kumpulan berhaluan kiri, terutamanya masyarakat Cina. Lee menyatakan idea ‘Malaysian Malaysia’ yang bertentangan dengan perlembagaan negara seperti berikut:
Malaysia seharusnya menjadi sebuah masyarakat demokratik yang mana perbezaan pendapat yang sah... sepatutnya dibenarkan dan mana-mana individu dan parti politik mempunyai kebebasan penuh untuk memujuk warganegaranya secara berperlembagaan dalam menerangkan sudut pandangan masing-masing.

Malaysia sebagai masyarakat berbilang kaum dan pelbagai kebudayaan mesti menunjukkan penghormatan dan toleransi terhadap kepelbagaian yang sah. Malaysia adalah kepunyaan rakyat Malaysia secara menyeluruh dan bukan untuk mana-mana masyarakat atau kaum tertentu.



Sebagai sebahagian daripada agenda ‘Malaysian Malaysia’, Lee memulakan satu pertemuan di Singapura pada 12 Februari 1965. Pemimpin-pemimpin pembangkang Cina dari tanah besar dan Sarawak menghadirinya serta turut serta adalah dua orang wakil tidak bernama dari parti utama di Sabah. Wakil dari tanah besar ialah Lim Cheong Eu, bekas presiden MCA yang telah menjadi Setiausaha Agong United Democratic Party (UDP).


Wakil daripada Sarawak ialah Ong Kee Hui, pengerusi SUPP. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan strategi untuk menghadapi tekanan dari pemimpin Melayu dalam kerajaan Perikatan. Ia mencadangkan untuk mewujudkan Malaysian Solidarity National Convention.



Read more: http://www.pisau.net/2011/12/melayu-rasis-20-dap-anti-umno-di.html#ixzz1hMNQ9EC4
 

Read more: http://www.pisau.net/2011/12/melayu-rasis-20-dap-anti-umno-di.html#ixzz1hMNCcjWQ






Saya ada bukti kaitkan Hasan Ali dengan UMNO



Sambil merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa di sebuah hotel bersama sekurang-kurangnya tiga individu lain pada Ramadan lalu, Mustafa menegaskan, Hasan tidak boleh beranggapan pergerakan beliau tidak diketahui oleh pemimpin Pas lain.
Malah katanya, selain pertemuan itu, beliau juga mempunyai 'peristiwa' lain yang boleh mengaitkan Hasan dengan agenda UMNO.
"Saya mahu tanya apa yang dibincangkan pada pertemuan itu.
"Adakah ia berkaitan dengan politik atau ekonomi?
"Tapi saya tidak memaksa beliau untuk menjawab atau menafikannya.
"Terpulanglah kepada beliau," katanya pada sidang media di Bangunan Pas di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada desakan Hasan supaya beliau mengemukakan bukti bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu terperangkap dalam agenda UMNO yang mahu melemahkan parti tersebut.
Mustafa membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat Hasan berhubung kontroversi yang melanda Pas ketika ini.
Ketika ditanya siapakah tiga individu lain yang turut serta dalam pertemuan itu, Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkannya.
Malah, beliau juga menolak untuk mengulas lanjut ketika ditanya sama ada tiga individu itu adalah ahli perniagaan, ahli politik atau orang UMNO.
''Saya tidak akan mendedahkan lebih daripada itu, tetapi cukuplah untuk Hasan tahu bahawa kita (Pas) tahu pergerakan beliau," katanya.
Mustafa menambah, Hasan juga perlu mengetahui bahawa perjuangannya ketika ini tidak mendapat sokongan daripada mana-mana sayap parti.
Malah kata beliau, ahli di peringkat akar umbi juga tidak menyokong Hasan seperti mana yang didakwa beliau sebelum ini.
"Pada mesyuarat semalam, Dewan Ulama Pas dan Dewan Pemuda Pas Pusat telah menyatakan bahawa mereka tidak pernah berada di belakang Hasan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mustafa berkata, Hasan dan Nasharuddin serta Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib akan dipanggil dalam satu mesyuarat khas bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, beliau menolak ketiga-tiga mereka dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin Pas, sebaliknya menjelaskan ia hanyalah pertemuan biasa bagi mendapatkan penjelasan.
"Pertemuan itu juga akan diadakan secara berasingan," katanya.
Bercakap mengenai masa depan politik Hasan ekoran kontroversi itu, Mustafa berkata, beliau tidak berkeyakinan Hasan akan menyertai UMNO dan tidak pula beranggapan UMNO akan menerima Hasan.
Ini kerana kata beliau, dalam kedudukan Hasan ketika ini yang dilihat sedang 'diperangkap' UMNO, maka adalah menjadi kelebihan kepada UMNO untuk Hasan kekal di dalam Pas.
''Jika Hasan bercakap dari dalam Pas, orang (ahli-ahli Pas) akan percaya, tetapi jika Hasan menyertai UMNO dan menghentam Pas, ahli-ahli Pas tidak akan mempercayainya," kata beliau.
Mustafa menambah, dalam keadaan seperti ketika ini, adalah lebih baik untuk Hasan tidak lagi membuat sebarang kenyataan.
Malah, beliau turut menasihatkan Hasan supaya mencontohi sikap Nasharuddin yang memilih untuk menjauh daripada perangkap UMNO.
"Jika Hasan berhenti membuat kenyataan, maka pemimpin Pas lain juga tidak perlu menjawab, jadi kontroversi ini pun boleh berakhir,'' katanya.
Ditanya mengenai kedudukan Hasan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mustafa berkata, tiada siapa pun ahli Pas ketika ini yang dapat memastikan akan terpilih menjadi calon atau sebaliknya.







PENTING...!! Projek FACK Anwar.., PM Datuk Seri Najib Kena Berhati Hati.....


Kisah Benar Free Anwar Campaign Ke 2 [FACK]menjelang 9 Januari 2012, hari penentu keputusan Mahkamah dalam perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari Azlan...

Tak perlu banyak pihak rasa terperanjat dengan kegilaan baru mahasiswa kononnya bersuara di atas landasan akademik. Mahasiswa sekarang bukan macam tahun 1974.


Turun ke jalanan secara percuma dan benar-benar di atas jalan idealisme...? Tidak...!! Semuanya ada harga... Semuanya ada pakej yang ditentukan lebih awal...!

Memang target dan sasaran FACK adalah golongan muda. Ini memang sudah diperhalusi dengan baik oleh inner circle Bukit Segambut.

Sentimen Mahasiswa mesti dipanaskan dengan pelbagai isu dan tanggapan. Mahasiswa mesti dibawa ke jalanan, menggunakan apa sahaja asas yang ada. Memang menurut strategi inner circle, di peringkat awal – ianya mestilah berasaskan isu neutral dan tidak kontroversi. Kebebasan akademik adalah satu contoh yang sangat nyata...

Kali ini, FACK akan didorong oleh peruntukan kewangan yang lebih mantap...!

Semuanya dilakukan secara tersusun dan sepadu. Tak perlu nak jadi macam dulu-dulu. Minta dana sini sana. Minta sedekah dengan taikun Cina dan sebagainya...

Setelah terpecah strategi mengumpul 10k orang sewaktu kes Anwar minggu lalu – sekarang ini inner circle lebih hati-hati. Tidak ada ‘cash handouts’ yang diberi kepada mahasiswa secara terbuka.

Semuanya disusun dengan hati-hati... Nombor akaun ‘Penggerak FACK’ di peringkat universiti sudahpun diperoleh. Pendekatan ini sangat sistematik...!

Malahan, ada juga cadangan agar semua Mahasiswa Mahasiswi yang terlibat sebagai penggerak utama diberikan akaun Blackberry/iPhone oleh sekretariat FACK...

Ini bagi memudahkan kerahan tenaga dilakukan secara BBM/Whatsapp applications. Banyak group blackberry yang sudah dibentuk di kalangan anak muda dan Mahasiswa.

Ada yang masuk dalam Ops FACK1, Ops FACK2, KVG (Klang Valley Groups), SMM901, INSKA-UMNO Reform, ABIM-Alliance dan sebagainya.


Masing-masing disaran untuk maintain sekurang-kurannya 50 ahli group di dalam BBM masing-masing. Amat tersusun....

Antara yang dipersetujui oleh inner circle malam kelmarin:-

ABU dijadikan landasan di kalangan bekas penggerak reformasi. Semuanya disusun dengan kaedah yang sama. Kaedah untuk communication: SMS, BBM Group (mengikut penggerak Negeri).

SMM menjadi sekretariat di kalangan generasi muda. Subliminal message mengenai Free Anwar Campaign (menggunakan Kebebasan Akademik sebagai alat gerakan). Kaedah untuk communication: SMS, BBM, Twitter.

INSKA-UMNO Reform sebagai trojan horse. Dibantu oleh sumbangan dana berkala seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang kecewa kerana politik wang.

Jumlah elaun kesusahan akan ditentukan kemudian. Satu program: RM150 adalah jumlah yang dipersetujui di peringkat awal.

Websites dan international media: masih dalam perancangan. Belum ada keputusan siapa yang akan lead. Nama Raja Petra Kamaruddin [RPK] disebut beberapa kali.

Butiran mengenai gerakan menghadapi 9 Januari (akan dimaklumkan kemudian). Sedang disusun oleh Setiausaha Agung dan Biro Politik.
Adam Adli ini adalah satu contoh kecil sahaja.

Blog Gelagat Anwar...






Khir Toyo Didapati Bersalah

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta di Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Mohamad Khir melalui peguamnya diberi peluang untuk mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman.

Ini menunjukkan sistem keadilan di Malaysia telus dan adil dan tidak ada pun orang UMNO membuat Demo. Ini juga menunjukkan UMNO menghormati keputusan mahkamah dalam membuat keputusan.

Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isteri, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr. Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.








Melayu Ramai Homoseksual ?


Semakin ramai golongan muda lelaki Melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara itu ditegah agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV.
Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan berkata, penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu kepada negeri-negeri di pantai Barat sahaja tetapi berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan.
Beliau menambah, jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay.
Perkara itu ujarnya, sangat membimbangkan lebih-lebih lagi trend jangkitan HIV dan AIDS dalam negara telah berubah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan kepada transmisi aktiviti seks tidak selamat.
“Pada tahun 2010, jangkitan melalui hubungan seks secara heteroseksual, homoseksual dan biseksual mencatatkan jumlah 48.7 peratus melebihi jangkitan melalui penggunaan dadah suntikan iaitu 47.7 peratus.
“Nisbah jangkitan baru HIV di kalangan wanita juga telah naik tiga kali ganda apabila ia meningkat daripada 1.2 peratus pada 1990 menjadi 9.4 peratus pada 2000 dan 18.3 peratus pada 2010.
“Namun kita dapati, selain bilangan semakin meningkat di kalangan wanita yang menjadi isteri dan pasangan kepada penghidap HIV, golongan lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki juga semakin ramai terdedah kepada epidemik ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV dan AIDS peringkat negeri di sini hari ini.
Mohd. Zaman berkata, pada tahun lalu sahaja, sebanyak 3,652 kes baru jangkitan HIV telah dicatat menjadikan jumlah keseluruhan 91,362 penghidap, sejak virus ini mula dilaporkan di negara ini pada 1986.
Jelasnya, daripada jumlah itu, seramai 16,532 orang telah ‘naik’ ke peringkat fasa AIDS di mana 14,298 orang daripada mereka meninggal dunia akibat kurang daya tahan kepada pelbagai jenis penyakit termasuk demam selesema.
Beliau berkata, pergaulan dan pengaruh rakan serta sokongan padu dari kelab mereka menjadi punca utama budaya songsang ini merebak dan menyebabkan golongan ini semakin berani mengamalkan cara hidup sedemikian.
Beliau tidak menolak penularan gaya hidup songsang itu dipercayai kesan daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang giat memperjuangkan amalan berkenaan atas nama hak asasi dan kebebasan.
“Kita lihat kes pemuda Melayu yang berkahwin dengan pasangan gay di Dublin, Ireland baru-baru ini dengan lengkap bertanjak dan berbaju Melayu. Apa maknanya ini? Bagi saya ini sengaja hendak memalukan bangsa Melayu sahaja,” katanya – Utusan