Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Wira Perkasa Malaysia Tidak Berganjak

Wira Perkasa Malaysia mengulangi pendirian berterusan dan tetap dengan tujuan

d
an matlamat penubuhan PERKASA dalam Perlembagaan Perkasa Fasal 4 (1) untuk

Memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan. Wira Perkasa Malaysia menucapkan

setinggi-tinggi tahniah, Wira Perkasa menyambut baik dan menghargai tindakan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi penyiaran maklum balas kementerian tersebut

melalui Ketua Setiausaha, Tan Sri Mahmood Adam bahawa KDN memanggil Pengarang

Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan The Star untuk tampil memberikan

penjelasan.

Ekoran itu, KDN menegaskan supaya media di Malaysia mengambil tindakan pencegahan,

pembetulan dan berinformasi bagi mengelakkan sebarang paparan kandungan yang boleh

menyentuh sensitivity masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Wajib ke atas umat Islam di negara ini untuk mengutuk tindakan akhbar The Star yang

menyiarkan gambar penyanyi terbabit dengan tatu Kalimah Allah di kiri dan kanan bahunya

sekaligus menghina agama Islam dan umatnya yang ditentang keras oleh PERKASA.

Saya, selaku Ketua Wira Perkasa Malaysia mewakili seluruh ahli Perkasa dan umat

Islam amnya menyambut baik dan menghargai keputusan dan berharap agar KDN dapat

melaksanakan satu tindakan yang tegas kepada akhbar tersebut agar perkara ini tidak lagi

berulang.





Irwan Fahmi Bin Ideris


Ketua Wira Perkasa Malaysia