ANWAR BERJAYA KALAHKAN PAS!!!
Anwar, Perdana Menteri Malaysia selepas Tun M telah berjaya menumpaskan PAS..PAS dulu bersungguh2 (dari segi gaya berceramah le) nak tegakkan negara Islam dan daulatkan Hudud..Anwar telah berjaya meyakinkan bahwa Negara Islam tidak ada dalam AQ . PAS yg dipimpin oleh ulamak2 tersohor PAS selama ni tak perasan atau jahil bahwa ianya tidak ada dalam AQ, Anwar telah berjasa besar pada ulamak2 PAS dan ahli2nya..gamaknya ahli2 dan ulamak2 PAS dulu yg telah meninggalkan dunia tak sempat nak dapat "hidayah" ini. Kasihan....
Anwar sebagai Anugerah Tuhan atau dikabor sebagai Imam Mahadi telah berjaya sedarkan PAS dari ulamak2nya sehingga le sekelian ahli2nya..PAS telah di"islam"kan kembali. PAS, dari para ulamak2nya sehingga keakar umbi tentu telah sujud syukur..
Anwar telah sedarkan PAS..bahwa manusia ni adalah bebas..leh buat apa saja, walaupun hubungan seks sesama jenis..Atas kesedaran ni Hj Hadi bersama2 berdemo dan menghadapi berbagai2 kesusahan demi perjuangan Ambiga..pejuang kemurtadan dan seks sesama jenis..kononnya pasal pilihanraya.
Hj Hadi dan Nik Aziz sanggup brmujahadah demi Anwar, Anwar tak salah!! Liwat suka sama suka..UMNO zalim, undang2 yg dikenakan pada Anwar adalah zalim..ianya fitnah!! Liwat bukan paksaan tapi suka sama suka..Suka sama suka, tak salah!! Nik Aziz dan Hj Hadi bersama2 pejuang seks sesama sendiri brkumpul utk beri tekanan pada hakim dalam buat keputusan!! Beri tekanan pada hakim adalah tidak salah disegi undang2 jika ianya untuk Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim..tak caya tanya polis!!
Polis bijak!! Hakim bijak!! Bijak kerana berikan "kebebasan" dan "imuniti" pada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim. Polis dan intitusi kehakiman berbangga kerana telah dipuji sebagai institusi yg berwibawa!! Dipuji oleh Anwar dan PAKATAN.....
Pihak polis dan institusi lebih rela jadi "anjing2 peliwat" dari jadi "anjing UMNO"..Sumpahan sebagai "anjing UMNO" satu sumpahan yg sungguh hina!!,,,Rasa bangga dan megah dan senyum cam nak rak, kerana Peliwat dan penyokong2 peliwat telah memuji mereka. Seolah2 mereka tak mahu digambarkan sebagai orang2 Najib, orang2 UMNO,,tapi suka dan bangga sebagai orang2 Anwar, orang2 PAKATAN.
SPRM, Polis, Hakim..tidak teragak2 untuk dakwa sesapa yg dikaitkan ngan UMNO, kerana pempin2 UMNO tak perkara pun kalau anak buah mereka kena dakwa..malah suruh segerakan lagi.
Bayangkan jika Khir Toyo, Shahrizat adalah pempin2 PAKATAN..pehh pasti dah ada 2, 3 demo!! pasti kes dah didiamkan..
Hakim tak kata "tak liwat"..cuma meragui pasal DNA ( tu bahasa baik tu) maleh nak kabor orang2 UMNO jahat..nanti terang2 ler jadi orang Anwar!!
Kini terang2 Anwar citer pasal seks bebas...
Apa citer Hj Hadi? Apa citer Haron Din? Apa citer Nasarudin? Apa citer Nik Aziz? Apa citer dewan ulamak PAS? Masih lagi nak tunduk kepala pada orang yg nak mertabatkan amalan yg dilaknat oleh Allah swt??????
Sampai begini sekali feqah politik Islam PAS?
Sampai sanggup bersekongkol ngan orang yg kabor larangan Allah swt pada seks sesama jenis sebagai LAPOK!!!!
Apa dah jadi??
Haiii...KARUT sebenar2 KARUT dah ni...................................
APASAL PAS TAK BERANI KOMEN APA-APA TENTANG PENGHALALAN HOMOSEKSUAL?
Sudah beberapa hari berlalu, namun tidak ada seorang pemimpin PAS pun yang berani memberi komen tentang penghalalan homoseksual yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, PKR cuba memutarbelitkan keadaan dengan menafikan Anwar menghalalkan homoseksual sekalipun Wawancaranya dengan BBC World News sangat jelas tentang kecenderungannya itu.
PAS cuba menutup mulut seolah-olah homoseksual bukanlah masalah besar kepada umat dan negara ini. Malah sewaktu PKR dan DAP menyokong LGBT pun, PAS tetap menutup mulut. Yang PAS sibukkan adalah bercakap besar tentang perjuangan Islam mereka. Kononnya perjuangan menentang dan mengalahkan UMNO adalah perjuangan besar.
Sedangkan LGBT dan homoseksual yang dilihat sangat sinonim dengan Anwar Ibrahim, tidak berani langsung disentuh oleh mana-mana pemimpin PAS terutama sekali yang berada dalam kelompok Anwarinas yang sekarang ini kelihatan menguasai PAS secara keseluruhannya.
Biasanya apabila UMNO menganjurkan sesuatu majlis, PAS adalah pihak yang paling banyak mulut. Kalau ada pemimpin UMNO yang terlibat dengan penganjuran konsert muzik, bukan main lagi mereka bising mengatakan UMNO menggalakkan kemaksiatan. Takkanlah dalam hal homoseksual dan LGBT, mereka langsung tak berani buka mulut padahal natijah daripada penghalalan aktiviti seks rambang itu jauh mendatangkan kemurkaan Allah Taala sebagaimana yang berlaku kepada penduduk Soddom dan Gomorrah serta Pompeii beribu-ribu tahun lampau.
Apakah sebenarnya PAS dalam hal seks bebas ini menyatakan persetujuan mereka sebagaimana mereka bersetuju bahawa Allah Taala Kristian 'sama' dengan Allah Taala Yang Maha Esa?
Mufti Tegur Kenyataan Anwar Di BBC
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.
Katanya menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.
“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama”, katanya.
12 Jan lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan BBC News berkata sebarang bentuk peraturan yang menyekat kebebasan adalah undang-undang lapuk.
Wartawan BBC bertanyakan Anwar, “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?
Anwar menjawab, “kami masyarakat Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum. Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan”
Huraian lebih terperinci sila klik di sini
Tun Dr Mahathir : Hak Merayu Hanya Untuk Anwar ?
1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia, Anwar menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.
2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.
3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.
4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan.
5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appealkepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).
6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.
7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.
8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.
9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?
10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?
11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?
12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?
Wawancara BBC : Senjata Makan Tuan, Anwar Pula Mengelabah…
Mungkin niat awal Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menjadi ikon demokrasi khususnya kepada golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) sedunia, namun apabila rakaman wawancara BBC itu tersebar kepada rakyat Malaysia, lain pula impaknya.
Setelah menerima kritikan daripada tokoh agama, seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, barangkali Anwar mula menyedari senjatanya sudah makan tuan.
“Janganlah mengharap sokongan Masyarakat Gay dan Tomboy yang minoriti..Tumpukan pada Kemajmukan Rakyat terbesar..Insyallah”, kata @Andromeda_M31 dalam twitternya kepada anwaribrahim dan @Ambiga_s.
Anwar menjawab, “Jangan diperdaya umno! Baca”.
Walaupun Anwar cuba mengalih isu itu kepada UMNO, namun ia belum lagi dapat memuaskan hati pengikut twitternya.
“Dato Seri dikatakan menyokong homoseksual seperti diwar-warkan dalam tv3″, kata @lacoste_sdk kira-kira 16 jam lalu.
Seperti jawapan sebelumnya, Anwar berusaha lagi mengalih isu dengan berkata, “Jangan layan fitnah umno”.
Jika dibaca dari segi maksud jawapan Anwar itu, bermakna beliau tidak akan melayan isu berkaitan dengan wawancaranya dengan BBC, 12 Jan lalu, dengan harapan isu ini akan reda sendiri selepas ini.
Namun, bacaan itu salah kerana satu jam lalu Anwar sekali lagi menghantar twitter berbunyi, “Blog: Jangan Terpengaruh Dakyah dan Fitnah Jahat Media UMNO:– Kenyataan Media Untuk Edaran Segera — 17hb Jan”
Kenyataan media ‘untuk edaran segera‘ itu dibuat oleh YB Hj Ahmad Kasim, Ahli Parlimen Kuala Kedah yang merangkap Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Parti Keadilan Rakyat.
Intipati utama kenyataan media itu adalah menjawab wawancara Anwar di BBC yang disifatkan ‘fitnah jahat media UMNO’.
Kenyataan media itu pula disiarkan di laman rasmi Anwar Ibrahim, anwaribrahimblog.com yang memberi isyarat Ketua Umum PKR itu merestui kenyataan media tersebut.
Kenapa Anwar tidak menjawab sendiri tentang ucapannya di BBC, kenapa perlu berselindung di sebalik batang tubuh Ahmad Kasim, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR ?
Lebih melucukan Ahmad seperti dilaporkan portal pro Anwar, Malaysiakini berkata ‘Anwar sokong hukum Islam, bukan homoseksualiti‘ yang tidak disebut pun oleh Ketua Umum PKR dalam wawancara BBC itu.
Sekarang bandingkan kenyataan media Ahmad Kassim dengan kenyataan dari mulut Anwar sendiri seperti dalam rakaman video BBC di bawah.
Undang-undang Lapuk
Rujuk minit 1:53 -3:01 video di sebelah.
Soalan Wartawan BBC : “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”
Jawapan Anwar : “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami, orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.
“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.
Soalan wartawan BBC jelas bertanyakan Anwar tentang persoalan gay dan sekatan undang-undang. Soalan ini ditanya rentetan kes liwat Anwar di mahkamah yang diputuskan hakim dengan ‘dibebaskan’ dan ‘dilepaskan’ daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Justeru itu wartawan bertanyakan Anwar, apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay ?
Kempen Mansuhkan Undang-undang Lapuk
Anwar menjawab juga cukup jelas. Beliau berkata akan mengkaji sesetengah undang-undang yang dianggap lapuk dan kuno.
Undang-undang kuno dan lapuk itu adalah Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang dikatakan menyekat kebebasan untuk melakukan aktiviti liwat walaupun secara suka sama suka.
Sudah diketahui umum agenda memansuhkan undang-undang lapuk dan kuno telah dikempen secara besar-besar oleh badan-badan pro-Gay yang menyokong Anwar.
Kaji kenyataan Human Rights Watch, Seksualiti Merdeka, SUARAM, LGBT Malaysia ProGay, fidh.org, IBAHRIdan Amnesty International dalam memahami makna undang-undang lapuk dan kaitan dengan Anwar dan gay di Malaysia.
Kaji juga kenyataan Anwar kepada AP bertajuk “Anwar Slams Malaysian Sodomy Law” yang turut disiarkan dalam dragoncastle.net, laman rasmi Gay Thailand dan Gay Asia.
Perkahwinan Sejenis
Pegangan Anwar tentang perkahwinan lelaki dan wanita sudah diketahui umum. Bukan perkara baru malah jawapan sama diberikan ditanya dalam interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live, 19 Mei 2011.
Begitu juga dengan jawapan Anwar kepada Agence France-Presse, 11 November 2004, sebaik sahaja dilepas dan dibebas dalam tuduhan liwat I oleh Mahkamah Persekutuan.
Kepada BBC, 12 Jan 2012, Anwar menjawab, “Orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum..Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula.
Kepada Yahoo! Newsroom (Malaysia), 19 Mei 2011, Anwar menjawab, “Kami mengakui pentingnya institusi keluarga dan perkahwinan (yang sedia ada). Namun, kami tidak sepatutnya bertindak melampau atau mendiskriminasi orang lain (LGBT). Jawapan adalah melalui (proses) pendidikan dan PAS menerima pandangan ini”.
Kepada AFP, 11 November 2004, Anwar menjawab, “Perkahwinan gay terlalu jauh sedikit,” kata Anwar. “Saya seorang yang liberal dalam banyak perkara tetapi saya memikirkan perkahwinan gay agak jauh sedikit”.
Kesimpulannya, walaupun Anwar menyokong perkahwinan normal, lelaki dan wanita, namun beliau sendiri menambah dengan mengecam undang-undang yang menyekat aktiviti bukan normal, iaitu aktiviti seks di luar tabie.
Bermakna dari jawapan itu, boleh juga dibaca bahawa Anwar menyokong perkahwinan normal, namun dalam masa sama turut menggalakkan aktiviti bukan normal.
Terbuka & Privasi
Pegangan Anwar tentang orientasi seks di tempat terbuka (domain awam) dan tempat peribadi juga telah banyak kali diucapkan.
Kepada BBC, 12 Jan 2012, Anwar menjawab, “Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan.
Kepada Foreign Correspondence Club of Thailand, Februari 2007, Anwar menjawab, “Bukan urusan kita untuk menyiasat kehidupan individu rakyat. Sepatutnya anda tidak boleh menyerang hak asasi individu, pukul mereka dan memaksanya untuk mengaku bahawa dia adalah seorang homoseksual”.
Kepada AFP, 11 November 2004, Anwar menjawab, “Dalam pandangan umum, kalangan umat Islam dan bukan Islam yang saya tahu homoseksual tidak diterima pakai. Sudah mencukupi. Tetapi di sini soalannya adalah bagaimanakah anda menggunakan undang-undang dan mengganggu rahsia rakyat dan pilihan individu mereka sendiri?”.
“Ini merupakan batas-batasnya. Saya rasa jika rahsia individu didedahkan mungkin tidak menyenangkan, tetapi saya memikirkan undang-undang hendaklah dipinda.
“Isu itu adalah pencerobohan ruang rahsia peribadi (hak asasi individu), dan oleh itu, kita perlu mempunyai pelindung bagi memastikan undang-undang tidak melibatkan kumpulan-kumpulan pelampau yang berusaha memesongkan pendapat-pendapat mereka atau nilai-nilai luar skop undang-undang.
“Jadi saya menyarankan agar dibuat hukum umum terhadap homoseksualiti. Saya memikirkan kaitan dengan ajaran-ajaran Islam dan juga amalan budaya rakyat Malaysia. Saya kira, kita perlu ingat pencerobohan rahsia (individu) itu adalah sesuatu perkara yang perlu dinilai semula.”
Kesimpulannya, dalam wawancara BBC, 12 Jan, Anwar hanya membantah aktiviti homoseksual diadakan ruang awam, tetapi menambah lagi dengan berkata, “Tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan”.
Apa maksud itu ?
Adakah ini bermaksud mengenakan tindakan undang-undang ke atas pelaku seks luar tabie di ruang peribadi atas dasar suka sama suka adalah tindakan menganiaya dan tidak boleh dipertahankan ?
Pandangan Peribadi Anwar
Berdasarkan huraian di atas, maka kata-kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam sidang media semalam perlu direnungi semula.
“Pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya yang di Mumbai daripada BBC itu..
“Pandangan itu..kalau tak salah saya..kalau kita tengok balik..itulah pandangan peribadi..pandangan asasi yang dipegang oleh saudara Anwar Ibrahim.
“Atas (dasar) itu sahaja pun, (jelas memberi jawapan) kenapa saya tidak sepatutnya bersama dengan Anwar. Pendirian saya sangat sah dan kukuh,” katanya
Langgan:
Catatan (Atom)