Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Harap Calon Melayu Di BTR-Faruq Ghozi

Mengikut apa yang dimaklumkan oleh Wira Perkasa BTR,nama calon yang disebut-sebut bagi wakil umno di kawasan parlimen Bandar Tun Razak(KL) adalah Dato Rizalman Bin Dato Mokhtar dan
Tn Hj Sukiman B. Suharman.namun ia adalah terletak di pucuk pimpinan BN sendiri yang akan menentukan sama ada MCA atau UMNO yang akan diletakkan pada PRU13 nanti.sekiranya calon umno diletakkan berkemungkinan ada sedikit kelebihan bagi BN untuk mendapatkan undi bagi masyarakat melayu di bandar tun razak ini yang sering didominasi kerusi oleh parti MCA.

Menurut Ketua Penerangan Wira Perkasa BTR saudara Faruq Ghozi,info yang dikumpulkan melalui survey yang dilakukan oleh Wira Perkasa BTR pada sahabat-sahabat dalam parti  politik BN di kawasan parlimen bandar tun razak dan menurut beliau lagi selepas ini Wira Perkasa BTR akan melakukan  survey pada kalangan rakyat bagi mendapatkan info-info yang akan membantu Wira Perkasa BTR dalam memberikan penerangan khususnya pada ahli Wira Perkasa BTR sendiri berkenaan dengan calon nanti.

Wira Perkasa BTR juga merancang untuk mengadakan pertemuan dengan kedua-dua calon umno ini yang sedang meniti namanya di setiap ruang cakap ahli-ahli umno sendiri.dan pihak Wira Perkasa BTR ingin mendengar tentang Misi Dan Visi yang akan dilaksanakan oleh kedua-duanya seandainya mereka benar-benar menjadi calon nanti dan tambah Ketua Penerangan Wira Perkasa BTR itu juga berpendapat sekiranya calon di BTR ini diwakili oleh calon UMNO.ia juga akan memberikan keyakinan semula pada pengundi-pengundi muda khususnya dalam kategori 'ATAS PAGAR' bagi membuat keputusan dalam pengundian nanti.
Wira Perkasa BTR juga akan mengadakan pertemuan dengan calon-calon dari Pakatan Rakyat.
juga bagi mendapatkan tentang Misi Dan Visi mereka sekiranya mereka masih KEKAL di bandar tun razak ini.