Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Lim Ulangi Akan Bersara Dari Politik Jika Isu Tanah Bayan Mutiara Dibuktikan



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengulangi tekad beliau untuk bersara dari politik jika terdapat bukti penjualan tanah Bayan Mutiara di negeri itu dilakukan secara rundingan dan bukan tender terbuka.
Beliau berkata syarikat pemaju hartanah Ivory Properties Group Berhad hari ini menegaskan ia memenangi bidaan bagi tanah seluas 41.5 hektar di Bayan Mutiara dekat sini menerusi persaingan sengit dalam tender terbuka oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
"Dia (Zainal) sudah ada bukti, bukti ialah kenyataan Bursa Malaysia. Dia sudah tunjuk bukti tapi telah dinafikan oleh Ivory, dia bukti ialah satu kenyataan yang telah dibuat oleh Ivory, tetapi hari ini Ivory siarkan dia dapat tender secara terbuka," katanya.
Lim berkata demikian ketika mengulas cabaran Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, yang mendakwa memiliki bukti tanah itu dijual pada harga RM1.1 bilion kepada Ivory Group menerusi rundingan.
"Saya yang cabar. Saya cakap kalau mereka boleh buktikan saya tak buat tender terbuka, saya akan undur dari politik, tapi kalau mereka tak dapat buktikan, mereka pula kena undur," katanya kepada pemberita selepas debat dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang bertajuk 'Kaum Cina di Persimpangan. Apakah sistem dua parti akan menjadi sistem dua bangsa?' di sini.
Tanah yang dianggap sebagai 'bernilai amat tinggi' itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. - BERNAMA

Pemimpin Pembangkang Lebih Pentingkan Parti Daripada Perjuangan Islam - Dr Mahathir



Pemimpin pembangkang lebih pentingkan parti daripada perjuangan Islam, malah sanggup menyokong tindakan kejam Israel untuk memastikan pakatan politik mereka tidak tergugat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau turut menyelar tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang bersetuju serta terpengaruh dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong kewujudan Israel dan sebarang usaha melindungi keselamatan negara itu dalam akhbar antarabangsa The Wall Street Journal.
"Kalau terpaksa memihak kepada Yahudi pun, mereka (pembangkang) akan memihak kepada Yahudi, sedangkan orang ini dulunya begitu keras, kononnya berjuang demi Islam, khususnya Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat)," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz, Jumaat, yang menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai pendirian Parti Keadilan Rakyat.
"Saya katakan terus terang... dia (Nik Aziz) tak boleh nak kecam Anwar kerana membuat dakwaan tersebut, dan hari ini pulak, kita baca dalam akhbar dia (Nik Aziz) cuma nasihat sahaja, bukan dia arah.
"Ini tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat, pasal yang lebih utama bukan Islam, tetapi pakatan yang lebih utama. Kalau terpaksa sokong Israel kerana nak kekal, Pakatan akan sokong Israel," katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini, Sabtu.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Perdana Global Peace Foundation (PGPF) Tan Sri Norian Mai.
Sementara itu, Dr Mahathir yang juga Presiden PGPF, berkata program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza diadakan bagi membantu menyalurkan sejumlah 1.5 juta botol air mineral kepada penduduk Gaza.
Beliau berkata program itu penting dalam usaha membantu penduduk Palestin yang menderita kekurangan bekalan air bersih akibat sekatan dan pemusnahan sistem pembetungan serta loji penapisan air di Gaza oleh rejim Zionis.
"Walaupun jika dilihat dengan mata kasar ia tidak mampu untuk menampung keperluan air minuman penduduk Gaza, namun ia diharap mampu memberi semangat dan keyakinan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan seharian," katanya.
Melaka merupakan destinasi pertama program itu yang mendapat sambutan luar biasa dengan kutipan berjumlah RM100,000 hasil sumbangan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan perseorangan dalam usaha menjenayahkan peperangan serta memperjuangkan keamanan dunia sejagat.BERNAMA

Hassan ali kini hanya menjadi bahan ketawa oleh orang-orang PAS.



     
       Hassan ali kini hanya menjadi bahan 

           ketawa oleh orang-orang PAS.


          Pergi Mamposss la kau apek.....