Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Penduduk mogok lapar protes MP


Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini melakukan mogok lapar hari ini, sebagai bantahan terhadap
kerajaan Selangor yang gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka.
Memulakan mogok lapar pada 9 pagi, keluarga yang mengandungi lebih 100 anggota itu mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak hampir empat tahun tersebut.
Mereka memberitahu Bernama, Ahli Parlimen kawasan Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah telah menjanjikan setiap keluarga akan mendapat rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010.
 
"Kami diberitahu akan dapat menyambut Deepavali di rumah baru kami pada 2010, tapi itu tinggal mimpi...tiada apa yang dilakukan setakat ini. Itu cuma
janji kosong Sivarasah.
"Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai sehingga sekarang," kata Naib Presiden Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, R. Balan di sini.
Keluarga terbabit mengakhiri mogok lapar mereka kira-kira 4.30 petang dengan ketibaan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafei Abdullah yang berjanji untuk membantu.
Turut menemui keluarga terbabit Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Mengulas lanjut, Balan berkata pemaju pertama projek perumahan itu diisytihar bankrap dan melarikan diri, manakala pemaju kedua pula menipu dengan menggunakan campuran 'polisterin' untuk membina dinding rumah, menyebabkan penduduk membantah.
"Halangan terbabit menyebabkan sesetengah daripada kami berhenti membayar balik pinjaman menyebabkan kami disenarai hitam oleh bank," katanya menambah mereka telah membuat laporan polis terhadap pemaju dan juga Ahli Parlimen Subang, namun tidak ada tindakan diambil.
Ketua kampung S. Perumah, 62, pula berharap kerajaan persekutuan akan membantu mereka memandangkan semua keluarga terbabit telah hidup dalam keadaan bekalan air dan elektrik yang tidak sempurna sejak 18 tahun lalu.
"Kami perlukan penyelesaian segera kerana kerajaan negeri tidak membantu kami. Kami mahu kerajaan pusat membantu," katanya. - Bernama

Ibrahim Ali: Anwar sudah tidak relevan


Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sudah tidak relevan dalam politik negara.
Ibrahim mendakwa rakyat negara ini juga sudah letih dengan segala permainan politik Anwar dan yang terbaru mengenai komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.  
"Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia supaya lupakan Anwar, sudah sampai masanya untuk kita lupakan Anwar dan kita perlu mengorak langkah ke hadapan demi masa depan kita. Golongan media juga tak payahlah nak excited dengan dia ni.
"Saya sebagai kawan Anwar sudah menganggap yang 'politically' Anwar sudah mati, Anwar sudah tidak relevan kerana banyak sebab," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.
Ibrahim berkata, kenyataan Anwar mengenai Israel itu jelas menunjukkan bahawa pendirian Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah sama dengan dasar Amerika Syarikat.
"Kita terperanjatlah (dengan kenyataan Anwar itu), walaupun dia buat penjelasan tapi kenyataan dia samalah dengan dasar Amerika Syarikat iaitu mereka mahukan sebuah negara Palestin, pada masa yang sama mereka mahu melindungi keselamatan Israel," katanya.
Sementara itu, Ibrahim berkata tuduhan sesetengah pihak bahawa Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang rasis telah terbukti tidak benar dengan kehadiran ratusan warga Tionghoa dari sekitar Kuala Lumpur pada majlis itu.
"Ini adalah kali pertama Perkasa menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina sejak ditubuhkan tiga tahun lepas khusus untuk meraikan warga emas, wartawan dan jemputan kaum Tionghoa.
"Saya amat terperanjat dengan kehadiran yang di luar dugaan sama sekali, kita tak menjangka seramai ini yang hadir sehingga makanan pun tidak mencukupi dan terpaksa kita tambah, ang pau pun masih ada yang belum dapat dan ini satu sambutan yang cukup luar biasa," katanya. - Bernama 

Semakin Takut Orang Politik Dengan Perkasa

Terbukti PERKASA bukan pertubuhan yang racist, PERKASA sama dengan pertubuhan-pertubuhan NGO lain yang memperjuangkan bangsa masing-masing. Tegas dalam memperjuangkan hak bangsa sendiri adalah tidak rasis, tetapi sekiranya menindas dan menidakkan hak bangsa2 lain baru lah dikatakan rasis. Namun ini tidak pernah berlaku dalam perjuangan PERKASA. Barisan Nasional sebagai parti pemerintah juga tidak pernah melaksanakan dasar yang menindas kaum-kaum lain. Apa yang berlaku sekarang ialah kepimpinan Pakatan Rakyat memutar-belitkan fakta demi kepentingan politik kotor mereka.namun oleh kerana takut bil melihat sambutan yang agak luar biasa dimajlis anjuran perkasa maka dicarinya isu tentang sampul PUTIH,yang dijadikan isu kerana pemberian ang pow dengan sampul putih di katakan cuba menghina orang cina....hai ya ini majlis olang buat bikin hati senang apa lagi mau bising,yang latang semua lapat ang pow maa......