Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Khalid Tak Sabar-Saba​r Nak Gugurkan Dr Hasan…



Agendadaily – Bagi Datuk Dr Hasan Ali, beliau tidak kisah sama ada tidak lagi dilantik Exco Kerajaan Negeri Selangor ekoran pemecatan keahlian beliau daripada PAS. Perkara itu ditegaskan ADUN Gombak Setia itu di depan teman-teman dan media yang berkumpul di rumahnya di Pinggir Taman Tun Dr Ismail, Ahad malam.
Beliau berkata, perjuangan untuk Islam, Melayu dan Instutusi Raja-Raja tetap diteruskan walaupun kecewa PAS membalas pengorbanannya untuk parti selama 15 tahun dengan pemecatan drastik tanpa dipanggil membela diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, Dr Hasan boleh merayu keputusan itu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemecatan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ahad.
Berbalik soal jawatan Exconya, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi kenyataan pejabat Menteri Besar sudah meminta Dr Hasan melepaskan jawatan berkenaan.
“Saya berpendapat beliau sebagai seorang ‘gentleman’ perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat,” kata Khalid.
Beliau memberi alasan perkara pemecatan Khalid dan status Dr Hasan sudah dirujuk dan mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri.
Dalam hal ini, nampak jelas Khalid tidak perlu tunggu masa panjang mahu mengugurkan Dr Hasan.
Beliau juga ingin melakukan keputusan drastik tanpa memberi ruang kepada Dr Hasan yang mungkin merayu kepada Majlis Syura PAS mengenai hukuman itu.
Jika Dr Hasan digugurkan sekarang dan Majlis Syura menarik balik pemecatan itu dan beliau kekal sebagai ahli PAS, adakah Khalid akan melantik semula Dr Hasan?.
Khalid sepatutnya memberi ruang kepada Dr Hasan setidak-tidak dalam tempoh sebulan sebelum mengugurkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.
Dr Hasan boleh dikecualikan tugas Exco buat sementara waktu sehingga selesai rayuannya kepada Majlis Syura.
Namun, Khalid mungkin juga kena akur dengan pimpinan PAS Selangor yang sudah bersedia menamakan sama ada Pesuruhjaya PAS Dr Rani Osman atau
Saari Sungib sebagai Exco baru kuota PAS dalam barisan pimpinan kerajaan negeri.
Jelas banyak yang tersirat daripada kes pemecatan Dr Hasan ini.
Apapun Dr Hasan dijangka mengadakan sidang media minggu ini dan mungkin soal jawatannya sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab Hal Ehwal Agama dan Adagt Resam serta Infrastuktur akan dijelaskan.
Jika Dr Hasan melepaskan jawatan itu, pasti pimpinan PAS Selangor yang selama ini mahu “memandikan” Dr Hasan akan puas hati. – 9/1/2012
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH ITU:
Kerajaan Negeri menghormati keputusan PAS memecat Datuk Dr Hasan Ali dan Dato’ Menteri Besar telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Dr Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO).
Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa Dato’ Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili Pas dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Namun begitu, Dato’ Menteri Besar menyeru supaya Dr Hasan melepaskan jawatannya secara sukarela kerana adalah amat jelas beliau tidak lagi mewakili Pas.
“Saya berpendapat beliau sebagai seorang ‘gentleman’ perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat,” kata Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.
Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan DYMM Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Ahli EXCO, namun perkenan DYMM Sultan tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan EXCO.
Dato’ Menteri Besar akan mengadap DYMM Sultan Selangor pada Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon penganti yang sesuai bagi jawatan EXCO.
Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR