Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

AUKU relevan bagi individu tidak tahu jaga diri: Tun Mahathir


                                      Tun Dr Mahathir Mohamad                           

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berkata, kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi apa yang perlu dikawal ialah perbuatan mereka berkempen secara melampau."Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul."Kemasukan (ke universiti) kebanyakan pelajar Melayu bukan kerana pencapaian tinggi, kalau tak kerja kuat mereka akan ke belakang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di sini, hari ini.Dr Mahathir berkata, mahasiswa seharusnya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran dan selepas tamat pengajian dan mempunyai pekerjaan serta pendapatan sendiri, barulah mereka bebas melakukan apa saja."Kita fikir (jika) tak berdemonstrasi tak boleh jadi ahli politik yang baik. Saya dulu takdak demonstrasi pun tapi boleh jadi ahli politik yang ada kebijaksanaan juga," katanya.Beliau berkata, lebih menyedihkan ialah yang sering terbabit dengan demonstrasi membantah AUKU adalah mahasiswa Melayu, manakala kaum lain tidak melakukan perkara itu. "Saya bukan rasis tapi budak Melayu ini kelulusan tak tinggi, orang inilah yang nak sangat hapuskan AUKU. AUKU tidak relevan kalau kita tahu menjaga diri," katanya. - BERNAMA 

CUBA CAKAP SIAPA YANG MENIPU DAN DITIPU?

                                                                                       

SIAPA YANG UNTUNG SIAPA YANG RUGI
                    KESUDAHANNYA????

Jamil Khir: Jawatankuasa pusat tangani isu murtad

                                                   


Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah akan ditubuhkan bagi mempertingkatkan lagi penguatkuasaan enakmen berhubung penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jawatankuasa itu akan memantau secara dekat pelaksanaan penguatkuasaan enakmen tersebut oleh jabatan agama Islam negeri masing-masing.

"Jawatankuasa juga akan membantu kes berhubung dengan penangkapan dan pendakwaan mengikut enakmen negeri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penasihat undang-undang negeri dan pengarah jabatan agama Islam seluruh negeri, di sini hari ini.

Penubuhan jawatankuasa itu yang berkuat kuasa hari ini, diputuskan dalam pertemuan tersebut yang berlangsung hampir dua jam.

Jawatankuasa akan dipengerusikan Jamil Khir dan dianggotai pengarah jabatan agama Islam negeri, wakil Kementerian Dalam Negeri, wakil Jabatan Peguam Negara dan wakil Polis Diraja Malaysia.
       
Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata enakmen itu telah lama wujud, namun terdapat negeri yang kurang dalam penguatkuasaaan.

"Bagi negeri yang belum mewujudkannya (enakmen) pula diminta membawa perkara itu kepada pihak yang berkenaan untuk diwujudkan dan dikuatkuasakan undang-undang itu," katanya.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi demi  menjaga keharmonian masyarakat dan sebagai pembelaan kepada mereka yang dimurtadkan

Hasan atau PAS yang menipu?



Sehingga hari ini Pas dan Pakatan masih gagal melekatkan imej buruk pada insan yang bernama YB Datuk Dr Hasan Ali.
Pelbagai usaha dan label buruk telah dan sedang cuba dilekatkan pada batang tubuh Hasan Ali, tapi hingga kini Pas dan rakan pakatannya masih belum menemui racun perosak terbaik yang boleh membunuh keyakinan penyokong Pas dan pakatan terhadap insan ini.
Nak label Hasan Ali mengkhianati perjuangan Pas, tak boleh kerana Pas sendiri yang pecat hasan.
Alasan pemecatan juga sangat rapuh. Hanya atas alasan tidak mentaati persefahaman yang telah dipersetujui antara komponen pakatan.
Nak label Hasan sebagai pengkhianat kepada perjuangan Islam Pas langsung tak boleh sebab Hasan Ali lagi keras prinsip perjuangan Islamnya dari pemimpin Pas yang lain.
Hasanlah satu-satunya pemimpin Pas yang begitu konsisten memerangi isu-isu yang menggugat Islam dan kesuciannya. Malahan Hasan menerima hukum pecat adalah disebabkan isu yang berkaitan murtad dan pembenterasan gejala maksiat di Selangor.
Usaha melabel Hasan sebagai agen UMNO juga kelihatan gagal sama sekali. Jika Pas berjaya menanam imej ini pada dahi Hasan Ali sudah pasti Pas dan pakatan akan berasa lega yang teramat. Mudahlah kerja-kerja untuk mempertahankan sokongan ahli Pas terhadap parti.
Amat malang bagi Pas kerana pendekatan mencemar nama Hasan Ali melalui label sebagai agen UMNO tidak dapat meyakinkan penyokong Pas yang jujur kepada perjuangan Islam.
Pemimpin Pas terutamanya golongan erdogan dan yang dikatakan parasit oleh Hasan Ali tidak dapat membuktikan bahawa mereka lebih komited perjuangan dalam mendukung prinsip-prinsip Islam melebihi dari apa yang telah ditunjukkan oleh Hasan Ali.
Pemimpin Pas terutamanya golongan erdogan dan yang dikatakan parasit oleh Hasan Ali tidak dapat membuktikan bahawa mereka lebih komited perjuangan dalam mendukung prinsip-prinsip Islam melebihi dari apa yang telah ditunjukkan oleh Hasan Ali.
Imej dan istiqomah Hasan terhadap perjuangan dan prinsip-prinsip Islam jelas lebih terserlah berbanding dengan keseluruhan pimpinan tertinggi Pas.
Pemisahan dan penapisan terhadap keikhlasan berpegang kepada prinsip dan perjuangan Islam yang selama ini dicanang oleh Pas telah dan sedang berlaku dengan ketara di dalam Pas ketika ini.
Tidak mungkin minyak dan air boleh bercampur. Begitu juga di antara perjuangan yang hak dan bathil atau di antara perjuangan para mukhlisin dan munafikin.
Jangan kamu sangka kamu sudah beriman selagi ia belum diuji. Itu kata Allah. Pejuang yang mengatakan membawa perjuangan suci itu tidak semudah mendapat cop “diluluskan” seperti mana SIRIM memberi pengiktirafan kepada sesuatu produk yang memenuhi piawaian tertentu.
Nasib setandan pisang, bukan semuanya baik. Ada juga yang rosak sebiji dua dan selebihnya baik. Ada juga yang baik sebiji dua dan selebihnya rosak semua.
Jika dibuat penilaian secara rasional, apakah keberanian Hasan Ali menentang usaha pemurtadan yang sedang giat dilakukan dan berleluasanya kedai arak dan rumah urut itu mahu dilabel sebagai pisang busuk?
Apakah pendekatan lunak pimpinan Pas terhadap segala perkara yang membawa kepada keruntuhan agama itu mahu dilabel sebagai pisang yang baik?
Atau apakah Pas hanya berpuas hati cukup sekadar menanam pokok pisang dan membiarkan saja pisang itu membusuk lembik kerana memikirkan jika busuk pun boleh juga dibuat jemput pisang?
Penulis pasti, jika penilaian ini dibuat tanpa mengira kepentingan politik dan kuasa, semua kita dapat jawaban yang benar dan hak dari Allah.
Hanya mereka-mereka yang cuba menyamakan sifat Allah dengan sifat manusia yang tidak lepas dari sifat lalai dan keliru saja yang akan terus berusaha menafikan hakikat kebenaran yang datang dan terus-terusan berusaha agar takdir dapat diubah sesuai dengan selera dan kehendak mereka.
Mana kita pernah termimpi bahawa Pas boleh berkompromi dan bersikap lunak dengan gejala murtad?
Mana pernah kita terbayang Pas akan tutup sebelah mata saja bila melihat pusat maksiat, arak dan judi berkembang pesat?
Tidak pernah termimpi Pas boleh diam membisu dengan berkembang majunya budaya LBGT yang telah menyebabkan bumi diterbalikkan di zaman Nabi Lut?
Suatu ketika dulu, program pertandingan musabaqah al quran pun ditentang keras oleh Pas keran ia dikatakan bertentangan dengan maksud pembacaan al quran yang sebenar.
Tapi mungkin disebabkan berkat bersahabat dengan DAP dan berkat mengagung-agungkan makhluk melebihi keagungan Allah, walaupun jelas terbentang makhluk itu telah dilihat tubuhnya oleh seantero dunia dalam keadaan tanpa seurat benang, maka Allah yang maha kuasa telah menggunakan budi bicaranya untuk menterbalikkan hati-hati para pemimpin Pas dari mengakui hakikat yang hak sehingga segala yang jelas bathil pun telah dikompromi menjadi sesuatu yang hak.

Hasan Ali Adalah Juara Wala' Sebelum Ditendang Dari PAS


Pergi tanya sesiapa sahaja yang terlibat dalam PAS Selangor di peringkat Kawasan dan Cawangan. Selepas 2008, Dato HAsan Ali bertukar menjadi pengempen wala' (ketaatan) kepada pimpinan PAS Pusat paling aktif.

Di dalam mana-mana perhimpunan dalaman PAS, mentera Wala' ini tidak putus diungkapkan. Setiap ahli dan pendokong PAS disuruh mentaati kepimpinan PAS oleh Dato Hasan Ali.

TUjuannya adalah sekiranya kepimpinan PAS membuat keputusan untuk menjalin hubungan kerjasama dengan UMNO, maka penentangan dari akar umbi PAS tidak akan teruk.

Maka, Hasan Ali ke sana ke mari menyuruh ahli dan pendokong untuk wala'. Namun, harapan Hasan Ali tinggal harapan.

Ke tidak sediaan Tok Guru Nik Aziz menyokong gagasan PERPADUANG tajaan FRAKSI UMNO dalam PAS menyebabkan idea PERPADUANG ditolak dan tidak disukai oleh akar umbi PAS.

Malahan, keputusan Pemilihan PAS 2011 menunjukkan perwakilan2 PAS MENOLAK dengan jelasnya sesiapa sahaja yang terlibat dengan usaha "Perpaduang" ini.

Isu PERPADUANG menjadi isu paling hangat dikalangan para perwakilan PAS pada tahun 2011 yang telah melonjakkan Abang Mat menjadi Timbalan Presiden PAS.

Kesan lain adalah Hasan Ali terpelanting dari kedudukannya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. 

Malang seribu kali malang, apabila Hasan Ali telah tidak memegang jawatan lagi, tiba-tiba wala' yang beliau kempen kan selama ini sudah tidak bermakna lagi. 

Segala yang Hasan Ali suruh orang PAS buat, dia sendiri langgar dan dia sendiri buang.

Kerana apa? kerana tiba-tiba keluar maklumat cawangan2 PAS di DUN beliau sendiri menolak beliau sebagai wakil rakyat.

Dengan kata lain, Hasan Ali mengamuk sakan kerana dia tidak mahu orang tahu yang dia ditolak oleh akar umbi di DUN beliau sendiri.

Lagi pula, sebagai seorang yang kuat berkempen menyuruh orang taat kepada kepimpinan, sepatutnya HAsan Ali mengikut apa yang beliau kata.

Tindakan Hasan Ali mengutuk dan menista keputusan PAS Pusat menandakan Hasan Ali hanya mengungkapkan kata-kata wala demi kepentingan pribadi beliau serta kehendak beliau yang mahukan PAS bergabung dengan UMNO.

Ini kerana pengabunggan PAS-UMNO dijanjikan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Hasan Ali.

Syukurlah Allah SWT telah melindungi PAS dari manusia lidah bercabang seperti Hasan Ali ini.



http://www.malaysiawaves.com/2012/01/hasan-ali-adalah-juara-wala-sebelum.html