Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Pelesit,Hantu Raya dan Parti Politik

                                                               gambar sekadar hiasan


Kalau nak dikatakan memanglah susah sikit pada zaman moden ini tapi kalau filem memang sudah menjadi seperti wajib untuk menerbitkan filem-filem hantu ini,tapi kalau nak bercerita dalam kehidupan harian masyarakat Melayu am nya memang sudah sudah lali dengan perkara-perkara seperti ini cuma kali ini ia telah menyerap dalam parti politik pelbagai bangsa juga,sememangnya dalam parti politik sudah ada pelesit dan hantu raya ini cuma ia agak sensitif kerana ia mungkin BERTUAN atau TIDAK,tapi kalau ditanya bomoh dan pawang sememangnya mereka akan bagitau spesis PELESIT dan HANTU RAYA ini bertuan,jadi kalau ia duduk dalam parti politik maka mestilah ada tuannya.tapi ada juga tuan empunya pelesit dan hantu raya ini sampai masa sudah tidak larat lagi untuk menjaga atau memberi makan pada pelesit dan hantu raya mereka ini,maka dilepaskanlah pelesit dan hantu raya ini agar mengamuk pada masyarakat dan keluarga yang sememangnya tidak tahu bahawa pelesit dan hantu raya ini datangnya dari kalangan keluarga mereka juga yang membelanya.kadangkala pelik tapi benar sebab seorang ahli biasa dalam parti politik tidak akan didengar suaranya kerana darjat yang berbeza,mahu atau tidak maka si ahli terpaksa akur sebab kerana menghormati KETUAnya,tapi dalam masa yang sama si ketua tidak mampu untuk menunjukkan larangan itu tiada kepentingan dalam politik dirinya sendiri.sebagai contoh ketua menyatakan setiap permasalahan dalaman haruslah di selesaikan secara dalaman maka ahli pun akur tapi sebenarnya ketua itu yang lebih-lebih bila dia pula seperti sudah lupa akan amanatnya sendiri maka diheboh-hebohlah perkara yang tidak menyenangkan hatinya pada masyarakat hanya untuk menyampaikan rasa kurang senang dan tidak puas hati beliau.si ketua juga menyatakan kita perlu serang orang sebelah sana tapi dalam masa yang sama si ketua menyerang orangnya sendiri,kan ke itu namanya cakap tak serupa bikin.kesalahan si ketua perlu dipertahankan dan tidak perlu untuk ahli bangkit agar tindakan dikenakan,maka bermaharaja lela si ketua seperti pelesit dan hantu raya ini untuk mengganggu gugat masyarakat mengikut kemahuannya.

Kabinet Setuju Panel Bebas Siasat Keganasan Terhadap Wartawan - Hishammuddin


Kabinet pada Rabu bersetuju dengan cadangan agar sebuah panel bebas ditubuhkan bagi menyiasat keganasan yang berlaku ke atas wartawan pada Perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata cadangan tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat pasca-Kabinet dan ia telah dipersetujui secara sebulat suara agar badan bebas tersebut dapat mengenalpasti secara mendalam siapakah dalang yang menimbulkan kekecohan serta tuduhan yang mendakwa polis turut bertindak ganas ketika himpunan tersebut.
"Saya memohon maaf kerana ada beberapa wartawan yang telah cedera teruk. Kami tidak ada keraguan dalam membentuk sebuah badan bebas dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) juga mahu kes ini disiasat secara telus walaupun ada dakwaan pihak polis didapati terlibat.
"Namun kita perlu isu ini dalam konteks yang berbeza. Saya ingin memberitahu anda bahawa kes keganasan yang paling teruk ialah melibatkan seorang wartawan, Mohamad Azri (Salleh) daripda TV Al Hijrah apabila dia cedera dipukul selepas cuba menyelamatkan seorang anggota polis.
"Bukan pihak polis yang memukulnya, namun dia jadi mangsa keadaan…jadi kita perlu adil dalam konteksi ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya pada Rabu.
Hishammuddin berkata Kabinet tidak mempunyai apa-apa masalah dua panel bebas yang berbeza untuk menyiasat dakwaan polis bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0.
Beliau turut menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Majlis Peguam dan orang awam yang mempunyai bukti supaya menyerahkannya kepada Kementerian Dalam Negeri bagi membantu siasatan.
“Kami telah membincangkan isu ini dalam pasca Kabinet, dan kami tidak mempunyai sebarang bantahan untuk menubuhkan sebuah panel bebas untuk mengalpasti apa sahaja bukti yang diperoleh oleh pasukan polis walaupun ia melibatkan kesalahan yang dilakukan dikalangan anggota mereka sendiri.
"Kami akan tetap laksanakannya. Kami mahu bersikap telus, kita mahukan keadilan dan semuanya akan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang," katanya.
Hishammuddin memberitahu Kabinet telah mengarahkan Jabatan Peguam Negara supaya mempercepatkan siasatan dan dakwaan ke atas mereka yang bertanggungjawab menimbulkan kekecohan dan keganasan pada perhimpunan Bersih 3.0.
Polis juga sedang mengenalpasti beberapa individu yang dapat membantu siasatan mereka dalam isu ini. Beliau menambah, kementeriannya dan pihak polis sedang mengumpulkan rakaman video bermula daripada 14 hingga 28 April untuk memberi gambaran sebenar kepada orang awam ,mengenai keadaan sebenar polis untuk mengawal keadaan dalam tempoh dua minggu sebelum bermulanya perhimpunan tersebut.
Hishammuddin berkata rakaman video yang diperolehi termasuk video yang memaparkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa cuba mengajak kira-kira 3,000 orang yang berkumpul supaya masuk ke Dataran Merdeka pada 2 petang, 28 April lalu.
"Dalam tempoh seminggu, kita akan mengumpulkan semua visual dan rakaman video yang kita perolehi daripada polis dan Kementerian Dalam Negeri, selepas itu kita akan paparkannya untuk tontonan awam di seluruh dunia. Bagi mereka tidak mahu membuka mata dan melihat kebenaran itu pilihan mereka.
"Secara asasnya kami akan tetap meneruskan siasatan dan mereka yang didapati bersalah akan didakwa di mahkamah," katanya.

Perjanjian Tukar Saham MAS-AirAsia Dibatalkan - Khazanah


Sah. Khazanah Nasional Bhd dalam satu kenyataan lewat petang Rabu mengumumkan pembatalan perjanjian pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Bhd.
"Selepas lapan bulan membuat penilaian, pemegang saham bersilang menjejaskan usaha pengurusan untuk memulihkan MAS.
"Pemegangan saham bersilang itu berniat baik untuk menjajarkan kepentingan ekonomi pemegang saham utama MAS (Khazanah) dan AirAsia (Tune Air)," kata cabang pelaburan kerajaan itu dalam satu kenyataan.
Setelah gagal mendapat sokongan pemegang kepentingan untuk meneruskan usaha sama itu, Khazanah berkata pihak terbabit bersetuju untuk menukar semula pemegang saham bersilang dan kembali kepada struktur asal pemegangan saham utama kedua-dua syarikat.
Pembatalan pertukaran saham akan menyaksikan Khazanah memindahkan 10 peratus atau 277,650,600 saham biasa AirAsia kembali kepada Tune Air, yang akan memindahkan pula 20.5 peratus atau 685,142,000 saham biasa dalam MAS kembali kepada Khazanah.
Transaksi ini akan dijalankan berasaskan kepada nisbah pertukaran 2.05 berasaskan harga pada masa pertukaran itu diumumkan pada Ogos 2011.
MAS ketika itu RM1.60 sesaham dan AirAsia pada RM3.95.
Tiada wang tunai bertukar tangan, kata cabang pelaburan kerajaan itu.Sementara itu, dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun meletak jawatan sebagai anggota lembaga pengarah MAS manakala Datuk Mohamed Azman Yahya meletak jawatan sebagai anggota lembaga pengarah AirAsia.
Pada Ogos 2011, Kerangka Kerja Usaha Sama Komprehensif (CCF) diwujudkan bagi membolehkan MAS, AirAsia dan AirAsia X meneroka peluang bekerjasama dalam pelbagai bidang, bagi memanfaatkan kecekapan teras masing-masing dan mengoptimumkan kecekapan.Sebagai sebahagian daripada CCF itu, Khazanah dan Tune Air menjalin perjanjian pertukaran saham bagi menjajarkan kepentingan pemegang saham utama MAS dan AirAsia, yang sekaligus akan mengukuhkan potensi kerjasama berkenaan.
Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata bertetangan sesetengah laporan, CCF tidak menyebabkan atau menyumbang kepada kerugian yang diumumkan MAS baru-baru ini memandangkan kerugian itu sudah wujud sebelum CCF dilaksanakan.
"Begitu juga, kerajaan tiada pada bila-bila masa mengawal MAS menerusi pemegangan 49 peratus saham serta saham emas," katanya.
Selain itu, Khazanah memperoleh pengecualian daripada Suruhanjaya Sekuriti daripada obligasi untuk melaksanakan tawaran umum mandatori ke atas baki saham dalam MAS.
Sementara itu, Pengarah Tune Air Kamarudin berkata sejak CCF dilancarkan, terdapat kemajuan yang baik dalam memperkukuh usaha sama terbabit.
"Walaupun pertukaran saham itu dibatalkan, usaha sama sejak lapan bulan lepas telah merapatkan MAS dan AirAsia. Sepuluh tahun tanpa usaha sama dan persaingan tidak perlu antara kami, sudah berakhir dan kami kini dapat memberi tumpuan terhadap pasaran dan teras kecekapan kami." katanya dalam kenyataan berasingan.
Susulan pengembalian semua perjanjian pertukaran saham itu, AirAsia, AirAsia X Sdn Bhd dan MAS, menjalin Perjanjian Usaha Sama Tambahan (SA) hari ini untuk meneroka bidang kepentingan bersama bagi merealisasikan kecekapan dan penjimatan.
SA akan memberi tumpuan kepada bidang khusus dan pada masa yang sama terus mematuhi semua undang-undang antikepercayaan berkaitan, kata AirAsia dalam kenyataan lain.
Pemeteraian SA ini juga merupakan sebahagian dariapda persediaan oleh tiga syarikat penerbangan terbesar Malaysia untuk memenuhi cabaran Langit Terbuka Asean yang berkuat kuasa pada 2015.
Menerusi SA, syarikat penerbangan itu mengenal pasti bidang utama kerjasama yang dapat menyumbang kepada kecekapan dan penjimatan kos kepada syarikat penerbangan berkenaan, yang antara lain termasuk pemerolehan, baik pulih komponen pesawat, inisiatif latihan dan kecekapan teknikal dan operasi.
Selain itu, syarikat penerbangan juga akan terus bekerjasama untuk mengenal pasti dan menilai peluang jalinan usaha sama dalam pelbagai bidang operasi dan strategik.
Bagi menggerakkan inisiatif kerjasama ini, ketiga-tiga pihak juga menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam dua bidang utama - pemerolehan bersama dan penyelenggaran, sokongan dan perkhidmatan baik pulih.
Tony berkata inisiatif pemerolehan antara syarikat penerbangan itu dijangkakan meningkatkan kecekapan dengan meneroka potensi penyumberan luar aktiviti pemerolehan dalam syarikat usaha sama milik bersama, dengan bidang utama yang akan diteroka termasuk barangan perbelanjaan tinggi seperti bahan api, insurans, teknologi maklumat dan komunikasi.
Bagi penyelenggaraan,sokongan dan baik pulih komponen pesawat, beliau berkata sayrikat penerbangan itu akan meneroka bersama-sama penubuhan syarikat usaha sama, termasuk mengenal pasti daya maju dan strukturnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata pemulihan perniagaan merupakan fokus utama syarikat, selain inisiatif bagi mengukuhkan lembaran imbangan dan operasi menerusi peningkatan produktiviti, perolehan dan menurunkan kos.
Beliau berkata usaha ini akan diterjemahkan kepada keputusan kewangan yang lebih baik. "Usaha sama itu merupakan perubahan dalam pelan perniagaan untuk membangunkan perniagaan mampan pada masa depan.
"Kami akan terus memacu usaha sama ini dengan AirAsia dan AirAsia X memandangkan ia akan membolehkan MAS mengeksploitasi kelebihan potensi sinergi dan kecekapan.
"Cara menjadikan perniagaan kami lebih cekap sangat penting selain menurunkan kos," katanya.

Adik Yakin Itu Memang Abangnya Azmin


                           
Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR) Azmin Ali,Ummi Hafilda berkata beliau yakin sehingga tahap 99.9% bahawa gambar lelaki dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.sehubungan itu,beliau mencabar azmin membuat laporan polis untuk menfikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan adalah bukan dirinya.
"sebagai adik,saya kenal benar dengan abang saya,dari aspek potongan rambut,susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia",
beliau juga mendesak azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.katanya lagi jika azmin tidak berusaha untuk membersihkan namanya,beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenar dan jika azmin didapati memang terbabit dalam skandal seks itu,abangnya haruslah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.jika benar azmin berkelakuan sebegitu dia telah mencemarkan nama keluarga mereka dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat dan seharusnya beliau menumpukan perhatian pada keluarga.