Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Saya cabar Pas


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mencabar pemimpin 

Pas membiayai pengajian sembilan pelajar di Mesir yang 

ditarik balik pinjaman kewangan mereka oleh Yayasan 

Terengganu. Katanya, Pas perlu mengambil alih

tanggungjawab itu kerana menghasut pelajar bertindak 

mengingkari perjanjian apabila membabitkan diri dengan 

kegiatan negatif yang menjejaskan kepentingan negara 

serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT). "Saya cabar 

Pas membiayai pengajian pelajar ini sebab Pas menjadi 

punca kepada mereka terlibat dalam demonstrasi. "Saya 

lihat Pas hanya kutip derma ketika dekat dengan pilihan 

raya. Sekarang, ambillah tanggungjawab membiayai 

pengajian pelajar yang tertangguh itu. "Bahagi-bahagilah 

(pembiayaan). Pas berapa orang (pelajar), Parti Keadilan 

Rakyat pula berapa orang. Tanggunglah," katanya.

Anjoi Binjai memang suka MB yang berpendirian tegas 

sebegini...

PTPTN: Kerajaan Selangor Akan Bayar Semula Pinjaman

 

DALAM merealisasikan matlamat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan 



Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kerajaan 


Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengambil beberapa inisiatif awal 


dalam memulakan langkah ke arah itu.

Antaranya ialah cadangan memberikan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi yang 



berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri tersebut seperti UNISEL dan KUIS yang bakal 


dilaksanakan pada September nanti.maklumat bahawa kerajaan Selangor akan memulakan 


fasa kedua program pendidikan percuma kepada semua rakyat ini dengan membayar 


kembali wang pinjaman PTPTN kepada semua  bekas peminjam rakyat 


Selangor yang telah menyelesaikan pinjaman masing-masing setakat hujung tahun 2011.

Semua bekas peminjam tersebut boleh menghubungi pihak Sekratariat PTPTN Pejabat 



Menteri Besar Selangor di talian 03-55447000 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan 


mendaftarkan diri ke dalam program ini.maklumat ini adalah satu berita yang mengukuhkan 


lagi intergriti kerajaan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang prihatin dengan kebajikan 


rakyat Selangor keseluruhannya.banyak pihak yang ragu-ragu dengan keupayaan kerajaan 


negeri melaksanakan program pendidikan percuma ini, tapi ternyata 


berita seumpama ini telah berjaya melenyapkan semua keraguan tersebut.Simpanan yang 


tinggi dan unjuran pendapatan kerajaan negeri yang bertambah dari tahun ke tahun adalah 


petunjuk kepada keupayaan kerajaan negeri membiayai program pendidikan percuma ini 


tanpa terlebih dahulu menunggu kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk di peringkat persekutuan.

Pulangan hasil kutipan cukai, lanjutan dari kemasukan pelaburan masuk asing (FDI) mencecah 



RM 5 billion pada tahun lepas juga dijangka akan mengukuhkan lagi kewangan kerajaan 


untuk program tersebut.Tambahan pula, kerajaan Selangor baru sahaja menerima 


pembayaran sebanyak RM 800 juta, sebagai pampasan ke atas pengambil alihan tanah bagi 


tujuan pembangunan Putrajaya.kejayaan program ini nanti, ditambah dengan 


pendidikan percuma di dua institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri yang sebutkan di 


atas, akan memastikan kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di Selangor.


Jangan Persoal Calon Wanita - Shahrizat


Wanita Umno meminta semua pihak tidak mempertikaikan kewibawaan calon daripada pergerakan itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata semua calon yang diketengahkan itu mempunyai pengaruh yang besar dan mampu menarik sokongan pengundi untuk memilih Barisan Nasional pada pilihan raya umum kelak.
"Saya mahu semua menghormati calon Wanita. Jangan lihat kami sebagai jentera parti sahaja, tapi tak layak sebagai calon. Saya akan minta kepada presiden setiap parti komponen mesti ada calon daripada wanita," katanya pada Majlis Pelancaran Jelajah Sayang Wanita Negeri Kelantan di sini, Jumaat.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim, Ketua Wanita Umno Kelantan Datin Rahimah Mohamad dan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Dali Husin.
Shahrizat berkata Kelantan mempunyai ramai calon Wanita yang berkaliber untuk diketengahkan pada PRU akan datang dan yakin mereka mampu membawa kemenangan kepada BN di negeri ini.
Sehubungan itu, beliau tidak mahu melihat senario 'cah keting' berlaku lagi kerana ia hanya merugikan parti.
"Kita perlukan pembangunan di Kelantan. Para suami kena bantu wanita (isteri) beri sokongan padu agar mereka turun padang bekerja demi parti," katanya.
 BERNAMA

Bawa 300,000 Kaum India Tanpa Dokumen Kepada MIC


Pembangkang perlu mengemukakan masalah 300,000 orang kaum India tanpa sijil kelahiran dan kad pengenalan seperti didakwa kepada MIC supaya tindakan boleh diambil, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Katanya sekiranya ada 300,000 penduduk Malaysia keturunan India tanpa dokumen pengenalan diri maka pembangkang perlu membawa mereka kepada MIC supaya parti itu dapat membantu mereka.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendan pada sidang media selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Tamil Jugra di sini, Jumaat.
Semalam, Surendran mengetuai kira-kira 200 masyarakat India mengadakan protes di depan pagar Parlimen bagi menuntut kerajaan mengenal pasti 300,000 orang tersebut dan mengeluarkan MyKad kepada mereka.
Dr Subramanian berkata kempen MyDaftar yang dilancarkan pada 23 Februari tahun lepas hanya mengenal pasti kira-kira 15,000 penduduk keturunan India di negara ini tanpa dokumen yang relevan dan daripada jumlah itu, hanya 9,529 orang mengemukakan borang permohonan.
Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia, berkata kira-kira 500 buah sekolah Tamil di seluruh negara menerima peruntukan sebanyak RM425 juta sejak 2009 hingga tahun ini.
"Tahun ini kita senarai pendek sekolah Tamil yang dapat peruntukan RM100 juta seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012 dan kerja menaiktaraf mungkin akan mula dua bulan lagi selepas proses perolehan ditetapkan," katanya.
Terdahulu itu, dalam ucapan pada majlis itu, Dr Subramaniam berkata bangunan tiga tingkat SRK Tamil Jugra dibina dengan kos RM2.8 juta.
Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada sekolah itu.
BERNAMA

Hargailah Mereka Wahai Pemimpin Parti




HARGAILAH MEREKA WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN ATASAN,SEDANG ANDA LENA TIDUR DIULIT MIMPI MEREKA INILAH YANG SENTIASA MEMASTIKAN SEGALA PERSIAPAN DIJALANKAN DENGAN SEMPURNA.

Menteri Jangan Jadi Bacul


Setelah bekas pemandu Zahida Rafik mendedahkan skandal beliau dengan salah seorang menteri kerajaan BN dan menjadi perhatian rakyat Malaysia,Zahida Rafik telah melantik peguam bagi menyelesaikan skandal ini dan beliau sendiri telah mengesahkannya bahawa cerita skandal ini hanyalah rekaan semata-mata demi habuan yang ditawarkan.namun pada pandangan Anjoi Binjai Menteri berkenaan yang di kaitkan dengan skandal ini juga harus tampil dan memberikan penjelasan serta mungkin juga harus mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia hanyalah satu cerita dogengan semata-mata.


Perkasa Klang Mahu Siasatan Segera

Ahli Dewan Tertinggi Perkasa,Abu Bakar Yahya berkata siasatan segera harus dilakukan bagi memastikan pendedahan yang dibuat oleh Pegawai Perubatan yang bertugas semasa Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke 14 Dr.Rahman yang juga disahkan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor itu benar atau pun tidak,kerana ia akan membuatkan masyarakat semakin keliru dengan permainan ahli politik pada hari ini.jika benar ia berlaku maka dengan jelas mereka tidak menghormati Rukun Negara dan Perlembagaan Negara sekali gus mereka seakan memperlekehkan penerima-penerima darjah dan anugerah membawa gelaran tertentu yang diterima daripada Yang Di-Pertuan Agong sendiri,Sultan dan Raja termasuk Yang Dipertua Negeri,sedangkan mereka tahu Rukun Negara kedua dan ketiga jelas menyatakan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dan Keluhuran Perlembagaan.beliau yang juga merupakan Pengerusi Perkasa Daerah Klang berharap perkara ini perlu disegerakan siasatannya dan dibendung demi keselamatan dalam negara.
Perkasa Daerah Klang telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara berkenaan dengan pendedahan sikap beberapa Ahli Politik dari Pembangkang yang mempersendakan Sultan dan Raja Melayu termasuk Pemimpin Tertinggi Negara pada Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke 14.