Parti Komponen BN,Indah Khabar Dari Rupa
Kehadiran TPM ke majlis pelancaran BN pilihan orang muda di pusat latihan DBKL bandar tun razak sememangnya tidak dinafikan mendapat sambutan yang mengalakkan,menurut info seramai 7000 yang hadir pada majlis pelancaran tersebut dan anjoi binjai juga ada bersama-sama dengan mereka,sebab sememangnya BN pilihan hatiku.tapi disini bukan mengenai BN pilihan orang muda atau pun tidak,persoalannya pada mereka-mereka yang hadir majlis itu,berapa ramaikah orang muda yang dibawa bersama oleh parti-parti komponen BN seperti MCA,MIC,GERAKAN,PPP pada majlis tersebut, pada jangkaan anjoi binjai mungkin akan ada 10000 yang hadir kemajlis tersebut namun jangkaan itu meleset bila ada parti komponen BN gagal untuk membawa pemuda dan belia seperti mana yang dilakukan oleh UMNO.kesungguhan UMNO dalam melaksanakan tugas juga harus diberikan pujian.janganlah parti komponen hanya tahu mengambil kesempatan dalam perjuangan BN kerana kehadiran lain-lain bangsa selain melayu bolehlah anjoi binjai katakan amat mendukacitakan.ada rakan anjoi binjai yang hadir bersama berbisik gosip 'aku rasa macam boleh dikira dengan jarilah kehadiran bukan melayu pada hari ini 'sedangkan perjuangan BN adalah perjuangan bersama semua parti komponen,janganlah cepat mengalah bila dah tahu diri itu tidak berkemampuan namun haruslah mencari cara dan janganlah malu untuk meminta bantuan rakan-rakan dalam komponen untuk membantu dan mungkin cara dari parti komponen lain juga boleh diguna pakai.jangan hanya pandai memekik itu dan ini,berkata itu dan ini sedangkan dalam keadaan realitinya indah khabar dari rupa...
Tsu Koon Cabar Guan Eng Nyata Pendirian
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menyuarakan pendiriannya berhubung isu pindaan Rang Undang-Undang Mufti dan Fatwa (Kedah) 2012.
Koh berkata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang harus menyatakan pendiriannya sama ada menyokong atau menolak pindaan itu kerana ia akan memberi kesan kepada orang bukan Islam di negeri itu.
"Kami cabar Lim Guan Eng untuk menyatakan pendiriannya berhubung isu Kedah kerana setiap masa DAP sentiasa mengkritik tentang demokrasi, penekanan kepada badan kehakiman dan sekarang proses itu sedang berlaku di Kedah.
"Malah orang bukan Islam bimbang dan risau Kedah akan menjadi negeri Islam tulen tetapi tiada sepatahpun suara daripada DAP berhubung isu ini...Jadi, Lim Guan Eng apa kata anda?" kata Koh pada sidang media di pejabat Gerakan di sini.
Turut hadir Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn dan Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe.
Pada 17 April lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah meluluskan peruntukan dalam Rang Undang-Undang Mufti dan Fatwa (Kedah) 2012 untuk menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10).
Undang-undang baru itu diragui kerana ia tidak menunjukkan demokrasi dalam Pakatan Rakyat kerana ia menghalang Fatwa yang diputuskan Mufti atau jawatankuasa Fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, daripada dicabar, dirayu, disemak mahupun dipersoal dalam mahkamah sivil atau syariah.
Sementara itu, Koh berkata beliau akan menyerahkan senarai calon Gerakan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April ini.
Bagi Anjoi Binjai yang baik untuk agama islam memang patut disokong.pedulilah...
Langgan:
Catatan (Atom)