Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Khalid Ibrahim Pengundi Hantu @khalidibrahim

Menarik sungguh permainan PKR demi menentukan kemenangan di PRU yang akan datang.

PKR membuat permindahan beramai-ramai pengundi bagi menentukan kawasan yang mereka menang untuk kekal menang di dalam PRU yang akan datang.

Terbaru, Tan Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tidak lari daripada terlibat dengan proses pemindahan beramai-ramai penyokong tegar PR.

Sebelum ini, Khalid mengundi di Petaling Jaya..


Kad Pengenalan: 461214105273 / 0556617
Nama: ABD KHALID BIN IBRAHIM
Jantina: LELAKI
Lokaliti: 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2
Daerah Mengundi: 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16
DUN: 105 / 34 - BUKIT GASING
Parlimen: 105 - PETALING JAYA SELATAN
Negeri: SELANGOR

Sebarang pertanyaan : spr@spr.gov.my

Tetapi, disebabkan mahu memastikan Nurul Ezah menang di Lembah Pantai, beliau telah meminjam alamat di Universiti Malaya untuk menjadi PENGUNDI HANTU di Lembah Pantai.















Proses permindahan pengundi beramai-ramai ini sudah sekian lama dilakukan oleh PR dan tidak pasti sejauh mana pihak SPR memantau proses ini dari masa ke semasa.

Disini kita sudah dapat cari satu hantu yang akan mengundi di Lembah Pantai, mungkin ada ramai hantu lagi yang bakal muncul untuk mengundi Nurul Ezah di Lembah Pantai.

Ataupun Khalid berpindah ke Lembah Pantai untuk menjadi calon bunuh diri di Lembah Pantai?

Tak ramai yang berani berlawan
dengan Raja Nong Chick
Kemungkinan ini juga ada kerana Azmin sudah lama mahu membunuh politik Khalid kerana mengangu beliau untuk menjadi MB sebelum ini.

Dato Raja Nong Chick hari ini diterima baik di Lembah Pantai dan kekuatan ini sudah pastinya akan menjadikan Khalid kambing hitam yang akan di sembelih di Lembah Pantai.

Meletakkan Nurul Ezah bertanding di Lembah Pantai merupakan satu risiko yang besar kepada anak kesayangan Anwar, dan sekiranya beliau diletakkan di Bandar Tun Razak, peluang Nurul untuk menang agak besar sekiranya dibandingkan di Lembah Pantai.

Apapun yang dirancang oleh PR, jelas menunjukkan Anwar mahu menyelamatkan politik 2 orang yang beliau sayangi...

PASTI tentukan tidak ada halangan kepada Azmin menjadi Menteri Besar sekiranya PR menang di Selangor dan memastikan Nurul Ezah bertanding di Bandar Tun Razak mengantikan Khalid dan Nurul menang sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Aku lah sepatutnya jadi MB,
padan muka kau Khalid! ?
  
Apapun alasan dan sebab yang mereka berikan kepada Khalid untuk menjadi PENGUNDI HANTU di Lembah Pantai ... ini adalah kerana ... mahu MEMBUNUH POLITIK KHALID

Tahniah kepada Anwar yang merancang begitu detail dan tanpa disedari ... Khalid dikorbankan demi AZMIN DAN ANAK beliau...


Phahrolrazi Zawawi Bakal Dedah Skandal Balak Azizan Abdul Razak


Menurut siasatan sulit, Phalrolrazi dijangka akan mendedahkan penyelewengan pemberian konsesi balak kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Roslizan Zakaria yang merupakan Pegawai Khas Menteri Besar dan pada masa yang sama, juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan Azizan Abdul Razak dalam masa yang sangat terdekat ini.  Juga yang akan turut didedahkan ialah pemilikan sebuah syarikat yang mendapat konsesi balak oleh Faekah binti Hamzah yang merupakan isteri pertama Menteri Besar.
Difahamkan, Phahrolrazi sedang menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan penyelewengan tersebut sekiranya Menteri Besar masih tidak berubah atau pun tidak memberi sebarang portfolio Exco kepadanya dalam tempoh segera.
Roslizan Zakaria merupakan Pegawai Khas Menteri Besar yang telah dipecat atau digantung tugas tetapi masih dibayar gaji. Roslizan Zakaria telah mendapat tahu penyelewengan tersebut akan didedahkan terbongkar, telah menasihati Menteri Besar agar berlembut sedikit dalam isu kemelut dengan Phahrolrazi.
Phahrolrazi juga dikatakan bakal mendedahkan bagaimana pada awal tahun ini, dia telah dipaksa oleh Menteri Besar untuk menandatangani kelulusan tender projek kepada syarikat milik kroni UMNO bernilai RM1 bilion. Katanya, dia tidak sanggup menandatangani projek tersebut kerana projek berkenaan sepatutnya diberikan kepada syarikat milik ahli PAS.
Kononnya, disebabkan kedegilannya untuk tidak menurunkan tandatangan menyebabkan Menteri Besar memusuhinya.
Puak Phahrolrazi sekarang ini sedang merancang dengan teliti bagaimana hendak mensabotaj Menteri Besar di DUN Sungai Limau pada PRU13 nanti. Mereka telah berjaya mempengaruhi AJK PAS Jerai yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Menteri Besar untuk berpaling tadah.
Antara mereka termasuklah Nasir @ Che Pi, Roslizan Zakaria, Mohd Nor Tahir dan Jamaluddin.
Itu berita yang baru diterima dari puak-puak yang menyokong Phahrolrazi Zawawi.
Politik Kedah dah nampak makin kalut!

Rafizi, Anwar Ibrahim & PKR Buktikan Tidak Guna Duit Yahudi Untuk Kempen Parti

Minta tolong Pengarah Strategik PKR, Sedara Rafizi Ramli jawab isu yang dibangkitkan oleh BN Selangor ni. PKR didakwa telah lama melahap dana Yahudi dalam membantu melicinkan kerja kempen pilihanrayanya

Apa agaknya yang dijanjikan oleh Anwar kepada pendana-pendana Yahudi yang telah menyubang wang mereka ke dalam tabung pilihanraya PKR. Adakah Anwar akan membuka hubungan diplomatik bersama negara haram Israel seperti yang dinyatakan di dalam Wall Street Journal?

Disaat Pas terkial-kial mencari atau meminta derma daripada Rakyat susah bagi memenuhkan tabung tin milonya untuk dijadikan dana pilihanraya parti itu atas nama jihad. PKR dilihat bermewah-mewah dengan bahan kempen yang menarik dan berwarna warni apabila setiap kali tiba PRK atau PRU.

Siapa yang menjadi ahli dalam gabungan Pakatan Pembangkang, sudah pasti akan merasa tempias dari dana Yahudi yang diterima oleh PKR seperti yang di dakwa oleh BN Selangor. Sebagai sebuah parti politik yang menggunakan label Islam, pernahkah Pas bertanya kepada rakan baiknya dari PKR itu, tentang asal usul dari mana datangnya duit atau dana pilihanraya yang digunakan atau diberi kepada PAS semasa kempen pilihanraya?

Disebabkan duit ada yang sampai jadi gelap mata, PAS jangan nak kelentong tak rasa sikit pun duit dari dana Yahudi itu.buat Anwar Ibrahim dan PKR, sila nafikan pendedahan yang dibuat oleh BN Selangor ini adalah satu FITNAH jahat yang dilempar untuk menjahanamkan partinya.

Isu Anwar Dan Israel Hangatkan Dewan Rakyat.


Kontroversi kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu keselamatan Israel mencetuskan kekecohan di kalangan Ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional (BN). 

Kedua-dua pihak saling bertikam lidah antara satu sama lain hingga menyebabkan suasana persidangan Dewan Rakyat kecoh selama hampir 30 minit. 

Kekecohan bermula apabila Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai) bangkit membantah jawapan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang disifatkannya cuba mengelirukan Dewan Rakyat kerana hanya memetik sebahagian kenyataan Anwar seperti yang dilaporkan akhbar Wall Street Journal (WSJ). 

Bagaimanapun Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis tidak menghiraukan bantahan Izzah dan terus menjawab soalan asal yang dikemukakan Datuk Juslie Ajirol (BN, Libaran) berhubung sumbangan yang telah diusahakan Malaysia terhadap Palestin. 

Izzah kemudianya mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk Anifah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana memberi jawapan yang mengelirukan pada persidangan Dewan Rakyat. 

Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau akan membuat keputusan mengenai perkara berkenaan selepas mengkaji Peraturan Mesyuarat tersebut. 

Tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan, Izzah sekali lagi bangkit menggunakan Peraturan Mesyuarat 26(1)(b) yang menuntut speaker membuat keputusan sewaktu kejadian berlaku. 

Namun Wan Junaidi bertegas dengan keputusannya untuk membuat pertimbangan mengenai isu yang dibangkitkan selepas kajian terpeinci dibuat. 

Tidak cukup dengan itu, beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Azmin Ali (PKR, Gombak), Datuk Saifuddin Nasution (PKR, Machang) Khalid Samad (PAS, Shah Alam) dan M. Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat)bangkit membantah kenyataan Anifah. 

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mendakwa Anifah cuba menyembunyikan fakta keseluruhan kenyataan Anwar yang disiarkan WSJ pada Januari lalu. 

"Kalau nak sentuh isu ini, menteri jangan sembunyikan fakta. Kenapa tidak nyatakan keseluruhan petikan kenyataan Ketua Pembangkang? 

"Malah menteri dengan sengaja dakwa Ketua Pembangkang merestui perbuatan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin...ini tafsiran yang salah dan nyata bertentangan dengan apayang dimaksudkan Ketua Pembangkang. 

"Sebaliknya surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Israel menunjukkan kerajaan Umno dan BN menjalinkan hubungan dengan Israel," katanya. 

Bagaimanapun Anifah menegaskan bahawa Malaysia konsisten dan sentiasamemainkan peranan yang aktif dalam usaha mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan dalam konflik Israel-Palestin. 

"Tak seperti Ketua Pembangkang, kerajaan BN bercakap menyenai isu keselamatan Palestin dahulu...itu lebih penting. 

"Tapi Ketua Pembangkang ambil pendekataan berbeza iaitu mahu menjaga keselamatan Israel walaupun meletak syarat tertentu," katanya.

Shahidan BANTUT Hajat Anwar di Perlis…


Azmin sudah dikerah minggu lepas untuk turun ke Perlis dan melaksana agenda menawan Perlis dalam PRU yang akan datang. Menurut Anwar, Perlis masih lagi sebuah Negeri yang penting walaupun kecil dan terletak di hujung utara Malaysia. Pada Anwar, Perlis masih lagi sebuah Negeri. Kalau PR mampu menang dan menawan Perlis; ianya masih lagi sebuah kemenangan moral yang penting kepada Pakatan Rakyat.
Apa advantage PR di Perlis? Advantage yang paling nyata adalah kelemahan pentadbiran yang ada. Kepimpinan di Perlis nampak sangat seakan ‘detached’ dengan realiti sebenar di dalam market politik. Anwar dapat kesan kelemahan ini. Malahan, Anwar cukup yakin bahawa Azmin mampu untuk bertindak sewajarnya dalam memastikan kemenangan Perlis kali ini. Anwar mahukan kemenangan total di Perlis.
Report yang disampaikan Azmin semalam tidak digemari Anwar. Anwar merasakan peluang semakin tipis. Azmin memberitahu tentang beberapa perkara pokok yang bakal dilakukan oleh BN Perlis dalam masa yang terdekat:-
Shahidan akan berfungsi dengan lebih banyak dalam PRU akan datang;
Wujud kemungkinan Najib menukar MB selepas PRU akan datang;
Beberapa Bahagian akan diberikan tumpuan oleh MT UMNO;
Calon baru dan muda akan diberikan peluang;
Fathul Bari sebagai calon? Golongan ulama’ dalam arus perdana;
Bantuan kewangan yang lebih besar daripada Pusat;
Strategi ekonomi yang lebih mampan;
Semua point forms yang Azmin berikan kepada Anwar mendapat reaksi yang sangat negatif oleh Anwar.
Anwar mahukan usaha lebih bersungguh digunapakai untuk merosakkan rencana BN Perlis. Role dan fungsi Shahidan itulah yang menjadi kerisauan kepada Anwar. Anwar tahu, Shahidan mempunyai ‘bottomless pit’ daripada segi sumber kewangan dan tenaga. Itu perlu diberi perhatian – kata Anwar kepada Azmin.
Anwar mahukan Perlis kali ini. Kerjasama dengan PAS Perlis akan diperkukuh – dibantu dengan sumber kewangan yang sedikit sebanyak akan dibantu oleh DAP Pulau Pinang. Beberapa tycoon Cina di Pulau Pinang sudah dikenalpasti untuk menyumbangkan dana khas yang akan dikawal selia oleh Azmin Ali.
Soalnya, kenapa mesti Anwar berasa gentar dengan penglibatan aktif Shahidan? Ada sebab yang istimewa dan tersendiri?
Anwar mahukan imej Shahidan dirosakkan dengan beberapa perkara. Anwar mahukan beberapa isu mengenai Shahidan dilambakkan kepada media; khususnya yang melibatkan isu projek dan peluang ekonomi. Anwar tidak ingat details. Akan diserahkan kepada Rafizi kemudian.
Shahidan juga perlu objektif dan tidak TAMAK dalam memastikan kemenangan BN di Perlis. Shahidan WAJIB untuk menggunakan kayu ukur baru dalam menilai nama-nama yang layak untuk diangkat sebagai calon di Perlis – dan tidak mendahulukan KELUARGA SENDIRI.
Taktik untuk memperkenalkan calon muda dan baru sudah betul. Tapi, siapa?