Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Biseksual : Anwar Batal Saman Terhadap Nalla?


                                    
Laman suarapakatanrakyat.com dalam artikel terbarunya hari ini mendakwa saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk S. Nallakarupan akan dibatalkan tetapi saman terhadap Utusan Malaysia yang melaporkan sidang media itu akan diteruskan.
“Penulis menerima maklumat dari sumber dalam pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa saman sebanyak RM 100 juta yang difailkan ke atas Datuk S. Nallakarupan atas tindakan defendan mengeluar kenyataan fitnah menuduh Anwar sebagai seorang biseksual (disiarkan dalam Utusan Malaysia), akan dibatalkan.
“Bagaimanapun, saman ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel fitnah tersebut akan diteruskan”, katanya.
Menurutnya, ini menjawab teka teki kenapa writ saman ke atas kedua defendan tersebut masih tidak diserahkan sehingga sekarang, walaupun telah lama difailkan.
“Alasan kepada pembatalan tersebut, menurut sumber, ialah kerana Anwar mahu fokus kepada kempen pilihanraya umum yang akan datang, disamping majoriti daripada pasukan pembelaannya sekarang, yang akan turut bertanding dalam pilihanraya umum tersebut.
“Lagipun, dengan mengenepikan saman ke atas Nalla, harapan Anwar untuk memenangi saman tersebut dalam masa yang singkat dikatakan cerah, kerana bukti ke atasnya begitu kukuh sekali melalui penyiaran artikel tersebut.pada 20 Mac 2012, dibandingkan dengan masa panjang yang bakal diambil jika saman ke atas Nalla diteruskan”, katanya.

sumber

Pasport ditahan tetapi Pengerusi NFC masih ke luar negara



Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang masih bebas ke luar negara untuk tujuan perniagaan membuktikan operasi syarikat itu masih berjalan seperti biasa.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, ia bercanggah dengan dakwaan kerajaan Umno-BN projek itu telah ditender semula kepada syarikat lain dan akaun syarikat dibekukan sementara bagi membolehkan siasatan dilakukan.
“Pada 27 Mac 2012, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa projek ini telah ditender semula dan akaun NFC dibekukan. Oleh itu, mengapa Pengerusi NFC bebas ke luar negara termasuk ke Singapura dan Kazakhtan atas alasan urusan perniagaan? Adakah operasi perniagaan NFC berjalan seperti biasa?” soalnya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
13 April lalu, Mohamad Salleh, yang didakwa pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan pertuduhan mengikut Akta Syarikat, berjaya memperoleh pasportnya bagi membolehkannya selaku pengerusi eksekutif NFCorp dan pengarah serta ‘signatory’ Syarikat Meatworks (Singapura) Pte Ltd menjalankan tugas rasmi ke luar negara.
Mohamad Salleh akan ke Singapura pada 23 April hingga 26 April untuk memastikan perniagaan di sana berjalan lancar, mengerjakan umrah pada 28 April hingga 5 Mei, mengadakan lawatan ke Kazakhstan untuk mencari lokasi baru membuka ladang baru pada 5 Mei hingga 11 Mei dan ke London pada 11 Mei hingga 15 Mei bagi melawat anaknya di sana.
Pasport itu akan dikembalikan semula kepada mahkamah pada 16 Mei ini iaitu 48 jam selepas kembali ke tanah air.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang mendesak, kerajaan bertanggungjawab atas segala pembohongan mengenai pembekuan operasi NFC.
“Saya mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bertanggung jawab kepada persoalan ini. Walaupun kes ini masih dalam  perbicaraan mahkamah namun kerajaan harus bertanggung jawab memastikan kes penyelewengan dana awam ini diselesaikan dengan adil dan bijaksana,” katanya.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan mengadakan perhimpunan Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung di ibu negara, 29 April ini.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengemukan borang permohonan permit bagi mengadakan perhimpunan Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung di ibu negara, 29 April ini.

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata, permohonan tersebut akan mendapat maklum balas pada masa terdekat.

Menurutnya, mereka memohon kelulusan untuk menggunakan sama ada Dataran Merdeka, Padang Merbuk atau mana-mana tempat yang sesuai di ibu kota.

“Perhimpunan ini dijangka dihadiri orang ramai daripada pelbagai kaum bagi melahirkan rasa syukur di atas pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 baru-baru ini.

“Kita akan berdoa pada perhimpunan tersebut dan disertai tokoh- tokoh yang menyampaikan ceramah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.

Beliau turut menyelar tindakan wakil rakyat pembangkang menghina Raja-Raja Melayu ketika upacara pertabalan dan menganggap tindakan tersebut sebagai penderhaka serta hilang kesetiaan kepada negara.

Abdul Rahman berkata, perhimpunan yang bermula dari jam 9 pagi itu akan berterusan sehingga petang dengan pelbagai perngisian program.

“Kita akan terus mempertahankan institusi Raja dan mengajak orang ramai untuk bersama,” katanya.

Sementara itu, Perkasa akan terus mempertahankan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menganggap mereka yang meminjam seharusnya membayar semula.

“Kita bukan negara maju lagi yang boleh menanggung pelajar belajar ke universiti dengan percuma. Kerajaan juga sudah memberi biasiswa kepada pelajar yang cemerlang,” katanya.