‘Tiga ratus hingga 400 orang Melayu yang saya temui sendiri telah murtad.” Begitulah
pengakuan salah seorang dari dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan
memurtadkan umat Islam di Malaysia.Ramli Abdullah (bukan nama sebenar), 47, turut
memberitahu bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh Kristian yang
menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.Menurutnya, beliau memeluk agama Kristian kerana daya tarikan kumpulan mubaligh terbabit yang sentiasa ambil berat tentang keperluan asas kehidupannya."Sepanjang saya mengikuti kegiatan mereka, kumpulan ini mempunyai 20 hingga 30 orang Melayu yang telah bekerja untuk mereka."Manakala selebihnya adalah warga asing yang kebanyakkannya warga Korea yang fasih berbahasa Melayu," katanya dalam satu rakaman video yang didedahkan oleh Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini.Katanya, penglibatan dalam gerakan memurtadkan orang Islam ini bermula pada 2004 setelah kembali dari dihantar belajar oleh kumpulan terbabit di Singapura."Dalam gerakan ini tugas saya adalah untuk mendekati orang Melayu yang dikenal pasti berpotensi untuk dimurtadkan," katanya.Ramli berkata, upacara pembaptisan yang dilaluinya diadakan di sebuah apartmen di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur.Menurutnya, oleh kerana dia orang Melayu, upacara berkenaan tidak boleh dijalankan di gereja dan mendakwa dia dimasukkan ke dalam satu kolam renang sebagai simbolik upacara."Upacara ini dilakukan bagi membersihkan diri dan menjadikan saya orang baru dan kemudian saya perlu lafazkan sesuatu untuk menjamin tempat saya di syurga," katanya.Ramli memberitahu, kumpulan ini tidak secara terus memberi ganjaran kepadanya,sebaliknya mereka memberi imbuhan secara berperingkat seperti makan minum yang dijaga rapi sehinggalah diberi wang secara bulanan mencecah RM5,000.Hari ini, Hasan mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam,seperti yang dijanjikan sebelum ini.Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas Exco Selangor itu di sini.Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temu bual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun mendakwa telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu.Wajah kesemua individu yang ditemu bual dalam
rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan, kata Hasan dalam sidang medianya kemudian.Wartawan juga tidak dibenarkan daripada merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut.
Datuk Rizalman Calon P124
Khalid Si Songkok Senget |
Apa ni Khalid Ibrahim? Asyik menghilang je dari kawasan Bandar Tun Razak.
* Masa nak bertanding Pilihanraya Umum 2008, macam² janji hang dok tabur. Hang kata rakyat Bandar Tun Razak diutamakan.
* Masa dah menang, hang kata Bandar Tun Razak akan jadi kawasan Parlimen 'anak angkat' negeri Selangor.La ni batang hidung dia pun tak nampak. Disebabkan tu, Datuk Rizalman pula menjalankan tugas selaku 'wakil' kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
8 pagi - Perasmian Mesyuarat PIBG, SK Salak South
9 pagi - Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Perasmian Mesyuarat PIBG SMK Cheras
1030 pagi - Perasmian Program Belia Bebas, Desa Tun Razak Dadah Anjuran PEMADAM
1230 tengahari - Penyampaian Bantuan Warga Emas Di Kg. Malaysia Raya
aktiviti Datuk Rizalman Dato Mokhtar lebih sibuk berbanding aktiviti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Untung orang Bandar Tun Razak ada wakil rakyat serupa Khalid Ibrahim. Sudahlah menang jadi wakil rakyat tapi ada pula 'wakil'dari parti lawannya yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat.
Tahniah Datuk Rizalman. Teruskan bakti membela rakyat Bandar Tun Razak khususnya.
Menilai Kembali Pengurusan Zakat di Malaysia
Dengan memetik ucapan Tuan Guru Presiden PAS, yang disiarkan dalam Harakah, antara lain menyatakan: “Ibadat zakat sebagai contoh, sepatutnya orang yang mengendalikan wang zakat mengendalikan urusan bagaimana zakat itu sampai kepada sasaran, bagaimana zakat menyelesaikan kemiskinan. Bukan wang zakat dilaburkan untuk dapat untung sebanyak-banyaknya dan tak turun kepada sasaran. Bila zakat dijadikan modal untuk persaingan dalam perniagaan bukan menunaikan tanggungjawab, maka berlakulah pelbagai penyelewengan."
Bertolak daripada kenyataan di atas, Lajnah Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat ingin mengemukakan beberapa noktah serta isu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya pihak berkuasa dalam melaksanakan amanah zakat yang dihukumkan sebagai salah satu rukun Islam yang lima.
Pertama: Pengurusan Zakat
Pengurusan zakat merangkumi dua aspek penting iaitu kutipan dan agihan. Permasalahan yang timbul ialah sejauh mana sumber perolehan zakat bertepatan dengan ketetapan asal syarak dan adakah mekanisma pengagihannya kepada asnaf selaras dengan nas syarak dan keperluan semasa ummah. Ketidakseimbangan di antara hasil kutipan zakat dan pengagihannya sering berlaku dalam perlaksanaan kedua apsek tersebut.
Kedua: Pelaburan Harta Zakat
Walaupun dalam masalah ini menjadi khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama, tetapi isu amanah dan keboleh kepercayaan amat penting menjadi asas. Untuk mengukuhkan lagi jawapan ini, dinukilkan dari Buku Fatwa Zakat Kontemporari, antara lain menyebut: Keputusan Majma’ Fiqh Islami Tahun 1986 ialah harus pada prinsipnya melantik untuk menambahkan lagi aset zakat dengan mempermilikkan kepada golongan yang berhak menerima zakat atau sebagai pelaburan di bawah agensi agama yang dipertanggungjawabkan untuk mengutip dan mengagihkan zakat. Walaupun begitu, hendaklah mempunyai keperluan yang mendesak serta adanya jaminan supaya selamat daripada sebarang kerugian.
Ketiga: Peraturan Pengurusan Zakat
Dr. Yusuf al-Qaradhawi membuat komentar tentang situasi pungutan dan agihan zakat di negara-negara umat islam. Antara lain katanya:
- Mengumpulkan penghasilan zakat yang sedikit tidak cukup untuk menangani kefakiran yang tersebar luas dan masalah-masalah sosial yang lahir akibat kefakiran tersebut.
- Kelemahan penghasilan ini berlaku kerana beberapa sebab. Yang utamanya ialah lemahnya semangat beragama dan kesedaran orang ramai terhadap Islam hasil serangan pemikiran asing yang kufur. Keduanya, kerana rakyat mengelak diri daripada membayar zakat kepada negara disebabkan banyaknya bebanan cukai yang lain .Ketiganya, kerana hilangnya kepercayaan rakyat terhadap negara-negara yang memungut zakat disebabkan ia tidak menjalankan hukum yang diturunkan oleh Allah. Keempatnya, kerana mereka juga mempercayai bahawa kerajaan mereka tidak akan menyalurkan zakat tersebut pada bentuk yang dianjurkan sepertimana berlaku kepada kebanyakan cukai-cukai yang disalah gunakan penyalurannya.
- majoriti penduduk di negara itu tidak memiliki kekayaan dan tidak mempunyai penghasilan yang bernilai yang boleh menjadi sumber zakat. Inilah kesan daripada cara hidup yang dilalui oleh orang islam pada zaman ini, iaitu cara hidup orang-orang kafir yang dijejaki oleh orang islam sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak, nescaya akan diikutinya juga. Cara hidup tersebut ialah berlebih-lebihan dengan kemewahan, penampilan, perhiasan dan permainan haram yang bahan-bahannya diimport dari negara-negara asing, yang melemahkan sumber-sumber dan kekuatan kita, yang tidak mendatangkan manfaat kepada agama dan keduniaan kita.
- Penghasilan zakat yang sedikit ini akan dibelanjakan sebahagiannya untuk kegunaan pejabat, peralatan dan para pegawai yang dikhaskan bagi menguruskan kerja mengumpul dan mengagihkan zakat. Ini kerana kerja pentadbiran dan tugas ini adalah sukar. Juga kerana para petugas lebih menitik beratkan kehebatan dan penampilan pengurusan yang menelan harta zakat itu sebelum sampai kepada orang-orang fakir.
- Ketika agihan zakat mula tidak terurus di mana kebanyakan orang-orang yang berhak terhalang mendapat zakat, manakala kebanyakan orang yang tidak berhak menerima zakat kerana lemahnya pendidikan, pudarnya iman dan hati yang berpenyakit -sama ada orang-orang yang menjalankan urusan zakat itu atau rakyat- akhirnya natijah zakat dengan sendirinya tidak mampu menutup keperluan orang-orang fakir.
- Seterusnya timbullah kebencian masyarakat umum untuk mengeluarkan zakat dan merasakan ianya tidak berfaedah.
- Keadaan ini boleh menimbulkan keraguan masyarakat terhadap peraturan Islam seluruhnya.
- Dengan contoh ini, jelaslah kepada kita bahawa kemasukan peraturan asing masa kini dalam sebahagian pengajaran dan hokum-hakam Islam tidak menyelesaikan masalah dan tidak merawat penyakit masyarakat dengan sempurna. Sesungguhnya peraturan Islam mewajibkan umatnya memelihara kekayaan dengan membelanjakannya untuk perkara yang bermanfaat.
Semoga respon yang ringkas ini sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada kita untuk menjadi manusia yang benar-benar menjunjung perintah tuhan.
Lajnah Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat
Ust. Dr. Azhari Ariffin dan Panel Penyelidik
Langgan:
Catatan (Atom)