Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Saya tidak kisah disiasat

                                     Ahmad Said
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya benar pihak pembangkang ingin membuat dakwaan terhadapnya.

Ini berikutan ada ura-ura Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang ingin mengemukakan laporan terhadap Ahmad kepada suruhanjaya itu hari ini.

Malah, Ahmad secara sinis mengatakan, laporan itu sengaja ingin dibuat bagi menimbulkan isu memandangkan pemimpin Pas itu kini dalam keadaan tertekan.

“Bawalah (ke SPRM), saya tidak kisah. Ingin saya tegaskan, apabila laporan audit menyatakan ada kelemahan, kita akui kelemahan itu. Tidak semestinya berlaku penyelewengan.

“Kalau semua dianggap ada penyelewengan, payahlah. Saya saman dia sebab fitnah dan dia pula nak lapor kepada SPRM, saya tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Kata Ahmad, dia tidak menghadapi masalah untuk disiasat kerana rekodnya bersih selama tiga setengah tahun menerajui Kerajaan Negeri.

Malah katanya, dia menjadi calon setelah disahkan bebas oleh SPRM dan dilantik menjadi Menteri Besar setelah dibersihkan oleh SPRM daripada fitnah yang dilakukan oleh pihak lain.

“Saya tidak kisah. Saya jadi MB bukan tiga bulan setengah, tapi tiga tahun setengah. Dia sengaja timbulkan isu sebab dia kini dalam keadaan tertekan. Sudah tiga kali dia tipu, inilah pembohong bersiri.

“Apabila saya jawab, dia tiada. Kita bercakap dalam dewan (Sidang Dewan Undangan Negeri) dan apabila dia bohong, kita tidak boleh saman dia sebab dia dilindungi dewan. Tetapi sebelum dia bawa ke dewan, dia bercakap dulu dalam kolum dia di sebuah akhbar pembangkang, macam-macam,” katanya.

Kata Ahmad, dia berasa sangat kecewa kerana setiap kali ingin menjawab persoa­lan atau tohmahan yang dibuat oleh Dr Syed Azman, pemimpin Pas itu seolah-olah ingin mengelak.

Selain itu, Ahmad berkata, dia mengetahui penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh pihak tertentu menyatakan Kerajaan Negeri hanya membelanjakan RM4 juta bagi pendidi­kan, berbanding RM9 juta bagi Zoo Kemaman.

“Macam mana mereka boleh kata mcam tu sedangkan bantuan kepada pelajar sahaja sebanyak RM16 juta, Yayasan Terengganu pula belanja RM250 juta manakala e-Book sahaja RM23 juta. Banyak fitnah yang tidak munasabah,” katanya.

Demonstrasi 9 Januari cubaan ugut mahkamah - Dr. M



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya perlu menghormati undang-undang dan tidak perlu mengugut mahkamah dengan cadangan mengadakan demonstrasi di ibu negara pada 9 Jan ini.
Beliau berkata demonstrasi yang dicadangkan oleh Parti Keadilan Rakyat itu adalah satu cara mengugut proses mahkamah dan meletakkan mereka yang terbabit dalam proses perundangan dalam keadaan tertekan.
"Kita tidak harus mempengaruhi mahkamah dengan cara ugutan, umpamanya apabila mahkamah buat keputusan yang untung bagi mereka, mereka tidak ada demonstrasi,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama kepada lebih 150 bekas pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata jika ahli politik pembangkang percaya kepada demokrasi, mereka perlu menunjukkan rasa hormat kepada undang-undang dalam negara dan tidak cuma pandai bercakap tentang pelbagai peraturan yang kerajaan perlu patuhi.
"Negara ini sebenarnya mempunyai peraturan dan undang-undang tetapi pembangkang menganggapnya sebagai satu konspirasi dan mereka tidak perlu ikut.
"Mereka kata perhimpunan yang dianjurkan ini mempunyai kaitan dengan hak bersuara yang diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi sebenarnya amat jelas bahawa tujuan mereka adalah untuk mengugut mahkamah,” kata Dr Mahathir.
Dalam ucap utamanya yang berjudul “Malaysia kini dan peranan yang boleh dimainkan oleh pegawai-pegawai tentera yang bersara hari ini”, beliau berkata Malaysia sangat bertuah berbanding negara-negara yang merdeka pada zaman penjajahan British dahulu.
Untuk menilai kejayaan Malaysia, katanya, rakyat negara ini harus melihat negara ini dari luar di mana selepas lebih 50 tahun, kestabilan berjaya diwujudkan. - BERNAMA

Hasan Ali anggap demo "Bebaskan Anwar 901" sia-sia



Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menolak perhimpunan haram ”Bebaskan Anwar 901” pada 9 Januari ini dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.
Beliau berkata, ahli Pas tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.
"Jika semua pihak termasuk golongan pelajar dan muda turun pada hari itu ia akan memberikan implikasi tidak baik, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang berdepan dengan peperiksaan akhir.
"Saya tidak akan hadir dan saya nasihatkan anak-anak saya dan para mahasiswa khususnya supaya tidak hadir dan berikan tumpuan pada peperiksaan akhir supaya menjadi generasi pelapis yang lebih gemilang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.
Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah. - BERNAMA

Saya Kecewa Anwar/Azizah Tak Bantu



 “Parti ni (PKR)…terus terang saya cakap..saya kecewalah..bukan setakat pemimpin Keadilan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) tetapi (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sendiri..mereka tak bantu kami..”luah bekas Penolong Setiausaha Pemuda Parti Keadilan Nasional, Lokman Noor Adam yang mengimbau perjuangannya membela Ketua Umum PKR itu hingga ditahan ISA hampir dua kali.
“Kalau nak kira dari segi kekayaan Anwar Ibrahim..mereka boleh bantu keluarga kami ni..lebih daripada itu mereka boleh bantu..tak ada masalah anak kita (tak boleh) nak minum susu ke apa”, katanya yang merujuk kesusahan keluarganya ketika ditahan ISA selama 2 tahun 2 bulan.
Lokman bercerita perjuangannya membela Anwar Ibrahim selama ini dianggap sia-sia kerana apabila beliau sendiri ditahan polis dan ISA, keluarga Anwar tidak mempedulikan apa yang terjadi kepadanya.
“Yang ambil berat tentang kami ini ialah NGO yang dipanggil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)..Mereka ini terdiri daripada NGO JIM, ABIM dan beberapa NGO lain.
“Mereka ini yang banyak buat…kutip duit untuk bantu keluarga kami yang berada di luar”, katanya.
“Saya kena ISA dua kali. Kali pertama pada 23 Oktober 1998. Saya kena lebih kurang 59 hari. Saya kena tangkap 21 Oktober”.
Katanya, penahanannya kali pertama itu disebabkan beliau mengetuai satu demonstrasi besar-besaran daripada Masjid Negara ke Istana Negara untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) mendesak supaya YDPA campur tangan dalam kes Anwar Ibrahim.
“Dan pada tahun 2001, saya kena lagi sekali kerana pada ketika itu saya ketuai untuk buat satu demonstrasi dipanggil ‘Black 14’..hari untuk memperingati Anwar dipenjarakan selama 6 tahun.
“Setiap tahun kita buat perhimpunan ‘Black 14.’ Kita mahu kumpulkan orang dari seluruh pelusuk tanah air. Bawa orang naik keretapi, bawa orang naik bas, bawa orang naik pengangkutan masing-masing untuk kumpul di Kuala Lumpur. Untuk buat protes besar-besaran”
Katanya, turut ditahan bersamanya untuk penahanan kali kedua itu adalah Saari Sungib, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Lokman Noor Adam, Dr Badrulamin Bahron dan Mohd Ezam Mohd Nor.
“Masa dalam (tahanan ISA) tu lah. Dia (Tian Chua) beritahu, SUARAM ni ditaja oleh sebuah yayasan daripada Holand. Yayasan Holand ini sebenarnya ditaja oleh Soros.
Tian Chua sendiri mengakui penahanan dia tu tepat?
Memanglah. Semua yang ditahan tu ada sebab kenapa dia ditahan. Dalam ISA ni, saya dah duduk 2 tahun. Saya dah bercampur dengan semua. Saya dah bercampur dengan al-Maunah, saya bercampur dengan KMM, saya bercampur dengan JI (Jemaah Islamiah), semua kita bercampur.
Semua hampir mengaku tak bersalah. Semua mengatakan yang mereka ini teraniaya. Tapi, saya tahulah. Saya kena tahan, saya buat salah.
Dulu bila polis suruh kita berhenti, kita koyak saman polis. Garang tak garang kan dulu. Darah muda, standard lah tu.
Tian Chua, kalau nak ikutkan kesalahan dia tu, dia patut kena hukum gantung.
Kenapa?
Sebab dia mengkhianati negara. Dia terima duit daripada orang asing untuk buat kucar-kacir di negara kita. Soros akan taja apa sahaja untuk rosakkan nama Dr Mahathir.
Sebab, bila mana krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, Dr Mahathir straight away kata, ini disebabkan oleh penyangak mata wang bernama George Soros.
Kerana dendam kesumat George Soros itu, maka Soros sanggup biayai NGO-NGO ini untuk lanyak Malaysia. Untuk buat kucar-kacir daripada dalam. Jadi, ini tak khianat negara ke?
Saya duduk dalam ISA baru saya tahu benda ini berlaku.
Sebelum ini tak perasan?
Tak, kita tak tahu. Bila dah duduk 2 tahun, dah macam kawan-kawan, baru mereka buka cerita. Sebelum tu mereka tak cerita.
Setiap orang yang ditahan di Kem Kamunting ini apabila dibebaskan sudah tidak aktif lagi dengan PKR?
Itu tak betul.
Boleh saudara jelaskan?
Hari pertama saja saya keluar dari ISA, saya ceramah di Sungai Petani kalau tak silap saya. Dan setiap malam saya ceramah. Daripada dalam penjara, saya tahu saya akan dibebaskan. Sebab group pertama tu, mereka dibebaskan 2 minggu awal.
Jadi, dalam penjara, saya dah susun jadual ceramah saya. Memang kita tak pernah berhenti.
Ceramah untuk PKR?
Untuk PKR. Saya stop bersama mereka ni selepas saya dipecat tahun 2004. Sebelum itu, selepas dibebaskan saya masih lagi bersama mereka.
Hishamudin Rais bukan aktivis PKR?
Hishamudin Rais memang daripada dulu lagi bukan aktivis PKR. Dia ni nak kata komunis pun tak, nak kata sosialis pun tak. Dia ada dia punya fahaman sendiri yang dia seorang je faham.
Adakah dia termasuk dalam lingkaran Anwar juga?
Dia diguna pakai oleh Anwar untuk mepengaruhi orang-orang muda, pelajar-pelajar universiti. Dulu ramailah, Gerakan Mahasiswa Lantang bawah dia lah. Ada satu group yang dipanggil Universiti Bangsar Utama (UBU). Ini di bawah Hishamudin Rais.
Bermakna orang yang ditahan itu ada sebab tersendiri?
Semua ada sebab. Hishamudin Rais dari tahun 70-an dah patut kena ISA. Tapi dia dah lari. Dapat suaka politik di Sweden.
Saari Sungip kerana dia antara orang yang menggerakkan himpunan 100,000 orang (rakyat).
Badrul Amin, dia ceramah tak ingat dunia. Harussani Zakaria pun dilanyaknya. Dia punya contribution itu mempengaruhi orang untuk mempercayai sesuatu yang tidak betul berlaku.
Ezam sama dengan sayalah, mengepalai demonstrasi-demonstrasi.

PKR desak SPRM dakwa pengerusi eksekutif NFC


PKR mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera mendakwa Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail susulan kes seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" dikenakan dua tuduhan menipu Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) itu bulan lalu.
Shamsubahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 30 Disember lalu.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan pada tindakan pihak berkuasa mendakwa Shamsubahrin atas tuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan wang sebanyak RM1.755 juta, pihaknya percaya SPRM perlu mengenakan tindakan segera ke atas ketua projek ternakan lembu itu.
Kata Rafizi, beliau amat kesal kerana pihak berkuasa masih terus mahu melindungi Mohamad Salleh dan keluarga menteri kanan walaupun secara jelas beliau terbabit dalam cubaan menutup penyelewengan lebih besar dalam NFC.
Sebaliknya kata beliau, pihak berkuasa membuat keputusan untuk mendakwa Shamsubahrin atas tuduhan cuba menipu NFC sedangkan wang yang terlibat adalah dengan tujuan merasuah pegawai-pegawai SPRM dan PDRM, kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Oleh itu kata beliau, PKR mendesak SPRM supaya dengan segera memulakan siasatan ke atas Mohamad Salleh dan pengurusan NFC.
Kata beliau, PKR boleh mengesahkan melalui maklumat yang diperoleh setakat ini bahawa wang RM1.755 juta itu dibayar oleh Mohamad Salleh.
“Wang tersebut dibayar melalui cek oleh Datuk Seri Mohamad Salleh. Tugasan Datuk Shamsubahrin adalah menjadi orang tengah,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorongnya bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu 20 November lepas.
Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas.
Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada SPRM selepas ditahan pada 22 Disember.
Sementara itu, Rafizi juga berkata beliau akan memberi segala maklumat berkaitan skandal NFC di Bukit Aman pada jam 3 petang ini.
Katanya, beliau bersetuju untuk mendedahkan dokumen asas iaitu senarai perbelanjaan terperinci dari akuan bank utama yang dimiliki oleh NFC, yang telah dihantar secara sulit oleh seseorang yang tidak dikenalinya.
“Ramai yang menuduh kononnya dokumen ini palsu sehinggakan seolah-olah siasatan lebih banyak tertumnpu untuk mencari identiti mereka yang membocorkan maklumat kepada PKR.
“PKR yakin pihak polis dan SPRM sepatutnya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mendapatkan bukti dengan cepat untuk mendakwa mereka yang terlibat dalam kes penyelewengan NFC,” katanya.

Jangan perjudi nasib negara



Orang ramai diingatkan supaya tidak turut serta dalam perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 yang boleh mengundang pelbagai malapetaka kepada negara.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, sebagai warganegara yang bertanggungjawab, rakyat tidak boleh memperjudikan nasib negara untuk menuntut pembebasan seorang yang dihakimi melalui sistem perundangan.
"Jumlah 100,000 penyokong yang mahu dikumpul bukannya sedikit. Banyak perkara yang tidak diduga boleh berlaku. Tidak mustahil akan berlaku kekecohan dan kekacauan yang akan menggugat keamanan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali baru-baru ini membuat kenyataan untuk meneruskan Kempen Bebaskan Anwar 901 di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 9 Januari ini dan menyasarkan dapat mengumpul 100,000 penyokong.
Ibrahim turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan hasutan penyokong Anwar dan pemimpin parti politik yang tidak akan bertanggungjawab terhadap apa yang mungkin berlaku pada hari berkenaan.
"Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk membebaskan Anwar. Jika keputusan tidak berpihak kepadanya, apa yang bakal terjadi mungkin sudah boleh diramal," katanya.
Amaran yang sama turut ditujukan kepada golongan mahasiswa supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti demonstrasi jalanan.

Nur Amalina nafi dakwaan dirinya sudah 'hanyut'

                                    SABARIAH Hassan berinteraksi dengan Nur Amalina Che Bakri melalui sidang video di 
                                                                 rumahnya di Taman Saujana, Kota Tinggi, Johor

Nur Amalina Che Bakri menegaskan beliau berada dalam keadaan baik dan sentiasa memberi tumpuan kepada pengajian perubatan yang sedang diikutinya di Universiti Edinburgh, Scotland.

Melalui sidang video Internet menerusi perisian Skype dengan pemberita di kediaman keluarganya di Kota Tinggi, dekat sini, mahasiswa berusia 23 tahun itu sekali lagi menafikan dakwaan yang dia sudah hanyut dengan kehidupan sosial.
Beliau turut memberi penjelasan terperinci berhubung beberapa keping gambar yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Menurutnya, beliau memang meminati fesyen dan berpakaian cantik sejak kecil lagi, justeru tidak timbul isu telah membuka tudung kerana ia hanya dipakai ketika ke sekolah dan majlis-majlis yang memerlukan ia dipakai.
"Mengenai gambar dengan seluar yang dikatakan seksi, seluar itu ibu yang belikan dan dia sendiri yang mengambil gambar itu. Takkan ibu nak belikan pakaian yang melampaui batas? Seluar itu tidak menampakkan kulit kerana ia terdiri dari dua lapisan dengan lapisan berwarna coklat.
"Gambar dengan Sam pula adalah salah seorang kenalan Ina yang ibu juga kenal. Ia dirakam dalam keadaan rapat tetapi kami tidak bersentuhan, berpelukan atau melakukan apa-apa, malah ia juga telah dipotong walhal ia gambar secara beramai-ramai bersama rakan lain," katanya.
Jelas Nur Amalina lagi, Sam merupakan kenalan biasa yang turut sama dengan rakan-rakan lain merasai masakan Melayu apabila ibunya Sabariah Hassan, 52, berkunjung melawatnya di sana.
Tambahnya, gambar meluncur ais bersama rakan pula dirakam ketika sambutan hari lahirnya baru-baru ini.
Katanya, adalah mustahil untuk belajar setiap masa dan kadangkala beliau melepaskan tekanan dengan melakukan aktiviti bersama rakan lain seperti meluncur ais, bermain boling dan bersiar-siar.
Tegas beliau, biasiswa yang diberikan semuanya digunakan untuk pengajian dan belanja pakaian disediakan oleh ibunya sendiri.
Ditanya sama ada kontroversi ini sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan dalam pengajian, Nur Amalina berkata, isu itu akan meningkatkan lagi semangat dan motivasinya untuk mengharumkan nama negara.
"Terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat dan komen mengenai saya. Saya akan jadikan ia sebagai iktibar untuk menjadi insan yang lebih baik tetapi bukan dengan kutukan dan menjatuhkan saya," katanya.

Tindakan tegas jika guru, pelajar sertai perhimpunan haram



Kementerian Pelajaran memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar dan guru yang menyertai perhimpunan haram 'Kempen Bebaskan Anwar 901' pada 9 Januari ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam perkara itu memandangkan polis sudah membuat kenyataan tidak akan mengeluarkan permit kepada perhimpunan tersebut.
''Oleh itu, saya nasihatkan semua pelajar dan juga guru, jangan sekali-kali terlibat," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Kolej Tunku Kurshiah di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Abdul Halim Abdul Razak dan Pengetua Cemerlang TKC, Che Kamaliah Endod.
Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menjadikan rakyat sebagai mangsa untuk mempertahankan politiknya.
Jelas beliau, kempen itu sebenarnya mempunyai niat buruk kerana mengajak rakyat supaya menghina institusi kehakiman negara.
Beliau menambah, jika Anwar boleh menangguhkan perbicaraan kesnya sehingga dua tahun, mengapa dia tidak menggunakan mahkamah untuk mengemukakan rayuan jika didapati bersalah.
''Sepatutnya sebagai pemimpin yang melaung-laungkan demokrasi, Anwar perlu berasa tanggungjawab atas segala kesalahan yang dilakukan dan menggunakan haknya untuk merayu di mahkamah dan bukannya menggunakan demonstrasi jalanan untuk menuntut haknya.
''Saya fikir tindakan seperti itu adalah lakonan semata-mata kerana Anwar tahu dia sudah kehabisan cara untuk mempertahankan kesalahan moral yang dilakukan," katanya.

HEEEMMM BIAR JE LA,SENANG SIKIT NAK TAHU SIAPA CIKGU-CIKGI NI......

Anwar pendukung pluralisme?



                                                              

                                                                                    Ismail Mina Ahmad

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.
“Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.
Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.
Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.
“Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?
“Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau,” katanya sambil menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek kerajaan.
Ditanya mengenai perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’, beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.
“Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.
“Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,” ujarnya.

Al-kisah Saiful Bukhari, Anwar, Azlan dan Raja Petra…



SAIFUL Bukhari Azlan tidak gelabah menantikan detik-detik 9 Januari 2012 ini. Tarikh itu sebenarnya dipopularkan oleh propagandis Anwar Ibrahim dengan panggilan 901, lebih kurang sama seperti hari keruntuhan Pusat Dagangan Dunia New York di Amerika Syarikat iaitu pada 911.Saiful, 27, menjalani kehidupannya seperti orang muda yang lain. Beliau tenang. Beliau keluar berjumpa orang. Beliau tidak gelabah. Beliau bukan pemarah. Beliau kini menyerahkan kepada Allah Taala sebarang keputusan yang akan didengarinya pada pagi Isnin depan, 901.Beliau sudah bersumpah laknat di masjid. Pendek kata beliau tiada apa-apa lagi tekanan. Beliau akan terus berdoa, beristiqamah dan bersabar. Sebagai mangsa, beliau menyerah kepada qada dan qadar Allah SWT.Sebaliknya bagi Anwar bin Ibrahim, 901 yang akan dihadapinya itu bukanlah kali pertama, tapi sudah kali kedua. Pertuduhan kali kedua yang dihadapinya juga membabitkan kes liwat, sama seperti pertuduhan kali pertamanya membabitkan bekas pemandu isterinya.Bagi masyarakat Barat, kes liwat ini bukanlah satu jenayah. Ia bukan sesuatu yang menjelekkan. Ia juga bukan suatu taboo atau sesuatu yang orang mahu sembunyikan.Di Barat, liwat-meliwat atau kehidupan gay adalah sebahagian daripada cara hidup. Lelaki boleh bernikah dengan lelaki. Mereka boleh menjalinkan hubungan seks sama jenis.Mungkin kerana itulah para propagandis Anwar mahu menjadikan hari 901 itu sebagai Rakyat Hakim Negara. Mereka mahu menjadikan undang-undang di tangan mereka.Tapi di Malaysia, undang-undang tidak membenarkan liwat. Jika ada kes, ia harus dibicarakan. Biar mahkamah yang menentukan salah atau tidak. Agama Islam lebih-lebih lagi tidak membenarkan langsung amalan liwat. Anak-anak kita diajar mengenai kisah Nabi Lut a.s. sejak dari kecil lagi.Gay atau homoseksual dikenal dengan istilah liwat. Imam Ibnu Qudamah mengatakan bahawa, telah sepakat (ijma’) seluruh ulama mengenai haramnya homoseksual (ajma’a ahlul ‘ilmi ‘ala tahrim al-liwat) [Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 12/348].Sabda Rasulullah SAW: “Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut” (Hadis riwayat Ahmad).Hukuman untuk gay adalah hukuman mati dan tidak ada khilafiyah di antara para fuqaha’ termasuklah di antara para sahabat Nabi Muhammad SAW mengenainya. Ini seperti dinyatakan oleh Qadhi Iyadh dalam kitabnya Al-Syifa’.Sabda Rasulullah SAW: “Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah kedua-duanya (peliwat dan yang diliwat).” [HR Al-Khamsah, kecuali an-Nasa’i].Namun, dalam pelaksanaan hukuman bunuh tersebut, para sahabat Rasulullah SAW berbeza pendapat mengenai tatacara (uslub) hukuman mati ke atas golongan gay ini.Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay mesti dibakar dengan api hingga mati. Menurut Ibnu Abbas ra, mesti dicari bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, lalu dihumbankan si gay tadi dengan kepala ke bawah dan setelah jatuh ke tanah, dilempari dengan batu.Menurut Umar bin Al-Khattab r.a dan Usman bin Affan r.a, golongan gay dihukum mati dengan cara dihempapkan dinding tembok kepadanya hingga mati.Meskipun para sahabat Rasulullah SAW berbeza pendapat tentang uslub pelaksanaan hukuman, namun semuanya sepakat bahawa golongan gay ini wajib dihukum mati. [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 21].Begitu seriusnya kes liwat ini. Oleh sebab itulah Islam melarang perbuatan itu. Banyak kemudaratan daripada amalan gay dan liwat ini. Ia boleh menghancurkan manusia sebagaimana yang berlaku di zaman kaum Nabi Lut a.s. Tidak mustahil ia boleh berlaku lagi sekarang.Berbalik kepada Saiful dan Anwar, Anwar nampaknya begitu gelabah. Kita tidak pasti mengapa beliau gelabah. Apakah Anwar terlalu merasakan dirinya bersalah?Apa yang kita tahu, para propagandisnya sedang rancak merangka rancangan siang dan malam untuk memastikan kempen Bebaskan Anwar 901 dilaksanakan. Anwar mahu mengembalikan zaman reformasi. Mereka mahu berhimpun dan membuat bising.Bagi Saiful pula sebaliknya. Apa yang dihadapinya itu ialah masalah peribadi. Bukan soal politik. Anwar pula sebaliknya mahu menjadikannya sebagai isu politik.Anwar mendakwa dia difitnah oleh kepimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Tapi apa kena mengena Najib dengan Anwar? Kes liwat dengan Saiful ini bermula semasa zaman Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Pada zaman Abdullah juga Anwar dibebaskan.Jadi siapa fitnah siapa? Nampaknya Anwar dan pengikut-pengikutnya sudah keliru.Bapa Saiful, Azlan memberitahu saya, keluarganya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan keputusannya. Rakyat boleh menilai siapa benar, siapa salah.‘‘Jika anak saya salah, kami reda. Saya berdoa kes ini berjalan lancar tanpa ada huru-hara. Bukan saya tidak mengenali Anwar secara peribadi.‘‘Malah saya pernah menjadi penyokong tegar Anwar semasa zaman reformasi dulu. Perhimpunan reformasi di Masjid Negara dulu saya adalah salah seorang daripada ribuan penyokong Anwar Ibrahim.’’‘‘Malah saya juga pernah berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar kerana mengambil anak saya sebagai pegawai khasnya. Dan Datuk Seri menjawab dengan suara bergurau, jangan risau kalau dia (Saiful) nakal saya pukul dia…’‘ kata Azlan kepada saya semalam.Jika bapa Saiful, Azlan pernah menjadi pengikut tegar Anwar, begitu juga dengan Raja Petra Kamarudin, atau dikenali sebagai RPK.RPK juga pastinya bersama-sama dengan bapa Saiful, Azlan berada di Masjid Negara semasa zaman reformasi dulu.Kini, bersama-sama dengan bekas-bekas pemimpin PKR – termasuk dengan bekas-bekas setiausaha sulit Anwar – semua mereka telah lari meninggalkan Anwar. Mengapa? Sebabnya, mereka tahu siapa itu Anwar.RPK dalam reaksinya kepada New Straits Times semalam, hasil wawancaranya yang disiarkan oleh akhbar Ahad lepas, berkata: ‘‘Bukan semua boleh menerima kenyataan.’’‘‘Sudah tentu, saya menjangka akan dihentam. Mereka hanya mahu saya bercakap apa yang baik untuk telinga mereka saja, walaupun benda itu tidak betul,’’ katanya ketika mengulas asakan yang diterima daripada penyokong Anwar ekoran wawancara Ahad lepas.Akhir sekali, Anwar kena percaya kepada takdir qada dan qadar Allah SWT. Beliau mungkin menganggap dirinya hebat. Beliau mungkin boleh bercakap mengenai ketamadunan, peradaban, pemikiran, ilmu dan intelektualisme manusia.Beliau mungkin the custodian of knowledge atau pun the Renaissance Man seperti Leonardo da Vinci. Tapi sedarlah, orang yang bijak pun boleh jatuh. Personaliti mereka juga boleh runtuh.Kejatuhan mereka hanyalah kerana beberapa kesalahan kecil. Begitu juga Anwar.