Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

AWAS: Jangan Buat Laporan Polis!!!



Ibrahim Baba – Peringatan kepada para mangsa jenayah terutama jika anda dirogol atau anda diliwat
Peringatan ini adalah kepada sesiapa sahaja yang menjadi mangsa rogol atau liwat agar tidak nanti dituduh bersalah atas kesalahan QAZAF.
Tetapi jangan bimbang, ianya hanya akan dilaksanakan jika berlaku perubahan pemerintahan kerajaan negara, yakni apabila Pakatan Rakyat memerintah.
Ini yang IB rasa akan berlaku dan menjadi antara agenda utama yang bakal berubah bagi membebaskan Anwar dan menghumbankan Saiful kerana membuat laporan Anwar liwat beliau.
Pada ketika itu nanti, kenalah kita banyak berdoa agar ahli keluarga kita, sahabat handai dan orang-orang yang kita sayangi serta masyarakat umum sekalian dilindungi dari menjadi mangsa jenayah rogol atau liwat. KERANA jika ianya berlaku (nauzubillah) kita tidak boleh lagi membuat laporan polis dan hanya menerima sahaja nasib kita sebagai mangsa jenayah. Dan penjenayah bakal dianugerah sebagai imam Mahdi.
Sama-sama kita doakan agenda perubahan sebegiini tidak berlaku.
Sekian, IB

NGO persoal tiada tindakan terhadap Ariffahmi




 Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mempersoalkan kenapa sehingga sekarang tiada tindakan diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
Mereka mendesak SPRM agar memaklumkan kepada umum sekiranya Abdul Ariffahmi yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bersalah atau tidak berhubung dakwaan berlaku penyelewengan ketika beliau menjawat jawatan tersebut.
SPRM diminta memaklumkan hasil siasatan untuk memastikan integriti suruhanjaya itu sentiasa terjaga kerana sikap berdiam diri SPRM berhubung isu itu boleh menimbulkan persepsi bahawa ada 'tangan' yang cuba menyelamatkan seseorang daripada didakwa atas kesalahan rasuah.
Timbalan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, tempoh sehingga lebih dua tahun yang diambil SPRM untuk menyelesaikan siasatan sangat lama, menyebabkan timbul banyak persepsi negatif mengenainya.
"Ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi termasuk adakah SPRM cuba melindungi sesetengah pihak apabila laporan hasil siasatan masih tidak dimaklumkan.
"Sikap mendiamkan diri itu juga sebenarnya menimbulkan persepsi negatif kepada yang dituduh dan kepada badan yang menjalankan siasatan itu sendiri," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini, hari ini.
Siasatan SPRM terhadap Ariffahmi bermula pada 2009 apabila timbul dakwaan yang disiarkan di beberapa blog bahawa beliau melakukan penyelewengan di dalam PMBK selain kontroversi mengenai pelantikannya ke jawatan tersebut memandangkan Nik Aziz adalah bapa mertuanya.
Hasil siasatan itu, bagaimanapun masih belum diketahui kecuali kenyataan bekas Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd. Nor yang dilaporkan Utusan Malaysia pada 31 Julai lalu bahawa siasatan sudah selesai dan dihantar ke ibu pejabat suruhanjaya di Putrajaya untuk tindakan lanjut.
Ia adalah kenyataan terakhir yang dikeluarkan SPRM Kelantan manakala ibu pejabat SPRM di Putrajaya juga masih belum mendedahkan sebarang laporan mengenai siasatan tersebut.
Wan Khairul Ikhsan menegaskan, ada dua perkara asas yang tidak boleh dipolitikkan di negara ini iaitu agama dan perbuatan rasuah justeru sesiapa sahaja yang didapati melakukan kesalahan itu perlu dihukum.
Sementara itu, Presiden Gerakan Selamatkan Kelantan (Gasak), Norazli Ahmad berkata, dakwaan mengenai penyelewengan itu sangat penting untuk diketahui umum kerana ia membabitkan sebuah kerajaan yang memerintah negeri.
"Pandangan saya kalau salah, dakwa dan kalau tidak, bebaskan. Cuma masalahnya sekarang, SPRM tidak berkata apa-apa selain kenyataan suruhanjaya itu bahawa laporan siasatan sudah dihantar ke Putrajaya.
"Rakyat mempunyai hak untuk tahu, justeru kita desak agar SPRM keluarkan hasil laporan siasatan dan bukannya terus berdiam diri kerana kita mahu tahu dan tidak akan lupa mengenai dakwaan penyelewengan itu," katanya.

AZMIN ALI TIDAK LAYAK SEBAB BUKAN AHLI KELUARGA



Pembangkang akan menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang baru jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Mendedahkan perkara tersebut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, itu adalah taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.
“Perkara ini telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai oleh semua pemimpin tertinggi dari DAP, Pas dan PKR.
“Taktik baru ini mereka tonjolkan seolah-olah mereka sudah yakin Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa Nurul Izzah akan didapati bersalah dalam perbicaraan kes liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini.
“Dengan mencalonkan Nurul Izzah, pembangkang yakin rakyat terutama golongan muda pasti akan simpati terhadap bapanya yang kini menghadapi kes liwat,” katanya.
Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas menghadiri majlis perjumpaan Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Yayasan Melaka hari ini.
Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pemimpin pembangkang melihat penampilan Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat tidak memungkinkan mereka untuk meraih sokongan rakyat seterusnya memenangi pilihan raya kali ini.
“Saya diberitahu pemimpin tertinggi pembangkang tidak bersetuju untuk menyandarkan harapan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail begitu juga Timbalan Presiden, Azmin Ali,” ujarnya.
Justeru katanya, pemilihan Nurul Izzah dilihat adalah pilihan tepat untuk meraih simpati rakyat bagi memastikan pembangkang menang pada pilihan raya nanti.

SEBELUM INI BISING SEKARANG SENYAP



Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali enggan mengulas mengapa beliau tidak ikut serta dalam pertemuan 'mahabbah' anjuran presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertujuan mencari penyelesaian berhubung kemelut 'perang' terbuka dalam parti itu.
Sambil menyifatkan segala kemelut antara beliau dengan bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa serta bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali telah selesai, Mustafa berkata, dia tidak mahu lagi memberi sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.
"Tiada ada lagi yang perlu saya cakap, saya sudah tutup mulut. Kalau membabitkan isu ini, saya tidak mahu lagi bercakap. Saya hanya akan bercakap atas kapasiti sebagai Setiausaha Agung Pas dalam isu yang lain," katanya
Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemelut yang melanda parti itu membabitkan Nasharuddin, Hasan dan Mustafa sudah berakhir selepas satu pertemuan bersama pucuk pimpinan parti diadakan di Kelantan dengan Hasan dikatakan memohon maaf.
Sebelum ini, Mustafa menuduh Nasharuddin dan Hasan terperangkap dalam agenda politik UMNO selepas bekas Timbalan Presiden dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu mengkritik dasar serta perjalanan parti tersebut secara terbuka tetapi tuduhan berkenaan dinafikan.
Setiausaha Agung Pas itu kemudian mendakwa pula Hasan pernah mengadakan pertemuan dengan tiga individu lain yang dikaitkan dengan UMNO di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ramadan lalu, tetapi sekali lagi ia dinafikan Hasan dengan beliau membuat dakwaan balas.
Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan komen Nasharuddin dan Hasan gagal.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pemimpin Pas perlu menjadi pejuang Islam yang berakhlak mulia dengan mencintai perdamaian, menghargai persahabatan, memohon maaf jika tersalah serta memaafkan kesilapan orang lain.
"Apabila bertelagah melampau-lampau, tiada jiwa kemanusiaan, tiada semangat bertolak ansur untuk memohon maaf atau memberi kemaafan, apa yang dicari dalam hidup ini? Nak jadi tuhan tak mungkin. Nak jadi nabi mustahil. Berlapang dada dan jauhkan buruk sangka," katanya.

Bebaskan Anwar 901: Sikap Majlis Peguam dipersoal



Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Majlis Peguam terhadap rancangan pembangkang mahu mengheret rakyat menjadi pelindung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi pertuduhan mahkamah, melalui kempen “Bebas Anwar 901”.
"Kepada Bar Council (Majlis Peguam), mereka perlu ada pendirian. Adakah semua kes yang diheret ke mahkamah seperti kes rogol dan bunuh, tertuduh akan buat perkara seumpamanya (buat perhimpunan sedangkan mahkamah belum membuat keputusan),” katanya kepada Bernama hari ini.
Kempen “Bebas Anwar 901” dilihat sebagai satu bentuk provokasi terhadap kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebagai tertuduh.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan berhubung kes liwat itu pada 9 Januari ini.
Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga meminta pihak berkuasa keselamatan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang perhimpunan seumpama itu daripada berlaku. - BERNAMA

SMM didakwa cuba 'tumpang' program UPSI



Gerakan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dipercayai merancang untuk 'menumpang' program sambutan tahun baru anjuran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Perak yang akan dihadiri oleh 1,500 mahasiswa pada Sabtu ini untuk mengadakan perhimpunan haram.
Gerakan itu didakwa cuba mengaitkan pengunjung sambutan tersebut sebagai penyokong mereka bagi menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan.
Perkara tersebut didedahkan oleh mahasiswa UPSI yang bimbang perhimpunan bermotifkan politik itu akan menganggu sambutan tahun baru anjuran universiti tersebut yang kebiasaannya dipenuhi dengan acara sukan.
Sumber berkata, tindakan SMM untuk 'menumpang' program tersebut adalah bagi mendapat sokongan daripada mahasiswa lain.
"Berdasarkan maklumat yang diperolehi, SMM bersama tidak lebih 50 ahlinya dengan berbekalkan beberapa kain rentang akan mengadakan perhimpunan pada program berkenaan.
"Selain meraih sokongan, mereka juga dijangka akan mendakwa kononnya pengunjung seramai 1,500 yang hadir menyokong tindakan mereka yang mahu AUKU dimansuhkan.
"SMM sebenarnya hanya ingin 'menumpang' program tersebut bagi melunaskan tuntutan berbaur politik yang dipercayai didalangi pihak-pihak tertentu," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini hari ini.
Baru-baru ini, kira-kira 200 ahli SMM berkumpul dan berarak untuk menggesa AUKU dimansuhkan kerana didakwa menyekat kebebasan akademik.
Sebelum menyerahkan memorandum bantahan itu, beberapa ahli SMM ketika berpiket di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertindak menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

JAWI : Dakwaan Salah Guna Wan Zakat Bermotif Politik



Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali menyifatkan dakwaan penggunaan wang zakat bagi pembayaran kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain, sebagai berbaur politik.
Che Mat, yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkata kes seperti itu sepatutnya tidak timbul kerana pembayaran tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan geran kerajaan.
“Oleh demikian, ada sesetengah individu yang nak sebut kita menyeleweng duit dan sebagainya, adalah tidak betul sama sekali demi mempertahankan kesucian umat Islam dan kredibiliti MAIWP sebagai satu-satunya badan berkuasa agama di Wilayah Persekutuan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini Khamis.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan tiga responden membabitkan Jamil Khir, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain.
Pembayaran kos guaman tersebut adalah membabitkan kes tuntutan qazaf Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin Ismail telah menjelaskan bahawa pihaknya mempunyai peruntukan khas daripada geran kerajaan bagi tujuan pembayaran yuran guaman.
Che Mat turut menjelaskan bahawa penyelewengan bukan dasar dan hala tuju jabatan terutama jabatan agama atau MAIWP.
Katanya sebagai umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan, mereka seharusnya memberi tumpuan kepada tugas asasi iaitu menyatukan dan memperkasakan umat Islam.
“Saya menyeru supaya perkara seperti ini diambil iktibar, diambil perhatian oleh masyasrakat kita sendiri supaya kita dapat sama-sama memerhati bahawa kita harus bersatu-padu, harus memperkasakan umat Islam.
“Itulah harapan kita, supaya kita dipandang mulia oleh orang lain dan sebagai umat yang betul-betul mengikut landasan Islam yang benar,” katanya -bernama

Seteguh Tekad – Prof Dr Sidek Baba


Berikut petikan pengalaman Prof Dr Sidek Baba ketika ditahan ISA selepas penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 September 1998.

Waktu itu kira-kira pukul 8.00 malam, 21 September 1988. Aku dan anak sulungku Iskandar keluar dari rumah dan bercadang bertemu seorang kawan. Selalunya aku jarang ditemani. Tapi malam itu, entah bagaimana tergerak hati ini mengajak anakku itu yang masih belajar bidang undang-undang di UIA untuk menemani.
Sambil menunggu Iskandar bersiap dan mencari kunci kereta yang salah letak, aku terus berfikir tentang pelbagai perkara. Ada suatu perasan yang tidak boleh digambarkan menyelinap di hati ketika itu.
Suasana politik agak gawat akibat penangkapan Datuk Seri Anwar pada malam 20 September itu. Aku masih teringat DSP Hamid datang ke pejabat pada pagi dan petang 21 September dengan seorang pegawai polis yang lain. Aku tidak mengesyaki apa-apa tentang kedatangan mereka. Aku memang kenal baik dengan DSP Hamid yang selalu membantuku mengatasi masalah keselamatan di kampus.
Pada pagi itu, DSP Hamid menemuiku di pejabat. Aku memberi gambaran mengenai suasana kampus yang agak terkawal walaupun ada kegelisahan di kalangan pelajar-pelajar akibat penangkapan itu. Aku memberikan beberapa surat atau siaran yang telah aku hantarkan kepada para pelajar meminta mereka bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menggugat keselamatan negara.
DSP Hamid mengambil surat itu dan bercadang untuk menghantarnya ke Bukit Aman melalui faks. Tetapi aku melihat wajah DSP agak tidak selesa seperti kebiasaan aku bertemu dengannya.
Pada petang itu, DSP Hamid datang sekali lagi dengan pegawai yang sama. Hatiku timbul rasa tidak sedap dengan kedatangan kali kedua. DSP Hamid bertanya sama ada aku mempunyai kelapangan pada waktu itu untuk mengikutnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam.
Aku memberitahunya bahawa aku tidak ada kelapangan kerana banyak perkara yang harus diselesaikan di pejabat, tambahan pula keesokan paginya ada mesyuarat penting di Petaling Jaya. Aku berjanji dengannya untuk ke sana selepas selesai mesyuarat nanti. Tetapi hatiku sudah mula merasakan sesuatu hasil kunjungan DSP Hamid sebanyak dua kali itu.
Selepas aku terjumpa kunci dan Iskandar telah bersedia menemaniku, aku melangkah keluar rumah. Isteriku pada waktu itu sedang memasak nasi di dapur. Sebaik sahaja membuka pintu pagar, aku didatangi oleh seorang lelaki yang baru keluar dari kereta proton WIRA dan bertanya sesuatu.
“Ini rumah Dr. Sidek Baba?”
“Ya!”
“Adakah tuan Dr. Sidek Baba?”
“Ya!” jawabku ringkas.
“Saya diarahkan untuk membawa tuan ke Balai Polis Gombak,” kata pegawai itu. Ada beberapa orang pegawai yang lain menunggu di dalam kereta.
Aku menerima kenyataan itu denga tenang. Jauh di hati kecilku berbisik, aku akan diISAkan.
“Saya nak beritahu isteri saya sekejap.” Aku meminta izin untuk memberitahu isteriku yang sedang memasak.
Uda Iskandar yang masih berdiri tercegat di muka pintu bertanya mengenai kedatangan orang itu. Aku menyebut kepadanya bahawa aku mungkin ditangkap dan mungkin akan ditahan di bawah ISA. Anakku terdiam.
Aku lantas ke dapur dan memberitahu isteriku. “Polis nak ambil abang. Mereka ada di luar.”
Isteriku tercegat dan terdiam sebentar. Wajahnya kelihatan cemas. Air mukanya agak berubah tetapi terkawal dan kelihatan agak gamam.
“Okeylah, abang pergi dulu. Apa-apa terjadi nanti, abang beritahu kemudian. Jaga anak-anak dan doakan abang selamat.” Aku berpesan sambil bersalam dengan isteriku.
Selepas itu, aku memberitahu anakku Uda Iskandar supaya mengikutku ke Balai Polis Gombak. Anak-anakku yang lain tidak mengetahui apa yang sedang berlaku kerana berada di tingkat atas. Beberapa orang yang berada di ruang tamu hanya memerhatikan gelagatku. Mereka tidak bertanya dan aku juga tidak memberitahu apa-apa.
Aku berpesan kepada Iskandar supaya bertenang, tidak memberi reaksi negatif dan andainya aku ditangkap, jangan naikkan emosi pelajar kerana ketika itu Uda Iskandar adalah Presiden Persatuan Undang-undang UIA dan Presiden Persatuan Undang-undang Pelajar-pelajar Asia Tenggara. Dia mengangguk.
Aku terus melangkah masuk ke kereta Proton Wira yang sedang menanti di luar. Selain pemandu dan seorang pegawai di sebelah pemandu, aku diapit oleh dua orang pegawai lain. Jiran-jiranku tidak menyedari apa yang berlaku. Kereta itu segera meluncur ke arah Balai Polis Gombak.
Perasaanku masih tenang dan menjangkakan bahawa ujian yang lebih perit akan menanti.
Masih Tertanya-tanya
Sesampai di Balai Polis Gombak, aku dibawa ke sebuah bilik. Seorang pegawai polis yang sudah berumur bertanyaku, “Awak tahu kenapa awak dibawa ke mari?”
“Tidak!”
“Kami diarahkan untuk menahan awak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Fasal 73, Perkara 3.”
Degup jantungku terasa deras. Aku masih tenang. Reaksiku biasa saja. Pegawai polis itu menghulurkan sehelai kertas untuk aku tandatangani. Aku menatap dan membaca kertas itu dengan teliti sebelum menandatanginya.
Surat itu antara lain menyebut bahawa, “Tuan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Fasal 73, Perkara 3.”
Perkara 3 itu menyebutkan bahawa aku ditahan sebagai usaha pencegahan daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini dari sudut keselamatan negara. Aku membacanya berulang kali.
“Kenapa saya ditahan encik?”
“Hal itu awak akan tahu kemudian. Itu urusan pihak lain,” ujar pegawai polis itu tanpa menyebut secara khusus di manakah tempat itu. Dia terus memanggil pegawai lain untuk melakukan urusan selanjutnya.
Apa yang terbayang di fikiranku ketika itu ialah aku akan dibawa ke Bukit Aman. Walaupun debaran hati agak kencang, namun aku tabahkan hati menerimanya sebagai ujian Allah. Hatiku memohon kepada Allah agar tiada ujian berat yang tidak mampu dipikul olehku. Aku berdoa agar aku tidak diseksa dengan ujian yang tidak larat ditanggung.
Aku teguhkan hati bahawa ujian yang datang adalah kudrat Allah. Hati kecilku sentiasa yakin, aku tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk mengkhianati negara yang aku kasihi. Apa yang berlaku pada waktu itu adalah takdir sejarah.
Takdir sejarah menyebabkan timbulnya beberapa tafsiran. Juga tafsiran terhadap diriku. Tafsiran bahawa aku rapat dengan Anwar. Tafsiran bahawa aku terlibat dengan gerakan mempertahankan Anwar. Tafsiran bahawa sebagai Timbalan Rektor UIA yang berkait langsung dengan pelajar, perananku agak mempengaruhi dan boleh menyebabkan sesuatu yang tidak baik berlaku di kampus. Oleh itu, menahanku adalah langkah mencegah daripada sesuatu berlaku.
Itu mungkin tafsiran. Dari tafsiran itulah agaknya aku ditangkap. Aku juga menjangka dalam soal siasat nanti berbagai-bagai soalan akan dikemukakan.
Antaranya, mungkin hubungan ku dengan Anwar. Hubungan ku dengan kebangkitan gerakan reformasi. Hubungan ku dengan gerakan pelajar di kampus. Hubungan ku dengan ABIM. Hubungan ku dengan gerakan Islam.
*Petikan dari Buku ‘Seteguh Tekad, Kembara Hidup Penuh Liku, Seorang Ilmuan Berjiwa Besar’, Alaf 21, 2007.

Tidak Wajar Kaitkan Hadis Imam Mahdi Dengan Anwar



Meskipun Dr Badrul Amin menafikan menyebut Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi, namun mengaitkan hadis berkaitan dengan Imam Mahdi dengan Ketua Umum PKR itu adalah satu perbuatan yang tidak wajar kerana akan menimbulkan salah faham kepada umat Islam, kata Ustaz Fathul Bari Mat Jahya.
“Perkaitan ini yang menimbulkan permasalahan..menimbulkan persepsi yang kita katakan bagi golongan yang jahil yang mungkin tidak mampu membuat analisa dan penelitian akan wujud di sana salah faham di kalangan mereka.
“Saya kira untuk menyelesaikan isu seperti ini..pihak yang menyebut..maka tarik balik perkataannya, dan mohon kemaafan kerana ini boleh menimbulkan salah faham yang sangat besar di kalangan umat”, katanya.

Nurul Izzah Akui Anwar GAGAL Ketika dalam Kerajaan!


                                              
Wacana Sinar Harian petang semalam – pastinya seronok menyaksikan suasana wacana yang agak terbuka dan menghiburkan. Kalau ada PROFESOR MAHARAJA LAWAK MEGA ABU HASSAN HASBULLAH, maknanya akan gamatlah suasana. Akademiknya tak seberapa. Tapi lebih kepada Prof sembang kedai kopi. Sibuk dengan masalah sendiri.
Apa yang wajar kita berikan perhatian adalah KOMITMEN Nurul Izzah mengenai reform dan perubahan. Memang komited. Kesungguhan Izzah ini kita nampak jelas sehingga dia sendiri mengakui bahawa peranan Anwar sewaktu dalam kerajaan adalah BEBAN POLITIK kepada Pakatan Rakyat. Izzah akui ini. Izzah terpaksa menerima hakikat, tidak mudah untuk Pakatan Rakyat untuk WHITEWASH (cuci) segala masalah dan penipuan yang Anwar buat sewaktu dalam kerajaan.
Bagi mereka yang lahir di bawah zaman Mahathir-Anwar; pasti maklum bahawa Anwar bukanlah seorang HIGH PERFORMANCE MINISTER. Tidak. Dia High Performance dalam bidang lain. Dalam bidang yang tidak memerlukan kebijaksanaan akal dan pemikiran.
Nurul Izzah mengakui bahawa Pakatan Rakyat terpaksa membawa sama BEBAN POLITIK kerana Anwar yang tidak perform semasa dalam kerajaan. Ini adalah fakta yang disampaikan sendiri oleh Izzah di dalam wacana tersebut.
Apa yang Anwar buat?
Banyak benda menyaksikan Anwar tidak melaksanakan amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan seperti yang selalu diungkap oleh Anwar di dalam ceramah dan sebagainya.
Agaknya, Nurul Izzah sempat membaca buku ‘Notes to the Prime Minister’ karangan TS Nor Yakcop yang secara jelas mengatakan Anwar tidak kompeten dan salah menasihati Perdana Menteri dalam banyak perkara. Jangan kita lupa, TS Nor diarah oleh Jabatan Perdana Menteri untuk terbang ke Buenos Aires, Argentina bagi menerangkan kepada Tun Mahathir mengenai kesilapan Anwar yang terlalu menjadi hamba kepada Washinton Consensus.
Bagus dan amat bijak buat Izzah mengakui perkara yang begini. Tidak guna Izzah mempertahan Anwar yang diakui sebagai pengkhianat Negara kerana tunduk kepada desakan IMF dalam mengurus krisis ekonomi. Izzah pasti boleh pergi jauh jika sanggup keluar daripada BAYANG Anwar yang buruk dan gelap.
Izzah juga mungkin teringat bagaimana SD yang dibuat oleh Dato’ Murad tidak berapa lama dulu:-
Datuk K.S. Nallahaaruppan was recently quoted in newspaper reports that Anwar had many resources to pursue his personal and political agendas. Nalla even revealed that Anwar has stashed about RM3bil, a fortune he made while holding the DPM’s office through his cronies and business associates. Nalla also questioned the Statutory Declaration made by former Bank Negara former assistant governor Datuk Abdul Murad Khalid.
Nalla’s revelation had prompted UMNO youth chief Khairy Jamaludin to lodge a police report demanding police to investigate the statutory declaration. Khairy said the declaration should be treated seriously as Nallakarupan, former director of Magnum corporation, was a close friend of Anwar and must have accurate information. Although, the integrity and image of Khairy himself are questionable, the fact that Anwar has RM3bil had raised many eyebrows. Where did he get the money from?
Is he qualified to talk about accountability, transparency, good governance and moral values of others when he is tainted and contaminated with greed, cronyism, power abuse and a sodomist, a heinous crime abhorred not only by Malays and Muslims but the Jews. Money can’t buy everything. Please read Murad’s statutory declaration below:
STATUTORY DECLARATION
Dato’ Abdul Murad Bin Khalid (NRIC No. 531215-08-5957), a Malaysian citizen of full age and care of No. 104, Jalan Setiabakti 9, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
I believe there are at least 20 other “Master Accounts” established for Datuk Seri Anwar Ibrahim by his various cronies. I believe that the total funds in these 20 Master Accounts run into more that RM3 billion.DSAI’s modus operandi is to divide and rule and the operator of each Master Account is not aware of the existence of the other Master Accounts.I believe the Government is aware of who these cronies are.
As far as I know and through my own involvement, more than RM120Million has been paid to Datuk Seri Anwar Ibrahim, his cronies and the Organisations he used to advance his own political ambitions. For example it is within my personal knowledge that on the instructions of Datuk Seri Anwar Ibrahim funds from the Master Account was paid to himself and the following personsand organisations known to be affiliated or connected to him between 1992 to 1997:-
(1) to himself (DSAI) – RM50 million
(2) Dato Abdullah Ahmad (UN) – RM 5 Million
(3) Dato Nasaruddin Jalil – RM.10 Million
(4) Asia Pacific Policy Centre (APPC) – RM 38 million & Douglas H. Paal – (USD 10.0 Million)
(5) Institut Kajian Dasar – (IKD)RM5 Million
(6) Aliran & Dr. Chandra Muzaffar – RM5 Million
(7) ABIM – RM 5 Million
International Institute of Islamic Thoughts (IIIT) – RM 2Million
(8) A UK-based Islamic Foundation – RM 1 Million
Izzah pasti teringat dengan beban-beban ini yang merosakkan nama Anwar sewaktu dalam kerajaan.
Yang pasti, untuk Izzah mempunyai keberanian mengakui perkara ini, bahawa ANWAR adalah BEBAN kepada Pakatan Rakyat wajar dipuji.

Bebas Anwar 901 jelajah 10 negeri....



                          anwar ibrahim
kempen 'Tolak fitnah lawan konspirasi, bebas Anwar 901' telah ke 10 negeri dan akan berakhir pada 31 Disember ini.
Timbalan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, berkata, antara negeri yang terlibat termasuklah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata, tujuan kempen diadakan bagi menunjukkan sokongan dan menuntut keadilan kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilancarkan.
“Kempen bermula 18 Disember lalu bertujuan mengajak rakyat hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Pembangkang itu.
"Kempen secara besar-besaran di Twitter, Facebook, dan blog turut berperanan penting sebagai saluran media alternatif untuk membina gelombang kebangkitan rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini..
Katanya, AMK peringkat negeri juga diberi arahan untuk bersiap sedia dan mengadakan kempen kesedaran rakyat untuk menuntut keadilan kepada Anwar 9 Januari ini.
  Mohd Saifullah berkata, antar aktiviti yang dijalankan adalah ceramah perdana, ceramah kelompok dan secara edaran risalah.
Dalam pada itu, ketika ditanya anggaran sambutan yang bakal mereka terima pada 9 Januari nanti, Mohd Saifullah berkata, berdasar sambutan hangat rakyat, mereka yakin orang ramai akan hadir beramai-ramai menuntut keadilan kepada Anwar.
Semalam, laman portal berita Free Malaysian Today memberitahu, Ketua AMK, Shamsul Iskandar berkata kempen yang bermula di alam maya itu dan telah mencetak 500,000 risalah  yang mengandungi kronologi kes dan kepincangan yang berlaku sepanjang perbicaraan berlangsung.
Katanya, pada acara kemuncak nanti, program bersama pemuda Pakatan Rakyat juga sudah disusun mengikut negeri, malah pertemuan bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat juga selesai.
Namun ujar Shamsul, perkara itu akan dijelaskan dalam sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat.

SUDAH BERSEDIAKAH??....NAK TENGOK JE KE?

Ahli politik ditangkap khalwat



Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.
 
Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.
 
Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.
 
Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.
 
“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.
 
“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.
 
Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.
 
“Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.
 
“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.
 
Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pemenang dakwa JAIPP cuba gagalkan programnya



Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) hari ini mahu penjelasan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang didakwa menghalang hebahan majlis Multaqa Wahdatul Ummah anjuran persatuan itu pada 17 Dis lepas.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, persatuannya telah menghantar surat meminta penjelasan mengenai tindakan jabatan itu.

"Saya berasa kesal dengan tindakan JAIPP mengeluarkan surat arahan pada 15 Dis agar majlis ini tidak dihebahkan kepada orang ramai sedangkan dua hari sebelum itu, JAIPP telah mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan kesemua pengerusi kariah masjid seluruh negeri menghebahkan program itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, ekoran larangan hebahan oleh JAIPP itu, Pemenang kerugian RM100,000 kerana menyediakan peruntukan untuk makanan, khemah dan logistik untuk 3,000 orang tetapi ia hanya dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang.

Justeru itu, katanya, persatuan itu memberi tempoh seminggu kepada JAIPP untuk menjawab surat penjelasan berkenaan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap jabatan itu sekiranya gagal memberi penjelasan.
Majlis Multaqa Wehdatul Ummah yang bertemakan Penyatuan ke Arah Kejayaan Ummah - Masalah dan Penyelesaian disertai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai salah seorang ahli panel. — BERNAMA

Keputusan guna dakwat kekal diketahui 1 Feb



Keputusan mengenai peraturan penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diketahui pada 1 Feb depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, peraturan itu sedang digubal dan kandungan dakwat masih dikaji oleh Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Selepas siap, ia dijangka boleh dipaparkan pada mesyuarat Parlimen dan dianggap untuk berkuat kuasa,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat ke enam PSC di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, dakwat baru itu adalah lebih baik berbanding dakwat kekal yang disyorkan pada PRU 2008, dan beliau yakin tiada masalah akan berbangkit.
"Dakwat bahan yang sama (seperti yang disyorkan pada 2008) namun masih dikaji ole Jabatan Kimia...warna dan pelbagai lagi, tetapi bahan dan kandungannya sama seperti yang pernah mereka uji sebelum ini. Dakwat ini dikatakan lebih baik berbanding yang satu lagi,” katanya.
Selain itu, dalam usaha membersihkan daftar pemilih, Ongkili berkata, SPR hari ini turut mengedarkan cakera padat mengandungi 42,051 nama pengundi yang meragukan kepada anggota PSC dan parti-parti politik di seluruh negara.
tanya.
Ongkili juga memaklumkan bahawa mesyuarat PSC pada hari ini turut memutuskan susun atur baru tempat mengundi bagi menjadikan proses pengundian lebih telus di mana ejen tempat mengundi (wakil calon) diberikan ruang penelitian lebih rapi.
Selain itu, katanya, beberapa penambahbaikan lain turut dilakukan termasuk menyediakan peti undi yang lebih sesuai.
Beliau juga memberitahu bahawa setakat ini, tujuh daripada 10 cadangan PSC di Parlimen telah menerima maklum balas positif daripada SPR.
"PSC akan berfungsi selama tiga bulan lagi sehingga minggu pertama April dan kami akan terus membantu SPR daripada segi pelaksanaan dan saranan bergantung kepada masa yang ada,” katanya. — BERNAMA

Anwar Bersalah, Meliwat Saiful?




Laman web rasmi Human Rights Watch menyiarkan artikel berbentuk kecaman terhadap Malaysia kerana mengamalkan undang-undang berlandaskan Islam yang mengharamkan liwat atas alasan ia ketinggalan zaman.
Tajuk artikel tersebut iaitu “Malaysia: Hapuskan Undang-undang Mengharamkan Hubungan Seks Sejenis – Gugurkan Kes Terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim”, dengan sendirinya mengesahkan bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam hubungan seks sejenis atau liwat.
Sekali gus, mengesahkan juga bahawa segala tuduhan fitnah dan konspirasi terhadap kerajaan Malaysia, Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir selama ini, hanyalah rekaan Anwar semata-mata. Begitu juga dengan tuduhan kononnya sistem kehakiman Malaysia adalah berat sebelah.
Adalah difahamkan bahawa gerakan membebaskan Anwar yang dirancang pada 9 Januari ini juga dikatakan akan melibatkan golongan pengamal seks songsang (LGBT) yang akan turut bangkit menuntut hak mereka dengan sama-sama berdemonstrasi dengan penyokong Anwar secara serentak atau berperingkat-peringkat.
Nampaknya Anwar tidak lagi berusaha menyembunyikan dirinya yang sebenar atau seperti kata orang putih ‘coming out of the closet’. Dia kelihatan semakin yakin menonjolkan dirinya sebagai pengamal seks songsang yang bertentangan dengan Islam.
Mungkin keyakinan ini ada kena mengena dengan laporan akhbar mengenai peningkatan jumlah golongan gay di Malaysia.
Jika diamati hujah-hujah pembelaan dirinya di mahkamah juga kita akan mendapati bahawa Anwar tidak bersungguh-sungguh cuba menafikan yang dia meliwat tetapi hanya cuba menekankan bahawa liwat tersebut adalah atas dasar suka sama suka.
Berdasarkan fakta ini, serta bersandarkan sokongan terbuka ahli-ahli politik dan NGO luar negara yang lantang memperjuangkan hak asasi golongan LGBT termasuk Human Rights Watch, kita akan mendapati bahawa Anwar sebenarnya secara halus telah lama mengakui dirinya seorang peliwat.
Malangnya, penyokong-penyokongnya masih ramai yang buta akan apa yang Anwar cuba jelaskan kepada mereka. Ramai yang masih menyanjungnya sebagai pejuang Islam sejati, manusia warak hatta Imam Mahdi, mengikut ceramah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Badrul Amin baru-baru ini. Astaghfirullahaladzim…
Apa yang janggal lagi pelik di sini ialah apabila sebuah parti yang berjenama Islam sama-sama bersekongkol, menyokong dan memperjuangkan Anwar Ibrahim.
Bayangkan pak-pak lebai berketayap, wanita-wanita bertudung labuh serta anak-anak muda berjanggut sejemput berimej warak bersama-sama dengan mak-nyah, gay dan lesbian berarak dengan penuh semangat di jalanan, merempuh segala sekatan polis demi mentabalkan Perdana Menteri biseksual pertama di dunia, di sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam.
Sedangkan hakikatnya, Anwar telah pun mengakui dirinya seorang peliwat secara tidak langsung. Rakan-rakannya, ahli-ahli politik serta NGO luar negara yang memperjuangkan hak LGBT sendiri telah mengesahkannya. Peguam-peguam Anwar juga tidak menafikannya.
Justeru, tidak ada alasan bagi pak-pak lebai, wanita-wanita bertudung labuh serta anak-anak muda berimej warak termasuk golongan yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama seperti Hadi Awang, Nik Aziz dan yang sewaktu dengan mereka, untuk menyatakan sebaliknya mengenai Anwar kecuali jika mereka benar-benar yakin bahawa Putrajaya adalah transit ke syurga.
Revolusi 901 yang dilaungkan Anwar bukanlah perjuangan seorang mangsa konspirasi yang menuntut keadilan. Ia adalah perjuangan seorang peliwat yang menuntut hak untuk meliwat – itu saja.
Selebihnya, ia adalah perjuangan para penggila kuasa untuk merasa kerusi empuk Putrajaya yang suatu ketika dahulu ingin dilelong mereka.

PEMIMPIN ISLAM YANG SELALU BERKATA BENAR



Bekas Pesuruhajaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pada Khamis menafikan beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS mengenai kritikannya terhadap parti itu sebelum ini pada pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kota Baru, Kelantan, kelmarin.
Penafian tersebut sekaligus menolak kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa Hasan memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjurannya.
Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia membidas laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily mengenai perkara itu.
“Soal saya turun ke Kota Baru untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.
“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti kerap kali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut Hasan, beliau dan bekas Timbalan Naib Presiden, Nasharudin Mat Isa dijemput menghadiri satu majlis mahabbah bersama Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Beliau berkata, majlis tersebut menyentuh hala tuju parti, persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan perjalanan harakah sebagai lidah rasmi parti.
“Kami memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya,” katanya.
Sementara itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan parti terhadap beliau dalam memperjuangkan Islam di negara ini – mstar
BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA MAKAN DIRI,ITULAH DIA SIKAP PEMIMPIN PAS SEKARANG TERUTAMA YANG PENTINGKAN JAWATAN DARI AGAMANYA SENDIRI.....

Dr Asri : Pemujaan Badrul Amin kepada Anwar Melebihi Batas


Helme Hanafi, Agendadaily – INI kes serius dan sudah melampau … sebab itu bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dalam akuan twitternya guna istilah ‘pemujaan’ bila rujuk video ceramah pemimpin PKR Dr Badrul Amin Bahrom yang isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘pemimpin yang ditunggu’ untuk membebaskan Masjid Aqsa.
Kisahnya bila video bertajuk lebih empat minit bertajuk ANWAR IBRAHIM IALAH IMAM MAHDI? tersebar di laman youtube.
Yang tukang sebar blog pro pembangkang juga, mungkinbaru sedar karut-marut yang pemimpin PKR sumbat pada ahli-ahlinya.
Dalam ucapannya Badrul Amin tidak pulak sebut Anwar itu Imam Mahdi… Tidak ada sama sekali.
Tapi dia membayangkan bahawa Anwar merupakan pemimpin dari Timur yang ditunggu-tunggu untuk menyatukan umat Islam dan negara-negara Arab.
Bagi yang biasa dengan pengajian Islam, memang ada hadis yang sebut pemimpin yang adil dan menyatukan umat Islam di akihir zaman adalah pemimpin dari Timur.
Pemimpin tersebut juga akan membebaskan Masjid Aqsa yang kini dikuasai oleh Israel.
Ekoran penyebaran video ceramahnya ,Badrul Amin memberitahu demikian dalam laman facebooknya:
“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah-ceramah saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sebagai pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa.”
Menurut Dr Asri, dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut.
“Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya,” kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.
Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya “Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya.Harap dibetulkan,” tulisnya sambil tweet url video tersebut.
Kita tunggu apa pulak reaksi JAKIM selepas ini. Apapun bagi yang waras, kalau nak bodek pun dan nak puja sakan Anwar menjelang keputusan kes liwat 9 Januari ini…padan patutlah…

Kor Ming dakwa terima peluru.....kelakarlah



Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang berdepan kontroversi berhubung dakwaan salah guna kuasa, hari ini mendakwa menerima sepucuk surat ugutan berisi sebutir peluru yang dihantar ke rumah ibunya di Ayer Tawar dekat Sitiawan petang ini.
Dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada media di sini, Kor Ming mendakwa, surat tersebut diterima pada pukul 2 petang daripada pengirim yang tidak diketahui.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis itu berkata, beliau memandang serius ancaman tersebut dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.
Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupang-duas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Kor Ming tidak muncul serahkan surat saman



Penulis blog Sekupangduas, Ahmad Sofian Yahya hari ini mengotakan kata-katanya dengan hadir di pejabat DAP negeri untuk menerima sendiri surat saman daripada Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung dakwaan salah laku pemimpin itu.
Bagaimanapun, hasrat Ahmad Sofian, 47, yang tiba kira-kira pukul 10 pagi untuk bersemuka dengan Kor Ming tidak kesampaian apabila Ahli Parlimen Taiping itu tidak muncul.
Sebaliknya, hanya Naib Setiausaha Eksekutif DAP, Siew Lee Wah yang hadir untuk mendapatkan butiran diri Ahmad Sofian sambil memberitahu, Kor Ming tidak berada di bandar raya itu buat sementara waktu.
Lee Wah bagaimanapun mengesahkan, Kor Ming mengetahui mengenai hasrat Ahmad Sofian untuk datang bersemuka dengannya hari ini selepas membaca entri terbaru penulis blog itu semalam.
Ahmad Sofian yang ditemui pemberita mendakwa, tindakan Kor Ming untuk memfailkan saman hanya bertujuan menakut-nakutkannya daripada mendedahkan dakwaan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan pemimpin DAP itu.
''Ini hanya satu taktik untuk menakut-nakutkan saya, tapi saya akan teruskan sehingga rakyat mengetahui kebenarannya," katanya sambil menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan tersebut.
Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.
Dokumen itu mendedahkan, Ethan dan Elton, syarikat yang isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.
Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada syarikat Goodman Tailor pada 3 April 2008, kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri ketika itu.
Pendedahan itu mencetuskan kemelut dalam kepimpinan DAP apabila Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mahu Kor Ming memberi penjelasan terperinci berhubung dakwaan tersebut kerana ia boleh menjejaskan imej parti.
Ditanya mengenai cakap-cakap bahawa pendedahan itu melibatkan pejabat Menteri Besar Perak, Ahmad Sofian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
''Saya sedar banyak spekulasi akan timbul apabila saya mendedahkan apa yang sepatutnya rakyat tahu, tetapi saya ingin tegaskan tiada siapa yang berada di belakang saya," katanya.