Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Ketua Menteri Cedera Di Tampar Blogger


                                   


Seorang blogger telah bertindak melampaui batas apabila menampar ketua menteri kesayangan rakyat secara terang terangan.

Jebat bukan saja menyebabkan Guan Eng mengalami sesak nafas malah menyebabkan seluruh unit komunikasi CM gagal sama sekali untuk menyelamatkan KEJAYAAN regim DAP.

Barisan blogger berjaya membuktikan terlalu banyak pembohongan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.Pembohongan demi pembohongan berjaya dibuktikan.

Delusional Lim Guan Eng is lying again!

This news caught my eye. It seems that Lim Guan Eng is back to his lying ways. It seems Lim Guan Eng will never stop lying in order to make himself look good. This is pitiful and not to mention pathetic.
KUALA LUMPUR, Jan 11 — Massive borrowing and irresponsible spending by the Barisan Nasional (BN) government will result in Malaysia becoming a fully indebted nation before the end of the decade, Lim Guan Eng said today.
The Penang chief minister said that Putrajaya’s debt to Gross Domestic Product (GDP) ratio has increased yearly from 53.1 per cent in 2010 to 53.8 per cent last year and is expected to hit 54.8 per cent this year.
Lim’s remarks are in response to a statement by Malaysian Institute of Economic Research (MIER) distinguished fellow Mohd Ariff Abdul Kareem, who warned that federal government revenue was growing too slowly to keep up with its borrowings which hit 53.1 per cent of GDP in 2010.
Mohd Ariff told The Malaysian Insider recently that Malaysia’s national debt will hit 100 per cent of the GDP by 2019 should Putrajaya continue to borrow more than it earns. He said while the current size of government debt relative to GDP was not troubling, the pace of its growth in recent years was cause for concern.
Lim added that a stagnation in salaries, coupled with increased prices for basic commodities such as sugar, eggs, and bread, will further result in Malaysians becoming even more debt-laden.
The Bagan MP said that MIER’s projections that Malaysia could end up becoming bankrupt by 2019 showed the need for new federal government, one that should be led by Pakatan Rakyat (PR).
He said that PR has successfully “managed” finances in states such as Penang.
Penang managed to reduce (its) state debt from RM630 million in March 8, 2008 to only RM30 million as at end of October 2011. This represents a debt reduction of 95 per cent, or RM600 million, which is the highest debt reduction of any state in Malaysia’s history.
“Clearly, Malaysians who wish to have a better life for themselves and their future generations must make a choice between a government that is spendthrift and that borrows irresponsibly without being able to make the pie grow bigger, or a government that is prudent and transparent that will put the concerns of the rakyat first,” Lim added.
Even that so called fellow from MIER do not know what he is talking about. This blog and fellow bloggers SatD and economist HishamH had time and time again exposed Lim Guan Eng and his tendency to lie outright to the public.

Ooops! Caught lying again..
In Lim ‘The Empty Can’ Guan Eng, we had already exposed the fact that the debt of Penang was lessened not due to his remarkable leadership but because Federal Givernment had taken over the RM600 million debt from Penang and graciously change its status into a 45 year grant. That is how it became RM30 million. Down 95%.
It is not rocket science. Instead of thanking the Federal Government, this so called accountant turned chief minister had the audacity to chastise them further.
He even got it wrong on Bernas a few days ago! How many times do you want to lie Guan Eng?
As for all the mumbo jumbo dished out by that MIER fellow, his arguments has been pre-empted, dissected and crushed by HishamH in his FAQ on National Debt.
You can read them herehere and here. It is a three part series.
I WISH ALL OPPOSITION LEADERS AND THEIR SYCOPHANTS TO REALLY KNOW YOUR FINANCES AND ECONOMICS STUDIES BEFORE OPENING THEIR MOUTHS.
We surely do not want another simple case of not knowing how to calculate an average of inflation rate.
Thank you.
P.S. To understand Lim Guan Eng and his lying ways, please read them here.


Read more:
 http://www.pisau.net/2012/01/ketua-menteri-cedera-di-tampar-blogger.html#ixzz1jbvnr8xH

Dr Hassan : Wawancara BBC Bukti Anwar Perlu Ditolak



 Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata wawancara Datuk Seri Ibrahim dengan dengan BBC, 12 Jan yang mahu meminda undang-undang liwat jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan adalah salah satu contoh mengapa beliau tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang itu.
“Inilah salah satu daripadanya, saya tidak boleh bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Inilah sebabnya, mengapa rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar Ibrahim.
“Jadi kalau misalnya gay, lesbianisme, homoseksualiti, transgender itu nak dihalalkan di Malaysia ini…Tuhan melarang! Tuhan melarang !
“Saya rasa..masyarakat akan bergolak..berpecah dan saya nampak huru hara akan berlaku..pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya yang di Mumbai daripada BBC itu..
“Pandangan itu..kalau tak salah saya..kalau kita tengok balik..itulah pandangan peribadi..pandangan asasi yang dipegang oleh saudara Anwar Ibrahim”, katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.
Hasan membuat kenyataan itu apabila diminta memberi komen berkenaan wawancara Anwar dengan BBC di Mumbai.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan berkenaan pemecatannya yang disifatkan tidak adil dan akan mendedahkan siapakah parasit yang sedang berusaha merosakkan PAS.
“Siapa ketua dan pengikut parasit itu, saya tidak akan sebut hari ini, tetapi saya akan nyatakan dalam satu siri ceramah jelajah ke seluruh negeri yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.
Menurutnya, parasit yang wujud dalam Pas itu juga terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang mempunyai matlamat dan visi mereka tersendiri.
Jelasnya, sebahagian daripada mereka telah bergerak cergas ketika masih belajar di luar negara dan kini menyusup masuk ke dalam Pas.
“Mereka kini telah memegang jawatan-jawatan penting dalam Pas dan memang mereka meminta jawatan strategik ini dalam parti,” katanya.
Menyentuh berkenaan dakwaan gila kuasa, beliau membuat perbandingan siapakah yang gila kuasa di antara Hassan Ali dengan Anwar Ibrahim.
“Siapakah yang gila kuasa..tuan-tuan fikir..saya ke atau Datuk Seri Anwar.
“Bayangkan seorang..yang saya tak mahu sebut (namanya)..kumpulkan orang di Sabah..kumpulkan orang di Sarawak..himpun di sana..jumpa di sana, jumpa di sini, nak menawan Putrajaya pada 16 September.
“Dia gila kuasa ke saya gila kuasa”, katanya.
Dalam sidang media itu, Hasan berkata pemecatannya berlaku sehari selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyerangnya apabila beliau membuat seruan tidak menggalakkan mahasiswa daripada menyertai perhimpunan pembebasan Ketua Umum PKR minggu lepas.
Katanya, pemecatannya itu adalah bertentangan dengan prosedur dan tidak demokratik serta menyifatkannya sebagai tindakan’autokratik’ kerana tidak memberikan ruang kepadanya untuk mempertahankan diri daripada tuduhan tersebut.
Menurut Hasan, penggugurannya sebagai exco yang berkuat-kuasa hari ini bercanggah dengan tarikh akhir tempoh rayuan beliau sebagai ahli PAS yang hanya akan tamat pada minggu pertama Februari depan.
Jelasnya, secara teknikal pelucutan jawatannya sebagai exco berlaku dalam tempoh jangka hayat keahliannya dalam PAS masih sah sehingga proses rayuan berakhir.
“Mungkin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlepas pandang menasihatkan Sultan Selangor mengenai perkara ini. Namun saya tidak ada masalah diatas pengguguran sebagai ahli exco. Malah saya telah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapinya.
“Hanya saya tertanya-tanya apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya. Tindakan ini seolah-oleh menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempat saya.
“Walhal dari segi pengguguran ahli exco, saya sepatutnya masih ada tiga minggu tempoh bertenang untuk membuat keputusan terbaik,” katanya.

BACAAN ALQURAN DIHARAMKAN,70 KEDAI DAN 23 RUMAH MELAYU TELAH DIROBOHKAN, BARU 4 TAHUN KALAU 50 TAHUN DAP PERINTAH




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendabik dada bahawa Pulau Pinang dibawah pemerintahannya lebih makmur dan lebih maju berbanding dengan pemerintahan yang dibawah Barisan Nasional.

Berucap di Konvensyen ke-3 Pakatan Rakyat dekat sini, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengajak rakyat Malaysia mengubah nasib dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau memberi contoh di mana dibuktikan bahawa prestasi ekonomi bagi empat negeri di bawah tadbir Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari sembilan negeri di bawah BN.

"Kita hanya memerintah empat tahun, tetapi kita tadbir lebih baik daripada 54 tahun BN memerintah.

"Bayangkan jika kita mentadbir Malaysia 50 tahun, kita pasti mampu menyelamatkan Malaysia dari kegejala rasuah dan kebankrapan," tegasnya.


Bayangkanlah baru perintah empat tahun sejumlah 70 kedai makan orang Melayu telah dirobohkan dengan rakusnya dan sejumlah 23 buah rumah orang Melayu juga turut musnah semasa pemerintahan khalifah Lim Guan Eng.

Tidak habis dengan itu Lim Guan Eng dan DAP berjaya menyekat daripada azan berkumandang selama 54 tahun.

Jika diberi 50 tahun lagi DAP memerintah sudah pasti Melayu akan terus pupus dibumi Pulau Pinang, umat Islam tidak akan dibenarkan lagi bersembahyang di masjid disekitar Pulau Pinang.

Saya akan Dedah Parasit dalam PAS - Hasan Ali.


alt

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hassan Ali mendakwa golongan parasit dalam PAS telah menguasai beberapa isu sehingga menyebabkan sebarang pendirian dan keputusan bercanggah dengan prinsip asal parti itu sendiri.Malah beliau sehingga kini masih berasa kecewa dengan pemecatan beliau sebagai Ahli PAS hanya disebabkan teguran beliau bagi mengembalikan kekuatan dalaman parti yang bertunjangkan pegangan ddan prinsip Al Qur'an serta Sunnah."Golongan Parasit begitu kuat dalam PAS dan telah berjaya mengubah hala tuju Parti ini," dakwa beliau ketika Sidang Media di rumahnya di sini sebentar tadi.Hassan turut menjelaskan pemecatan beliau juga adalah salah satu keputusan yang mendapat pengaruh dari golongan parasit tersebut."Pemecatan saya bukanlah atas sebab kes terdahulu (arak dan SELCAT) akan tetapi ianya berpunca daripada kritikan saya terhadap Anwar," tegasnya lagi.Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor ini juga akan terus berjuang mempertahankan daulat Islamiyah walaupun kini tidak lagi merupakan salah seorang Pemimpin PAS.Malah Hassan turut menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan 'road show' bagi menjelaskan isu prinsip beliau yang bertunjangkan parti akan tetapi telah dipesongkan golongan parasit dalam PAS menyebabkan beliau dipecat."Saya akan buat roadshow nanti untuk menyatakan siapa parasit dalam PAS," jelas beliau.Hasan yang merupakan penceramah motivasi terkenal dipecat serta merta daripada PAS pada 8 Januari lalu kerana tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS.

Setelah Bebas, Anwar Tampil Jurucakap Homoseksual


Setelah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, barulah Ketua Pembangkang itu secara berani menjadi jurucakap bagi memperkatakan hak-hak homoseksual di Malaysia.
Fokus utamanya adalah berkempen untuk memansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan melakukan aktiviti homoseksual.
Seksyen 377 Kanun Keseksaan dijadikan sasaran kerana seksyen itu dianggap penghalang kepada golongan pengamal homoseksual untuk melakukan aktiviti mereka sama ada secara sukarela atau paksa.
Wawancara Anwar dengan BBC, 12 Jan, ketika Ketua Umum PKR itu berada di Mumbai adalah contoh terkini tentang pegangannya terhadap aktiviti homoseksual.
Ironiknya, wartawan BBC bertanyakan Anwar soalan berkaitan hak-hak golongan gay dengan bertanyakan adakah beliau bersedia menerima hak-hak yang sering dituntut oleh kumpulan gay terutamanya kebebasan mengamalkan aktiviti seks songsang atau beliau juga bersikap anti-diskriminasi yang yang sering dilihat oleh golongan hetroseksual (seks normal).
Anwar menjawab “kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami.”
“Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.”
Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit itu boleh ditonton menerusi laman web BBC Asiahttp://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714
Pandangan Anwar itu hampir sama dengan pendirian LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) Malaysia yang disiarkan dalam laman rasmi mereka, seksualitimerdeka.org, di mana mereka menuntut agar undang-undang anti-liwat yang diguna pakai di Malaysia hari ini dimansuhkan kerana undang-undang lapuk yang mendiskriminasi orientasi seks minoriti, walaupun ia dilakukan atas dasar suka sama suka.
Katanya, Seksualiti Merdeka mengutuk kerajaan Malaysia yang telah menggunakan Kanun keseksaan 377 kepada dua orang lelaki dewasa yang melakukan seks secara suka sama suka kerana dianggapnya sebagai mendiskriminasi kumpulan seks minoriti melalui undang-undang kuno.
“Penindasan terbaru ke atas Anwar Ibrahim dengan menggunakan undang-undang ini telah mewujudkan suasana takut di kalangan golongan minoriti seksual dan terus menggalakkan stigma, diskriminasi, keganasan dan kebencian ke arah kami”, katanya.
Dalam wawancara BBC itu, Anwar berkata yang membawa maksud bahawa beliau bersetuju jika aktiviti homoseksual itu diadakan secara tertutup atas dasar suka sama suka.
“Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.
Kata-kata Anwar di atas menjadi topik hangat di internet.
“Apa maksud Anwar Ibrahim ini tuan-tuan? Baginya kalau paksa salah, suka sama suka tak mengapa. Lagi satu, jangan buat homoseksual di khayalak ramai, buat secara rahsia dan tersembunyi tak mengapa!”, katakhairulryezal
Pendapat khairulryezal disokong oleh matkilaupenang.
“Apa maksud Anwar ini? Maksudnya kalau liwat itu dilakukan secara private dan tidak di tempat terbuka maka ianya tidak menjadi satu kesalahan? Kalau liwat suka sama suka maka ianya juga bukan satu kesalahan?
“Pembebasan Anwar Ibrahim akan menyerlahkan lagi siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Rakyat boleh nilai sendiri siapa Anwar. Biarpun tidak ke penjara tetapi secara psikologinya Anwar sudah “terpenjara secara moral” dari kaca mata rakyat”, kata blogger matkilaupenang.
“Dalam bahasa mudah ialah, selepas Anwar jadi PM, hubungan jantan dengan jantan tapi suka sama suka, tidak lagi menjadi satu kesalahan dibawah Kanun Keseksaan seperti sekarang.
“Cadangan Anwar ini ialah pembuka jalan kepada perjuangan program Seksualiti Merdeka yang dinaungi kawan-kawan baik Anwar dalam Majlis Peguam untuk memberikan hak samarata kepada golongan Lesbian, Gay, Transgender dan Biseksual. Silap-silap, mereka juga akan diberikan hak sama seperti pasangan suami isteri normal seperti pelepasan cukai dan sebagainya”, kata blogger tepakbersulam2
“Anwar dijadikan alat oleh para pengamal hubungan songsang ini untuk menghapuskan sekatan itu di Malaysia di mana dia juga sama seperti mereka – sodomite.
“Kita perlu ingat, even di Amerika Syarikat pun hanya ada 6 buah negeri yang membenarkan hubungan homoseksual secara sah, di sesetengah tempat, hubungan jenis itu ditegah sama sekali kerana tidak sesuai dengan nilai masyarakat konservatif di bahagian negara tersebut.
“Malah tiada satu agama pun yang membenarkan hubungan homoseksual.
“Tapi Anwar satu orang (disokong oleh orang-orang ‘berkenaan’ di belakangnya), mahu melaksanakan perkara tersebut di Malaysia ini – dimana 53% masyarakatnya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam”, kata Adamyan, mykmu.net

Siapa harus dibersihkan?



PAKATAN pembangkang yang semakin teruja untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) telah melancarkan satu gagasan iaitu 'Membersihkan Malaysia'.
Dalam kongres yang berlangsung di Alor Setar, kelmarin mereka menyatakan ia adalah 'Tawaran Jingga' untuk mengundang seluruh rakyat dalam misi berkenaan kononnya yang membersihkan negara ini daripada pelbagai kekotoran pengurusan pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Persoalan siapakah yang harus dibersihkan? Malaysia, BN, UMNO atau pakatan pembangkang sendiri yang dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kuasa politik?
Hakikatnya, daripada pakatan pembangkang menumpukan perhatian kepada usaha membersihkan Malaysia mereka sepatutnya membersihkan dahulu segala kepincangan yang berlaku dalam negeri-negeri yang diterajui oleh mereka iaitu seperti di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.
Mereka sepatutnya membuat kaji selidik bertanya kepada rakyat di negeri-negeri berkenaan apakah mereka berpuas hati dengan pemerintah Pas di Kedah dan Kelantan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor dan DAP di Pulau Pinang. Usah bersikap ibarat 'gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak'.
Bukankah kaji selidik yang dijalankan oleh pelbagai pihak sebelum ini sudah menunjukkan bahawa populariti pakatan pembangkang semakin merudum.
Pakatan pembangkang masih lagi dibuai kejayaan pada tahun 2008 dan beranggapan sentimen rakyat masih kekal menyokong mereka seperti mana pada tahun tersebut.
Tetapi mereka terlupa, BN sudah tidak lagi meratapi keputusan buruk tersebut, sebaliknya bangkit melakukan perubahan bagi meraih sokongan rakyat.
BN sudah banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan pada tahun 2008 tetapi bagaimana dengan pembangkang?
Mereka mahukan 'membersihkan Malaysia' tetapi diri sendiri pun belum tentu bersih. Kalau betul pembangkang mahu berbuat demikian, maka pastikan bukan sahaja bersih tetapi juga dilihat bersih.
Jangan bersekongkol dengan pemimpin yang ada masalah moral dengan menganggap ia fitnah dan urusan peribadi, jangan cuba menutupi kelemahan pentadbiran di negeri- negeri yang mereka kuasai dengan alasan bantahan rakyat dalam pelbagai isu yang berlaku ada perancangan UMNO dan BN.
Jelaslah sikap pembangkang seperti mana kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak pernah berubah, mereka sentiasa sahaja mencari kesalahan kerajaan BN semata-mata untuk meraih undi.
Walaupun mereka secara diam-diam mengakui di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pelbagai transformasi dilakukan dalam semua bidang, namun mereka enggan mengakui.
Sebab itulah apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN dianggap tidak betul belaka, tidak ada sekelumit pun pengiktirafan yang diberikan biar pun mereka mengetahui apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah baik.
Malang sekali kepada Malaysia kerana mempunyai satu barisan pembangkang yang bukannya bersikap check and balance tetapi lebih kepada usaha merebut kuasa politik dalam pilihan raya. Keghairahan untuk memenuhi impian pemimpin utama mereka menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan segala kebaikan kerajaan mahu dilupakan.
Namun begitu kita yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan politik sempit dan merebut kekuasaan yang sedang diuar-uarkan pembangkang melalui slogan 'Bersihkan Malaysia'.
Rakyat terutamanya golongan yang terpedaya dengan slogan 'Harapan Baru' yang diuar- uarkan oleh pakatan pembangkang pada tahun 2008 sudah sedar akan kesilapan mereka.
Ternyata sekali 'Harapan Baru' yang kononnya akan membawa kecemerlangan kepada rakyat jika memilih pembangkang hanyalah omong kosong sahaja.
Rakyat sudah lihat bagaimana 'kelam-kabutnya' pemerintahan PKR, DAP dan Pas di negeri-negeri yang mereka kuasa.
Di Pulau Pinang pelbagai kontroversi berlaku, di Kedah. Pas dilihat tidak membawa apa-apa kemajuan, di Selangor kerajaan negeri terus berpolitik sehinggakan isu air pun tidak boleh diselesaikan sementara masalah sampah menjadi 'ancaman terbaru' kepada penduduk manakala di Kelantan, sejak 1990 negeri itu hanya kaya dengan slogan tetapi kehidupan rakyat semakin tertekan.
Oleh itu hasrat pakatan pembangkang untuk 'Membersihkan Malaysia' hanya satu lagi slogan dalam usaha 'mempedayakan' rakyat menyokong mereka.
Justeru adalah wajar rakyat terutamanya golongan atas pagar memikir semasak-masaknya propaganda baru pakatan pembangkang tersebut. Mereka perlu menilai dan meneliti setiap hujah pembangkang melalui slogan 'Membersihkan Malaysia' itu.
Cuba bertanya apa yang hendak dibersihkan, kerajaan BN sudah melakukan pelbagai perubahan dalam semua perkara yang selama ini menjadi kontroversi.
Biar pun ada tindakan tersebut tidak memuaskan hati pihak lain tetapi kerajaan terpaksa melakukannya dalam usaha memastikan tiada perkara yang akan dipolitikkan oleh pembangkang.
Malahan dari semasa ke semasa, pelan transformasi yang dibawa oleh Najib semakin diterima oleh rakyat dan mula mendatangkan kesan kepada sokongan politik untuk BN.
Semua ini meresahkan pakatan pembangkang kerana mereka mengetahui kepimpinan Najib berbeza dengan kepimpinan negara pada tahun 2008.
Justeru mahu tidak mahu mereka perlu mencari alasan bagi memburuk-burukkan kerajaan seolah-olah kalau pembangkang memerintah, Malaysia akan menjadi lebih baik.
Tetapi cuba bertanya apa lagi pembangkang hendak lakukan, segala-galanya sudah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan BN, tiada pihak yang tertindas atau tidak dibela, tidak ada mana-mana kelompok yang dipinggirkan dan tidak ada mana-mana golongan yang dianiaya.
Malahan kerajaan BN juga menunjukkan ketelusan dalam setiap perkara yang dilakukan termasuklah memerangi rasuah, tidak ada sikap berat sebelah dan tidak tolak ansur.
Namun malangnya tiada pengiktirafan daripada pembangkang, sebaliknya mereka menganggap kalau kena puak mereka itu konspirasi dan fitnah, kalau kena puak BN, mereka akan anggap itu sandiwara.
Maknanya, buatlah apa pun kebaikan atau tindakan, yang pasti tidak akan satu patah pun pujian yang akan diterima daripada pembangkang. Namun begitu biarlah pembangkang dengan agenda politik mereka kerana matlamat mereka hanya untuk merebut kuasa politik berbanding BN yang bertungkus-lumus melakukan pelbagai pendekatan dan tindakan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Justeru tidak apa-apa yang perlu dikhuatiri dengan slogan 'Membersihkan Malaysia' kerana rakyat tahu menilai, siapakah yang sepatutnya 'dibersihkan', BN yang sudah banyak menabur jasa dan terus berusaha meningkatkan taraf hidup mereka atau pembangkang yang tidak melakukan apa-apa selain berusaha merebut kuasa!

Cemuhan popularkan KR1M kata PM



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang tidak menyedari tindakan mereka mencemuh Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menjadi satu publisiti kepada kedai tersebut.
Perdana Menteri berkata, ini terbukti apabila sebanyak 27 buah KR1M telah dibuka sehingga hari ini malah, jualan setiap kedai itu lebih RM20,000 sehari.
"Saya galakkan mereka untuk terus cemuh dan kritik kedai ini kerana apabila banyak kritik, maka lebih ramai yang akan datang ke situ.
"Malah, jumlah kedai KR1M di seluruh Malaysia sudah 27 buah dan keseluruhannya 85 buah akan beroperasi hingga hujung tahun ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu dan Perasmian KR1M di Pulau Serai, di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.
Menurut Najib, pembinaan KR1M bukanlah sesuatu yang diuar-uarkan tanpa asas tetapi merupakan satu realiti dan telah terbukti berjaya kerana menawarkan barangan keperluan utama pada harga 40 peratus murah daripada harga pasaran.
"Sekarang ini ke mana sahaja saya pergi, orang ramai akan minta di kawasan mereka untuk dibina kedai KR1M.
"Ini jelas menunjukkan kedai ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai," katanya.
Kata beliau lagi, kedai di Pulau Serai ini merupakan KR1M yang terbesar di Malaysia dan turut menempatkan Rakyat Mall yang menjual pelbagai keperluan lain.
"Ia boleh dimanfaatkan oleh penduduk Pekan sebagai sebuah destinasi membeli-belah dalam suasana mesra bajet," katanya.
Sementara itu, Rakyat Mall yang dirasmikan oleh Najib hari ini, berkeluasan 1,680 meter persegi adalah merupakan sebuah inovasi baru membeli-belah di bawah satu bumbung buat seisi keluarga.
Beroperasi seawal pukul 10 pagi hingga 10 malam, ia terdiri daripada 24 lot kedai menjual barangan keperluan serta barangan basah seperti ayam, daging, buah buahan, barangan komputer, pakaian, telefon, produk kesihatan dan sebagainya.

Anwar tidak boleh dipercayai



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya dianggap sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun beliau terselamat daripada hukuman penjara.
Menariknya, label itu diberikan majalah antarabangsa, The Economist dan bukan datang daripada pemimpin UMNO mahu pun Barisan Nasional (BN) yang selama ini sering dituduh sebagai pihak yang berkonspirasi ke atas pertuduhan liwat tersebut.
Menurut The Economist, walaupun Anwar seorang pemimpin yang berkarisma dan memiliki kehebatan sebagai pemidato, tetapi imej serta reputasinya sebagai ketua pembangkang tercemar khususnya dalam kalangan generasi muda di negara ini.
"Bagaimana keputusan (mahkamah) itu akan memberi kesan kepada politik Malaysia? Dalam jangka pendek, kemenangan (pembebasan) Anwar sudah tentu memberi rangsangan sangat diperlukan kepada pakatan pembangkang yang diketuainya.
"Namun, untuk jangka masa panjang belum jelas. Reputasinya tercemar dan beliau seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai khususnya bagi generasi muda Malaysia," kata majalah tersebut sebagaimana dipetik dari laman webnya, http://www.economist.com hari ini.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan selain tidak selamat untuk bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Pembebasan itu disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual dari Filipina, Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay).
Malah, Anwar sendiri tidak terkecuali bercakap mengenai homoseksual apabila mempertikai undang-undang berkaitan perkara itu di Malaysia yang disifatkannya sebagai sudah lapuk dan tidak relevan ketika menjawab soalan wartawan agensi berita antarabangsa, BBC.
Dalam pada itu, The Economist menambah, ketua pembangkang itu juga gagal membawa pemodenan dalam politik apabila PKR yang diterajuinya dipenuhi ahli keluarga sendiri selain pelbagai masalah dalaman meskipun beliau sering kali melaungkan reformasi.
"Pembangkang di Malaysia kini terperangkap dengan (moral) Anwar sebagai pemimpin (selepas dibebaskan mahkamah). Anwar mungkin masih popular bagi sesetengah pihak, tetapi dia juga kini terlalu lemah untuk menumbangkan BN," dakwa majalah itu lagi.