Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Amanat Haji Hadi punca solat berasingan

                                                     MASJID Kampung Padang Landak Jertih
                                                         yang masih dijadikan tempat solat 
                                                           berasingan oleh penyokong PAS.


Tindakan penyokong PAS mendirikan solat berasingan termasuk solat Jumaat sehingga menyebabkan berlakunya solat dua masjid dalam satu kariah didakwa berpunca daripada 'Amanat Haji Hadi', yang dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Marang, hampir 30 tahun lalu.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Besut, Raja Ayub Raja Kecik, 59, mendakwa tidak ada pemimpin yang mampu menyelesaikan isu yang berlarutan agak lama itu kerana penyokong parti itu masih meneruskan solat secara berasingan di masjid milik PAS disebabkan terikat dengan amanat itu.


Katanya, jika Abdul Hadi tidak menarik balik amanat itu, masalah itu tidak boleh diselesaikan kerana penyokong tegar PAS tetap berpegang teguh dengan amanat berkenaan.
Punca ahli dan penyokong PAS mengerjakan solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah kerana haram bagi mereka solat diimamkan orang UMNO berdasarkan 'Amanat Haji Hadi'. - Raja Ayub Raja Kecik, bekas AJK PAS Besut
“Punca ahli dan penyokong PAS mengerjakan solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah kerana haram bagi mereka solat diimamkan orang UMNO berdasarkan ‘Amanat Haji Hadi’.

“Masalah itu masih berlaku di beberapa daerah Terengganu termasuk di Besut hanya boleh diselesaikan oleh Presiden PAS (Hadi) sendiri kerana kejadian itu berpunca daripada amanat beliau sendiri,” katanya. 








Dakwat kekal akan digunakan pada PRU13: SPR

Suruhajaya Pilihan Raya(SPR) memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal 'silver nitrate' pada pilihan raya umum ke-13, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, hari ini. 

Beliau berkata dakwat itu adalah berlainan daripada dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum ke-12.
Enggan memaklumkan sumber negara ia diimport, Abdul Aziz berkata dakwat kekal itu digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar.
Beliau turut mengumumkan 'pengundian awal' akan diperkenalkan pada pilihan raya umum kelak iaitu tiga atau empat hari sebelum hari pengundian khusus bagi anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis (tidak termasuk pasangan) dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA). 

"Undi pos masih dikekalkan namun pengundi terbabit perlu memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya," katanya pada sidang media di sini. 

Katanya, semua perkara berkenaan adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.






Calon Melayu: Pemimpin Pas digesa nyata pendirian


Pemimpin utama Pas perlu menyatakan pendirian berhubung strategi DAP untuk meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti kaum itu dalam pilihan raya akan datang.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, tindakan Pas yang berdiam diri seolah-olah parti itu akur dan terus mengalah kepada helah dan agenda politik DAP.
"Pas perlu perjelas isu ini kerana apa yang mahu dilakukan DAP itu satu tindakan yang cukup mengelirukan.
"Mungkin dengan meletakkan calon Melayu mereka dapat menyembunyikan latar belakang parti yang bersifat perkauman," katanya pada sambutan Maal Hijrah anjuran Kelab Jaguh di sini, hari ini.
Hadir sama Penaung Kelab Jaguh, Datuk Ibrahim Ali bersama ahli kelab yang merupakan anak-anak negeri Kelantan di perantauan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut mendedahkan tindakan DAP kini mengatur langkah memikat segelintir orang Melayu untuk ditawarkan sebagai calon bertanding.
"Saya difahamkan pemimpin-pemimpin DAP sudah buat rundingan dengan ahli-ahli korporat dan profesional Melayu.
"Mereka yang terdiri daripada doktor dan peguam ini telah ditawar peluang untuk menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan helah dan memahami agenda sebenar perjuangan DAP.
"Kalau kita tahu sejarah, DAP ini satu parti yang sangat perkauman.
"Kalau yang ditawarkan peluang jadi calon itu faham, mereka tak akan terima tawaran itu," katanya.








Penasihat PKR perlu sahut cabaran Dr. M


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersara daripada politik dengan segera sebelum terus menjadikan rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai platform untuk melepaskan dendam terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Penasihat PKR itu seharusnya bertindak gentlemen dengan menentang Dr. Mahathir secara peribadi kerana semua isu yang dicetuskan olehnya merupakan kisah-kisah lama antara beliau dengan bekas Perdana Menteri itu.
''Kalau kita tengok, segala isu yang Anwar cuba mainkan sangat bersifat dendam terhadap Dr. Mahathir, jadi buat apa lagi beliau duduk dalam politik ekoran beliau tidak pernah membangkitkan isu untuk kepentingan rakyat.
''Justeru dalam isu kononnya Dr. Mahathir menulis surat kepada Bank Dunia itu, telah terang dan jelas yang Anwar cuba memainkan isu peribadi. Jadi wajarlah beliau berhenti daripada politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Zahrain mengulas tindakan Dr. Mahathir yang mencabar Anwar memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.
Mengulas lanjut, beliau percaya, Anwar tidak akan menyahut cabaran tersebut memandangkan isu itu sememangnya tidak benar dan dakwaan tersebut hanya strategi untuk mengganggu kepercayaan rakyat terhadap Dr. Mahathir dan Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, pemerhati politik, Dr. Sivamurugan Pandian menyifatkan tindakan Anwar membuat dakwaan seumpama itu hanyalah untuk mempengaruhi umum dengan berharap orang ramai akan berasa curiga terhadap kepimpinan BN yang dibawa oleh Dr. Mahathir.
Jelas beliau, Anwar yakin tindakannya itu berkemungkinan mengganggu gugat kewibawaan kerajaan BN terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
''Namun saya masih berpendirian jika Anwar seorang pemimpin yang dihormati, beliau harus menerima cabaran Dr. Mahathir, paling tidak menyatakan pendiriannya sendiri,'' katanya.
Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, rakyat diminta tidak mudah terpedaya dengan tipu helah Ketua Pembangkang itu lagi kerana dakwaan tersebut hanya untuk menjatuhkan reputasi Dr. Mahathir.
Kata beliau, Anwar sebenarnya sekarang semakin risau apabila melihat rakyat sudah mula nampak kebenaran situasi 1999 itu, iaitu siapa dalang dan siapa yang benar.
''Anwar dari dulu cemburukan Dr.Mahathir, jadi memang kerja beliau nak buat macam-macam isu. Strateginya adalah untuk menjatuhkan musuh nombor satu iaitu Dr. Mahathir.
''Kalau Anwar berjaya menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu, beliau sangka akan mendapat tempat semula sebagai orang nombor satu di Malaysia. Tetapi Anwar silap kerana rakyat sekarang sudah semakin bijak," jelasnya.







'Untuk apa bersumpah'


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.
Menurutnya, perbuatan tersebut tidak perlu dilakukan kerana dakwaan yang dibuatnya adalah berdasarkan fakta dan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia sendiri.
"Untuk apa bersumpah? Ini soal rasuah, soal jenayah. Jawapannya bukan dengan bersumpah.
"Kita tahu hukum mufti. Ini bukan soal sumpah, soalnya bagi keterangan," katanya ketika ditemui pemberita di Konvensyen Pembangunan Ummah Pulau Pinang, di sini hari ini.
Semalam, Dr. Mahathir mencabar Ketua Pembangkang itu bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri tersebut pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.
Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.
Anwar memberitahu, permintaan supaya surat yang dimaksudkan itu ditunjukkan pula, dianggapnya sebagai satu perangkap.
"Bukti ada, fakta pun ada. Nak cari surat yang dihantar oleh kerajaan, ini hanya helah saja. Mana saya ada simpan fail atau surat itu.
"Kalau saya bawa keluar nanti kena dakwa atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) pula. Nanti Tun Dr. Mahathir dakwa saya pula," ujarnya.







Hasan : Selangor - Perak Sasaran Utama Pemesongan Akidah









Sindiket Memurtadkan Muslim Benar- Benar Wujud - Tim. Mufti Perak.










Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen PAS Bachok berkata prinsipnya sejak tiga tahun lalu masih tidak berubah dan teguh memperjuangkan perpaduan Melayu-Islam di negara ini.









PERKASA AKAN TERUS BERSUARA


Pertubuhan pembela hak orang Melayu, Perkasa hari ini memberi amaran pengundi Melayu tidak akan memberi sokongan kepada wakil MIC, komponen Barisan Nasional (BN), dalam pilihan raya umum ke-13 susulan keputusan Putrajaya menarik balik novel “Interlok” sebagai teks sastera.
Selain itu, dakwa Perkasa, pihaknya juga yakin bahawa akan ada calon-calon Bebas bakal bertanding di kawasan-kawasan ditandingi wakil MIC atas alasan telah menghina penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.

Perkasa pernah mengumumkan pendirian yang sama ke atas wakil-wakil MCA, satu lagi komponen BN, sebelum ini dalam isu yang lain menyinggung kaum Melayu dan Bumiputera.
“Perkasa yakin pengundi Melayu tidak akan memberi undi kepada calon-calon MIC atau calon-calon India yang anti-Melayu dan mungkin ada calon Bebas yang akan bertanding di kawasan calon MIC bertanding di mana pengundi Melayu lebih 50 peratus,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataan.
Syed Hassan menambah, kumpulan pendesak hak orang Melayu itu amat kecewa dan kesal dengan keputusan kerajaan menarik balik novel kontroversi itu sebagai buku teks sastera.
“Kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada golongan minoriti yang besar kepala.
“Perkasa sangat marah dan kesal atas pengumuman yang dibuat oleh Presiden MIC bahawa novel ‘Interlok’ digugurkan dari silibus,” kata beliau lagi.
Katanya, Perkasa sedar keputusan itu adalah kehendak MIC demi menagih undi kaum India menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina.
Semalam, dua pemimpin kanan MIC mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel “Interlok” yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan oleh kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.
Beliau berharap penarikan balik novel karya Abdullah itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.
“Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak,” katanya di Air Keroh, Melaka.