Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Nik Aziz : ‘Saya Akan Dengar, Tapi Anwar Kena Jelas Kepada Rakyat’


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia mendengar penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun Ketua Umum PKR itu disyorkan untuk memberi penjelasan sendiri kepada rakyat berhubung dengan kenyataannya di Wall Street Journal (WSJ) baru – baru ini.
“Saya akan mendengar (penjelasan Anwar) tapi saya menyerahkan kepada Anwar untuk menjelaskan kepada orang ramai,” kata Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu, hari ini seperti dilaporkan Sinar Harian.
Nik Abdul Aziz berkata, kenyataannya hanya sebagai mewakili Pas manakala Anwar pula mewakili PKR.
Ekoran pendirian Dewan Ulama Pas awal minggu ini, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di Kuala Lumpur, Isnin ini.
Ketika diminta mengulas pendirian Anwar mempertahankan kenyataannya, Nik Abdul Aziz berkata, itu Ketua Pembangkang punya pasal.

Sementara itu di twitter Anwar, seorang pengikutnya bernama @Norshana_Sarima bertanyakan “kalo komen dlm sinar itu betul..ia sgt menyedihkan saya..susah sgt ker tolak israel?
Anwar menjawab, “Sy ikut Faatah-Haamas dan kecam keganasan Israel”.
Difahamkan @Norshana_Sarima merujuk kepada laporan Sinar Harian bertajuk “Israel: Anwar kekal pendirian, hormati Pas“, 16 Feb.
Dalam laporan itu, Sinar melaporkan berita berkenaan jawapan Anwar tentang isu sokongan Israel di WSJ yang turut disiarkan di laman rasmi anwar, anwaribrahimblog.
“Kata Anwar, pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana rejim itu menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin”, lapor Sinar Harian.
Lapornya lagi, “persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin.
“Anwar juga menambah, seandainya perkara itu dihormati, maka kewujudan Israel akan diiktiraf.
“Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin,” katanya.