Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Bersatu padu demi survival orang Melayu



Orang Melayu harus bersatu demi survival bangsa dan melupakan agenda politik, kata Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omar Din Mauju.
Justeru, kata Beliau, semua orang Melayu perlu bersatu, khususnya dalam hal-hal melibatkan kepentingan serta hak mereka.
"Melayu tidak akan lagi menjadi bangsa kuat jika terus berpecah. Justeru, saya merayu kepada semua orang Melayu untuk bersatu dan melupakan agenda politik demi survival bangsa ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis penyampaian selempang dan watikah anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Warisan Selendang Merah (Perwira) di sini semalam.
Pada majlis tersebut, Omar turut dianugerahkan Selempang Penasihat Kehormat Perwira daripada Presiden Perwira Malaysia, Omar Talib dan seterusnya dilantik menjadi Penasihat Kehormat Perwira Malaysia.
Tambah Omar, jika bangsa Melayu terus berpecah, tidak mustahil kuasa yang dimiliki sekarang akan hilang daripada genggaman.

Himpun jangka 10,000 hadir perhimpunan di Pulau Pinang



Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) menjangkakan lebih 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan keempat yang dijadual diadakan di Dewan Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas pada 28 Januari ini.
Pengerusi bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang anasir-anasir negatif yang cuba menggugat dan memesongkan akidah umat Islam ketika ini.
"Himpun mengumpulkan semua lapisan masyarakat beragama Islam dari segenap lapisan tanpa mengira latar belakang ekonomi dan politik, meningkatkan kesedaran mempertahankan akidah dari godaan anasir negatif,” katanya pada sidang media sempena perhimpunan itu di sini hari ini.
"Perhimpunan ini tiada kaitan langsung dengan fahaman atau ideologi mana-mana parti politik, tujuan kita adakan perhimpunan ini hanyalah untuk mempertahankan akidah umat Islam, memberi kesedaran tentang ancaman luar dan tiada kaitan langsung dengan politik,” kata beliau.
Katanya, pada perhimpunan itu bekas EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd Ali adalah antara empat penceramah akan memberikan ceramah.
Perhimpunan yang bertemakan ”Selamat Akidah” itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid Far-East, Mestica dan Muaz.

12 NGO puas hati dengan penjelasan NFC



Wakil daripada 12 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berpuas hati dengan penjelasan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan oleh perbadanan itu.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mewakili NGO tersebut berkata, keputusan ini dicapai selepas mendengar penjelasan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail dalam pertemuan selama dua jam setengah bermula pada pukul 9.30 pagi di Hotel Putra di sini hari ini.
”Sebelum ini kami turut keliru dengan isu NFC, tetapi selepas mendengar taklimat dan penjelasan daripada pengerusi eksekutif NFC sendiri, kami berpuas hati dan menerima penjelasan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat tersebut.
Antara NGO yang hadir ialah Majlis Usahawan Malaysia, Persatuan Anak Kelantan Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Perundingan Malaysia dan Persatuan Pemikir Profesional Malaysia.
Ibrahim berkata, mereka juga akan menerima segala keputusan yang dibuat oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes itu.
Isu NFC, yang terlibat dalam projek ”Lembah Daging” di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import, menjadi isu apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lepas menyatakan ia gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Berikutan dengan laporan Audit itu, pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana tersebut, terutama berkaitan pembelian kondominium mewah di Lembah Klang.

Exco Agama Baru Kerajaan Negeri Selangor...Jom Karok




Inilah Exco Agama Baru Kerajaan Negeri 


Selangor sekarang,Lepas ni kena slow sikit 


ok.....Pewiiiittttt.

Chegubard menuduh 'Geng-geng UMNO' yang bertindak mengganggu ceramah ABU di Jalan Kebun



Chegubard menuduh 'Geng-geng UMNO' yang bertindak mengganggu ceramah ABU di Jalan Kebun, Shah Alam malam tadi. Menurutnya serangan tersebut cuma ditujukan kepada kaum India dan bersifat rasis! Benarkah kejadian ini rasis atau Chegubard yang cuba menyuntik elemen rasis melalui andaiannya??

Persoalan yang harus dijawab oleh Chegubard... apa buktinya 'Geng-geng Umno' yang melakukan kekacauan tersebut?? Ada mereka bawa bendera atau pakai baju UMNO ke?? Gua harap pihak UMNO akan saman Chegubard kerana membuat tuduhan melulu!

Cuba perhatikan jumlah kerusi yang lebih banyak dari penonton yang datang mendengar ceramah walaupun majlis sudah bermula (Mat Sabu pun sudah berada di atas pentas)... Benarkah ini kekacauan yang tidak diduga atau PLAN B1 yang dirancang oleh Chegubard sendiri - operasi menebus malu sekiranya tidak cukup ramai penonton yang hadir??

Atau PLAN B2 untuk menarik lebih ramai orang datang menghadiri ceramah anjuran SAMM tersebut dengan 'mempromosikan' tentang kekecohan melalui facebook & twitter??


Yang lawaknya Bob Lokman pun turut join sekaki suruh orang datang meramaikan lagi ceramah yang turut dihadiri oleh idolanya, Mat Sabu... Huahahaa!!

Kampung Kami Kembali Ke Zaman 60an


Nasib malang menimpa penduduk Kampung Jalan Kebun,Klang apabila perkhidmatan bas henti-henti yang menghubungkan Klang dengan kampung berkenaan telah dihentikan awal tahun ini.
Berpuluh-puluh tahun penduduk kampung berkenaan bergantung kepada khidmat bas berkenaan untuk urusan seharian dan juga untuk murid-murid berulang alik ke sekolah.
Laluan bas ke kampung berkenaan memang tidak menguntungkan, tetapi ianya terpaksa diadakan untuk khidmat kepada rakyat.
Di zaman pemerintahan BN , kerajaan negeri memberi peruntukkan khas kepada syarikat bas untuk mereka menampung kos operasi bagi memastikan rakyat Selangor mendapat kemudahan perkhidmatan awam untuk memudahkan urusan seharian.
Di zaman pemerintahan PKR yang dinamakan Kerajaan Kebajikan , mereka tidak lagi memberi peruntukan khas kepada syarikat bas untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan.
Syarikat bas tiada pilihan melainkan menamatkan operasi kerana mereka tidak tahan menanggung kerugian yang teruk semenjak 3 tahun lalu.
Kini terdapat ibu bapa yang terpaksa membelanjakan RM 25 sehari untuk tambang teksi bagi anak-anak mereka ke sekolah di Kampung Jawa dan Klang.
PKR sering berbangga mereka memberi air percuma RM 11.00 sebulan. Tetapi dalam masa yang sama mereka menindas rakyat dengan cara lain.
Kata seorang penduduk kampung berkenaan, “apa guna dapat air free RM 11.00 sebulan tapi kena keluar belanja teksi RM 25.00 sehari ?
“Mana dia Kerajaan Kebajikan yang dilaungkan ? ” tanya seorang lagi penduduk kampung.

Korek Jalan Tanda Dekatnya PRU Yang Dibimbangi Pakatan Selangor


Sudah menjadi fenomena di seluruh Selangor, jalanraya dan jalan tar dikorek-korek kemudian dibiarkan ternganga-nganga bagaikan lubang perangkap sebelum penurapan dilakukan hampir sebulan kemudian. Seluruh Selangor sedang berhadapan dengan fenomena yang amat ‘menakjubkan’ ini.
Bagaimanapun, beberapa perkara ditimbulkan dan diperkatakan. Paling utama ialah mengapa hanya kontraktor tertentu atau lebih tepat lagi, mempunyai hubungan yang rapat dengan Ahli Majlis PBT yang memperolehi kontrak membaiki jalanraya. Perkara penting lagi yang dipertikaikan ialah, mengapa peruntukan yang telah diperolehi lebih awal, hanya digunakan pada penghujung penggal iaitu menjelang beberapa bulan lagi sebelum Pilihanraya Umum dijalankan.
Bagi kawasan-kawasan perumahan, kebanyakan pembaikian jalanraya dan jalan dilakukan oleh penyelenggara. Jalan-jalan pula diselenggara oleh PBT yang mempunyai dana daripada cukai yang mereka kutip dan peruntukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri pula memperolehi peruntukan jalanraya BULAT-BULAT dari Kerajaan Persekutuan.
Atau dalam bahasa yang lebih mudah faham, Kerajaan Negeri Selangor tidak mengeluarkan walau sesen pun duit penyelenggaraan, sebaliknya mereka membuat ‘keuntungan’ besar dengan membekukan sebarang projek penyelenggaraan dan pembaikian jalan raya di seluruh Selangor sepanjang mereka berkuasa sehinggalah bulan-bulan terakhir kebelakangan ini.
Lebih RM400 juta telah diperuntukkan kepada MARRIS. Namun sebahagian daripada peruntukan tersebut telah ‘dicuri’ oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk dimasukkan ke dalam akaun bagi menunjukkan SURPLUS atau lebihan pendapatan. Peruntukan jalanraya telah dijadikan sebagai LEBIHAN PENDAPATAN, padahal peruntukan tersebut sebenarnya adalah untuk dibelanjakan bagi kebajikan rakyat.
Yang pastinya, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, setelah ditolak peruntukan MARRIS yang dicuri oleh kerajaan Khalid-Teresa, akaun Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya telah kosong. Semuanya berpunca daripada penyelewengan, pembahagian sesama kroni, pemindahan wang-wang berkenaan ke dalam akaun PKR dan DAP, terutama yang dibuat menerusi pemberian projek serta tender kontrak yang dimiliki oleh Ahli-Ahli Majlis daripada kedua-dua parti berkenaan, tetapi diproksikan kepada orang lain yang hanya makan gaji bulanan.
Dalam laporan Ketua Audit Negara, Pejabat Menteri Besar Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merupakan penerima peruntukan terbesar iaitu RM1,132.88 juta atau 33% daripada peruntukan keseluruhannya. Manakala di tempat kedua adalah Jabatan Kerja Raya Selangor bernilai RM871.14 juta atau 25.4% daripada keseluruhan peruntukan.
Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor cuba menipu dengan bercakap besar kononnya mereka telah menyelesaikan semua kerja untuk rakyat, hakikatnya jumlah projek pembangunan RMk-9 menjadi bukti kepada kegagalan Pakatan Rakyat Selangor. Sehingga 31 Disember 2010, sebanyak 1,437 projek pembangunan di bawah RMK-9 telah diluluskan untuk dilaksanakan. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 927 projek telah disiapkan sepenuhnya, 174 projek mengikut jadual, satu projek mendahului jadual, 6 projek lewat jadual, 199 projek masih belum dimulakan dan 130 projek dalam perancangan perlaksanaan.
Menariknya walaupun menerima peruntukan terbesar, Pejabat Menteri Besar Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hanya meluluskan 28 projek sahaja di mana 25 projek telah disiapkan, 2 projek ikut jadual dan 1 projek lewat jadual serta tiada sebarang projek dalam perancangan perlaksanaan. Berbanding Jabatan Kerja Raya Selangor yang meluluskan 455 projek dengan projek yang siap hanya 147, manakala 14 projek lagi mengikut jadual, 1 projek mendahului jadual dan 2 projek lewat siap. Jumlah projek yang belum mula adalah 179, manakala projek dalam perancangan perlaksanaan adalah 112 projek.
Mengapa agaknya Jabatan Kerja Raya Selangor kelihatan begitu bermasalah? 
Sudah tentulah kerana walaupun Jabatan Kerja Raya Selangor merupakan penerima peruntukan kedua terbesar, segala peruntukannya telah ‘ditahan’ oleh Pejabat Menteri Besar sekaligus membantutkan semua projek yang telah diluluskan, terutama sekali projek penyelenggaraan dan pembaikian jalanraya.
Disebabkan masa untuk PRU sudah semakin hampir, barulah Jabatan Kerja Raya Selangor menerima peruntukan mereka. Itulah sebabnya, sekarang ini, kita boleh melihat projek jalan di sana sini. Kalau tidak dibuat secara keseluruhan pun, projek yang dilaksanakan ialah korek, biarkan, pasang kon dan letakkan mesin-mesin serta jentera pembina jalan agar penduduk membuat persepsi kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat sedang membaiki jalan dan jalan raya dan cuba memburukkan
kerajaan pusat.Padahal apa yang mereka lakukan sekarang, tidak ubah seperti satu penipuan besar-besaran yang bernilai ratusan juta ringgit!

VIDEO SEKS TIMBALAN PESURUHJAYA PAS? MENARIK TUH!!!


Nampaknya video seks seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS telah mula diperkatakan. Kali ini ianya datang dari mulut bekas Pesuruhjaya PAS pula. Justeru membenarkan khabar-khabar angin mengatakan, perangai hodoh Timbalan Pesuruhjaya PAS itu yang cakap tidak serupa bikin atau lebih tepat lagi, MUNAFIQ didedahkan sendiri oleh kalangan dalaman PAS.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Pesuruhjaya tersebut semakin menguatkan berita yang cukup kuat dan kencang sebelum ini. Bagaimanapun, timbalan Pesuruhjaya berkenaan tidak pula dinamakan, tetapi ramai yang sudah tahu siapakah orang yang dimaksudkan oleh bekas Pesuruhjaya tersebut dalam ceramahnya.

Timbalan Pesuruhjaya itu merupakan seorang Exco di sebuah negeri. Video skandal itu dikatakan mempunyai kualiti lebih baik berbanding video seks Anwar Ibrahim. Bukan sahaja berwarna dan jelas tetapi juga mempunyai suara.

Dikatakan bahawa video berkenaan dirakamkan oleh orang PAS sendiri.

Satu perkembangan yang menarik apabila kaedah 'keji' yang dikatakan menjadi rukun psy-war UMNO kini nampaknya turut menjangkiti PAS dalam usaha untuk membersihkan parasit-parasit dalam parti itu atau lebih sesuai dinamakan sebagai MUNAFIQ.

Apakah sekarang akan wujud pula cerita dan fatwa yang baru membabitkan 'besi bisu' sebagai saksi memandangkan ia membabitkan PAS sendiri?

DI UGUT AGAR TIDAK MENENTANG MENTERI WILAYAH..





Kami bukan PATI nak halau kami sesuka hati,kita yang memenangkan barisan nasional dan kita juga yang akan menjatuhkan barisan nasional,orang melayu diarah pindah ke tanah lombong dan dijadikan sebagai Kondom untuk memuaskan nafsu sahaja dan akan dibuang selepas digunakan,mereka dah grafkan undang-undang kepala Bapak dorang,kami akan renpuh banggunan mereka,kalau mereka nak tambus kita,kita akan tambus mereka dan kita sekali,siapa yang takut Mati jangan berjuang,inilah nasib orang melayu,inilah nasib agama islam,di ugut agar tidak menentang Menteri Wilayah,nasib kita memang sial sebab kita pilih pemerintah dan pemerintah tindas kita balik,daripada mati seperti anjing tepi jalan lebih kita mati dalam fisabilillah.....lain-lain tengok la video ok.