seperti yang ditulis oleh Anjoi Binjai semalam MB Selangor telah hadir dan berucap di ceramah pkr bandar tun razak yang mana beliau juga ahli parlimen disitu,semasa beliau berucap sambutannya amat dingin dan oleh kerana itu MC pada malam itu seperti sudah tahu yang khalid tidak akan bertanding di parlimen bandar tun razak dan jika benar maka penggantinya adalah anak saudara beliau sendiri yang mana memegang jawatan sebagai ketua amk bandar tun razak,dalam kemeriahan ceramah tersebut rupa-rupanya ada pelacur disebalik mini market dan ada penjualan arak disekolah,maka tertangkaplah bahawa sebenarnya khalid telah menyembunyikan sesuatu yang mana ahli pkr bandar tun razak sendiri tidak tahu.kalau selama ini beliau tidak pernah ambil peduli tentang masalah-masalah rakyat bandar tun razak,KENAPA pada malam 26.04.2012 beliau telah hadir berceramah di bandar tun razak,adakah kerana untuk melihat bahawa beliau masih mempunyai penyokong lagi bagi memastikan beliau akan dicalon semula di parlimen bandar tun razak.jika itu yang difikirkannya maka jawapannya ada tapi hanya 1% dari rakyat di bandar tun razak ini.jika dilihat pada gambar diatas dengan jelas bahawa khalid telah pun punyai program beliau sendiri di kg.darah pada malam itu untuk majlis DIALOG bersama belia disana tapi pada hakikatnya belia-belia di sana telah ditipu oleh pemimpin PKR dan MB mereka sendiri.adakah MB Selangor sampai begitu takut untuk berdepan dengan belia-belia di dalam kawasan jagaan beliau sendiri sedangkan PKR sentiasa menggunakan kelopok belia untuk melakukan bermacam-macam perkara untuk mereka namun pada hakikatnya PKR sendiri takut pada bayang-bayang mereka.adakah MB Selangor takut akan dengan soalan-soalan yang akan diutarakan pada beliau semasa perjumpaan itu?mungkin juga kalau tidak mengapa beliau tidak menghadirkan diri dalam perjumpaan itu....malas Anjoi Binjai nak menulis...renung-renungkan dan selamat menyambut hari april fool pada belia-belia di negeri selangor sebelum april melabuhkan tirainya...
Ku Li terus ditikam
Politik kotor untuk menjatuhkan pemimpin veteren umno yang lebih dikenali sebagai Ku Li amatlah ketara bila ada desakan dari geng 16 agar beliau berundur,namun sehingga sekarang geng 16 masih lagi tidak mampu untuk menampilkan calon yang mereka akan sokong sekiranya Ku Li berundur dari Gua Musang dan mereka juga tidak mampu untuk menyatakan bahawa calon yang akan disokong mereka akan dapat mengekalkan rentak kemenangan yang Ku Li lakukan selama ini,difahamkan calon yang akan disokong oleh geng 16 ini adalah seorang cikgu yang dikatakan pernah berkhidmat dibawah jagaan Ku Li sendiri dan setelah tidak bersama Ku Li maka corak permainan politiknya juga berubah dari yang menghormati kini cuba main tikam belakang,nampaknya Ku Li terus menerus menerima tikaman dari orang-orang yang dulu bersama-sama dan menerima didikan dari beliau sendiri.harap geng 16 akan membuat PC menyatakan bahawa kerusi parlimen gua musang akan terus kekal didalam tangan BN dan Umno sekiranya Ku Li benar-benar berundur nanti dan mereka juga harus menyatakan bahawa sekiranya gua musang kalah maka mereka juga akan meletakkan jawatan masing-masing dalam Umno.sokongan warga felda di gua musang pada Ku Li jangan dianggap seperti sampah oleh Umno Pusat dan Umno Negeri kerana kelak ia akan memakan diri sendiri,dalam keadaan PRU13 yang semakin dekat diharap jangan ada pelacur disebalik mini market dan jangan jual arak di sekolah sudahla...
BN Bandar Tun Razak Gusar Hantar Setiausaha Untuk Pantau
Ceramah PKR Parlimen Bandar Tun Razak pada 26.04.2012 sememangnya amat meriah dengan kehadiran seramai 2000 orang pada anggaran Anjoi Binjai walaupun bukan semuanya dari bandar tun razak sendiri,ada juga yang dari kawasan berhampiran seperti cheras,seri kembangan itu yang Anjoi Binjai tahulah sebab ada tanya mereka yang hadir,kebanyakannya hadir kerana nak dengar anuar dan kadir memberikan ceramah berbanding dengan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sendiri Tan Sri Khalid Ibrahim,sbb tu masa Khalid memberikan ucapan ramai yang tidak peduli malah yang bertepuk tangan tanda sokongan pun macam bunyi anak kembar Anjoi Binjai bertepuk tangan je.namun apa yang agak kurang menarik bagi Anjoi Binjai ialah tiada peniaga dari Flat Sri Labuan yang diberikan peluang berniaga di situ sedangkan program ceramah ini di buat sebelah Flat berkenaan yang mana ia juga salah satu kubu kuat pkr dan peniaga-peniaga di Flat berkenaan juga sampai memasang bendera pkr pada gerai mereka,apa yang Anjoi Binjai lihat hanyalah pemuda-pemuda amk yg bekerja dengan DBKL dari flat sri labuan diberikan tugas menjaga lalu lintas sahaja.kehadiran Setiausaha BN saudara Zaharin Yassin yang memantau perjalanan ceramah berkenaan juga adalah amat baik sekali dan contoh yang harus diikuti pemimpin-pemimpin di Bandar Tun Razak untuk melihat sama ada mereka ini dikenali oleh penyokong-penyokong pembangkang atau tidak,tapi boleh juga Anjoi Binjai anggap kehadiran Setiausaha BN bandar tun razak juga mencerminkan bahawa BN bandar tun razak juga dalam keadaan yang sukar untuk merampas kembali kerusi parlimen P124 ini.kerusi parlimen bandar tun razak adalah diperuntukkan untuk MCA sejak dulu lagi dan juga diperkatakan mereka akan meletakkan pengerusi yayasan pendidikan bandar tun razak sebagai calon untuk PRU13 yang mungkin akan bertemu dalam gelanggang dengan ketua amk bandar tun razak saudara arman(anak saudara khalid ibrahim).rata-rata pengundi melayu di bandar tun razak ini mahukan wakil melayu dari kedua-dua parti yang akan bertanding di bandar tun razak pada pru13.namun jika BN meletakkan calon bukan melayu di bandar tun razak ini berkemungkinan BN akan kalah dengan majoriti yang agak lebih tinggi dari pru12.jika benar telahan Anjoi Binjai calon dari MCA ini maka sokongan dari penduduk flat sri labuan sendiri tidak mungkin akan memihak calon dari MCA ini kerana mereka juga tidak kenal beliau dan hanya satu program saja yang dibuat oleh yayasan pendidikan bandar tun razak di flat sri labuan dengan bantuan dari Wira Perkasa BTR itupun pada penghujung tahun 2011.kalau ditanya adakah mereka kenal senator ini maka ramailah penduduk flat sri labuan akan menggelengkan kepala jika ditanya.mungkin calon dari MCA ini tidak memerlukan undi dari penduduk flat sri labuan ini kerana mereka tidak penting bagi beliau.kalau diimbas kembali pada pru12,BN hanya berani pasang bendera BN hanya dari blok 1-4 sahaja dan blok 5-8 PKR menguasai.mungkin calon MCA ini masih buta mata dan hatinya.jika diberikan kerusi ini pada pada calon UMNO kita akan dapat melihat pertarungan yang amat sengit dalam memenangi kerusi parlimen P124 ini.Anjoi Binjai harap BN bandar tun razak akan dapat meneliti perkara-perkara kecil ini agar mereka tidak akan salah dalam menghitung kemenangan di PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK.
Langgan:
Catatan (Atom)