Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Penguatkuasa MBMB parah diserang Tonto

                                     
                              IBU mangsa, Fatimah Atmo, 66, (kanan) sebak selepas melihat 
                          keadaan anaknya, Azizan Abbas, 26, di Hospital Melaka yang cedera
                          tangan kanan selepas diserang sekumpulan 30 lelaki samseng ketika 
                            sedang melakukan serbuan ke atas sebuah kafe siber haram di 
                                       Taman Seri Duyong Seksyen 2, Kandang, Melaka




 Seorang anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)parah, manakala empat lagi cedera selepas diserang sekumpulan 40 lelaki dipercayai Tonto ketika sedang melakukan serbuan ke atas sebuah premis judi haram di Taman Seri Duyong, Duyong, dekat sini, kira-kira jam 11.40 malam tadi.
Azizan Abas, 28, parah selepas ditikam menggunakan senjata tajam dipercayai jenis pisau jenis Rambo pada bahagian lengan kanan, manakala empat rakannya pada bahagian muka dan badan akibat dibelasah dengan kayu, rotan dan besi.Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka sejurus selepas kejadian. Sehingga lewat pagi ini, mangsa yang parah dalam keadaan stabil manakala empat rakannya dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan lanjut pagi tadi.Ketua Operasi MBMB, Mutahir Ab Rasid, berkata, laporan mengenai kejadian itu di buat di Pondok Polis Hospital Melaka sejurus kejadian.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md Yunos Husin ketika ditemui selepas melawat semua mangsa tonto terbabit di Hospital Melaka, pagi tadi mahu polis segera menyiasat kejadian itu serta mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas.


Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah, Zainal Abu dijadual melawat mangsa kira-kira jam 2.30 petang ini, selepas Azizan selesai menjalani pembedahan.  



Usaha Kafir dan Rakan gagalkan Himpun di PP



Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini menafikan mereka mengeluarkan surat yang didakwa menggunakan tandatangan palsu anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim.
Pengarah Urusetia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, pihaknya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu dan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kepada mana-mana masjid.
"Kami tidak perlu mengeluarkan surat untuk mengajak umat Islam menghadiri perhimpunan ini. Sudah sebulan kami gunakan segala ”networking” yang ada untuk menguar-uarkan Himpun ini,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau juga tidak tahu siapa yang mengeluarkan surat terbabit yang dikatakan ditandatangani Abdul Malik selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang.
Perkara itu dilapor sebuah portal berita yang antara lain menyebut surat tersebut memaparkan logo kerajaan negeri dan disebarkan kepada jawatankuasa masjid, meminta mereka menghadiri Himpun yang akan diadakan di Kepala Batas, esok. 

Kemas 'hilang' jika pembangkang menang


                                


Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tidak mustahil akan dirombak atau dibubarkan sekiranya parti pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, beliau tidak hairan jika perkara itu berlaku kerana Kemas selama ini berperanan membantu golongan masyarakat luar bandar khasnya orang Melayu.
Jika ia berlaku, katanya, peranan Kemas sejak 50 tahun lalu terutama dalam meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya boleh berdikari, sekali gus meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan dan ekonomi akan terhenti.
"Jika pembangkang mendapat kuasa untuk mentadbir negara, di antara yang mungkin dirombak atau dihapuskan adalah Kemas apatah lagi agenda pengisiannya adalah kontrak sosial.
"Tambahan pula, ada satu parti di dalam pakatan pembangkang yang sejak penubuhannya menuntut hak sama rata melalui konsep Malaysian Malaysia yang nyata bertentangan dengan kontrak sosial yang mengiktiraf hak istimewa orang Melayu," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan 50 Tahun Kemas di sini semalam.
Hadir sama, Pemangku Ketua Pengarah Kemas, Hassan Mohd. Amin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff.
Lebih 1,500 warga Kemas Johor berhimpun bagi meraikan ulang tahun berkenaan di samping bertemu para pemimpin masyarakat yang hadir.
Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, anggota Kemas harus sedar cabaran besar yang perlu mereka hadapi terutama dalam menghadapi perpecahan orang Melayu.
"Ayuh warga Kemas, kita kukuhkan perpaduan orang Melayu, kita bersatu padu untuk membentuk perpaduan dan jangan sesekali berpecah demi masa depan bersama.
"Kalau kita berterusan berpecah dan bertelagah, ia akan memberi peluang kepada pembangkang untuk terus menyebarkan ideologi mereka dan menabur janji-janji manis mereka," katanya.
Abdul Ghani turut mengingatkan semua pengundi supaya sejarah pilihan raya 2008 yang menyaksikan beberapa negeri berjaya ditawan parti pembangkang, tidak berulang lagi.

Letak calon bersih - Ibrahim Ali


                                                  
Barisan Nasional (BN) akan hanya dapat menawan negeri ini sekiranya membariskan calon yang dilihat bersih oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, peluang parti tersebut untuk merampas semula negeri ini sememangnya cerah kerana rakyat mahukan perubahan selepas lebih 20 tahun di bawah pemerintahan Pas.
Beliau berkata, BN juga perlu menonjolkan calon Menteri Besar yang benar-benar bersih serta mempunyai kelebihan dalam bidang agama disebabkan ia selaras dengan kehendak rakyat.
"Saya bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, BN boleh mengambilalih negeri ini, tetapi dengan syarat BN mesti meletakkan calon yang benar-benar dilihat bersih.
"Berdasarkan pengalaman saya dalam politik Kelantan sejak 1978, rakyat Kelantan pantang dengan calon kontroversi dan tidak bersih.
"Kalau ada calon bersih, ada pendidikan, kreatif, berinovasi, saya yakin kerajaan Kelantan akan berubah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Kebangsaan Dato' Hamid I di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 341 pelajar cemerlang dari seluruh Parlimen Pasir Mas menerima sumbangan berupa wang tunai dan beg sekolah.
Akhbar sebelum ini melaporkan Najib yakin BN berpeluang untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Najib, yang juga Presiden UMNO melahirkan keyakinan tersebut semasa perjumpaan dengan pemimpin BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini, sebelum mengakhiri lawatan setengah hari ke negeri ini.
Beliau menyatakan, walaupun pertandingan antara BN dan Pas amat sengit, Kelantan merupakan winnable state bagi BN pada pilihan raya umum itu.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, beliau berharap Najib akan mengambil kira faktor tersebut sebelum membuat keputusan.
"Saya yakin rakyat negeri ini mahukan perubahan kerana terlalu sedikit perubahan dibawa Pas selepas 20 tahun memerintah.
"Politik di Kelantan berbeza, politik Kelantan ada 'pemujaan' terhadap pemimpin ataupatronage, mereka akan melihat kepada 'kepala' sebagai contoh, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai ketua bersih, jika ada pemimpin lain yang tidak seberapa pun mereka akan pilih sebab 'kepalanya'," katanya.

Anwar dicabar serah video




Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.
Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.
Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.
‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.
‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.
Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.
Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.
‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.
‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,’’ katanya lagi.
Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.
‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.
Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman ‘Trio Datuk T’ jika merasakan beliau berada di pihak yang benar.