Sepasang suami isteri yang hanya bergantung hidup dengan menjual nasi lemak sejak 27 tahun lalu kesal apabila menerima peralatan berupa pengisar tidak seperti dalam permohonan.
Ismail Manap, 62, berkata, dia memohon bantuan barangan melalui Program Pembasmian Kemiskinan dengan harapan menerima mesin pengisar cili yang sesuai dengan perniagaannya namun hanya menerima mesin pengisar biasa.
Paling mengecewakan, mesin pengisar yang diterima tidak dapat digunakan kerana tiada manual kaedah menggunakannya dan maklumat di kotak produk dalam bahasa Cina.
“Sebagai orang kampung, keadaan ini sepatutnya berlaku kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan kami merasa seperti dipermain-mainkan.
“Dengan pendapatan bersih sebanyak RM30 sehari mana mampu untuk membeli sebuah mesin pengisar seperti yang dijanjikan,” katanya.
Ismail berharap pihak yang bertanggungjawab mengkaji semula bantuan peralatan tersebut bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah.
Katanya, pihak terlibat juga perlu mengambil berat dan membuat pemantauan terhadap kualiti peralatan bantuan yang disalurkan.
Sehingga hari ini, Ismail dan isterinya Mazitun Ngadauyah Karim, 64, tidak pernah menggunakan peralatan tersebut kerana bimbang jika perkara yang tidak diingini berlaku.
“Ketiadaan maklumat pada produk membuatkan kami tidak berani menggunakan malah tahap keselamatan semasa menggunakannya juga diragui,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Morib, Hasnul Baharuddin, ketika diminta mengulas berkata, beliau akan memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak yang bertanggungjawab.
“Setakat ini pihak kami belum pernah menerima rungutan daripada mana-mana pihak dan ini merupakan aduan pertama,” katanya.
MAHAL MESIN NI BAGI SAYA JE LA....WAT JUAL ICE BLANDED CUN DAH NI...
sumber
Peniaga terbeban sewa tinggi..tolonglah MPKlang
Koperasi Peniaga Pasar dan Usahawan Bumiputera Daerah Klang Berhad (Koputra) meminta jasa baik Majlis Perbandaran Klang (MPK) mempertimbangkan semula kadar sewa yang dikenakan terhadap peniaga Bazar Uptown Nadi Kota yang dilihat di luar kemampuan para peniaga di sini.
Pengerusi Koputra, Mohd Zaini Mustafa berkata, kadar sewa yang dikenakan dilihat tidak mampu ditanggung peniaga di sini yang masih di peringkat awal memulakan perniagaan.
Menurutnya, pihak MPK mengenakan sewa tapak sebanyak RM6,700 sebulan termasuk permit RM5 sehari dan RM10 bagi caj tapak khemah.
“Berikutan harga tinggi yang dikenakan kepada Koputra jadi kita juga terpaksa mengenakan harga sewa yang tinggi kepada peniaga iaitu RM550 sebulan.
“Bagaimanapun peniaga-peniaga di Bazar Uptown Nadi Kota meluahkan rasa ketidakmampuan untuk membayar sewa yang dilihat tinggi sedangkan perniagaan mereka di sini baru sahaja beroperasi dengan tempoh perniagaan sekitar empat jam sehari bermula jam 10 malam hingga 2 pagi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Oleh itu, beliau berkata, sekiranya pihak majlis dapat mengurangkan kos sewa ini pihak Koputra juga akan mengambil pendekatan yang sama terhadap peniaga.
“Kita turut bersimpati dengan nasib peniaga bagaimanapun kita juga berhadapan masalah yang sama.
“Justeru itu, saya berharap pihak Majlis dapat mengambil kira luahan ini seterusnya mempertimbangkan permohonan kami segera,” katanya.
Menurutnya, pendekatan majlis yang memberi peluang kepada peniaga menjalankan operasi perniagaan di sini amat dihargai.
“Tetapi jika majlis dapat mempertimbangkan permohonan kami ini ia sekali gus membuktikan majlis terus membela nasib dan masa depan peniaga terutamanya peniaga Bumiputera di kawasan ini,” katanya.
Beliau berkata, permohonan agar pihak MPK dapat mengurangkan kadar sewa kepada peniaga-peniaga Uptown Nadi Kota sudah dihantar Koputra kepada MPK pada 1 Febuari lalu untuk dipertimbangkan.

Shahrizat Serah Kepada Perdana Menteri Kedudukan Selaku Senator
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kedudukan beliau sebagai Senator.
Sharizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno berkata terserah kepada Perdana Menteri sama ada melanjutkan tempoh penggal beliau sebagai senator yang akan berakhir bulan depan.
"Semuanya terpulang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri," katanya selepas majlis program kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Majlis julung kali diadakan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri hampir 20,000 orang termasuk 1,627 wakil NGO dari seluruh negara.
Sebuah akhbar berbahasa Cina (Sin Chew) dilaporkan membuat spekulasi bahawa Shahrizat berkemungkinan tidak dilantik semula sebagai senator apabila penggalnya berakhir pada 8 April ini. Shahrizat dilantik sebagai Senator pada 9 April 2009.
Shahrizat terpalit dalam isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail, yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.
Ia mendapat perhatian setelah Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan tentang beberapa kelemahan projek itu yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
Ia semakin panas selepas wujud dakwaan berlaku penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC
MB Selangor Arah PKPS Hantar Salinan Laporan Audit Kewangan Kepada Noh Omar
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengarahkan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menghantar salinan laporan audit kewangan perbadanan itu kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk dinilai sendiri oleh menteri berkenaan.
Beliau berkata tindakan itu diambil ekoran kenyataan Noh sebelum ini yang meminta pihaknya memberi jawapan bagaimana simpanan tunai PKPS boleh meningkat begitu banyak dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.
"Kewangan PKPS telah diaudit oleh kumpulan profesional kerana sejak 2008, kita di Selangor gunakan cara yang diamalkan oleh syarikat swasta, yang mana peruntukan perakaunan mereka dibuat secara tertib dan teratur mengikut lunas standard perakaunan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan pengerusi penggerak belia tempatan sesi 2012 di sini, Ahad.
Mengulas dakwaan Noh bahawa peningkatan simpanan tunai PKPS itu adalah disebabkan penjualan tanahnya seluas 12,000 hektar di Sarawak dengan harga RM97 juta, Abdul Khalid berkata penjualan tanah memang ada, tetapi terdapat dua jenis keuntungan yang diperoleh perbadanan berkenaan, iaitu keuntungan hasil daripada jualan dan keuntungan hasil daripada operasi.
Beliau berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebaliknya pernah memprotes tindakan PKPS menjual tanah berkenaan pada harga RM97 juta kerana berpendapat harga berkenaan terlalu murah. - BERNAMA
Langgan:
Catatan (Atom)