Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Disember lalu begitu yakin bahawa hakim akan memutuskan beliau tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 9 Jan ini, namun tindakan Ketua Umum PKR itu membuktikan sebaliknya.
Inilah yang yang dikatakan dissociative identity disorder (DID) yakni tidak sama antara apa yang diucap dengan apa yang dilakukan.

Difahamkan, perancangan seterusnya, pada 28 Dis ini, jam 11 pagi, bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur akan diadakan majlis pelancaran Program Bebaskan Anwar 901.
Blogger Angin Perubahan berpendapat jika Anwar sudah menggerakkan program seumpama itu bermakna beliau sudah yakin akan didapati bersalah.

“Rakyat sudah celik. Mereka bukan lagi percaya bulat-bulat dengan apa yang Anwar perkatakan. Mereka sudah tahu mana yang separuh benar, mana yang salah dan mana yang putar belit Anwar sendiri.
Kalau begitu, mahkamah di negara ini tidak boleh dianggap adil kalau menjatuhkan hukuman kepada Anwar? Hanya adil kalau menjatuhkan hukuman kepada pemimpin UMNO sahaja. Begitukah tafsiran keadilan mahkamah bagi pembangkang? Dangkal dan terlalu berat sebelah tafsiran itu”, kata blogger itu.