Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Setiausaha Barisan Nasional Parlimen Bandar Tun Razak sokong Ketua Pemuda Umno Jadi Calon PRU13

Setiausaha Barisan Nasional Parlimen Bandar Tun Razak memberikan sokongan agar ketua pemuda Umno Bandar Tun Razak merangkap Ketua Pemuda Wilayah Datuk Rizalman menjadi calon pada pru13.tapi adakah sokongan dari pada bahagian Umno Bandar Tun Razak sendiri untuk menyokong calon ini nanti.....

Siapa sedia perjanjian NFC dengan Kem. Kewangan

                                             
Perdana Menteri bertanggungjawab menyatakan kepada rakyat benarkah perjanjian melibatkan pinjaman RM250 juta antara Kementerian Kewangan dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar(gambar) juga meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kepada rakyat pihak manakah yang menyediakan perjanjian tersebut jika ia tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.

"Juga, jika benar perjanjian tersebut tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara, Perdana Menteri juga perlu menyatakan mengapakah pejabat Peguam Negara tidak dilibatkan untuk membuat perjanjian berkaitan pinjaman mudah itu.

"Jika benar pejabat Peguam Negara tidak terlibat menyediakan perjanjian berkaitan pinjaman mudah itu, perjanjian manakah yang tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara itu?

"Adakah perjanjian pada 6 Disember 2007 atau perjanjian pada 8 Mac 2010?" soal Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Najib juga, kata beliau, mesti menjelaskan kepada rakyat mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid sebelum ini yang menyatakan dana disalurkan terlebih dahulu kepada syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu sebelum kontrak ditandatangani.

"Malah, banyak lagi persoalan berbangkit yang belum dijawab oleh Perdana Menteri mengenai pinjaman mudah RM250 juta kepada syarikat  milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno itu," katanya.

Mahfuz mengulangi gesaan supaya Najib juga menjawab kepada rakyat benarkan perjanjian pinjaman mudah kepada NFcorp itu tidak ada jaminan peribadi seperti yang dibangkitkan oleh sumber PAC sebelum ini.

"Bukan setakat itu sahaja, benarkan tidak ada jadual pembayaran?" soal beliau lagi.

Mahfuz juga mengulangi tuntutan supaya Najib menyatakan dari akaun manakah wang membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura diambil oleh NFCorp?

"Jika wang diambil dari akaun operasi projek lembu, adakah Jabatan Veterinar memberikan pengesahan seperti yang disyaratkan?" soal beliau.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebelum ini mengakui terdapat kelemahan dalam projek lembu fidlot di bawah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.-sumber

Rakyat Mahu Janji Dilaksana Bukan Terus Menunggu Kucing Bertanduk


                                                 
Terima kasih yang tak terhingga di ucapkan kepada kerajaan BN kerana berjaya membela kebajikan rakyat dengan bantuan pelajar RM100 setiap pelajar, BR1M, Sara dan Kedai 1 Malaysia.
Agihan yang diberikan bukan sahaja mengurangkan beban rakyat malahan menunjukkan betapa besar sumbangan kerajaan kepada rakyat. Maka adalah cukup keterlaluan sekiranya pembangkang terus mengambil kesempatan mengkritik setiap sumbangan yang diberikan kerajaan kepada rakyat, sedangkan misi mereka untuk membantu rakyat sendiri tidak tercapai.
Pembangkang perlu berhenti mengkiritik, buktikan dahulu kebolehan mentadbir kepada rakyat. Rakyat sudah muak mendengar janji yang ditabur.
Kerajaan bertindak adil kepada segenap lapisan masyarakat, semua rakyat dapat menikmati bantuan termasuk negeri-negeri yang diperintah  pembangkang .
Kesal sungguh melihat mereka tidak segan silu mendabik dada menuding jari kepada kerajaan dengan pelbagai tuduhan semata-mata mahu menutup lubang kegagalan mereka laksana kewajipan mereka terhadap rakyat.
BN dilihat begitu bersungguh-sungguh berbakti kepada rakyat, tetapi pembangkang asyik bermimpi. Rakyat bukan sahaja tertipu malahan terus ditindas hari demi hari.
Kepercayaan yang diberikan rakyat untuk mereka jelas digunakan untuk kepentingan mereka. Jika benar, mereka mendukung hasrat rakyat. Buktikan kepada rakyat, usah putar belit fitnah kerajaan BN.
Kerajaan sudah membuktikkan usaha mereka untuk memenuhi semua kehendak rakyat biarpun ianya di luar kotak fikiran kita. Nilainya bukan ukuran, tetapi kesungguhan kerajaan memberi harapan kepada mereka bahawa nasib mereka terus dibela.
Usah memperlekeh inisiatif kerajaan dengan pelbagai serangan membabi buta, sebaliknya pembangkang patut segera buktikan janji untuk laksana rumah rakyat, berikan bantuan kebajikan, jana ekonomi rakyat, rangsang pendidikan pelajar dan pelbagai janji lagi. Rakyat mahu lihat bukan terus menunggu kucing bertanduk.

Malaysia konsisten sokong Palestin




Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada perjuangan Palestin dan pendirian negara terhadap isu-isu melibatkan perjuangan tersebut adalah konsisten.
Menurut Perdana Menteri, walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, Palestin termasuk rakyatnya sedia maklum ia bukanlah pendirian Malaysia secara amnya.
‘‘Saya berpendapat Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) juga tahu bahawa itu (kenyataan Anwar) bukan pendirian kita (kerajaan).
‘‘Rakyat Palestin tahu kerajaan menyokong kuat perjuangan mereka dan akan terus memberikan sokongan padu. Kita sentiasa konsisten dalam menyokong perjuangan itu,’’ katanya.
Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa Malaysia 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kekecewaan dan kebimbangan Palestin terhadap kenyataan Anwar dalam temu bual yang disiarkan The Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.
Kekecewaan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh kepada Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia, Nasharuddin Mat Isa, di Kuwait baru-baru ini.
Najib memberitahu, apa yang diperkatakan Anwar itu diyakini mengundang rasa kecewa rakyat Palestin yang sekian lama menderita ekoran kekejaman rejim Zionis Israel.
‘‘Amat jelas mereka (rakyat Palestin) kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Anwar. Kita tidak boleh menggunakan apa yang kita cakap kepada khalayak berlainan untuk melihat hasil yang berbeza.
‘‘Apa yang penting, kita perlu konsisten kerana apa yang kita cakap, walau di Bachok atau Jerantut sekalipun, ia boleh dilaporkan ke seluruh dunia,’’ katanya.
Mengenai desakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Anwar menarik balik kenyataan atau menyaman WSJ jika kenyataan itu telah diputar-belitkan, kata beliau, Pas juga telah bersuara agar Anwar melakukan apa yang didesak oleh parti berkenaan.
Dalam pada itu di Pokok Sena, Kedah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, desakan Pas agar Anwar menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan Israel menjelaskan bahawa kedua-dua parti tersebut tidak sehaluan dalam pandangan dan perjuangan.
Kata beliau, Pas, DAP dan PKR walaupun bergabung namun mereka sentiasa mempunyai pandangan yang berbeza dan tidak sehaluan.
“Kenyataan Nik Aziz mencabar Anwar itu sesuatu yang sangat serius menjelaskan bahawa terdapat pertelingkahan antara mereka. Lebih banyak Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), Nik Aziz dan Anwar bercakap, lebih ketara perbezaan dan pemikiran mereka.
“Rakyat harus ambil iktibar daripada perkara ini supaya mereka faham siapa sebenarnya pakatan pembangkang. Ini satu iktibar atau peringatan kepada rakyat tentang siapa mereka, perjuangan mereka, ideologi mereka dan perjuangan pemimpin dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Penyokong PKR bidas tindakan Pas


                              
Kata dua yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel mula menimbulkan perbalahan antara penyokong parti tersebut dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ia berikutan tindakan majlis berkenaan, semalam yang meminta Penasihat PKR itu menarik balik kenyataannya atau menyaman The Wall Street Journal, dianggap tidak wajar dan tidak melambangkan semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang.
Menurut sumber PKR, penyokong parti itu menganggap tindakan Majlis Syura Ulama Pas dan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan terbuka dalam memberi kata dua berkenaan boleh menjejaskan imej pakatan tersebut.
Mereka mempertikaikan kenapakah Pas tidak berunding atau membawa isu berkenaan ke mesyuarat pakatan pembangkang supaya ia boleh diselesaikan secara muafakat.
Sumber itu juga memberitahu, penyokong PKR juga bertanya, apakah Pas kini sudah tertekan kerana dianggap telah meninggalkan perjuangan Islam sehingga sanggup memberi kata dua kepada pemimpin utama pakatan sendiri.
Bagaimanapun bagi penyokong Pas, mereka menganggap tindakan Majlis Ulama itu adalah tepat kerana Anwar dilihat sudah banyak melakukan tindakan yang dilihat memberi masalah kepada pembangkang.
Malahan sumber dalaman Pas percaya, 'serangan' atau kritikan terhadap keputusan Majlis Syura Ulama tersebut adalah sebahagian tindak balas penyokong-penyokong PKR dan Anwar terhadap blog-blog pro-Pas yang mengkritik PKR berhubung isu yang berlaku di Selangor.
Sementara itu, sebuah blog pro pakatan pembangkang secara terbuka mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dan Nik Abdul Aziz.
Dalam blog suarapakatanrakyat.com, penulisnya mempertikaikan kenapa tidak ada seorang pun kepimpinan tinggi Pas yang meluangkan sedikit masa bertanyakan hal sebenar berhubung kenyataan tersebut dengan Anwar sendiri.
''Walaupun surat tersebut tidak ada signifikan dari segi Pakatan Rakyat itu sendiri tapi dari sudut moral dan politiknya, ia melambangkan kewujudan perpecahan dalaman yang serius sedang berlaku dalam Pakatan Rakyatnya,'' kata penulis berkenaan.
Selain itu, penulis itu juga menegaskan, beliau tidak nampak keperluan Pas memberikan kata dua kepada Anwar.
''Membincangkan soal Anwar di dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama itu sendiri pun sudah agak keterlaluan (Anwar bukan ahli Pas), apatah lagi mengutuskan surat dan memaksa beliau untuk membuat pilihan mana yang perlu diikutinya,'' kata penulis tersebut.
Sehubungan itu, penulis tersebut mendakwa, Majlis Syura Ulama Pas dilihat 'menari' mengikut rentak putar belit yang gendangnya dipalu UMNO berhubung dengan perkara tersebut.
Malahan penulis itu yang cuba mempertahankan Anwar menegaskan, kenyataan pemimpin PKR itu perlu dilihat dari konteks yang betul, iaitu berkaitan dengan konsep Penyelesaian Dua Negara yang diterima Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri.
''Penulis sedar Pas sedang terdesak untuk turut sama bersetuju dalam hal ini dengan Anwar kerana isu Israel ini dijadikan perkara yang terlalu sensitif pada satu masa untuk menentang UMNO dan BN terutama pada dekat 80-an hingga 90 an.
'' Hakikatnya banyak perkara telah berubah sejak itu dengan lebih banyak negara Islam kini mengiktiraf kewujudan negara Yahudi tersebut,'' kata penulis blog itu lagi.
Penulis berkenaan mendakwa Nik Aziz, telah diberi maklumat yang salah berhubung kenyataan Anwar sehingga membawa kepada keputusan majlis syura itu.
''Penulis juga kesal kerana Nik Aziz tidak menggunakan pertimbangan yang betul sebelum membuat keputusan demikian, di samping masih lagi menggunakan media UMNO sepertiUtusan Malaysia untuk menyatakan pendirian parti.
''Untuk dua perkara ini sahaja Nik Aziz, Majlis Syura Ulama dan Pas sendiri sudah sewajarnya diberikan surat tunjuk sebab oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri.
''Ada masanya penulis tidak faham kenapa Nik Aziz tidak menggunakan pendekatan biasa dalam mendapatkan penjelasan dari Anwar. Penulis rasa cukup dengan berbisik di telinga masing-masing pun semua kekeliruan dapat diurai. Tak perlulah surat-surat semua ini pun,'' kata penulis tersebut.-utusan

Raja Nazrin: 'DEB tidak berdosa, berdosa pelaksana'

                         raja-nazrin
Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Shah menyelar sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamatnya untuk membantu orang Melayu dan umat Islam.

Baginda bertitah akibat dari sikap itu, matlamat mahu mengimbangkan agihan ekuiti dalam kalangan ummah gagal dicapai dan dasar murni yang diwujudkan kerajaan itu pula dipersalahkan.
"Sedarilah, dasar tersebut tidak berdosa dan tidak pernah melakukan dosa,

yang berdosa adalah di kalangan mereka yang telah melakukan pelbagai penyelewengan di peringkat pelaksanaan. Akibatnya berlaku kerapuhan pegangan hak milik terutama di kalangan individu Melayu, lalu berlaku ketirisan hak milik harta dan ketirisan hak milik urus niaga bernilai tinggi," titah baginda semasa merasmikan Seminar Wakaf: Penjana Pembangunan di Bank Negara Malaysia di sini.

Menurut Raja Nazrin, kajian menunjukkan bahawa hanya enam peratus daripada kekayaan individu Melayu yang sempat sampai ke generasi ketiga dan hanya dua peratus sahaja disambungkan ke generasi seterusnya.

"Pola daya tahan pemilikan ekuiti di kalangan individu yang begitu sementara sifatnya akan memberi impak negatif dalam jangka panjang dan boleh menyebabkan ummah menerima nasib berdagang di bumi sendiri," titah baginda.
Baginda mengesyorkan satu mekanisme yang lebih berkesan perlu ada untuk memberi jaminan bahawa semua pegangan ekuiti Melayu Islam ini tidak begitu cepat terhakis.

Raja Nazrin turut melahirkan rasa kesal kerana ada individu yang bersifat "pagar memakan padi" yang telah menyebabkan beberapa institusi yang diwujudkan kerajaan untuk menjaga kepentingan ummah menghadapi masalah hingga muflis atau terpaksa diselamatkan oleh pemerintah.

"Konsep wakaf korporat difikirkan sebagai satu alternatif yang berpotensi menggantikan kaedah sedia ada. Konsep yang sedang dirintis ini menyuntik pendekatan arus niaga bersandarkan roh Islam... berpegang kepada konsep iman dan
takwa," titah baginda.

Idea wakaf korporat sudah pun tercetus sejak dari beberapa tahun lepas dan pada zaman dahulu ia berperanan sebagai sumber kekuatan ekonomi ummah sehingga ummah tidak perlu terlalu bergantung kepada dana kerajaan sehinggalah akhirnya ia berkubur akibat manipulasi penjajah, titah baginda.

Konsep ini telah dibuktikan kejayaannya di negara ini melalui penubuhan Waqaf An Nur Corporation yang ditubuhkan pada 3 Ogos 2006 yang boleh dijadikan rujukan untuk diterima pakai di peringkat lebih luas.

Menurut Baginda, bagi membolehkan konsep ini berjaya, idea itu perlu diangkat untuk pertimbangan di Persidangan Majlis Raja-Raja, selain mendapat sokongan ulama serta mendapatkan persefahaman di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri manakala individu yang dipilih memegang amanah nanti terdiri daripada  mereka yang menghayati semangat Fisabilillah.

Haram terima kewujudan Israel - Presiden Pas


 Setelah sekian lama membisu dalam isu kontroversi mengenai sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel, akhirnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) membuka mulut.Melalui blog http://presiden.pas.org.my, hari ini, Presiden Pas itu menegaskan, adalah haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan negara Israel kerana telah menjadi fardu ain kepada orang Islam untuk membela serta membebaskan rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi rejim zionis.Sehubungan itu, jelas beliau, Pas menolak penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel."Haram menerima kewujudan negara haram (Israel). Maka Pas yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian dua negara iaitu satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis."Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak," kata beliau sebagaimana dipetik dari laman blog tersebut.
Baru-baru ini, Anwar dalam temu bual bersama The Wall Street Journal memberitahu, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus, mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.
Namun ketua pembangkang itu berkata, pandangannya selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan penyelesaian dua negara.

Menurut Abdul Hadi, walaupun banyak negara Arab menerima penyelesaian secara dua negara, tetapi Palestin bukan hak orang Arab sahaja sebaliknya, negara bumi anbiya itu adalah hak umat Islam keseluruhannya.

"Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Palestin dimuliakan kerana ramai para rasul dilahirkan di situ dan terpijak di atasnya kaki-kaki para anbiya.

"Allah juga menjadikan kiblat pertama bagi umat Islam di bumi Palestin. Di sini juga tempat Isra' dan Mikraj, maka yang layak memakmurkan bumi Palestin ialah mereka yang beriman dan budiman (bukan golongan Zionis).

"Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin kerana banyak darah para syuhada dari kalangan nabi dan ulama dibunuh Yahudi menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga ke hari kiamat," tegasnya.

Perpaduan Melayu dan islam mula di gerak

Gambar di bawah diambil sempena Majlis Makan Malam Nik Aziz bersama Majlis Fatwa Kebangsaan. Apakah ianya mempunyai kaitan apabila Nik Aziz Mula menyerang Anwar.






sama-sama kita fikirkan. semoga muzakarah seperti ini dapat menyatukan kita semua. Amin...

Bibit kebencian ahli PAS terhadap Karpal mula subur kembali


Pas sudah lari daripada prinsip dan perjuangan asalnya dan perlu balik kepada perjuangan sebenar, kata Pengerusi Tetap Kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar.

Sehubungan itu beliau berharap Pas dapat kembali kepada perjuangan asal seperti yang diamalkan pada masa pentadbiran bekas Presiden, Allahyarham Datuk Mohd Fadzil Noor.

"Kami meminta supaya Pas kembali ke pangkal jalan dan memperjuangkan Islam seperti mana yang dibawa oleh Fadzil Noor.

"Janganlah hanya menumpukan usaha untuk meraih undi dan mendapatkan kuasa sehingga menggadai prinsip parti," katanya di hadapan Pejabat Pos di Komtar di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu mengetuai beberapa ahli Pas Tanjong mengecam Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana membantah pendirian parti itu menentang sambutan Hari Kekasih, yang disambut hari ini.

Zaidi berkata, parti itu kesal dengan kenyataan Karpal yang mengkritik tindakan Dewan Pemuda Pas yang mencadangkan agar sambutan itu diharamkan.

"Karpal tidak seharusnya mencampuri urusan yang melibatkan hal ehwal Islam kerana ia membabitkan sensitiviti umat Islam di negara ini khususnya dalam usaha untuk mengekang gejala sosial yang kian menular.

"Jangan guna alasan hak asasi manusia. Saya ingin bertanya bagaimana pula dengan hak orang Islam? Bantahan ini berdasarkan hukum Islam, kenapa Karpal campur tangan," katanya.

Berikutan bantahan itu, mereka turut membawa poster Karpal dan melekatkan penampal luka pada bahagian mulut sebagai simbolik supaya Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu tidak campur urusan Islam.

Zaidi berkata, Pas hanya menjalankan tanggungjawab untuk menghalang orang Islam daripada melakukan kemungkaran seperti yang disyariatkan dalam ajarannya.

"Pas Tanjung tidak mahu beliau (Karpal) mencampuri urusan yang membabitkan orang Islam, dan jangan menggunakan isu hak asasi manusia untuk menentang usaha Pemuda Pas menangani gejala sosial," katanya.

Ahad lalu, Karpal berkata, pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukanlah satu tindakan yang baik.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Pas yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan, Karpal menggesa ia menarik balik pendirian tersebut sebelum 14 Februari.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan meminta Karpal tidak mempolemikkan isu sambutan Hari Kekasih kerana apa yang ditentang Pas bertepatan dengan perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).

Karpal diminta tidak mempersoalkan pendirian Pas kerana mereka tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada meraikannya.

Salahuddin – Senjata Politik Anwar di Johor


                                               
Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah antara pejuang ternama Islam; berjaya menentang ‘Crusaders’, menang di Perang Hittin dan kemudiannya mempertahan Palestin. Pencapaian luar biasa bagi seorang pejuang Islam. Memang menjadi idola dan tarikan buat semua pejuang Islam.
Khabar angin yang mengatakan Salahuddin Ayub (PAS) akan menjadi pahlawan yang membuka Johor kepada Pakatan Rakyat ini bukan perkara baru. Antara pemimpin PAS paling awal yang mahukan Salahuddin berada di Johor adalah Nik Aziz. Ramai yang tidak maklum, bahawa peminangan Salahuddin untuk bertanding di Johor bukan idea asal PAS. Ianya idea PKR. Idea asal menggunakan Salahuddin adalah cadangan Biro Politik PKR.
Kita semua tahu bahawa Biro Politik PKR lebih berkuasa daripada mana-mana biro dalam PAS. Memang benar, keluaran Harakah terbaru mengatakan bahawa Anwar TIDAK PERNAH mengawal tindakan PAS – tapi ini semua kerja damage control. Kita semua orang media. Tak payah nak goreng.
Anwar mahukan Salahuddin di Johor kerana idea meletakkan Chua Jui Meng sebagai MB adalah idea gila yang akan hanya mendatangkan murka Sultan. Anwar tahu, dia tidak akan berjaya squeeze nama Chua sebagai MB sejak awal.
Sayangnya PKR tidak punya nama besar (kalangan orang Melayu) di Johor. Tak ada. Anwar perlukan sokongan PAS. Salahuddin adalah antara nama paling awal yang dicadangkan oleh Anwar.
Secara diam-diam, Anwar juga sudah meminta restu Nik Aziz bagi melaksanakan perkara ini. Inilah yang menyebabkan TG Haji Hadi amat kecewa. Jawatan sebagai Presiden PAS sudah tidak dihormati oleh Anwar. Main bulldoze sahaja.
Anwar yakin Salahuddin boleh MENANG dengan baik di Sembrong. Apatah lagi apabila Menteri yang sepatutnya mempertahankan kerusi – sibuk meminta dia diselamatkan daripada kerusi yang pasti hangat itu.
Nampak sangat, Salahuddin memang mempunyai aura untuk menawan Johor sehingga anak bangsawan pun menggelabah ketakutan dan mula mencari kerusi orang di Kota Tinggi dan kawasan lain.
Kita kena faham, Salahuddin bukan senjata PAS. Salahuddin adalah senjata ‘Anwar’ yang ditanam di dalam PAS. Amat menarik suasana ini.

Zaid Ibrahim Ambil Risiko


                                                  
Kalangan rakan-rakan PKR memang sedang mentertawakan Zaid Ibrahim di mana sahaja mereka pergi. Topik hangat di kalangan warga PKR: Zaid Ibrahim. Macam-macam teori. Ada yang kata Zaid sudah taubat nasuha dan akan cium tangan Azmin Ali. Ada yang kata Zaid sudah sedia wang berkoyan-koyan untuk menawarkan diri sendiri kepada PKR. Ada yang kata Zaid sudah cium tangan Anwar dan minta ampun. Ada juga yang kata Zaid Ibrahim diberikan laluan hijau oleh Kak Wan dan Izzah. Macam-macam teori.
Zaid Ibrahim bukan lagi ‘faktor’ dalam politik Malaysia. Kalau zaman Pak Lah mungkinlah. Tapi sekarang zaman Najib Razak. Zaid Ibrahim ini hanyalah seorang Melayu yang tidak punya pendirian. Sekejap ke hulu. Sekejap ke hilir. Menurut orang PKR, Zaid Ibrahim ni, kalau diberi sebuah kampung untuk dijaga pun akan berlaku pertengkaran sesama penduduk kampung.
Kena Kencing Lagi?
Ramai juga di kalangan yang simpati dengan Zaid memberikan gambaran bahawa Zaid akan dikencing lagi oleh Anwar dan Azmin Ali. Kesian kata seorang penyokong Zaid lama di Wangsa Maju. Zaid Ibrahim yang memang mengimpikan Wangsa Maju sebagai tapak politik; sudah tidak mendapat tempat lagi.
Samada Zaid dapat bertanding atau tidak dalam PRU akan datang – bergantung sejauh mana Azmin Ali akan memberikan SYAFAAT politik kepada Zaid. Silap-silap, kena kencing lagi sekali.
Bintang Zaid dalam politik memang kurang cerah. Kalau dalam bidang guaman, mungkin dia berjaya.
Minggu lepas, Zaid masuk hutan Sungai Penchala untuk mengadu nasib dengan Pak Lah Badawi. Macam-macam yang Zaid adukan. Najib main jahat. Budak-budak Najib semua main kotor. Anwar tidak ada harapan. Azmin kaki penipu. Macam-macam. Tapi seperti biasa, dalam pada berborak – Pak Lah pun tertidur. Kesian. Pak Lah pun tak larat nak dengar. Dulu, Pak Lah masukkan Zaid dalam kabinet sebab nak bagi malu Mahathir. Sudahnya…dua-dua ke parit.
Kita doakan sahaja yang baik-baik untuk Zaid. Kalau kali ini dia kena kencing lagi. Memang kena mandi bunga nampaknya loyar tersohor ni.

Majalah Tempo Lapor Anwar Mengaku Akan Halalkan Homoseksual

Akhbar Tempo, Indonesia dalam liputannya bertajuk ” Anwar Ibrahim, Dua Kota, Dua Orasi, Banyak Sahabat” melaporkan kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang aktiviti homoseksual.

“Anwar menegaskan bahawa perkahwinan lelaki dengan wanita itu adalah sesuatu yang mutlak dari agama. Tapi (aktiviti) homoseksual tidak perlu dihukum oleh negara, kecuali dia mempamerkan di tempat publik (awam)“, kata Anwar yang dilaporkan Tempo.
Keratan akhbar Tempo itu disiarkan di laman rasmi Anwar,anwaribrahimblog pada 14 Februari 2012
Kenyataan terbaru Anwar di Indonesia itu mengesah dan menjelaskan maksud sebenarnya ketika bercakap di BBC News, 12 Jan lalu.
Ketika Anwar berada di Mumbai, wartawan BBC bertanya soalan berbunyi: “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?
Anwar menjawab; “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula
kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.
Jika ditafsir kedua-dua kenyataan Anwar di Mumbai dan Indonesia, jelas menunjukkan Ketua Umum PKR itu tidak bersetuju aktiviti homoseksual dihukum oleh undang-undang kecuali aktiviti itu dilakukan di tempat terbuka.
Ini juga membawa maksud bahawa aktiviti homoseksual itu boleh dilakukan di tempat tertutup atau persendirian dengan syarat dilakukan atas dasar suka sama suka.
Malah hujah suka-sama suka (di tempat tertutup) telah menjadi justifikasi badan hak hak asasi antarabangsa, Human Rights Watch untuk membela Anwar.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang dipertontonkan rakaman ucapan Anwar itu dalam Soal Jawab TV3 bertajuk “Akidah dan Homoseksual” 18 Jan mengingatkan Anwar supaya berhati-hati dengan kata-katanya itu kerana ia boleh memesongkan akidah keislamannya.
Manakala seorang lagi ahli panel, ustaz Fathul Bari Mat Jahya turut bersependapat dengan kenyataan Harussani.
Menurut Fathul Bari, kenyataan Anwar sedemikian rupa menunjukkan Ketua Umum PKR itu seolah-olah tidak memahami hukum hakam Islam.
Sila rujuk video di atas, kiri untuk mendengar pendapat Anwar, Harussani dan Fathul Bari dalam isu tersebut.