Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Calon Melayu: Pemimpin Pas digesa nyata pendirian


Pemimpin utama Pas perlu menyatakan pendirian berhubung strategi DAP untuk meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti kaum itu dalam pilihan raya akan datang.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, tindakan Pas yang berdiam diri seolah-olah parti itu akur dan terus mengalah kepada helah dan agenda politik DAP.
"Pas perlu perjelas isu ini kerana apa yang mahu dilakukan DAP itu satu tindakan yang cukup mengelirukan.
"Mungkin dengan meletakkan calon Melayu mereka dapat menyembunyikan latar belakang parti yang bersifat perkauman," katanya pada sambutan Maal Hijrah anjuran Kelab Jaguh di sini, hari ini.
Hadir sama Penaung Kelab Jaguh, Datuk Ibrahim Ali bersama ahli kelab yang merupakan anak-anak negeri Kelantan di perantauan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut mendedahkan tindakan DAP kini mengatur langkah memikat segelintir orang Melayu untuk ditawarkan sebagai calon bertanding.
"Saya difahamkan pemimpin-pemimpin DAP sudah buat rundingan dengan ahli-ahli korporat dan profesional Melayu.
"Mereka yang terdiri daripada doktor dan peguam ini telah ditawar peluang untuk menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan helah dan memahami agenda sebenar perjuangan DAP.
"Kalau kita tahu sejarah, DAP ini satu parti yang sangat perkauman.
"Kalau yang ditawarkan peluang jadi calon itu faham, mereka tak akan terima tawaran itu," katanya.








Tiada ulasan: