Siri melayu rasis kali ini membicarakan bagaimana pengaruh DAP mencorakkan ideologi politik pakatan. Penafian para penyokong pakatan yang mereka bukanlah tunggangan dan alat kepada DAP sebenarnya ditutup oleh kurangnya pengetahuan mengenai sejarah.
Pisau melihat penyokong pakatan secara semborono,atas dasar marah dan emosi hinggakan mereka sendiri tidak nampak apa yang diperjuangkan oleh mereka.Pelbagai jenis bentuk kebencian ditanam didalam pemikiran orang melayu agar membenci kepada parti nasionalis Melayu.Kenapa?
Baru baru ini Pisau menulis artikel mengenai Umno adalah musuh utama DAP. Parti chauvanis ultrakiasu yang rasis ini terang terangan mengistiharkan parti nasionalis orang melayu sebagai musuh yang harus dihapuskan.Entri itu mahukan pendapat para pembaca kenapa DAP begitu memusuhi Umno.:klik sini
Pelbagai macam pendapat,tetapi tidak menjuruskan sebab dan kenapa DAP begitu memusuhi Umno dan sejarah perjuangan DAP yang konsisten memperjuangkan Malaysian Malaysia.
Kemudian perkembangan terkini apabila gerembolan PKR pula melancarkan ABU(Asal bukan Umno) ,menariknya golongan seperti CheguBard dan gerembolannya sama ada sedar atau tidak telah dijadikan sebagai tunggangan DAP untuk melaksanakan grand design menakluk negara.
Perancang strategik PAP berpendapat parti nasionalis Umno hanya mampu dihapuskan jika melayu sendiri yang menyerang institusi itu sendiri.Maka kempen membenci Umno dilaksanakan dan DAP sejak sekian lama telah memasukkan jarum dan makin menampakkan hasil semasa kempen PRU12.
Pisau melihat penyokong pakatan secara semborono,atas dasar marah dan emosi hinggakan mereka sendiri tidak nampak apa yang diperjuangkan oleh mereka.Pelbagai jenis bentuk kebencian ditanam didalam pemikiran orang melayu agar membenci kepada parti nasionalis Melayu.Kenapa?
Baru baru ini Pisau menulis artikel mengenai Umno adalah musuh utama DAP. Parti chauvanis ultrakiasu yang rasis ini terang terangan mengistiharkan parti nasionalis orang melayu sebagai musuh yang harus dihapuskan.Entri itu mahukan pendapat para pembaca kenapa DAP begitu memusuhi Umno.:klik sini
Pelbagai macam pendapat,tetapi tidak menjuruskan sebab dan kenapa DAP begitu memusuhi Umno dan sejarah perjuangan DAP yang konsisten memperjuangkan Malaysian Malaysia.
Kemudian perkembangan terkini apabila gerembolan PKR pula melancarkan ABU(Asal bukan Umno) ,menariknya golongan seperti CheguBard dan gerembolannya sama ada sedar atau tidak telah dijadikan sebagai tunggangan DAP untuk melaksanakan grand design menakluk negara.
Perancang strategik PAP berpendapat parti nasionalis Umno hanya mampu dihapuskan jika melayu sendiri yang menyerang institusi itu sendiri.Maka kempen membenci Umno dilaksanakan dan DAP sejak sekian lama telah memasukkan jarum dan makin menampakkan hasil semasa kempen PRU12.
Orang melayu Islam PAS atau pun PKR sebenarnya tenggelam didalam ideologi politik pakatan tanpa mengambil kira apakah perjuangan DAP sebenarnya,sama ada sedar atau tidak perjuangan pakatan bukanlah perjuangan 3 parti tetapi lebih kepada perjuangan DAP.
Kalangan mereka yang menyokong membuta tuli kempen ABU tak lebih kepada menjadi alat DAP meluaskan pengaruh mereka.
Amat lemah dalam pengetahuan sejarah menjadi punca yang membarah kenapa orang melayu sanggup menyokong ideologi DAP .Hinggakan ada juak pakatan menyalahkan Umno kononnya menjadi punca kehilangan Singapura.
Hujah dangkal tanpa usul periksa ini membuktikan betapa pemalasnya melayu hingga terus menyalahkan parti yang memperjuangkan bangsa dan agama sendiri tanpa mengetahui sejarah disebalik perpisahan Malaysia dan Singapura.
Kenyataan Lim Kuan Yew yang mahukan Singapura bergabung kembali bersama Malaysia sejak 1997.
Dan pada 2004 Lim Kuan Yew didalam satu wawancara TV di Shanghai pernah berkata Singapura akan menyertai Malaysia semula tetapi dengan syarat Umno harus dihapuskan,setiap orang harus diberi kesaksamaan dan keadilan berdasarkan meritokrasi.
Dan sekali lagi 3 tahun kemudian ,2007 Lim Kuan Yew menyatakan hal yang sama
SINGAPORE, Oct 11 (Bernama) -- Some 10 years after remarking that Singapore might rejoin Malaysia if the island state's economy faltered and if Malaysia pursued meritocracy, Minister Mentor Lee Kuan Yew has again spoken on the subject.Jika anda perhatikan,setiap kali kenyataan Lim Kuan Yew bercakap mengenai meritokrasi sama rata dan pengabungan adalah hampir kepada setiap pilihanraya umum dinegara kita.Adakah Lim Kuan Yew bercakap bagi pihak DAP?
Kenapa Kuan Yew begitu memusuhi Umno?Jika Kuan Yew memusuhi Umno maka PAP juga memusuhi Umno begitu juga DAP. Di sini anda sudah nampak kaitan yang amat kukuh mereka bermusuh dengan Umno atas sebab yang sama.Ini bukan satu kebetulan kerana sejak dari dulu lagi tertubuhnya DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia sebenarnya adalah perjuangan PAP.
Rahsia disebalik kempen ABU(Asal Bukan Umno) dan mengapa DAP begitu memusuhi dan dendam kepada Umno,kita harus kembali melihat sejarah :
Negara kita dibentuk pada 16 September 1963 ,dari segi aspek keselamatan ancaman domestik dan serantau maka tertubuhnya Persekutuan Malaysia melalui penyatuan Tanah Melayu wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak ,Brunei Darussalam serta Singapura.Namun Brunei atas perkiraan politik menarik diri kerana ingin menentukan hala tuju sendiri dengan tidak menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Sebaliknya penyertaan Singapura ke persekutuan Malaysia sebenarnya lebih kepada mahu memperluaskan pengaruh politik berbanding daripada aspek keselamatan yang ketika itu kita semua tahu ancaman komunis amat kuat.
Permusuhan dan dendam PAP terhadap Umno apabila Lim Kuan Yew gagal untuk memperluaskan pengaruh politik beliau di semenanjung Tanah Melayu selepas pengabungan Singapura bersama Malaysia.
Masalah bermula dalam masa beberapa minggu penggabungan apabila BN pada waktu itu dikenali sebagai parti Perikatan berganding bahu dengan parti-parti kecil di Singapura untuk membentuk satu kelompok baru dan menentang PAP dalam pilihan raya Singapura pada bulan September 1963.
Dalam memperluaskan hagemoni dan ideologi politik PAP,Lim Kuan Yew begitu agresif sebaik saja Singapura menyertai Malaysia,beliau terus memulakan kempen memperluaskan pengaruh politik . Kuan Yew melihat pengabungan ini adalah peluang buat beliau dan etnik cina untuk menguasai pucuk pimpinan negara memandangkan jumlah majoriti kaum cina secara langsung telah mengatasi dan menjadi lebih majoriti daripada kaum melayu.
Tunku khuatir bahawa PAP akan menggalakkan para pengundi Cina di tanah besar untuk menyokong mereka dan membolehkan PAP untuk mengambil tempat MCA sebagai parti Cina dalam Perikatan.Berdasarkan fakta jika Tunku membenarkan para pengundi dari Singapura boleh mengundi di seluruh semenangjung sudah semestinya pada waktu itu PAP akan menguasai seluruh semenanjung tanah melayu dalam sekelip mata.Apakah ini yang dimahukan oleh juak pakatan hingga menyalahkan Umno kononnya kehilangan Singapura?
Berdasarkan senario ini bukankah pada waktu sekarang ini kita dapat melihat bagaimana peranan MCA dan Gerakan sudah diambil alih DAP?Kita dapat melihat melalui kempen propaganda DAP yang menyemai kebencian kaum kononnya parti MCA dikatakan sebagai tunduk kepada Umno.
DAP berperanan menghasut kaum cina kononnya MCA tidak ada langsung berjasa kepada kaum cina dinegara ini.Kesemua jasa dan sejarah MCA cuba dipadam oleh DAP.
Sekurang-kurangnya tiga kejadian yang merosakkan hubungan Singapura-Malaysia, antara tahun 1964 dan 1965.On 16 September 1963, Singapore became part of Malaysia. However, the union was short-lived. The Malaysian Central Government, ruled by the United Malays National Organisation (UMNO), became worried by the inclusion of Singapore's Chinese majority and the political challenge of the PAP in Malaysia. Lee openly opposed the bumiputrapolicy and used the Malaysian Solidarity Convention's famous cry of "Malaysian Malaysia!", a nation serving the Malaysian nationality, as opposed to the Malay race.
Terdapat rusuhan-rusuhan kesan dari konflik-konflik bersifat perkauman di antara orang melayu dan pelampau perkauman di kalangan chauvanis cina PAP di Singapura.Ia menyumbang kepada hubungan yang tidak baik di antara kerajaan Cina di Singapura dan kerajaan pusat yang diketuai oleh orang Melayu di Kuala Lumpur.
Usaha oleh Lee untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam pilihan raya 1964 di Tanah besar telah diterjemahkan oleh ahli politik Melayu sebagai satu usaha oleh Lee untuk merebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.
Pada bulan Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Sarawak untuk menyertai PAP dalam konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang mendokong konsep‘Malaysian Malaysia’.
Sekali lagi, ini telah dianggap oleh Perikatan(BN), khususnya UMNO, sebagai satu manifestasi cita-cita Lee untuk menjadi Perdana Menteri- pada ketika ini bukan sahaja dengan menarik sokongan masyarakat Cina tetapi kesemua golongan masyarakat.
Perbezaan-perbezaan politik di antara Perikatan yang diketuai oleh UMNO dan PAP, memuncak sepanjang tahun 1964. Selepas PAP memenangi pilihan raya Singapura 1963, PAP mendesak Tunku untuk mencalonkan satu daripada dua Senator Persekutuan dari Singapura, yang Tunku bersetuju untuk melakukannya.
Pada ketika itu strategi PAP nampak seperti cuba untuk memecah belahkan antara UMNO dan MCA dengan menunjukkan yang MCA tidak berharga sebagai satu rakan kongsi dalam Perikatan dan dengan cuba menggantikan MCA dalam Perikatan. Ini adalah harapan yang dikejar oleh PAP semasa pilihanraya 1964 apabila ia bertanding di kawasan yang ditandingi oleh MCA dan bukan terhadap UMNO.
Namun usaha memecahkan MCA dari UMNO gagal. Hasil dari langkah radikal PAP terhadap Perikatan, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu merancang untuk menangkap Lee. Keadaan keselamatan dalam negeri semasa agak tegang, memandangkan terdapat kemungkinan rusuhan-rusuhan yang sukar ditangani berbanding peristiwa-peristiwa yang serupa sebelumnya. Jika Lee tidak ditahan, ia bukan berkemungkinan bahawa beliau akan mengecam perjanjian Malaysia.
Matlamatnya adalah untuk memprovokasi Perikatan hingga sampai satu keadaan yang mana mereka dianggap dengan jelas salah, sebagai contoh dengan cara menahan Lee.
Selain daripada pengaruh komunis, Tunku melihat ideologi PAP ‘Malaysian Malaysia’ sebagai berpotensi mendatangkan ancaman terhadap Malaysia. Dengan cara ini PAP telah cuba untuk menguasai beberapa kumpulan berhaluan kiri, terutamanya masyarakat Cina. Lee menyatakan idea ‘Malaysian Malaysia’ yang bertentangan dengan perlembagaan negara seperti berikut:
Malaysia seharusnya menjadi sebuah masyarakat demokratik yang mana perbezaan pendapat yang sah... sepatutnya dibenarkan dan mana-mana individu dan parti politik mempunyai kebebasan penuh untuk memujuk warganegaranya secara berperlembagaan dalam menerangkan sudut pandangan masing-masing.
Malaysia sebagai masyarakat berbilang kaum dan pelbagai kebudayaan mesti menunjukkan penghormatan dan toleransi terhadap kepelbagaian yang sah. Malaysia adalah kepunyaan rakyat Malaysia secara menyeluruh dan bukan untuk mana-mana masyarakat atau kaum tertentu.
Sebagai sebahagian daripada agenda ‘Malaysian Malaysia’, Lee memulakan satu pertemuan di Singapura pada 12 Februari 1965. Pemimpin-pemimpin pembangkang Cina dari tanah besar dan Sarawak menghadirinya serta turut serta adalah dua orang wakil tidak bernama dari parti utama di Sabah. Wakil dari tanah besar ialah Lim Cheong Eu, bekas presiden MCA yang telah menjadi Setiausaha Agong United Democratic Party (UDP).
Wakil daripada Sarawak ialah Ong Kee Hui, pengerusi SUPP. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan strategi untuk menghadapi tekanan dari pemimpin Melayu dalam kerajaan Perikatan. Ia mencadangkan untuk mewujudkan Malaysian Solidarity National Convention.
Read more: http://www.pisau.net/2011/12/melayu-rasis-20-dap-anti-umno-di.html#ixzz1hMNQ9EC4
Read more: http://www.pisau.net/2011/12/melayu-rasis-20-dap-anti-umno-di.html#ixzz1hMNCcjWQ
Tweet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan