Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Kenapa Anwar Arahkan ABIM Sisihkan Dr Yusri, Dr Sidek Baba ?


Bolehkah Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kritikan secara berlapang dada atau beliau akan bertindak balas terhadap pengkritiknya sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Apa yang berlaku kepada Senator Ezam Mohd Nor, Senator Datuk Nallakarupan, YB Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, YB Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Zaid Ibrahim, Prof. Dr. Chandra Muzaffar, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak, YB Tan Tee Beng (sekadar menyebut beberapa nama), barangkali boleh menjawab persoalan di atas.
Mereka yang disenaraikan di atas bukan kecil anak, malah mereka pernah menjadi salah seorang inner circle Anwar, mahupun isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Maka, dapat dibuat kesimpulan, sesiapa yang mengkritik Anwar, tiada pilihan lain, kecuali KELUAR.
Terbaru, tindakan yang sama terus menjalar ke dalam benteng terakhir Anwar, ABIM. Dari ABIM, Anwar membina tapak, merekrut pengikut dan mara ke dalam UMNO, seterusnya dikeluarkan dan mara kembali ke dalam PKR dan menghulurkan tangan-tangannya ke dalam PAS.
“WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) menegaskan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh bekas Presiden Abim, Dr Yusri Muhammad dan bekas Naib Presiden Abim, Profesor Datuk Dr Sidek Baba, termasuk yang berkaitan dengan isu ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah.
“Setiausaha Agung Wadah, Abdul Halim Ismail berkata, perkara ini perlu dijelaskan sebagai reaksi kepada beberapa persoalan berbangkit serta kekeliruan di kalangan masyarakat ekoran beberapa kenyataan oleh mantan pimpinan Abim mengenai isu tuduhan tuduhan liwat dan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim“, lapor akhbar itu.
Akhbar itu turut melaporkan kenyataan WADAH itu dibuat secara bersama dengan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia) berkenaan dengan isu jenayah Qazaf.
Qazaf Benteng Anwar
Kesimpulan dari kenyataan bersama itu (WADAH, ABIM & PKPIM) adalah mereka menolak pertuduhan liwat dan zina ke atas Anwar.
Jika WADAH, ABIM dan PKPIM menolak pertuduhan liwat dan zina ke atas Anwar, kenapa mereka turut mengumumkan pandangan Dr Yusri dan Dr Sidek Baba bukan mewakili pandangan keluarga mereka, sedangkan kedua-duanya adalah bekas Presiden dan Naib Presiden ABIM ?
Kenapa perlu buat sidang media khas, declare dan mentionnama kedua tokoh ABIM itu, adakah kedua tokoh itu mempunyai pandangan yang berbeza ?
Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan di sini.





Tiada ulasan: