Berikut petikan pengalaman Prof Dr Sidek Baba ketika ditahan ISA selepas penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 September 1998.
Waktu itu kira-kira pukul 8.00 malam, 21 September 1988. Aku dan anak sulungku Iskandar keluar dari rumah dan bercadang bertemu seorang kawan. Selalunya aku jarang ditemani. Tapi malam itu, entah bagaimana tergerak hati ini mengajak anakku itu yang masih belajar bidang undang-undang di UIA untuk menemani.
Sambil menunggu Iskandar bersiap dan mencari kunci kereta yang salah letak, aku terus berfikir tentang pelbagai perkara. Ada suatu perasan yang tidak boleh digambarkan menyelinap di hati ketika itu.
Suasana politik agak gawat akibat penangkapan Datuk Seri Anwar pada malam 20 September itu. Aku masih teringat DSP Hamid datang ke pejabat pada pagi dan petang 21 September dengan seorang pegawai polis yang lain. Aku tidak mengesyaki apa-apa tentang kedatangan mereka. Aku memang kenal baik dengan DSP Hamid yang selalu membantuku mengatasi masalah keselamatan di kampus.
Pada pagi itu, DSP Hamid menemuiku di pejabat. Aku memberi gambaran mengenai suasana kampus yang agak terkawal walaupun ada kegelisahan di kalangan pelajar-pelajar akibat penangkapan itu. Aku memberikan beberapa surat atau siaran yang telah aku hantarkan kepada para pelajar meminta mereka bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menggugat keselamatan negara.
DSP Hamid mengambil surat itu dan bercadang untuk menghantarnya ke Bukit Aman melalui faks. Tetapi aku melihat wajah DSP agak tidak selesa seperti kebiasaan aku bertemu dengannya.
Pada petang itu, DSP Hamid datang sekali lagi dengan pegawai yang sama. Hatiku timbul rasa tidak sedap dengan kedatangan kali kedua. DSP Hamid bertanya sama ada aku mempunyai kelapangan pada waktu itu untuk mengikutnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam.
Aku memberitahunya bahawa aku tidak ada kelapangan kerana banyak perkara yang harus diselesaikan di pejabat, tambahan pula keesokan paginya ada mesyuarat penting di Petaling Jaya. Aku berjanji dengannya untuk ke sana selepas selesai mesyuarat nanti. Tetapi hatiku sudah mula merasakan sesuatu hasil kunjungan DSP Hamid sebanyak dua kali itu.
Selepas aku terjumpa kunci dan Iskandar telah bersedia menemaniku, aku melangkah keluar rumah. Isteriku pada waktu itu sedang memasak nasi di dapur. Sebaik sahaja membuka pintu pagar, aku didatangi oleh seorang lelaki yang baru keluar dari kereta proton WIRA dan bertanya sesuatu.
“Ini rumah Dr. Sidek Baba?”
“Ya!”
“Adakah tuan Dr. Sidek Baba?”
“Ya!” jawabku ringkas.
“Saya diarahkan untuk membawa tuan ke Balai Polis Gombak,” kata pegawai itu. Ada beberapa orang pegawai yang lain menunggu di dalam kereta.
“Ya!”
“Adakah tuan Dr. Sidek Baba?”
“Ya!” jawabku ringkas.
“Saya diarahkan untuk membawa tuan ke Balai Polis Gombak,” kata pegawai itu. Ada beberapa orang pegawai yang lain menunggu di dalam kereta.
Aku menerima kenyataan itu denga tenang. Jauh di hati kecilku berbisik, aku akan diISAkan.
“Saya nak beritahu isteri saya sekejap.” Aku meminta izin untuk memberitahu isteriku yang sedang memasak.
Uda Iskandar yang masih berdiri tercegat di muka pintu bertanya mengenai kedatangan orang itu. Aku menyebut kepadanya bahawa aku mungkin ditangkap dan mungkin akan ditahan di bawah ISA. Anakku terdiam.
Aku lantas ke dapur dan memberitahu isteriku. “Polis nak ambil abang. Mereka ada di luar.”
Uda Iskandar yang masih berdiri tercegat di muka pintu bertanya mengenai kedatangan orang itu. Aku menyebut kepadanya bahawa aku mungkin ditangkap dan mungkin akan ditahan di bawah ISA. Anakku terdiam.
Aku lantas ke dapur dan memberitahu isteriku. “Polis nak ambil abang. Mereka ada di luar.”
Isteriku tercegat dan terdiam sebentar. Wajahnya kelihatan cemas. Air mukanya agak berubah tetapi terkawal dan kelihatan agak gamam.
“Okeylah, abang pergi dulu. Apa-apa terjadi nanti, abang beritahu kemudian. Jaga anak-anak dan doakan abang selamat.” Aku berpesan sambil bersalam dengan isteriku.
Selepas itu, aku memberitahu anakku Uda Iskandar supaya mengikutku ke Balai Polis Gombak. Anak-anakku yang lain tidak mengetahui apa yang sedang berlaku kerana berada di tingkat atas. Beberapa orang yang berada di ruang tamu hanya memerhatikan gelagatku. Mereka tidak bertanya dan aku juga tidak memberitahu apa-apa.
Aku berpesan kepada Iskandar supaya bertenang, tidak memberi reaksi negatif dan andainya aku ditangkap, jangan naikkan emosi pelajar kerana ketika itu Uda Iskandar adalah Presiden Persatuan Undang-undang UIA dan Presiden Persatuan Undang-undang Pelajar-pelajar Asia Tenggara. Dia mengangguk.
Aku terus melangkah masuk ke kereta Proton Wira yang sedang menanti di luar. Selain pemandu dan seorang pegawai di sebelah pemandu, aku diapit oleh dua orang pegawai lain. Jiran-jiranku tidak menyedari apa yang berlaku. Kereta itu segera meluncur ke arah Balai Polis Gombak.
Perasaanku masih tenang dan menjangkakan bahawa ujian yang lebih perit akan menanti.
Masih Tertanya-tanya
Sesampai di Balai Polis Gombak, aku dibawa ke sebuah bilik. Seorang pegawai polis yang sudah berumur bertanyaku, “Awak tahu kenapa awak dibawa ke mari?”
“Tidak!”
“Kami diarahkan untuk menahan awak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Fasal 73, Perkara 3.”
“Tidak!”
“Kami diarahkan untuk menahan awak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Fasal 73, Perkara 3.”
Degup jantungku terasa deras. Aku masih tenang. Reaksiku biasa saja. Pegawai polis itu menghulurkan sehelai kertas untuk aku tandatangani. Aku menatap dan membaca kertas itu dengan teliti sebelum menandatanginya.
Surat itu antara lain menyebut bahawa, “Tuan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Fasal 73, Perkara 3.”
Perkara 3 itu menyebutkan bahawa aku ditahan sebagai usaha pencegahan daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini dari sudut keselamatan negara. Aku membacanya berulang kali.
“Kenapa saya ditahan encik?”
“Hal itu awak akan tahu kemudian. Itu urusan pihak lain,” ujar pegawai polis itu tanpa menyebut secara khusus di manakah tempat itu. Dia terus memanggil pegawai lain untuk melakukan urusan selanjutnya.
“Hal itu awak akan tahu kemudian. Itu urusan pihak lain,” ujar pegawai polis itu tanpa menyebut secara khusus di manakah tempat itu. Dia terus memanggil pegawai lain untuk melakukan urusan selanjutnya.
Apa yang terbayang di fikiranku ketika itu ialah aku akan dibawa ke Bukit Aman. Walaupun debaran hati agak kencang, namun aku tabahkan hati menerimanya sebagai ujian Allah. Hatiku memohon kepada Allah agar tiada ujian berat yang tidak mampu dipikul olehku. Aku berdoa agar aku tidak diseksa dengan ujian yang tidak larat ditanggung.
Aku teguhkan hati bahawa ujian yang datang adalah kudrat Allah. Hati kecilku sentiasa yakin, aku tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk mengkhianati negara yang aku kasihi. Apa yang berlaku pada waktu itu adalah takdir sejarah.
Takdir sejarah menyebabkan timbulnya beberapa tafsiran. Juga tafsiran terhadap diriku. Tafsiran bahawa aku rapat dengan Anwar. Tafsiran bahawa aku terlibat dengan gerakan mempertahankan Anwar. Tafsiran bahawa sebagai Timbalan Rektor UIA yang berkait langsung dengan pelajar, perananku agak mempengaruhi dan boleh menyebabkan sesuatu yang tidak baik berlaku di kampus. Oleh itu, menahanku adalah langkah mencegah daripada sesuatu berlaku.
Itu mungkin tafsiran. Dari tafsiran itulah agaknya aku ditangkap. Aku juga menjangka dalam soal siasat nanti berbagai-bagai soalan akan dikemukakan.
Antaranya, mungkin hubungan ku dengan Anwar. Hubungan ku dengan kebangkitan gerakan reformasi. Hubungan ku dengan gerakan pelajar di kampus. Hubungan ku dengan ABIM. Hubungan ku dengan gerakan Islam.
*Petikan dari Buku ‘Seteguh Tekad, Kembara Hidup Penuh Liku, Seorang Ilmuan Berjiwa Besar’, Alaf 21, 2007.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan