DAP dilihat cuba berdiri sendiri tanpa bantuan rakan-rakan lain dalam pakatan pembangkang dalam usaha mereka mendominasi senario politik di negara ini.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata jika itu bukan alasannya, kenapakah DAP begitu beriya-iya cuba menarik orang Melayu untuk menyertai parti berkenaan.
Menurut beliau DAP semestinya akan menggunakan apa sahaja cara untuk mereka menguasai politik negara ini walaupun pada dasarnya mereka bernaung di bawah satu gabungan pembangkang dan menjulang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Percayalah mereka hanya bermain gula-gula politik dengan gabungan mereka sendiri. Jika mereka tidak mempunyai niat sedemikian rupa, kenapakah mereka membuka dan menerima keahlian dari kalangan orang Melayu.
“Bukankah sekutu mereka iaitu Pas majoritinya kaum Melayu dan sebahagiannya menerusi PKR. Apakah mereka tidak mempercayai kedua-dua parti berkenaan. Cumanya apa yang saya nampak dis ini, DAP cuba melengkapkan kaum Melayu di dalam parti mereka untuk memastikan mereka dapat bergerak tanpa bantuan PKR dan Pas kelak,” katanya.
Tegas beliau pada satu hari nanti, jika budaya itu berterusan dan DAP dibarisi ramai kaum Melayu, percayalah pada saat dan ketika itu tidak mustahil mereka akan bergerak sendiri dan Pas serta PKR akan berputih mata.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecenderungan DAP menarik kaum Melayu di negara ini untuk menyertai mereka khususnya menjelangnya pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Mengulas lebih lanjut, Megat Firdouz yang yang juga Timbalan Ketua UMNO Subang seterusnya menambah, orang Melayu perlu sedar dan tahu tipu muslihat parti berkenaan kerana mereka bijak bermain dengan kata-kata.
“Tembelang DAP nampaknya dah pecah awal dan hakikat berkenaan perlu disedari oleh orang Melayu di negara ini. Kehadiran mereka bersama pembangkang yang lain hanyalah sekadar sandiwara semata-mata.
“Apabila dah kuat dan mampu bergerak tanpa PKR dan Pas, DAP akan muncul dengan wajah baru mereka mendominasi politik negara dan meninggalkankan rakan sektunya yang pernah tidur sebantal apda satu ketika,” katanya.
DAP dilihat cuba berdiri sendiri tanpa bantuan rakan-rakan lain dalam pakatan pembangkang dalam usaha mereka mendominasi senario politik di negara ini.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata jika itu bukan alasannya, kenapakah DAP begitu beriya-iya cuba menarik orang Melayu untuk menyertai parti berkenaan.
Menurut beliau DAP semestinya akan menggunakan apa sahaja cara untuk mereka menguasai politik negara ini walaupun pada dasarnya mereka bernaung di bawah satu gabungan pembangkang dan menjulang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Percayalah mereka hanya bermain gula-gula politik dengan gabungan mereka sendiri. Jika mereka tidak mempunyai niat sedemikian rupa, kenapakah mereka membuka dan menerima keahlian dari kalangan orang Melayu.
“Bukankah sekutu mereka iaitu Pas majoritinya kaum Melayu dan sebahagiannya menerusi PKR. Apakah mereka tidak mempercayai kedua-dua parti berkenaan. Cumanya apa yang saya nampak dis ini, DAP cuba melengkapkan kaum Melayu di dalam parti mereka untuk memastikan mereka dapat bergerak tanpa bantuan PKR dan Pas kelak,” katanya.
Tegas beliau pada satu hari nanti, jika budaya itu berterusan dan DAP dibarisi ramai kaum Melayu, percayalah pada saat dan ketika itu tidak mustahil mereka akan bergerak sendiri dan Pas serta PKR akan berputih mata.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecenderungan DAP menarik kaum Melayu di negara ini untuk menyertai mereka khususnya menjelangnya pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Mengulas lebih lanjut, Megat Firdouz yang yang juga Timbalan Ketua UMNO Subang seterusnya menambah, orang Melayu perlu sedar dan tahu tipu muslihat parti berkenaan kerana mereka bijak bermain dengan kata-kata.
“Tembelang DAP nampaknya dah pecah awal dan hakikat berkenaan perlu disedari oleh orang Melayu di negara ini. Kehadiran mereka bersama pembangkang yang lain hanyalah sekadar sandiwara semata-mata.
“Apabila dah kuat dan mampu bergerak tanpa PKR dan Pas, DAP akan muncul dengan wajah baru mereka mendominasi politik negara dan meninggalkankan rakan sektunya yang pernah tidur sebantal apda satu ketika,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan