Sudah beberapa hari berlalu, namun tidak ada seorang pemimpin PAS pun yang berani memberi komen tentang penghalalan homoseksual yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, PKR cuba memutarbelitkan keadaan dengan menafikan Anwar menghalalkan homoseksual sekalipun Wawancaranya dengan BBC World News sangat jelas tentang kecenderungannya itu.
PAS cuba menutup mulut seolah-olah homoseksual bukanlah masalah besar kepada umat dan negara ini. Malah sewaktu PKR dan DAP menyokong LGBT pun, PAS tetap menutup mulut. Yang PAS sibukkan adalah bercakap besar tentang perjuangan Islam mereka. Kononnya perjuangan menentang dan mengalahkan UMNO adalah perjuangan besar.
Sedangkan LGBT dan homoseksual yang dilihat sangat sinonim dengan Anwar Ibrahim, tidak berani langsung disentuh oleh mana-mana pemimpin PAS terutama sekali yang berada dalam kelompok Anwarinas yang sekarang ini kelihatan menguasai PAS secara keseluruhannya.
Biasanya apabila UMNO menganjurkan sesuatu majlis, PAS adalah pihak yang paling banyak mulut. Kalau ada pemimpin UMNO yang terlibat dengan penganjuran konsert muzik, bukan main lagi mereka bising mengatakan UMNO menggalakkan kemaksiatan. Takkanlah dalam hal homoseksual dan LGBT, mereka langsung tak berani buka mulut padahal natijah daripada penghalalan aktiviti seks rambang itu jauh mendatangkan kemurkaan Allah Taala sebagaimana yang berlaku kepada penduduk Soddom dan Gomorrah serta Pompeii beribu-ribu tahun lampau.
Apakah sebenarnya PAS dalam hal seks bebas ini menyatakan persetujuan mereka sebagaimana mereka bersetuju bahawa Allah Taala Kristian 'sama' dengan Allah Taala Yang Maha Esa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan