Sehingga hari ini Pas dan Pakatan masih gagal melekatkan imej buruk pada insan yang bernama YB Datuk Dr Hasan Ali.
Pelbagai usaha dan label buruk telah dan sedang cuba dilekatkan pada batang tubuh Hasan Ali, tapi hingga kini Pas dan rakan pakatannya masih belum menemui racun perosak terbaik yang boleh membunuh keyakinan penyokong Pas dan pakatan terhadap insan ini.
Nak label Hasan Ali mengkhianati perjuangan Pas, tak boleh kerana Pas sendiri yang pecat hasan.
Alasan pemecatan juga sangat rapuh. Hanya atas alasan tidak mentaati persefahaman yang telah dipersetujui antara komponen pakatan.
Nak label Hasan sebagai pengkhianat kepada perjuangan Islam Pas langsung tak boleh sebab Hasan Ali lagi keras prinsip perjuangan Islamnya dari pemimpin Pas yang lain.
Hasanlah satu-satunya pemimpin Pas yang begitu konsisten memerangi isu-isu yang menggugat Islam dan kesuciannya. Malahan Hasan menerima hukum pecat adalah disebabkan isu yang berkaitan murtad dan pembenterasan gejala maksiat di Selangor.
Usaha melabel Hasan sebagai agen UMNO juga kelihatan gagal sama sekali. Jika Pas berjaya menanam imej ini pada dahi Hasan Ali sudah pasti Pas dan pakatan akan berasa lega yang teramat. Mudahlah kerja-kerja untuk mempertahankan sokongan ahli Pas terhadap parti.
Amat malang bagi Pas kerana pendekatan mencemar nama Hasan Ali melalui label sebagai agen UMNO tidak dapat meyakinkan penyokong Pas yang jujur kepada perjuangan Islam.
Pemimpin Pas terutamanya golongan erdogan dan yang dikatakan parasit oleh Hasan Ali tidak dapat membuktikan bahawa mereka lebih komited perjuangan dalam mendukung prinsip-prinsip Islam melebihi dari apa yang telah ditunjukkan oleh Hasan Ali.
Pemimpin Pas terutamanya golongan erdogan dan yang dikatakan parasit oleh Hasan Ali tidak dapat membuktikan bahawa mereka lebih komited perjuangan dalam mendukung prinsip-prinsip Islam melebihi dari apa yang telah ditunjukkan oleh Hasan Ali.
Imej dan istiqomah Hasan terhadap perjuangan dan prinsip-prinsip Islam jelas lebih terserlah berbanding dengan keseluruhan pimpinan tertinggi Pas.
Pemisahan dan penapisan terhadap keikhlasan berpegang kepada prinsip dan perjuangan Islam yang selama ini dicanang oleh Pas telah dan sedang berlaku dengan ketara di dalam Pas ketika ini.
Tidak mungkin minyak dan air boleh bercampur. Begitu juga di antara perjuangan yang hak dan bathil atau di antara perjuangan para mukhlisin dan munafikin.
Jangan kamu sangka kamu sudah beriman selagi ia belum diuji. Itu kata Allah. Pejuang yang mengatakan membawa perjuangan suci itu tidak semudah mendapat cop “diluluskan” seperti mana SIRIM memberi pengiktirafan kepada sesuatu produk yang memenuhi piawaian tertentu.
Nasib setandan pisang, bukan semuanya baik. Ada juga yang rosak sebiji dua dan selebihnya baik. Ada juga yang baik sebiji dua dan selebihnya rosak semua.
Jika dibuat penilaian secara rasional, apakah keberanian Hasan Ali menentang usaha pemurtadan yang sedang giat dilakukan dan berleluasanya kedai arak dan rumah urut itu mahu dilabel sebagai pisang busuk?
Apakah pendekatan lunak pimpinan Pas terhadap segala perkara yang membawa kepada keruntuhan agama itu mahu dilabel sebagai pisang yang baik?
Atau apakah Pas hanya berpuas hati cukup sekadar menanam pokok pisang dan membiarkan saja pisang itu membusuk lembik kerana memikirkan jika busuk pun boleh juga dibuat jemput pisang?
Penulis pasti, jika penilaian ini dibuat tanpa mengira kepentingan politik dan kuasa, semua kita dapat jawaban yang benar dan hak dari Allah.
Hanya mereka-mereka yang cuba menyamakan sifat Allah dengan sifat manusia yang tidak lepas dari sifat lalai dan keliru saja yang akan terus berusaha menafikan hakikat kebenaran yang datang dan terus-terusan berusaha agar takdir dapat diubah sesuai dengan selera dan kehendak mereka.
Mana kita pernah termimpi bahawa Pas boleh berkompromi dan bersikap lunak dengan gejala murtad?
Mana pernah kita terbayang Pas akan tutup sebelah mata saja bila melihat pusat maksiat, arak dan judi berkembang pesat?
Tidak pernah termimpi Pas boleh diam membisu dengan berkembang majunya budaya LBGT yang telah menyebabkan bumi diterbalikkan di zaman Nabi Lut?
Suatu ketika dulu, program pertandingan musabaqah al quran pun ditentang keras oleh Pas keran ia dikatakan bertentangan dengan maksud pembacaan al quran yang sebenar.
Tapi mungkin disebabkan berkat bersahabat dengan DAP dan berkat mengagung-agungkan makhluk melebihi keagungan Allah, walaupun jelas terbentang makhluk itu telah dilihat tubuhnya oleh seantero dunia dalam keadaan tanpa seurat benang, maka Allah yang maha kuasa telah menggunakan budi bicaranya untuk menterbalikkan hati-hati para pemimpin Pas dari mengakui hakikat yang hak sehingga segala yang jelas bathil pun telah dikompromi menjadi sesuatu yang hak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan