Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Ibrahim Ali : Ada Dalang Mahu Huru Harakan Negara.

WAWANCARA AIDC BERSAMA TOK HIM.

Seperti pepatah Melayu ‘satu jari menuding, empat jari menuding kepada diri sendiri’ Dato’ Ibrahim Ali berkata di sebalik tuduhan ekstimis yang dilemparkan kepadanya dan PERKASA pimpinannya, tuduhan itu bertujuan untuk menyembunyikan agenda mereka yang sebenar-sebenarnya ekstrimis.
“Jadi, dalam kita menghuraikan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Islam, Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu. Ianya tidak boleh dilihat sebagai suatu tindakan ekstrimis ataupun pemikiran ekstrimis.
Jauh sekali tindakan ekstrimis. Sebab, setakat ini adakah mana-mana pihak boleh bukti bahawa PERKASA dalam mempertahankan isu-isu yang saya katakan ini turun ke jalan raya, mengadakan tunjuk perasaan jalanan seumpamanya. Kita belum lagi”, katanya.
Pihak lain yang jelas berusaha untuk melakukan huru-hara dalam negara seperti BERSIH 2.0 dan perhimpunan 9.0, kata Ibrahim sepatutnya mereka ini adalah ekstrimis dalam erti kata yang sebenarnya.
“Manakala, pihak-pihak lain, berbagai-bagai isu mereka mengugat keselamatan negara. Mereka turun ke jalanan, tunjuk perasaan seperti Bersih, seperti ancaman terhadap tarikh 9 haribulan satu (901). Menunggu keputusan mahkamah mengenai dengan isu Anwar. Mereka mengadakan perhimpunan pada awalnya. Perhimpunan haram yang kalau tidak dibenarkan oleh polis.
“Dan kita lihat banyak lagi tindak-tanduk pihak lain yang jelas bertentangan dengan undang-undang. Kenapa dan begitu juga ada ucapan-ucapan yang dibuat oleh mereka yang bukan Melayu.
“Ucapan mereka, tulisan mereka, kertas kerja mereka, bloger-bloger sebahagian pun ada yang menulis artikel-artikel ataupun rencana-rencana yang begitu ekstrimis. Dan mereka ini tidak dicap ekstrimis”, katanya.
Ikutilah wawancara bahagian akhir AIDC dengan Dato’ Ibrahim Ali, Presiden PERKASA di Kuala Lumpur pada 18 Januari 2012.
AIDC :Usaha Dato’ memartabatkan Melayu sering dilihat ekstrimis, sedangkan perjuangan inilah yang dianggap mulia di sisi masyarakat. Misalnya John Mallot, bekas Duta AS ke Malaysia. Kenapa berlaku macam ini Dato’ ?
Dato’ Ibrahim Ali : Sebenarnya soalan ini saya dah jawab banyak kali dah. Di waktu diwawancara oleh berbagai-bagai media termasuk media daripada luar negara. Antaranya daripada BBC, daripada China News, daripada Iran Broadcasting, macam-macamlah..
Saya tak ingat dan tidak sedikit daripada media-media dalam negara ini. Jadi, saya dah letih dah sebenarnya nak jawab soalan ini.
Tentang ekstrimis ?
Ha..sebab ianya tidak timbul sama ada ekstrimis ataupun tidak.
Perjuangan yang dibawa oleh PERKASA, bukan saya sahaja. Perjuangan yang dibawa oleh PERKASA adalah berasaskan kepada Perlembagaan Negara.
Kita mahu mempertahankan asas Perlembagaan Negara yang dipersetujui di waktu kita mencapai kemerdekaan tahun 1957 dahulu.
Dan kita menubuh PERKASA apabila selepas Pilihan Raya Umum 2008 iaitu Pilihan Raya Ke 12. Timbul macam-macam perkara sampai kepada peringkat mengugat hal-hal yang berkaitan dengan asas Perlembagaan Negara.
Walaupun kita sedar, asas Perlembagaan Negara yang saya maksudkan ini iaitu Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. kedaulatan Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang-orang Melayu..tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak iaitu tidak boleh dipinda lagi oleh mana-mana pihak.
Memang tertulis dalam Perlembagaan dan akan kekal sampai bila-bila.
Tetapi, memang kita tidak senang hati walaupun ianya termaktub dalam Perlembagaan ataupun ianya dipinda ataupun disentuh. Tetapi, ada pihak yang terus mengungkit perkara-perkara ini sehingga ke peringkat yang begitu sensitif kepada kita umat Melayu dan Islam.
Maka itu, PERKASA ditubuh dan kita bangkit untuk menangani dan menghadapi cabaran ini.
Dan harus diingat, dalam pimpinan PERKASA, jangan lihat Ibrahim Ali ataupun saya selaku Presiden. Saya hanya mengendalikan pertubuhan yang kini diwakili lebih daripada 200,000 ahli.
Seluruh Malaysia ?
Seluruh Malaysia. Dengan 99 (buah) daerah dan peningkatan ahli bertambah setiap hari, dengan jumlah yang luar biasa.
Dan dalam pimpinan PERKASA, terdapat berbagai-bagai tokoh yang antara lain saya nak sebut di sini, ada empat tokoh akademik termasuk Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam, pakar sejarah. Dan juga Profesor Datuk Dr. Halim, pakar undang-undang.
Selain daripada itu, kita juga ada lain-lain tokoh akademik seperti Dr. Ashraf Wajidi, Dr. Zubir Harun yang pakar dalam bidang masing-masing.
Kemudian, kita ada juga bekas-bekas tentera yang berpengalaman iaitu daripada tentera laut, tentera darat dan tentera udara. Dan mereka ini orang kanan-kanan, lama berkhidmat dengan tentera, begitu berpengalaman.
Seperti Briged Jeneral Udara, Datuk Sujak Abok, Leftenan Laksamana Datuk Hasif dan Leftenan Jeneral Datuk Salleh Ismail, itu daripada angkatan tentera yang berkhidmat dalam Unit Intelligence.
Selain daripada itu, Tan Sri Shamsuri Arshad, bekas Timbalan Ketua Polis Negara. Dan kita ada lapan peguam. Dan sebahagian daripada peguam ini adalah mereka yang kanan. Advocate & Solicitiors dan lain-lain tokoh lagilah.
Jadi, gabungan kepimpinan dalam PERKASA, tidak boleh dipertikai dari segi keupayaan, pengalaman mereka yang terlibat. Dan sebarang kenyataan yang saya buat, keputusan yang kita nak bertindak dihasilkan daripada perbincangan kepimpinan peringkat tertinggi yang dikenali sebagai Ahli Dewan Tertinggi PERKASA Pusat Malaysia.
Jadi, dalam kita menghuraikan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Islam, Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu. Ianya tidak boleh dilihat sebagai suatu tindakan ekstrimis ataupun pemikiran ekstrimis.
Jauh sekali tindakan ekstrimis. Sebab, setakat ini adakah mana-mana pihak boleh bukti bahawa PERKASA dalam mempertahankan isu-isu yang saya katakan ini turun ke jalan raya, mengadakan tunjuk perasaan jalanan seumpamanya. Kita belum lagi.
Manakala, pihak-pihak lain, berbagai-bagai isu mereka mengugat keselamatan negara. Mereka turun ke jalanan, tunjuk perasaan seperti Bersih, seperti ancaman terhadap tarikh 9 haribulan satu (901). Menunggu keputusan mahkamah mengenai dengan isu Anwar. Mereka mengadakan perhimpunan pada awalnya. Perhimpunan haram yang kalau tidak dibenarkan oleh polis.
Dan kita lihat banyak lagi tindak-tanduk pihak lain yang jelas bertentangan dengan undang-undang. Kenapa dan begitu juga ada ucapan-ucapan yang dibuat oleh mereka yang bukan Melayu.
Ucapan mereka, tulisan mereka, kertas kerja mereka, bloger-bloger sebahagian pun ada yang menulis artikel-artikel ataupun rencana-rencana yang begitu ekstrimis. Dan mereka ini tidak dicap ekstrimis.
Kenapa PERKASA dicap ekstrimis manakala tindak-tanduk kita selama ini hanya sekadar mempertahankan kepentingan berasaskan Perlembagaan Negara.
Dan dalam kita melaksanakan tugas ini, kita buat secara yang beradab. Cara yang bertamadun. Cara yang sopan seperti mengadakan Kongres Ekonomi Melayu. Seperti mengadakan Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera. Sebagaimana juga kaum-kaum lain juga buat. Seminar atau konvensyen mereka.
Jadi, apabila kita buat, kita menghasilkan resolusi-resolusi kita. Maka, resolusi kita itu dianggap ekstrimis. Ini saya tidak boleh terima.
Sebab, kalau dibanding dengan resolusi-resolusi yang dibuat oleh lain-lain pertubuhan bukan Melayu ataupun parti-parti politik tertentu, mereka jauh lebih ekstrimis kerana mereka jelas menentang asas Perlembagaan Negara.
Ini saya nak betulkan keadaan sebenarnya dan persepsi yang sebenarnya supaya tidak lagi diperkata, ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
John Mallot, bekas Duta AS yang sudah bersara. Tetapi nampaknya masih berminat dengan politik Malaysia ?
John Mallot yang buat kenyataan ini. Bukan saja dia, banyak lagi pihak-pihak lain.
Pertamanya, dia orang luar. Kalau John Mallot ini, his not a Malaysian. His AmericanSo, Amerika ni, tambah lagi dia bekas Duta, selalu bila dia bercakap, dia ada agenda. Dia ada kepentingannya.
Dan pastinya tidak tahu dengan sejarah terbentuknya negara Malaysia dan sejarah Melayu di Tanah Melayu ini, di zaman Sultan Melayu Melaka lagi. Sehingga Melaka dijajah pada tahun 1511. sehingga lebih berapa ratus tahun, dan kita tahu negeri-negeri Persekutuan ini asalnya adalah negeri mlilik orang-orang Melayu, Ketuanan Melayu. Sebagai buktinya, itulah wujudnya Raja-raja Melayu di lapan buah negeri ini.
Dan kita mengamalkan Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Dan Raja itu siapa ? Raja Berperlembagaan itu datang daripada Majlis-majlis Raja Melayu yang bergilir setiap lima tahun menjadi Yang DiPertuan Agong dan tiap-tiap negeri ada Raja-raja Melayu.
Itu buktinya bahawasanya negara ini, negara Ketuanan Melayu dan ada asas perlembagaan yang dipersetujui yang saya sebutkan tadi pada tahun 1957. Ada yang sebut Kontrak Sosial, ada yang sebut Jus Soli. Dan ini yang kita pertahankan.
Jadi, kenyataan-kenyataan John Mallot dan lain-lain ini, ini saja nak mengacau. Mereka yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana kalau kita juga ungkit sejarah yang kita reka-reka mengenai dengan Amerika Syarikat? Ataupun dengan lain-lain kaum?
Apakah mereka tidak akan terasa atau tidak akan terusik sebagaimana kita orang-orang Melayu terasa dan terusik. Sebagaimana mereka lakukan sekarang.
Bermakna mereka bukan nak memelihara atau menjaga Malaysia dalam konteks yang sebenarnya. Mereka ada agenda lain seperti yang Dato’ sebut tadi ?
Memang mereka ada agenda lain dan nampaknya agenda yang saya lihat, yang timbul dalam masa beberapa tahun ini, semuanya ini berkaitan dengan Anwar Ibrahim.
Sebab, Amerika ini nampak begitu komited membela Anwar Ibrahim. Sebab mungkin pada Amerika, Anwar Ibrahim ini boleh dijadikan alat kepada mereka jika Anwar menjadi Perdana Menteri bagi negara Malaysia.
Kerana Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di kalangan negara ASEAN dan Asia Tenggara. Begitu juga dari segi sumber alam semula jadi negara kita. Dari segi sumber-sumber ekonomi, kedudukan geo-politik yang begitu strategik.
Maka, Amerika memerlukan pemimpin yang dapat ikut telunjuk mereka. Seperti mereka ada beberapa negara di Timur Tengah yang menjadi telunjuk Amerika Syarikat seperti Kuwait, seperti Saudi Arabia sendiri, Bahrain dan Doha.
Sebab itu kita lihat Anwar sekarang ini pun berpengkalan di negeri-negeri ini. Tidak lagi seperti Presiden ABIM dulu, kita ingat dia ini pemimpin Islam tulen. Yang dia terlibat dengan bermacam-macam gerakan Islam. Pada awalnya menyokong Revolusi Iran dan begitu rapat dengan Ikhwanul Muslimin dan pergerakan-pergerakan Islam di Pakistan.
Saya ingat semua sejarah sebab saya bersama dengan beliau dulu pada akhir tahun 70-an dan awal 80-an waktu beliau memimpin ABIM.
Jadi, ada perubahan sikap beliau sesudah beliau menyertai UMNO dan dipecat daripada UMNO. Nampaknya dia berubah 90 darjah sehingga beliau jelas dilihat sebagai alat Amerika dan dia juga memperjuangkan kepentingan Amerika.
Kalau kita lihat dari segi dasar kewangan waktu krisis kewangan dahulu. Bila IMF memaksa supaya kita menerima pakej kewangan yang ditolak oleh Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri.
Dan selepas itu, pendirian dia berubah 90 darjah sehingga dia juga berfahaman Pluralisme iaitu menganggap agama ini semua sama.
Dan akhir sekali, nak dihalalkan kegiatan homoseksual..
LGBT…
LGBT ini. Jadi, ini semua saya kira budaya-budaya yang selaras dengan politik dan kepentingan Amerika Syarikat.

1 ulasan:

pukimaq berkata...

Homo cun ni tetap sokong LGBT.Hidup pak polisi sebab tak suka ambik tindakan ke atas kami. hihihi